Anda di halaman 1dari 20

CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

TUGASAN:

CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

NAMA:

NO MATRIKS:

PROGRAM:

PUSAT PEMBELAJARAN:

NAMA TUTOR:

EMAIL:

NOMBOR TELEFON:

1
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

SOALAN 1:

I: Analisis Pengiklanan Efektif

II: Analisis Pengiklanan Tidak Efektif

III: Analisis Pengiklanan Efektif Walaupun Tidak Menarik

PENGENALAN

Pengiklanan boleh didefinasikan sebagai;

“Segala bentuk pesan tentang suatu produk disampaikan


melalui suatu media, dibiayai oleh pemrakarsa yang dikenal, serta
ditujukan kepada sebagian atau seluruh masyarakat.” 1

Pengiklanan merupakan bahan promosi yang paling berkesan bagi sesebuah


produk. Selain daripada bertujuan untuk mempromosikan barangan terkini, ia
juga bertujuan untuk mengekalkan produk di pasaran selain dari bertujuan
untuk menguar-uarkan apa-apa jua aktiviti sesuatu syarikat yang layak untuk
diumumkan kepada perhatian orang ramai. Kebanyakan kali juga pengiklanan
bertujuan untuk mengumumkan berkenaan dengan kekosongan jawatan di
dalam sesuatu syarikat.

Walau apa pun jua tujuan pengiklanan, ia tetap berfokuskan untuk


mengekalkan apa yang dikatakan konsep ‘persefahaman bersama’ (mutual
understanding) di antara pengeluar (syarikat) dan juga orang awam (public).

1
http://www.pppi.or.id/id/pppi/rambu/bukumerah-isi3.html

2
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

Dalam erti kata lain, pengiklanan memainkan peranan serampang dua mata di
mana selain dari bertujuan untuk memperkenalkan atau mengekalkan produk
di pasaran, ia juga berperanan penting supaya sesebuah syarikat itu akan
sentiasa diingati oleh semua masyarakat. Ini amatlah penting untuk menjamin
kewujudan atau pengekalan syarikat terbabit di dalam pasaran antarabangsa
ataupun setempat.

Namun begitu, pengiklanan bukanlah sesuatu yang mudah untuk


dijalankan. Ia memerlukan pencernaan idea serta penghasilan kreativiti bagi
menyampaikan maklumat berkenaan produk, tetapi dalamasa yang sama tanpa
terlalu menonjolkan syarikat pengeluar produk. Ini adalah bertujuan untuk
membezakan peranan pengiklanan (advertisement) dan juga perhubungan
awam (public relation) di dalam sesuatu syarikat. Sebagai contoh perbezaan
antara dua iklan petronas iaitu iklan yang menunjukkan stesen minyak itu
sendiri (product advertisement) dan juga iklan sempena bulan kemerdekaan-
“Mengapa Saya Suka Rumah Saya” (company public relation).
Oleh itu, melalui tugasan kali ini, ingin saya paparkan beberapa
perbezaan antara pengiklanan yang berkesan dan juga pengiklanan yang tidak
berkesan. Diharapkan tugasan ini dapat menjadi bahan rujukan di masa
hadapan.

3
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

I: ANALISIS PENGIKLANAN EFEKTIF


Pengiklanan yang berkesan dapat membantu mengukuhkan serta
mengekalkan sesebuah syarikat di dalam masyarakat. Dalam ertikata lain
sesebuah syarikat yang telah kukuh kedudukannya di dalam masyarakat,
pastinya akan mendapat keuntungan yang berjangkamasa panjang. Sebagai
contoh iklan bagi produk makanan McDonald dan juga Kentucky Fried
Chicken (KFC). Kedua – dua syarikat makanan tersebut sangat popular
dikalangan masyarakat di Malaysia sehinggakan boleh dinobatkan sebagai
antara syarikat pengeluar makanan segera terbesar di Malaysia.

