Anda di halaman 1dari 7

Komputer

Definisi

Kata komputer berasal dari bahasa Latin yaitu Computare yang artinya menghitung. Dalam bahasa
Inggris disebut to compute. Secara definisi komputer diterjemahkan sebagai sekumpulan alat elektronik
yang saling bekerja sama, dapat menerima data (input), mengolah data (proses) dan memberikan
informasi (output) serta terkoordinasi dibawah kontrol program yang tersimpan di memorinya.

Sejarah perkembangan

Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu:


a) Sebelum tahun 1940
b) Selepas tahun 1940

Sebelum tahun 1940

Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga sepuluh. Selepas itu
mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas
dari 0 hingga 9. Ini mewujudkansistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan tolak
nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam perniagaan barter. Apabila
perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat menampung keperluan pengiraan yang
bertambah rumit.

Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus (sempua) untuk
melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus mengandungi
batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan
batu-batu itu.

Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil tulang Napier (Napier's
bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca
kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan
dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.

Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642. Mesin ini beroperasi dengan
menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidang matematik
dan ilmu kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz.

Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'. Mesin ini boleh menyelesaikan
masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh
digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh
menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya
mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas.

Konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana dianggap terlalu maju. Projek
pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap
terlalu maju pada masa tersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical
engine'. Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini ditangguhkan.
Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapati amat berguna kepada
pembentukan komputer moden pada hari ini. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin
seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output.

Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin penenunan
otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini membaca data dengan mengenalisa kod-
kod lubang pada kertas. Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan
nombor binari dalam pemprosesan data.
Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. Mesinnya yang
menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Syarikat pada
tahun 1887. Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran,
analisa jualan dan sistem akuan kereta.
Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil Mark I pada tahun 1937.
Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besar dan berat
serta mengandungi talian wayer yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh
geganti elektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping
pengiraan asas. Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah storan
ingatan yang sedikit.
Selepas tahun 1940
Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping pengiraan yang
kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi
untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan.
Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Angka dalam kurungan
menandakan tarikh anggaran.
Generasi Pertama (1940 - 1959)
Generasi Kedua (1959 -1964)
Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an)
Generasi Keempat (awal 80-an - ?)
Generasi Kelima (masa depan)

Generasi Pertama
Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan
menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan
mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidak
menjejaskan operasi keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak
sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya.
Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sains menyelesaikan masalah
pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat. Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai
kerangka utama (main frame) . Contoh komputer generasi pertama seperti ENIAC (Electronic Numerical
Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.
Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya,
dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept). Konsep yang dicadangkan oleh
John von Neumann ini juga menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semua tugas
pemprosesan dan storan.
Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable
Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub vakum. Pengiraan juga menjadi lebih
cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan.
Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan raksa
(merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan. Cara ini didapati lebih ekonomi daripada tiub vakum
tetapi pada amnya ia masih dianggap terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Unviersiti Cambridge,
England.
Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal Automatic Calculator) komputer
pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Turut menggunakan tiub raksa (merkuri)
untuk storan. UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC
I banyak komputer-komputer berkaitan pengurusan dan perniagaan muncul selepasnya.

Genarasi kedua
Komputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub-tiub
vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Daya ketahanan transistor didapati lebih baik
kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum. Cara baru menyimpan ingatan
juga diperkenalkan iaitu teras magnetik. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh
litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah. Ini menjadi
komputer lebih pantas menjalankan tugasnya.

Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk menggantikan
pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. Dengan yang demikian pengendalian komputer
menjadi lebih mudah.

Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam famili komputer.
Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer
pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Lain-lain komputer dalam
generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094.

Generasi ketiga
Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik.
Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat silikon melalui proses
yang dipanggil pengamiran skala besar (large scale integration, LSI), untuk menghasilkan litar terkamir
atau lebih dikenali dengan panggilan cip.

Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya
popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan
komponen elektronik yang lain.

Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi ini. Mikrokomputer
menjadi lebih cepat popular seperti jenama Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Mikrokomputer
didapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang
murah dan kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah mikrokomputer berupaya mengatasi
komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu tugas.

Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Kebanyakan mikrokomputer
dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa
BASIC digunakan. Ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling popular pada
mikrokomputer.
Generasi keempat
Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju, mengandungi sehingga
beratus ribu komponen transistor didalamnya. Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil
pengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan
lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar sehingga
menyebabkan storan skunder kurang penting. Teknologi cip yang maju ini mendekatkan jurang di antara
mikrokomputer dengan minikomputer dan juga mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga
mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil superkomputer, yang lebih pantas dan cekap
berbanding kerangka utama.

Generasi kelima
Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia merupakan komputer
impian masa depan. Rekabentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks. Ia dijangka
mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada
satu tugas dalam satu masa.

Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supaya membolehkannya
menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Unit pemprosesan pusat juga mungkin boleh
berfungsi kepada paras seperti otak manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian
tersendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan
bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial intelligence".

Komputer dalam pendidikan islam

-pelajaran Pendidikan Islam boleh dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan bantuan
multimedia berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran yang pelbagai. Paparan grafik,
audio, video, dan animasi dalam multimedia memudahkan pemahaman pelajar. Menurut Jonassen
(1996,45-54), persembahan multimedia lebih attention-getting dan attention-holding kerana multimedia
adalah multimode, iaitu ransangan yang berlaku lebih daripada satu deria pada satu masa. Menurut
beliau lagi, kajian tentang kesan multimedia terhadap pembelajaran menunjukkan bahawa peningkatan
pembelajaran berlaku apabila saluran (media) yang berlainan menyediakan maklumat yang saling
melengkapi antara satu sama lain. Malah, multimedia dapat memainkan peranan untuk menyediakan
persekitaran yang kaya dengan sumber bagi membolehkan pengajaran guru berorientasikan pelajar dan
diamalkan secara lebih berkesan. Di samping itu terdapat pelbagai alasan mengapa penggunaan
multimedia sangat berkesan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang antaranya ialah : 1.
Membantu memotivasikan pelajar untuk belajar secara lebih menyeronokkan . 2. Memastikan pelajar
memainkan peranan aktif dalam pembelajaran mereka dengan pelajar boleh belajar mengikut tahap
kebolehan sendiri memandangkan mereka boleh mengulangi bahan yang ingin dipelajari beberapa kali
sehingga faham. 3. Membolehkan pelajar memperoleh maklumat dengan lebih mudah.

-dengan Pendidikan Islam. Dengan pemantauan guru, para pelajar juga boleh mendapat maklumat
dengan mudah dan luas di laman web pendidikan Islam yang menggunakan bahasa Arab ataupun
bahasa Inggeris. Memandangkan penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran memberi
kesan yang positif kepada pelajar, maka penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam harus dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya adalah bagi
memastikan pelajar tertarik kepada ilmu pengetahuan yang disampaikan dalam Pendidikan Islam. Dalam
konteks ini, laman web dalam internet boleh menjadi bahan bantu mengajar yang efisyen untuk guru
mengajar Pendidikan Islam. Laman web bukan setakat memberikan maklumat terkini secara interaktif
dalam sesuatu topik, malah pengajar juga boleh menyediakan tugasan dan meminta pelajar membuat
penyelidikan lanjut dalam topik tertentu dengan berutus mel elektronik dengan webmaster atau pegawai
di institusi kerajaan atau bukan kerajaan yang berurusan dengan pentadbiran agama Islam di Malaysia.
Umumnya, perbincangan di atas menunjukkan kepentingan penggunaan IT dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam. Konsep kesepaduan antara teknologi dengan pelaksanaan kurikulum
Pendidikan Islam haruslah disedari oleh guru Pendidikan Islam. Menurut Noor Shamsinar et.al (2002),
kesepaduan antara IT dengan kurikulum Pendidikan Islam dapat mendorong pelajar untuk memahami
konsep akidah dan syariat Islam yang sebenar supaya beriman dan mentauhidkan Allah S.W.T. Selain
daripada menjadi alat untuk mendorong supaya beriman kepada Allah S.W.T, kedua-dua unsur ini

