Anda di halaman 1dari 5

1.0 KEPENTINGAN RANCANGAN PENDIDIKAN YANG KOMPREHENSIF DAN BERSEPADU 1.

1 Kaedah Menyatupadukan Rakyat Seperti yang telah dibincangkan dalam bab sebelum ini, rancangan pendidikan merupakan satu rancangan yang disediakan oleh kerajaan untuk pendidikan rakyat. Antara rancangan pendidikan yang telah dilakukan adalah seperti menyeragamkan kurikulum semua sekolah di Malaysia agar dapat bernaung di bawah satu

pendidikan yang sama tarafnya. Ia juga merupakan salah satu kaedah kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam negara ini. Negara kita telah berusaha untuk membentuk rancangan pendidikan di sekolah yang sesuai dan meliputi hak individu untuk memilih jenis sekolah yang difikirkan sesuai untuk menuntut ilmu pendidikan. Selepas merdeka, negara kita berusaha mengubahsuai atau menggubal kurikulum sekolah supaya dapat mencerminkan kehendak dan aspirasi negara, seperti contoh penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Kandungan kurikulum sekolah hendaklah

mencerminkan kehendak dan aspirasi masyarakat yang mengutamakan mata pelajaran kebudayaan masyarakat.

1.2 Melahirkan Modal Insan yang Seimbang dan Berkemahiran Antara lain kepentingan rancangan pendidikan yang komprehensif dan bersepadu ialah dapat melahirkan modal insan yang seimbang dan berkemahiran serta dapat menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Contohnya, dari segi pengetahuan iaitu melalui proses asas, praktik, vokasyen dan prinsip kesihatan. Dari segi kemahiran pula, contohnya analisa logik, organisasi ideal dan dalam penggunaan alat teknik. Melalui rancangan pendidikan yang disediakan, pelajar dapat menambah ilmu pengetahuannya di samping dapat mempertajamkan kemahirannya. Insan yang seimbang dan harmonis adalah individu yang memiliki sikap dan tanggungjawab terhadap diri,keluarga dan negara.

Individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial akan sentiasa bersyukur dan reda dengan segala ujian dalam cabaran hidup untuk mengatasi masalah dengan fikiran yang tenang. Insan yang seimbang dan berkemahiran dicapai apabila potensi yang ada pada dirinya diperkembangkan secara menyeluruh. Kebanyakkan modal insan yang berkemahiran adalah dilahirkan daripada sekolah teknik vokasional dan sekolahsekolah yang menyediakan pembelajaran yang berasaskan kemahiran seperti memasak, membaiki, memasang dan membuka semula barangbarang elektronik, menjahit, solekan, pertukangan, kulinari, katering dan sebagainya.

1.3 Menyemai Sikap Sikap Positif dan Nilai Nilai Murni Manakala dari segi sikap pula, rancangan pendidikan turut ataupun dapat menyemai sikap-sikap yang positif dan nilai-nilai murni seperti sikap bekerjasama, bersatu-padu, jujur, dan sebagainya melalui aktiviti dan program yang

dilaksanakan berpandukan rancangan pendidikan yang disediakan. Sebagai contoh, penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum, persatuan, kelab dan aktiviti perkhemahan yang boleh memupuk sikap kerjasama dan bersepadu secara berkumpulan. Dengan adanya aktiviti ini mereka akan diberi tugas dan tanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti di bawah bimbingan pendidik atau guru. Aktiviti kem motivasi yang wajib dijalankan di setiap sekolah bagi memotivasikan pelajar-pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segi kurikulum mahupun kokurikulum sekolah.