Imej dan warna


Saya telah mengambil 2 petikan iklan bagi kedua-dua syarikat
makanan segera ini (sila lihat lampiran 1). Saya dapati kedua-dua iklan
terbabit sangat menarik dari segi imej atau gambaran produk yang dijual.
Dipaparkan makanan yang membuka selera serta menarik perhatian pembaca.
Setelah beberapa pemerhatian rambang dilakukan saya juga mendapati
bahawa kedua-dua syarikat ini amatlah jarang mempamerkan iklan mereka
dalam imej berwarna hitam putih sahaja. Iklan-iklan yang dikeluarkan
selalunya haruslah bewarna dengan paparan imej sebenar produk makanan
yang dijual. Di sini dapatlah dilihat bahawa impak imej bewarna amat besar
bagi sesetengah strategi pemasaran bagi menarik minat pelanggan. Seperti
yang diperkatakan oleh Daniel Chandler;
“The color choices advertisers make are more than
aesthetic decisions; colors have been known to affect (and reflect) a
person's mood or emotions, current style trends and cultural beliefs
and symbols.”2

2
http://www.aber.ac.uk/media/Modules/MAinTV/analad.html

4
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

Jelas dapat dilihat bahawa warna juga dapat mempengaruhi keputusan


yang dibuat oleh seseorang individu. Sebagai contoh, iklan McD merupakan
petikan iklan bagi menyambut Tahun Baru Cina. Ia jelas menunjukkan
bahawa produk makanan yang dijual juga kebanyakkannya mempunyai warna
merah (warna tuah masyarakat cina). Selain daripada itu latarbelakang iklan
terbabit juga mempunyai pancaran atau gabungan warna merah dan juga
sedikit jingga dan kuning. Jika dibandingkan dengan iklan kedua (iklan KFC)
yang berlatarbelakangkan warna hijau muda bertujuan untuk menarik minat
pelanggan untuk merasa lebih teruja dengan suasana yang damai dan tenang
ketika minum petang.

Teks dan pemilihan perkataan


Teks atau ayat yang digunakan untuk tujuan pengiklanan juga amat
penting. Ini adalah kerana teknik pemaparan teks memainkan peranan penting
bagi menonjolkan pemilihan perkataan yang dapat menarik perhatian
pelanggan. Warna, jenis teks (font) serta saiz teks yang betul dapat
memberikan tarikan serta penekanan yang lebih mendalam kepada pelanggan.
Ini adalah benar melalui petikan kata-kata yang di ambil dari sebuah artikel
oleh Marcu Evan di linguarama.com;

“Language has a powerful influence over people and their


behaviour. This is especially true in the fields of marketing and
advertising. The choice of language to convey specific messages with
the intention of influencing people is vitally important.”3

Dalam ertikata lain, pelanggan akan dapat lebih mengingati sesuatu


produk sekiranya pemilihan perkataan yang digunakan menarik serta senang
diingati.

3
http://www.linguarama.com/ps/293-6.htm

5
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

Iklan McD telah menaikkan lagi aura tarikan produk terbabit dengan
penggunaan perkataan yang menarik – “Prosperity Foldover” – di mana
seperti yang kita semua telah maklum bahawa masyarakat cina sangat sinonim
dengan perkataan prosperity yang membawa makna kemewahan. Tambahan
pula perkataan terbabit telah berjaya ditonjolkan dengan menambah saiz
kepada font yang telah dipilih.

Seterusnya, iklan KFC mempunyai tarikan sendiri melalui tagline


“Terasa macam nak minum petang?” yang dapat dilihat kombinasi pemilihan
teks, warna serta ayat amatlah sesuai untuk mereka yang selalu mengejar masa
sehingga tidak sempat mengambil makan tengahari. Oleh itu KFC
mencadangkan hidangan yang ringan, ringkas, berkhasiat serta murah yang
dirasai bersesuaian dengan semua golongan masyarakat.