-mendorong pelajar melakukan amal salih yang layak baginya menerima balasan syurga yang kekal
abadi. RUMUSAN Perubahan dalam bidang pengajaran Pendidikan Islam perlu dilakukan bagi
memastikan hasrat dan matlamat FPK dapat direalisasikan. Dengan itu, guru Pendidikan Islam haruslah
lebih berani mengguna dan mempraktikkan pelbagai kaedah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas agar lebih mendatangkan kesan yang baik dan menarik tumpuan pelajar.
Antaranya pendekatan yang wajar diambil ialah menggunakan IT dalam

-proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi penggunaan media, alat dan bahan dalam
bentuk yang sistematik dan menyeluruh untuk mempersembah, menyokong dan mengukuhkan
pengajaran seperti televisyen, radio, filem, komputer dan internet. Kepentigan IT tidak dapat disangkal
lagi dalam sistem pendidikan seluruh dunia hari ini. Oleh itu, penggunaannya dapat menjelaskan mesej
yang ingin disampaikan serta memberi keyakinan yang tinggi kepada guru dan murid serta mengekalkan
minat murid untuk belajar pendidikan Islam di sekolah. Tumpuan utama boleh diberikan kepada
penggunaan komputer kerana komputer merupakan alat teknologi yang mendapat tumpuan utama dalam
sistem pendidikan hari ini kerana keupayaannya mampu memberi maklumat lebih baik dan banyak
berbanding dengan peralatan teknologi pendidikan yang lain. Penggunaan yang meluas akan
memberikan satu tanda arus perubahan besar yang berlaku dalam sistem pendidikan negara khususnya
berhubung dengan penggunaan IT dalam bidang Pendidikan Islam.

-guru yang ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat (IT). Akibatnya, mereka tidak dapat
mengikuti perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya yang dikaitkan
dengan IT. Oleh itu, penggunaan IT dalam bidang pendidikan sentiasa bersedia untuk menghadapi
cabaran dalam pendidikan yang semakin maju dan menuntut kepada kerjasama dan komitmen yang
begitu tinggi daripada mereka. BAB 2 PRINSIP PENGGUNAAN IT Ilmu pengetahuan dan teknologi
merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ialah sumber teknologi
yang mampu menjadi pemagkin munculnya berbagai-bagai penemuan, reka cipta dan idea baru.
Fenomena ini terjadi kerana teknologi itu sebenarnya muncul hasil daripada aplikasi ilmu yang
ditunjukkan dalam bentuk nyata yang lebih canggih. Malah kecanggihan ini seterusnya mendorong
manusia untuk mengembangkan lagi ilmu teknologi tersebut. Menerusi hakikat inilah membuktikan
bahawa Islam tidak menghalang atau mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk
dimanfaatkan dalam sistem pendidikan. Menurut pandangan Islam, hukum asal segala sesuatu itu adalah
mubah (harus) termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada yang lama ataupun
yang baru. Dalam Islam tidak ada hukum sesuatu itu haram kecuali jika terdapat nas atau dalil yang
terang dan jelas yang menyatakan sesuatu itu haram. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Islam
bukanlah agama yang sempit. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

-r r Dia memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu
kesempitan. Dalam hal ini, penggunaan IT seharusnya digunakan untuk kepentingan sejagat dan
bukannya untuk kerosakan. Walaupun dijelaskan bahawa Islam bukan agama yang sempit, tetapi
kegunaan alat teknologi masih tertakluk kepada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam.
Tujuan ciptaan dan hadarah (kemajuan) serta objektif Islam untuk kesejahteraan manusia supaya
dengan itu manusia mampu mengagungkan Allah S.W.T. Dengan kesejahteraan itu mampu
membina sebuah tamadun. Namun tamadun itu perlulah memenuhi prinsip Islam. Tamadun yang
bertentangan dengan idea tamadun Islam perlulah dihapuskan dari pemikiran dan hati umat Islam.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: ddddd i i i i ha Barangsiapa mencari agama selain agama
islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk
orang-orang yang rugi.

