Anda di halaman 1dari 7

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN MASING - MASING KOMPUTER PADA GENERASINYA

1. Komputer Generasi pertama

Komponen utama dalam komputer generasi pertama merupakan tiub vakum. Tiub vakum
adalah tiub-tiub elektronik sebesar lampu (light bulbs). Oleh kerana beribu-ribu tiub vakum
diperluakn, menyebabkan berbagai masalah terutamanya dalam pengawalan suhu komputer.
Tambahan pula, tiub-tiub vakum mudah rusak, dan mereka yang menggunakan komputer
tersebut dalam pengaturaan komputer atau kerusakan pada komputer tersebut

Satu masalah dalam penggunaan komputer generasi pertama ini ialah bahasa yang
digunakan merupakan bahasa mesin (machine language), yang menggunakan rangkaian nombor-
nombor. Rangkaian nombor-nombor ini adalah merupakan arahan-arahan yang diikuti oleh
komputer untuk melaksanakan sesuatu tugas. Disebabkan proses penggunaan nombor untuk
menulis aturcara komputer, ini menyukarkan proses pengaturan komputer tersebut.

Komputer generasi pertama lazimnya digunakan khususnya untuk tujuan saintifik. Oleh
kerana saiznya yang amat besar, ketidak tepatan pemprosesan data dan harganya yang tinggi,
ramai yang menganggap bahawa komputer akan kekal sebagai suatu alat yang digunakan untuk
tujuan yang saintifik sahaja, bukan untuk kegunaan umum.

Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses


dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat
panas dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap
yang terbakar tidak menghambat operasi keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan
tenaga elektrik yang banyak sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan
sekelilingnya.

Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sains
menyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat. Saiznya amat besar dan
boleh dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame) .
Contoh komputer generasi pertama

seperti ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John
Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.Perkembangan yang paling dihargai ialah
permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara
tersimpan (stored program concept). Konsep yang dicadangkan oleh John von Neumann ini juga
menitikberatkan penggunaan nomor binari untuk semua tugas pemprosesan dan storan.

Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic
Discrete Variable Automatic Komputer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub vakum.
Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nomor
binari dan konsep aturcara tersimpan.
Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan
penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan. Cara ini didapati lebih
ekonomi daripada tiub vakum tetapi pada amnya ia masih dianggap terlalu mahal. EDSAC
dimajukan oleh Unviersiti Cambridge, England.
Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal Automatic
Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Turut
menggunakan tiub raksa (merkuri) untuk storan. UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci
Penduduk Amerika Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC I banyak komputer-komputer berkaitan
pengurusan dan perniagaan muncul selepasnya.

Kelebihan Komputer ENIAC


· Merupakan komputer yang muncul pertama kali

Kelemahan Komputer ENIAC


· Memerlukan ruangan yang luas
· Cepat panas
· Memroses data lambat
· Kapasitas penyimpanan kecil
· Memerlukan daya listrik yang besar

2. Generasi Kedua, 1959 – 1964: Transistor


Transistor telah dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W.
Brittain dan W. Shockley. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya
adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang. Transistor mempunyai
beberapa kelebihan jika dibanding dengan tiub vakum. Antaranya ialah saiznya yang kecil,
penggunaan tenaga yang rendah berbanding tiub vakum, dan kecekapan transistor yang lebih
baik berbanding tiub vakum.

Bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh komputer generasi keuda ini adalah bahasa
perhimpunan (assembly language). Bahasa perhimpunan menggunakan singkatan huruf yang
dipanggil mnemonik (mnemonics) untuk arahan-arahan komputer, misalnya MV untuk MOVE,
CMP untuk COMPARE, dan sebagainya. Ini membuatkkan proses pengaturcaraan komputer
lebih mudah berbanding dengan menggunakan bahasa mesin.

Setelah itu, bahasa paras-tinggi (high-level languages) pula diimplimentasikan dalam


proses pengaturcaraan komputer. Contoh-contoh bahasa pengaturcaraan paras tinggi pada masa
itu termasuk FORTRAN (FORmula TRANslator) dan COBOL (COmmon Business-Oriented
Language). Bahasa pengaturcaraan paras tinggi lebih mudah difahami jika dibandingkan dengan
bahasa perhimpunan, kerana ia menggunakan frasa-frasa Inggeris ntuk melaksanakan arahan-
arahan komputer.