6
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

II: ANALISIS PENGIKLANAN TIDAK EFEKTIF


Pengiklanan yang tidak berkesan merupakan suatu pembaziran bagi
pihak pengeluar barangan. Ini adalah kerana produk yang dihasilkan walaupun
baik tetapi kurang mendapat sambutan hangat dari pengguna disebabkan oleh
pengiklanan yang tidak efektif ataupun tidak dapat menarik perhatian
pengguna.

Seperti yang telah dibincang diawal tugasan ini, perkara utama di


dalam bidang pengiklanan adalah untuk memperkenalkan produk di dalam
pasaran disamping membuatkan pengguna terus mengingati kewujudan
produk di dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Seperti yang telah
dimaklumkan terdahulu jua pengiklanan juga membantu dalam pengekalan
serta pengukuhan sesebuah syarikat di dalam komuniti.

Sebagai pengguna dan pembaca saya juga tertarik untuk membaca


iklan-iklan sesetengah produk. Adakalanya saya juga gemar untuk mengkaji
mengapa iklan-iklan ini saya gemari. Walaubagaimanapun terdapat juga iklan
– iklan yang saya dapati kurang efektif dari beberapa sudut penyampaian
seperti; kekurangan maklumat mengenai barangan atau produk, kekurangan
maklumat berkenanan dengan syarikat yang mengeluarkan produk,
persembahan atau paparan (display) iklan yang tidak menarik serta
penggunaan bahasa yang agak mengelirukan atau meragukan. Di sini saya
akan membincangkan sedikit sebanyak mengenai kelemahan pengiklanan
terbabit dengan mengambil contoh dua petikan iklan.

Maklumat Barangan Atau Produk Syarikat Pengeluar


Dapat dilihat pada kedua-dua contoh di lampiran kedua (sila rujuk
lampiran 2) bahawa jenis pengiklanan yang cuba di ketengahkan adalah
berbentuk tawaran perkhidmatan. Namun begitu maklumat yang cuba
disampaikan terlalu ringkas sehingga boleh menimbulkan persoalan kepada

7
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

pembaca. Pembaca atau dalam istilah pemasaran yang dianggap sebagai


‘potential customer’, mungkin akan tertanya-tanya atau berasa sangsi
berkenanan dengan produk atau perkhidmatan terbabit. Tambahan pula
tawaran perkhidmatan terbabit datang dari kumplan syarikat yang kurang
popular ataupun mungkin syarikat yang baru ingin mencuba pasaran.

Pada pendapat saya, pengeluar tawaran berkenaan seharusnya


memberikan maklumat terperinci berkenaan dengan produk atau perkhidmatan
yang mereka cuba pasarkan. Selain daripada pembaca mendapat gambaran
yang lebih tepat dan sempurna berkenaan produk terbabit, ia juga dapat
membantu pembaca untuk membuat keputusan samada untuk mencuba atau
menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut atau tidak.

Seterusnya pengeluar produk juga haruslah memberikan maklumat


terkini dan terperinci mengenai syarikat mereka. Ini dapat membantu
memberikan imej yang baik bagi pengeluar produk tersebut. Imej amatlah
penting dalam mempengaruhi pembaca atau pengguna untuk membuat
keputusan. Dengan memberikan maklumat yang kukuh dan meyakinkan pasti
ia dapat mengukuhkan lagi minat pembaca atau ‘potential customer’ tadi
untuk membeli atau menggunakan produk berkenaan.