1.4 Memelihara Tradisi dan Memperkaya serta Menghalusi Kebudayaan Selain itu, terdapat juga kepentingan lain dalam pendidikan iaitu dapat memelihara tradisi dan memperkaya serta menghalusi kebudayaan. Contohnya, pewujudan satu sekolah kebangsaan yang dapat dimasuki oleh semua rakyat tanpa mengira warna kulit, agama atau bangsa. Sekolah kebangsaan ini juga menjadi satu simbol perpaduan dan simbol kemasyarakatan rakyat kerana murid-

muridnya terdiri daripada pelbagai kaum yang masing-masingnya membawa budaya masing-masing dan bersepadu dengan budaya rakyat lain. Contohnya, seperti murid berbangsa Melayu, India, Cina dan bumiputera Sabah dan Sarawak dapat duduk di bawah satu rumpun pendidikan yang sama. Ringkasnya, semua rakyat mendapat pendidikan yang sama tinggi nilai dan tarafnya serta menggunakan bahasa yang sama. Walaupun ciriciri kebudayaan terdiri daripada pelbagai kaum namun mereka masih memelihara tradisi masingmasing dan memperkaya budaya masingmasing yang sering diperlihatkan dalam interaksi sosial antara satu sama lain dalam kehidupan harian mereka.

1.5 Sumbangan kepada Pembinaan Semula Masyarakat Antara kepentingan lain dalam pendidikan ialah memberi sumbangan kepada pembinaan semula masyarakat. Melalui rancangan pendidikan, pelajar dapat memahami asas hidup bermasyarakat, bertanggungjawab terhadap

kesejahteraan masyarakat dan memberi sumbangan kepada pembinaan semula masyarakat. Hal ini dapat dilihat melalui seminar yang dijalankan di sekolah. Contohnya, ialah seperti seminar berkenaan masalah sosial semasa, seminar pengukuhan integriti dan sebagainya. Melalui seminar-seminar ini, pelajar akan dapat pengetahuan tambahan tentang cara hidup masyarakat dan secara tidak langsung dapat mengetahui cara menyesuaikan diri dalam masyarakat. Secara langsung, dapat menanam sikap menghormati semua anggota masyarakat, mempunyai sikap sukan yang baik dan mempunyai minat serta perhatian mengenai kerajaan yang baik. Hal ini boleh dibuktikan melalui contoh tugas bagi seorang guru yang mengajar murid tiga belas tahun tentang bagaimana hendak menjalankan perbincangan yang berkesan ke atas topik yang boleh menarik perhatian mereka. Guru juga boleh mengajar murid yang berumur lima belas tahun supaya menghargai pencapaian bangsa dan pencapaian negara lain atau mengajar pengertian adil kepada murid berumur tujuh tahun. Pendidik mestilah mengelakkan diri daripada

terlibat dalam sesuatu ajaran yang boleh merosakkan pelajar, masyarakat dan negara mahupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.

1.6 Memperkukuhkan Landasan Pembangunan Negara Kepentingan pendidikan juga bertujuan untuk memperkukuh landasan pembangunan negara sesuai dengan acuan pembangunan modal insan dalam konteks sosioekonomi negara dan global. Hal ini adalah untuk memastikan sistem penyampaian pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan cemerlang bagi memenuhi aspirasi sesebuah negara. Institusi pendidikan kita adalah agensi utama bagi masyarakat yang mengamalkan sikap demokrasi dan pengetahuan dalam proses kebudayaan serta sikap pemikiran terbentuk yang terbaik. Hal ini secara tidak langsung akan melahirkan modal yang seimbang. Bagi mencapai kemajuan yang dikehendaki oleh kerajaan, satu wadah seperti rancangan pendidikan yang komprehensif dan bersepadu diperlukan agar negara mencapai kecemerlangan yang unggul dari setiap aspek. Bagi memperkukuhkan landasan pembangunan negara pendidik mestilah

meningkatkan sistem penyampaian dan meningkatkan kemahiran pengetahuan dan sikap secara integrasi, contohnya proses penyediaan kanakkanak untuk menghadapi cabaran hidup di masa hadapan serta membina sahsiah dalam diri kanak kanak.

KEPENTINGAN RANCANGAN PENDIDIKAN YANG KOMPREHENSIF Kaedah Menyatupadukan Rakyat

Melahirkan Modal Insan yang Seimbang dan Berkemahiran

Menyemai Sikap sikap Positif dan Nilai -nilai Murni

Memelihara Tradisi dan Memperkaya serta Menghalusi Kebudayaan

Sumbangan kepada Pembinaan Semula Masyarakat

Memperkukuhkan Landasan Pembangunan Negara

Anda mungkin juga menyukai