Dalam pada itu juga, pak cakera yang pertama dipasarkan, di mana ia membolehkan
pengguna menyimpan data serta memperolehi maklumat yang terkandung dalam pak cakera
tersebut dengan lebih pantas berbanding penggunaan pita magnetik.
Pada tahun 1956 Transistor mulai digunakan di dalam komputer Penemuan lain yang berupa
pengembangan memori inti-magnetik membantu pengembangan komputer generasi kedua yang
lebih kecil, lebih cepat, lebih dapat diandalkan, dan lebih hemat energi dibanding
para pendahulunya.IBM membuat superkomputer bernama Stretch, dan Sprery-Rand membuat
komputer bernama LARC.Komputer generasi kedua menggantikan bahasa mesin dengan bahasa
assembly. Bahasa assembly adalah bahasa yang menggunakan singkatan-singakatan untuk
menggantikan kode biner.

Komputer-komputer generasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk


menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Daya
ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan
tiub vakum. Cara baru menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras magnetik. Teras
magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan
dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah. Ini menjadi komputer lebih pantas
menjalankan tugasnya.

Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi


untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. Dengan yang
demikian pengendalian komputer menjadi lebih mudah. Era ini juga menandakan permulaan
minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam famili komputer. Harganya lebih murah
berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama
dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Lain-lain komputer dalam
generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094.

Kelebihan komputer generasi kedua Komputer IBM-7090


· Dapat menangani sejumlah data yang besar
· Mempunyai kemampuan real-time dan times sharing
· Ukurannya lebih kecil dari generasi pertama
· Membutuhkan listrik yang lebih sedikit dari generasi pertama
· Menghasilkan panas yang lebih sedikit dari generasi pertama
· Biaya yang dikeluarkan lebih murah dari generasi pertama

Kelemahan komputer generasi kedua Komputer IBM-7090


· Memerlukan ruangan yang luas
· Cepat panas
· Memroses data lambat
· Kapasitas penyimpanan kecil
· Memerlukan daya listrik yang besar

3. Generasi Ketiga, 1965 – 1970: Integrated Circuit

Intergrated Circuit (lebih dikenali sebagai IC) merupakan satu rangkaian litar elektronik
lengkap dalam satu cip silikon yang kecil. Ia mula digunakan pada tahun 1965. Satu IC mampu
menggantikan satu papan litar yang penuh dipasang dengan transistor-transistor, di mana IC
tersebut lebih kecil saiznya daripada transistor tersebut.

Cip IC mempunyai kelebihan berbanding dengan transistor, antaranya termasuk kos yang
rendah dalam pembuatan cip IC tersebut, penggunaan teraga yang rendah, kepadatan cip IC
tersebut (mengurangkan masa pengaliran elektrik dalam cip tersebut), dan kecekapan cip IC
berbanding transistor. Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor
kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan
segiempat silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar (large scale integration,
LSI), untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip.
Chip mulai menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil
menjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih
murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain.

Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi ini.
Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular seperti jenama Apple II, IBM PC, NEC PC dan
Sinclair. Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana
saiznya lebih kecil, harga yang murah dan kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah
mikrokomputer berupaya mengatasi komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu tugas.

Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Kebanyakan
mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam di dalam cip ROM untuk
membolehkan bahasa BASIC digunakan. Ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan yang
paling popular pada mikrokomputer.

Kelebihan komputer generasi ketiga


· Kecepatan proses data lebih cepat dari generasi sebelumnya
· Membutuhkan listrik yang lebih sedikit dari generasi sebelumnya
· Dapat menyimpan sampai ratusan ribu karakter
· Telah dapat menggunakan penyimpanan luar yang bersifat random access, yaitu magnetic disk
· Dapat menjalankan program secara serentak

Kelemahan komputer generasi ketiga


· Ukuran fisiknya masih besar
· Pemakaian rumit
· Bagian dalam/sirkuitnya masih berukuran besar
· Menghasilkan panas yang berlebihan seperti pada komputer generasi sebelumnya

4. Generasi Keempat, 1970 – kini: Microprosessor


Microprosessor, atau pemproses mikro, adalah merupakan evolusi daripada cip IC, di
mana ia merupakan rangkaian-rangkaian C di dalam satu cip silikon yang kecil. Oleh itu,
komputer masa kini adalah 100 kali ganda lebih kecil daripada komputer generasi pertama, dan
satu cip pemproses mikro adalah lebih berpotensi dan lebih hebat daripada sebuah komputer
ENIAC (komputer komersil pertama).