-Hakikat yang perlu diketahui ialah penemuan teknologi seperti televisyen ,video, alat komunikasi dan
yang terkini ledakan IT seperti perkembangan komputer dan internet menuntut masyarakat berpegang
kepada nilai dan etika murni serta tidak terpesong daripada ajaran Islam. Contohnya, komputer dan
internet yang mempunyai manfaat yang besar dalam bidang pendidikan dan dakwah Islamiah tidak
seharusnya dicemari dengan perkara yang menyalahi ajaran Islam serta sumbang seperti pornography
dan kebebasan hidup tanpa agama tajaan barat. Sebenarnya, dalam al-Quran itu sendiri sudah
terkandung ilmu teknologi yang hanya menunggu untuk dikaji dan mengamalkannya. Setiap ayat yang
terkandung dalamnya digali, diteliti dan direnungi kerana al-Quran ialah sumber ilmu pengetahuan yang
terbesar. Keterangan mengenai ilmu pengetahuan dan teknologi banyak dikupas dalamal-Quran.
Sebagai contoh firman Allah S.W.T : SSe SSSSSSSSSS e Dan Telah kami ajarkan kepada Daud
membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu. Islam juga amat
menggalakkan kajian atau penelitian untuk mencari penemuan baru dalam bidang teknologi serta
memggunakannya dalam kehidupan seharian. Islam juga menuntut supaya umatnya mengembangkan
teknologi sehingga menemui kebesaran dan keagungan

-Allah S.W.T yang tidak dapat ditandingi oleh segala makhluk yang ada di langit dan di bumi. Firman
Allah S.W.T : bbbb u u Katakanlah: quot;Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Ringkasnya,
Islam menetapkan bahawa sesuatu perkara itu tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh al-Quran
dan sunnah. Begitu juga dengan ilmu dan teknologi. Oleh itu, islam tidak pernah menghalang atau
menolak kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan teknologi. Malah Islam juga tidak anti kepada
peralatan teknologi dalam bidang dalam hal ini dapat dimanfaatkan dan bertepatan dengan teori dan
objektif tamadun Islam. BAB 3 IT DALAM PENDIDIKAN ISLAM Sumbangan IT terhadap pembelajaran
sangat ketara. Dengan pelaksanaan KBSR dan KBSM, teknologi pendidikan adalah penyokong utama
untuk mencapai matlamatnya di samping fungsi guru sebagai pemudah cara. Malahan, pihak KPM begitu
komited dan

-menekankan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sesuai dengan
perkembangan pesat era IT dan komunikasi yang berlaku di Malaysia. Menurut Blai (1988,195-200),
penggunaan teknologi komputer boleh mengoptimumkan proses pengajaran. Teknologi komputer
merupakan revolusi terbaru yang membuka dimensi baru dalam kaedah penyampaian maklumat. Dengan
adanya aplikasi multimedia, fungsi komputer diperluaskan lagi jauh kehadapan daripada penggunaan
awalnya, iaitu sebagai alat pemprosesan data. Cara penyampaian pada peringkat awal penggunaan
komputer hanyalah terhad kepada teks, grafik, angka dan animasi yang canggih di samping penerangan
bersuara. Era perkembangan IT mempengaruhi setiap sudut bidang kehidupan manusia. Aspek teknologi
kini digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk
minat dan sikap positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Oleh itu, guru Pendidikan Islam di
Malaysia perlu mengorak langkah menjadikan komputer sebagai alat yang mampu meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Selaras dengan keperluan terkini untuk
memperkenalkan komputer secara menyeluruh dalam sistem pendidikan, mereka seharusnya tahu dan
mampu mengendalikan beberapa perisian komputer yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Keistimewaan dan kelebihan aplikasi multimedia berbanding kaedah pengajaran
tradisional harus diambil kesempatan oleh guru Pendidikan Islam. Perisian khusus untuk mata