Persembahan Atau Paparan (Display) Iklan


Pemilihan imej serta paparan yang menarik amat mempengaruhi deria
visual pembaca. Bak kata pepatah “dari mata turun ke hati”, dari situlah juga
pihak pengeluar harus memberi penekanan. Pemilihan gambar selain dari
warna bagi sesebuah pengiklanan bagaikan nadi keberkesanan iklan tersebut.
Impak gambar yang di paparkan memainkan peranan yang maksima kepada
produk atau perkhidmatan yang cuba dipasarkan. Begitu juga dengan
kombinasi gambar dan warna. Tanpa warna gambar atau imej yang digunakan
nampak hambar dan tidak bermaya. Sekiranya gambar yang merupakan

8
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

komponen penting dalam sesebuah pengiklanan kelihatan hambar maka, sudah


pasti target sebenar maklumat yang ingin disampaikan juga akan menjadi sia-
sia.

Pengeluar iklan terbabit seharusnya memberikan penekanan berkenaan


dengan paparan produk. Seperti di dalam contoh ‘Doktor Cermin’, walaupun
terdapat beberapa gambar seperti gambar cermin serta lampu kereta di dalam
iklan terbabit, namun ia gagal menyuarakan kekuatan sebenar produk atau
perkhidmatan terbabit. Seeloknya, pengeluar atau syarikat terbabit dapat
memberikan gambar sebenar atau hasil kepada penggunaan produk tersebut
supaya pembaca lebih yakin dengan tawaran perkhidmatan atau produk yang
dijual.

Bagi contoh kedua pula, saya menyarankan agar pihak syarikat terbabit
dapat memberikan contoh sijil pendaftaran yang telah terbukti dibantu
pengeluarannya oleh pihak syarikat tersebut. Melalui cara ini, ia dapat
dijadikan bukti keberkesanan perkhidmatan syarikat terbabit.

Penggunaan Bahasa
Kedua – dua iklan terbabit juga tidak menggunakan bahasa yang
sempurna atau lengkap. Boleh dikatakan semua maklumat (yang ringkas) terus
diringkaskan lagi dengan penggunaan ‘point form’ bagi menceritakan
berkenaan dengan produk terbabit. Ini amatlah tidak bertepatan dan
bersesuaian dengan kehendak asal pengiklanan iaitu bertujuan untuk
menyebarkan maklumat berkenaan dengan produk selain dari menarik
perhatian umum berkenaan dengan produk tersebut. Sekiranya maklumat yang
dipaparkan dengan menggunakan ayat dan laras bahasa yang tidak sempurna,
jelaslah ia sudah pasti gagal dalam menarik perhatian pembaca.

9
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

Pihak pengeluar sepatutnya menggunakan slogan yang menarik atau


tagline yang dianggap ‘catchy’ dimata umum seperti yang dilakukan oleh
syarikat-syarikat terkenal sepert KFC dan McD (seperti yang dibincangkan
terdahulu). Ini adalah kerana penggunaan taktik bahasa yang menarik dapat
memberikan impak yang hebat kepada pembaca. Ia dapat mewujudkan
perasaan untuk cuba memiliki atau sekurang-kurangnya pengalaman
menggunakan produk tersebut. Seterusnya ia membantu keberkesanan dan
kejayaan sesebuah produk di pasaran

10
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

III: ANALISIS PENGIKLANAN YANG EFEKTIF WALAUPUN


TIDAK MENARIK
Seperti yang telah dibincangkan terdahulu, pengiklanan yang berkesan
semestinya yang berjaya menarik perhatian pembaca. Sekiranya paparan iklan
itu menarik atau ‘catchy’, berasal dari pengeluar yang popular atau
meyakinkan, sudah pasti produk yang dipasarkan akan mendapat sambutan
hangat dari pengguna. Walaubagaimanapun, terdapat jua pengiklanan yang
secara peribadinya saya dapati tidak menarik. Namun begitu produk yang
dipasarkan tetap mendapat sambutan. Ingin saya membincangkan beberapa
faktor yang memungkinkan produk tersebut atau pengiklanan yang dianggap
tidak menarik itu menjadi efektif.