Pemproses mikro adalah asas bagi pembinaan dan rekabentuk komputer masa kini. Cip
masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju, mengandungi
sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya. Proses pembuatan cip teknologi tinggi
ini dipanggil pengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI).

Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan
utama komputer menjadi lebih besar sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting.
Teknologi cip yang maju ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan minikomputer
dan juga mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga mewujudkan satu lagi kelas komputer
dipanggil superkomputer, yang lebih pantas dan cekap berbanding kerangka utama.

Kelebihan komputer generasi keempat:


· Ukurannya yang lebih kecil
· Kapasitas memori yang besar
· Pengoperasian komputer lebih mudah

Kelemahan komputer generasi keempat:


· Komputer tidak lagi menjadi dominasi perusahaan-perusahaan besar atau lembaga pemerintah.

5. Komputer generasi kelima ( masa depan )

Banyak kemajuan di bidang desain komputer dan teknologi semkain memungkinkan pembuatan
komputer generasi kelima. Dua kemajuan rekayasa yang terutama adalah kemampuan
pemrosesan paralel, yang akan menggantikan model non Neumann.
Model non Neumann akan digantikan dengan sistem yang mampu mengkoordinasikan banyak
CPU untuk bekerja secara serempak. Kemajuan lain adalah teknologi superkonduktor yang
memungkinkan aliran elektrik tanpa ada hambatan apapun, yang nantinya dapat mempercepat
kecepatan informasi.

Jepang adalah negara yang terkenal dalam sosialisasi jargon dan proyek komputer
generasi kelima. Lembaga ICOT (Institute for new Komputer Technology) juga dibentuk untuk
merealisasikannya. Banyak kabar yang menyatakan bahwa proyek ini telah gagal, namun
beberapa informasi lain bahwa keberhasilan proyek komputer generasi kelima ini akan
membawa perubahan baru paradigma komputerisasi di dunia. Kita tunggu informasi mana yang
lebih valid dan membuahkan hasil.

untuk masa ke-lima ini memang sangat susah. Karena masih dalam sebatas imajinasi.
Mungkin bagi Anda yang membaca tulisan ini pernah menonton film berjudul “2001:Space
Odyssey” karya dari Arthur C. Clarke. Dalam film tersebut merupakan gambaran komputer masa
depan yang mungkin masih dalam imajinasi dalam pikiran kita.

Dalam film tersebut komputer dapat diprogram sehingga dapat mendekati pemikiran
manusia. Yang lebih parah dalam film tersebut komputer mampu untuk memprogram dirinya
sendiri sehingga bisa saja mungkin pemikirannya mengalahkan pemikiran manusia.
Meskipun gambaran visual yang ditayangkan dalam komputer tersebut masih jauh dari
pemikiran kita dan realita, namun tanda-tanda untuk mewujudkan itu semua sudah terlihat.
Sejauh ini telah ada komputer yang dapat diprogram untuk dapat merespon printah secara lisan
maupun nalar manusia.

Dewasa ini telah banyak kemajuan teknologi untuk mendukung perkembangan teknologi
komputer. Diantaranya telah ditemukannya kemampuan pemrosesan parallel dimana
direncanakan untuk menggantikan model non Neumann! Dimana sistem pemrosesan parallel itu
akan mampu bekerja mengkoordinasikan banyak CPU untuk secara serempak.
Selain itu juga telah ditemukan teknologi superkonduktor, sehingga dapat menghantarkan
informasi lebih cepat dibandingkan dengan teknologi yang digunakan sebelumnya. Apapun yang
terjadi, yang jelas secanggih apapun kemampun sebuah komputer tidak akan bisa mengalahkan
kemampuan yang membuatnya, yaitu pikiran manusia.

Kelebihan komputer generasi kelima:


· Lebih canggih
· Memiliki kecerdasan yang hampir menyamai manusia
· Semaikin murah
· Semakin kecil
· Lebih cepat memproses data
· Kapasitas memori besar

Kelemahan komputer generasi kelima:

· Mengurangi fungsi manusia

Anda mungkin juga menyukai