Anda di halaman 1dari 4

Dahulu desis hati ku kesah pilunya kerana kasih cinta dan nista itu masih bersama ku..

Bukan hasrat ku bermain kata menulis puisi cinta tapi ianya teras agas puisi hiba alunan jiwa ku yang merindu kasih. Laksana sang pungguk yang melihat indahnya bulan tapi tak terdakap lalu menyiulkan bunyi panggilan sayu.. Aku pilih untuk berkata bahasa pilu sebagai ganti puisi cinta yang seharusnya menjadi mainan pujaan jiwa ku.. Yang jelas atlasnya itu puisi hati, kata hati ku yang duka pilu mengenang nostalgia yang kata-kata cinta terbenam dibenaknya.. Merindukah aku? Merindukah kamu? Tiada yang dapat menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata membalikkan sesuatu yang disebaliknya. Aku jujur.. Kamu juga jujur mahunya tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya aku

Kredit gambar

Kamu.. boleh aku bertanya? Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum? Kamu.. boleh aku bercerita? Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu.. Kamu.. boleh aku bertanya lagi..? Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan? Kamu.. boleh aku bercerita lagi? Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha

sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu bidadari hati ku.. Kamu.. boleh aku bertanya? Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? Kamu... Berjalan mencari bunga yang harum.. tak pasti sudah sejauh mana jalan ditelusuri. Tak sedar juga patah dahan yang dipijak.. mungkin kerana rapuhnya patahan itu. Bila mahu akhirnya langkah ini.. yang aku harap sinar nan bahagia. Siapa kata aku tak sedar.. akan racun dan duri di kanan kiri ku.. aku sedar.. tapi aku punya ubatnya.. aku punya pembalutnya.. aku punya bebatnya buat bekal. Tersadung aku, masih mampu bangun.. ketawa senyum.. tapi dalam kalbu mengharap.. cahaya nian yang biar panas tapi menerangi.. sedar jua ancaman hangus tapi tak aku peduli.. mungkin kerana, manis dan merdu.. aksara kasih yang telah tertanam ini..

masih mekar menanti ranum buah biar tak gugur..

Tertumpul fikiran ini melayang tiada penghujungnya... Mana hilangnya tajam yang dulu bisa memutus menyimpul apa jua kadar. Hidup ini ku sangkal mana akhirnya, ku dangkal mana ceteknya.. Meluru bagai hidupnya peluru, merobek bagai tajamnya paruh helang.. Tiba-tiba keserabutan ini tidak dapat ku rungkaikan. Bagaimana mahu ku hadapi subuh esoknya, macam mana mahu ku langkah hari besoknya dan apa lagi bisikan iblis mahu ku dengar.. Panjang akal ku bukan bisik hati ku, licik fikiran ku bukan bisik iman ku, gerak perbuatan ku bukan panduan benar tulus.. aku terpesong.. Mahu ku pulang ke gagang berseri, tapi apa ada nakhoda yang menanti membimbing ku semula.. Mahu ku kembali mendakap sinar iman... Tapi apa ada yang mahu menerima.. Jauh ku pergi membawa hati yang berbolak-balik.. Patah sayap rajawali, tak mampu jua ku bertongkat ke sana..

Anda mungkin juga menyukai