Sebelum saya memulakan hujah berkenaan pengiklanan yang


dimaksudkan, ingin saya menarik perhatian pembaca kepada dua contoh
petikan iklan yang telah saya petik dari keratan sebuah akhbar popular di
Malaysia (sila rujuk lampiran 3). Kedua – dua iklan terbabit merupakan iklan
produk kesihatan. Ingin saya tarik perhatian pembaca kepada beberapa sebab
yang menyebabkan iklan terbabit menjadi efektif walaupun tidak menarik.
Antara sebab – sebabnya adalah; kehendak atau permintaan pasaran,
penempatan iklan dan juga pengguna sasaran.

Kehendak / Permintaan Pasaran


Setelah beberapa penyelidikan rambang diperhatikan di dalam
beberapa akhbar serta majalah tempatan dan antarabangsa, saya mendapati
bahawa produk kecantikan serta produk kesihatan amatlah mendapat sambutan
hangat di pasaran kini. Seperti contoh iklan yang telah dilampirkan di
lampiran tiga, pengiklanan yang mempromosikan produk kesihatan walaupun
menggunakan cara yang tidak menarik tetapi amat efektif di dalam mencari
atau mendapatkan pelanggan.

11
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

Selain daripada itu walaupun terdapat pelbagai barangan kesihatan dan


kecantikan baru di pasaran bak cendawan tumbuh selepas hujan namun
sambutan hangat masih diterima oleh syarikat-syarikat pengeluar produk
terbabit. Dapat juga diperhatikan bahawa pengguna berani mencuba untuk
menggunakan produk kesihatan yang baru walaupun ia diedarkan oleh
syarikat yang baru sahaja muncul di pasaran. Ini jelas menunjukkan bahawa
kehendak dan permintaan pengguna mengenai barangan terbabit telah
mengatasi keputusan logik pengguna di mana pengguna tidak lagi mengambil
endah tentang keberkesanan serta jaminan kualiti barangan terbabit.

Penempatan Iklan
Selain daripada permintaan serta kehendak pengguna yang meluap
terhadap produk kesihatan dan kecantikan, pihak pengeluar juga mempunyai
strategi pemasaran yang agak baik iaitu dengan memaparkan iklan-iklan
mereka di dalam media-media yang popular. Contohnya keratan iklan yang
saya ambil itu telah di tempatkan di dalam Harian Metro yang merupakan
antara majalah tabloid terkenal di negara ini.

Pemerhatian rambang saya juga mendapati iklan – iklan bagi produk


sebegini memang kerap kali malahan boleh dikatakan wujud di dalam setiap
majalah – majalah terkenal di negara ini seperti majalah Wanita, Mastika,
Nona, Keluarga, Remaja dan sebagainya. Jelas dapat dilihat selain daripada di
siarkan di dalam akhbar - akhbar berbentuk tabloid, pengeluar juga mengambil
tindakan untuk menyiarkan iklan – iklan mereka di dalam majalah – majalah
pilihan orang ramai. Dengan itu, tidak hairanlah, walaupun iklan pengeluar
produk terbabit kelihatan hambar dan tidak menarik tetapi mereka masih
mempunyai pelanggan yang tetap melanggan produk mereka.

12
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

Pengguna Sasaran
Pengguna sasaran juga merupakan antara sebab penting mengapa
pengiklanan yang tidak efektif tetapi masih lagi berkesan di dalam
mendapatkan sokongan masyarakat. Ini adalah kerana salah satu objektif
sesebuah syarikat adalah untuk menjana keuntungan yang maksimum dengan
pengeluaran modal yang minimum. Oleh itu, adalah amat mudah bagi
sesebuah syarikat pengeluar baru untuk memasarkan barangan yang
mempunyai permintaan ramai dan juga yang mempunyai sasaran pengguna
yang paling ramai.

