Anda di halaman 1dari 3

SISTEM PENGKELASAN PERPULUHAN DEWEY

DEFINISI Satu sistem yang logik bagi penyusunan ilmu pengetahuan. TUJUAN * Untuk menyusun bahan-bahan perpustakaan secara teratur di atas rak supaya mudah disimpan dan didapatkan kembali.

* Untuk menyusun entri-entri katalog dan indeks. OBJEKTIF Membantu pengguna mengenalpasti dan mengesan sesuatu karya melalui nombor panggilan. Bagi tujuan ini sebarang kaedah pernomboran atau tanda adalah mencukupi, asalkan ada persamaan diantara nombor/tanda pada bahan dan pada entri katalog. Mengelompokkan bahan-bahan mengenai sesuatu perkara/subjek dalam satu kelompok yang sama. NOTASI Setiap skim pengkelasan menggunakan satu sistem simbol sebagai tanda yang mewakili kelaskelas, kelas-kelas kecil dan pembahagian-pembahagiannya. Sistem simbol yang dipanggil notasi adalah untuk menunjukkan secara ringkas, perkara dan aspek dan kadangkala perkaitannya disamping menyediakan satu susunan yang logik dan teratur. Skim Pengkelasan Perpuluhan Dewey menggunakan notasi tulin (angka Arab); skim Pengkelasan Library of Congress menggunakan notasi campuran (huruf besar dan angka-angka Arab); Universal Decimal Classification menggunakan notasi tulin (angka Arab).

PANDUAN MENGKELAS 1. Tentukan kandungan subjek , dan kenalpasti konsep utama dalam bahan yang dikelas. 2. Pilih nombor yang sesuai dari skim pengkelasan. 3. Jika sesuatu karya itu mengandungi lebih dari satu subjek atau lebih dari satu aspek, pilih satu nombor sahaja, atau pilih satu nombor yang umum yang meliputi subjek-subjek dan aspek-aspek yang berkaitan. 4. Pilih satu nombor yang memberi manfaat kepada pengguna bagi sesuatu karya yang boleh dikelaskan dalam lebih dari satu nombor. 5. Kelas mengikut subjek, diikuti dengan bentuk, kecuali bahan sastera di mana bahasa dan

bentuk sastera diberi keutamaan. 6. Gunakan nombor yang paling spesifik jika ada. 7. Indeks digunakan untuk membantu pengkelas mengesan nombor kelas yang spesifik. Sentiasa semak nombor dalam skedul untuk nombor-nombor yang diperolehi dari indeks. 8. Kelas di bawah subjek utama jika boleh ditentukan, 9. Kelas di bawah subjek yang pertama jika subjek utama tidak dapat dikenalpasti. Bagi skim Pengkelasan Perpuluhan Dewey, pertama bermaksud kelas yang disebutkan dahulu. 10. Kelas di bawah subjek umum bagi sesuatu karya yang mengandungi dua subjek atau lebih dan ianya adalah pembahagian-pembahagian kecil sesuatu subjek yang umum.

NOMBOR PANGGILAN

Definisi Nombor panggilan adalah kombinasi simbol yang mengandungi nombor kelas, nombor buku atau nombor bahan dan kadangkala data lain, seperti tahun, nombor jilid, nombor salinan, yang menyediakan identifikasi bagi sesuatu bahan dan penempatannya di atas rak. Gerimis / oleh Sabar Bohari F Simbol untuk bahan fiksyen SAB Nombor buku, tiga huruf awal dari entri utama, Iaitu nama pengarang. Asas belanjawan modal / Shamsher Mohamed, Shamsudin Ismail, A Annuar Md. Nasir. 658.154 Belanjawan modal SHA Nombor pengarang : Shamsher

SISTEM PENGKELASAN PERPULUHAN DEWEY SENARAI RINGKASAN PERTAMA 000 KARYA AM GENERALITIES 100 FALSAFAH & PSIKOLOGIPHILOSOPHY & PSYCHOLOGY 200 AGAMARELIGION 300 SAINS KEMASYARAKATAN SOCIAL SCIENCES 400 BAHASA LANGUAGE 500 SAINS TULEN & MATEMATIK NATURAL SCIENCES & MATHEMATICS 600 TEKNOLOGI (SAINS GUNAAN)TECHNOLOGY (APPLIED SCIENCES) 700 KESENIAN THE ARTS 800 KESUSASTERAAN & RETORIKALITERATURE & RHETORIC 900 GEOGRAFI & SEJARAH GEOGRAPHY & HISTORY Kelas Utama Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey mengorganisasikan semua ilmu pengetahuan berdasarkan kepada sepuluh kelas utama. Sembilan kelas mewakili sembilan bidang ilmu pengetahuan umum, dan satu kelas untuk bahan-bahan yang umum seperti enciklopedia, suratkhabar dan terbitan berkala. Buku-buku fiksyen tidak diberi nombor kelas dan ditandakan dengan simbol F sahaja.

Anda mungkin juga menyukai