- Menyediakan peluang belajar secara penemuan dan menjadikan pelajar lebih berdikari. 5. Pelajar
belajar secara lebih spontan, lebih natural dan berkesan berdasarkan mod deria yang digemari. 6.
Penggabungan pelbagai media di samping latihan yang direka bentuk secara interaktif membolehkan
pelajar mengembangkan pengalaman mereka dengan menerokai pembelajaran sendiri dan tidak hanya
menunggu untuk memperoleh maklumat secara pasif. Dengan mengambil peranan yang aktif dalam
pembelajaran dan menggunakan deria untuk memahami peristiwa baru mereka dapat menyelesaikan
tugasan dengan pemahaman yang lebih luas dan mendalam ( Halimah, 1996,37-48). Selain daripada itu,
pengajaran menggunakan multimedia dapat dimanfaatkan oleh guru melalui pelaksanaan beberapa
pendekatan dalam pengajaran seperti yang disaran oleh Md. Yusoff dan Azhar (2000) : 1. Membantu
dalam penyampaian yang lebih menarik dan berkesan. 2. Berdasarkan program multimedia yang direka
bentuk, guru mempunyai ruang untuk memantau para pelajar yang lemah. Usaha ini dapat dilakukan
kerana program yang direka bentuk lazimnya ialah self-driven dan dimuatkan dengan latihan dan ujian
untuk memastikan pelajar memahami pelajaran yang disampaikan. Program ini biasanya memuatkan
maklum balas serta merta untuk menjelaskan sesuatu perkara atau konsep.

-Dalam pendidikan, Komunikasi Berperantarakan Komputer (KBK) adalah payung kepada pengajaran
dan pembelajaran berasaskan internet. Komunikasi dalam pendidikan berlaku antara pelajar dengan
pengajar serta pelajar dan pengajar dengan bahan pengajaran. Menurut Jonassen (1996,45-54), KBK
memudahkan komunikasi antara individu dengan kumpulan dan seterusnya membenarkan pelajar
membina pengetahuannya sendiri serta membolehkan mereka memahami dan mengingati apa yang
dipelajari. Sehubungan dengan itu, penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diberi
tumpuan oleh guru Pendidikan kerana penggunaannya mampu menarik minat para pelajar terhadap
pendidikan Islam. Saranan ini selaras dengan penyataan yang dikemukakan oleh Zainab et al. (2002,)
yang menyatakan bahawa terdapat banyak laman web yang boleh dimanfaatkan oleh guru Pendidikan
Islam. Contohnya guru mengakses laman web yang berkaitan dengan Islam seperti laman web jabatan
agama negeri, Pusat Zakat Selangor dan beberapa laman web lain termasuk jalinan keluarga, solat.net,
ikhlas.com, islm.gov.my, haj-e.com dan shukur.com sebagai bahan bantu mengajar bagi topik pengajaran
yang terdapat dalam Pendidikan Islam. Melalui laman web tersebut, pelajar mengetahui perkhidmatan
agama Islam yang disediakan mengikut institusi di Malaysia. Pengajar boleh menyediakan tugasan
lanjutan dengan meminta pelajar menggunakan perkhidmatan yang disediakan di laman web tersebut.
Sebagai contoh pelajar diminta melayari laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan
mengambil bahagian dalam perkhidmatan soal jawab agama yang disediakan atau mendapatkan
maklumat ibadah haji serta umrah di laman web Tabung Haji. Guru dan para pelajar juga boleh
mnggunakan enjin pencarian yang mudah dan popular seperti Google dan Yahoo untuk mencari laman
yang berkaitan.

Kepentingan komputer

-dapat mencari maklumat dengan tepat - diprogramkan di dalam cakera liut


 - memudahkan murid belajar dan mengulang kaji pelajaran - disimpan di dalam cakera liut
 - lebih mudah mencari pekerjaan
 - terkedepan di dalam pelbagai bidang

Anda mungkin juga menyukai