Dengan memilih produk yang telah mempunyai sasaran atau citarasa


yang kukuh di pasaran, ia merupakan jalan mudah bagi pihak pengeluar untuk
menghasilkan keuntungan. Seperti yang berlaku di dalam pasaran sekarang,
jelas kita dapat lihat bahawa pengguna kini amat taksub dengan produk
kecantikan dan juga produk kesihatan. Seterusnya ia membuka peluang untuk
pengeluar memandang remeh terhadap pengiklanan barangan kerana mereka
sedar bahawa walaupun kos pengiklanan dikurangkan tetapi pelanggan bagi
barangan atau produk mereka tetap ada.

KESIMPULAN
Melalui analisis-analisis terhadap beberapa aspek pengiklanan di atas,
dapatlah disimpulkan bahawa pengiklanan sememangnya penting bagi
memasarkan sesuatu produk. Selain dari bertujuan sebagai pengenalan produk
baru ke mata umum, pengiklanan juga memainkan peranan sebagai agen untuk
memastikan produk itu kekal berada di dalam pasaran. Seterusnya pengiklanan
juga merupakan elemen bantuan yang penting kepada ‘public relation’
sesebuah organisasi. Oleh itu, setiap syarikat yang ingin memastikan produk
mereka sentiasa mendapat sambutan di pasaran haruslah menggunakan teknik
– teknik serta strategi pengiklanan dan pemasaran yang bertepatan dengan
kehendak terkini pasaran.

13
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

SOALAN 2: ANALISIS IKLAN BILLBOARD

PENGENALAN
Iklan billboard merujuk kepada jenis pengiklanan yang di letakkan di
pinggir – pinggir jalanan khususnya di kawasan – kawasan tumpuan orang
ramai. Menurut definasi yang dipetik dari wikipedia, iklan billboard merujuk
kepada;

“A billboard is a large outdoor advertising structure (a billing


board), typically found in high traffic areas such as alongside busy
roads. Billboards present large advertisements to passing pedestrians
and drivers. Typically showing large, witty slogans and distinctive
visuals, billboards are highly visible in the top designated market
areas.”4

Daripada definisi tersebut, jelas dapat dilihat fungsi pengiklanan yang


berbentuk billboard adalah bertujuan untuk menarik minat pengguna pengguna
jalanraya. Billboard juga dikatakan mempunyai saiz yang besar dengan
penggunaan slogan yang menarik , beserta gambaran imej produk yang jelas
dan terang bertujuan supaya ianya dapat dilihat dengan jelas oleh pengguna-
pengguna yang melalui jalan tersebut.

Melalui tugasan ini, saya akan membuat sedikit analisis dengan


mengambil perhatian khusus dalam penggunaan laras bahasa di dalam
billboard yang telah saya pilih (billboard 1 dan billboard 2). Saya telah
mengambil contoh iklan billboard yang dipamerkan di kawasan yang saya
duduki iaitu di sekitar bandar Batu Pahat.

4
http://en.wikipedia.org/wiki/Billboards

14
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

Billboard 1

15
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

Billboard 2

16
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

Penggunaan Bahasa

Pengiklanan billboard bertujuan untuk menarik perhatian penduduk setempat


yang menggunakan laluan tersebut. Sudah pasti ia juga bertujuan untuk mencipta
kenangan di dalam minda pengguna supaya akan selalu mengingati iklan terbabit. Oleh
yang demikian selain daripada penggunaan gambar atau imej yang boleh menarik
perhatian, penggunaan ayat atau perkataan serta pemilihan bahasa yang bersesuaian
dengan kehendak penduduk setempat juga memainkan peranan penting.

Di dalam contoh petikan billboard yang telah saya pilih, kedua-dua iklan
menggunakan Bahasa Melayu. Ini menunjukkan bahawa sasaran pengguna yang telah
ditentukan oleh pihak pengeluar pastinya tergolong dalam semua golongan iaitu
daripada yang mempunyai latarbelakang akademik yang minimum sehingga kepada
mereka yang mempunyai latarbelakang akademik yang kukuh. Ini adalah kerana
penggunaan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan bagi rakyat Malaysia
telah mewajibkan setiap individu yang mempunyai taraf kerakyatan Malaysia untuk
berkebolehan dalam membaca dan menulis dengan menggunakan Bahasa Melayu.

