Anda di halaman 1dari 1

Nini si anak kangaroo Nini adalah seekor anak kangaroo. Nini ada dua ekor adik-beradik yang lain.

Nini ada abang dan juga kakak. Tetapi Nini merupakan seekor anak kangaroo yang nakal. Nini suka merayau-rayau seorang diri kerana Nini yakin dia pasti jumpa jalan pulang. Nini tidak menghiraukan nasihat ibu, abang dan kakaknya. Pada suatu hari semasa sedang berjalan mencari makanan di sebuah padang yang luas, Nini terpandang seekor rama-rama yang amat cantik. Nini terpegun melihat rama-rama itu lantas mengejarnya. Nini sungguh seronak bermain dengan rama-rama itu. Tanpa disedarinya hari telah beransur gelap. Nini memandang ke sekelilingnya dan dia mendapati dia berada di suatu tempat yang asing baginya. Nini berasa amat takut. Dia merasa sungguh menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibu dan adik-beradiknya yang lain. Nini menangis sambil berlari ke sana dan ke sini untuk mencari jalan pulang tetapi hampa. Sepanjang malam Nini menangis dan berdoa semoga ibu, abang dan kakaknya dapat menemuinya semula. Tiba-tiba Nini terdengar namanya dipanggil. Nini berlari ke arah suara itu dan bertemu dengan keluarganya. Nini sungguh gembira dan berjanji akan selalu mendengar nasihat keluarganya.

Anda mungkin juga menyukai