1.1 Pengenalan
Windows 98
Selepas tahun 1940
Generasi Pertama
Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-
tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub
vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat panas
dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu
masa supaya setiap yang terbakar tidak menjejaskan operasi
keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan tenaga elektrik
yang banyak sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan
pada kawasan sekelilingnya.
Genarasi kedua
Komputer-komputer genarasi kedua menggunakan
transistor dan diod untuk menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan
saiz komputer lebih kecil dan murah. Daya ketahanan transistor didapati
lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub
vakum. Cara baru menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras
magnetik. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh
litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama
komputer juga bertambah. Ini menjadi komputer lebih pantas
menjalankan tugasnya.
Generasi ketiga
Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya
menghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratus
ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat
silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar (large
scale integration, LSI), untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih
dikenali dengan panggilan cip.
Generasi keempat
Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan
ingatan. Ia lebih maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen
transistor didalamnya. Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini
dipanggil pengamiran skala amat besar (very large scale integration,
VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga
berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar
sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting. Teknologi cip
yang maju ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan
minikomputer dan juga mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini
juga mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil superkomputer,
yang lebih pantas dan cekap berbanding kerangka utama.
Generasi kelima
Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum
wujud lagi dan ia merupakan komputer impian masa depan. Reka
bentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks. Ia
dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi
serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu
masa.
1969
1971
1972
• Intel memperkenalkan cip 200-KHz 8008, cip komersial
pertama dengan mikropemproses 8-bit, dengan capaian
memori 16 KB.
1974
1975
1976
1977
1978
1979
1980
• Sinclair Research memperkenalkan komputer ZX80. Ia
menggunakan teknologi NEC dengan 3.25 MHz 780-1 dan
mikropemproses 8-bit, 1 KB RAM dan 4 KB ROM.
1981
1982
1983
1984
1985
1986
1987
1988
1989
1990
1991
1993
1994
1995
1996
1997
1998
• Intel melancarkan cip 333 MHz Pentium ll, dengan bas 66
MHz mengabungkan teknologi CMOS 0.25 micron.
1999
2000
BALik