Sekiranya pihak pengeluar telah menggunakan Bahasa Inggeris di dalam


pengiklanannya, maka skop sasaran pembaca mereka akan menjadi lebih terhad. Ini
adalah kerana walaupun Bahasa Inggeris telah diiktiraf sebagai bahasa antarabangsa,
namun tidak semua yang menetap di sekitar Batu Pahat dapat memahami teks yang
ditulis menggunakan Bahasa Inggeris.

Begitu jua sekiranya pihak pengeluar memilih untuk menggunakan bahasa


sesetengah golongan etnik seperti kaum Cina atau India. Walaupun kaum Cina
merupakan golongan etnik terbesar selepas kaum Melayu, tetapi ia tetap telah
menghadkan golongan sasaran atau pengguna yang bakal diterima oleh pihak
pengeluar.

17
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

Selain daripada itu, pemilihan perkataan yang mudah, ringkas serta senang
diingati dari laras Bahasa Melayu juga memainkan peranan di dalam billboard tersebut.
Dapat dilihat melalui kedua-dua contoh tersebut, pihak pengeluar tidak menggunakan
tatabahasa yang terlalu sukar (bombastic words) mahupun tatabahasa yang terlalu kuno
(archaic words). Pihak pengeluar turut mengelakkan penggunaan slang atau jargon yang
boleh membawa kepada kekeliruan.

Dengan pemilihan perkataan yang mudah maka informasi yang cuba


disampaikan juga akan dapat segera ditangkap oleh si pembaca. Ini memandangkan
salah satu matlamat penggunaan iklan billboard adalah supaya pembaca dapat terus
menyerap mesej yang disampaikan secara langsung tanpa perlu mentafsir atau meneka
maksud tersirat iklan tersebut. Memandangkan billboard ditempatkan di kawasan –
kawasan laluan yang sesak seperti di pinggir – pinggir lampu isyarat ataupun di tepi –
tepi highway di mana pembaca hanya berpeluang untuk membaca maklumat dengan
sepintas lalu sahaja.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, penggunaan bahasa dalam iklan yang dipamerkan di


Malaysia masih menepati ciri-ciri pembaca tempatan. Menurut kajian yang dibuat oleh
Roosfa Hashim dari Universiti Kebangsaan Malaysia5 mendapati tahap penggunaan
bahasa di dalam iklan berada di dalam tahap yang baik dan memuaskan. Dengan
pengekalan ciri – ciri pengiklanan seperti yang telah di gariskan oleh Kamaruddin
Husin (1995) seperti unsur-unsur retorik; unsur terjemahan; pemilihan kata bahasa
iklan; wacana pemaparan atau pengisytiharan; penggunaan istilah khusus untuk
meningkatkan keyakinan pengguna; penggunaan ungkapan tertentu; penggunaan ayat
berkesan; kaedah pemesraan; kaedah peyakinan; kaedah gesaan; kaedah pinjam
terjemah; dan pronominalisasi telah membuktikan bahawa kaedah pemasaran melalui
pengiklanan masih harus dipraktikkan di Malaysia.
5
http://www.geocities.com/mohdkhazimi/iklan.html

18
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

RUJUKAN

19
CBCP 4203 – PENULISAN KAPI

Kamaruddin Husin. 1995. Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

http://www.pppi.or.id/id/pppi/rambu/bukumerah-isi3.html

http://www.aber.ac.uk/media/Modules/MAinTV/analad.html

http://www.linguarama.com/ps/293-6.htm

http://en.wikipedia.org/wiki/Billboards

http://www.geocities.com/mohdkhazimi/iklan.html

20

Anda mungkin juga menyukai