Anda di halaman 1dari 16

Strategi Dalam Pengajaran Pemulihan Matematik

Disediakan oleh : Lee Mei Fong Teng Zhi Xian Tiew Pui Houng Yong Xue Lin

Prinsip Pengajaran
1. 2. 3. 4. 5. Mudah ke sukar Konkrit ke abstrak Umum kepada spesifik Spesifik ke umum Penggunaan bahan manipulatif dan teknologi

1. Pada peringkat permulaan, mengenal konsep nombor kepada kanak-kanak mestilah menggunakan benda maujud yang sebenar yang ada di persekitarannya. 2. Kanak-kanak perlulah belajar dari pengalaman enaktif iaitu pengalaman secara langsung atau sebenar ke pengalaman ikonik iaitu melalui visual seperti gambar, video dan sebagainya dan ke cara simbolik atau digital seperti perkataan dan angka-angka.

3. Lambang-lambang dan tanda-tanda dalam matematik hendaklah jangan diperkenalkan di peringkat awal. Kanak-kanak tersebut perlulah memahami nilai dan proses untuk mendapatkan benda tersebut
4. Guru perlulah bijak menyusun bahan-bahan pengajaran untuk membantu kejayaan. Dalam merancangkan pengajaran, langkah awal dan terpenting bagi guru ialah mengukur peringkat pengalaman pelajar yang sedia ada sebelum sesuatu topik pengajaran itu disampaikan.

5. Latihan-latihan adalah perlu tetapi latihan yang diberi mestilah difahami dengan jelas dan kukuh. Cara yang selalu dilakukan ialah :A. Buat. Do B. Fahamkan.. Understand C. Mahirkan Practices D. Kukuhkan... Consolidate E. Mengingatkan Memorise

4. Kerja-kerja lisan perlu ditegaskan disemua peringkat. Oleh kerana daya ingatan kanakkanak amat terhad maka pengulangan yang kerap mesti di lakukan. 5. Apabila menggunakan alatan, guru haruslah mengambil perhatian bahawa tumpuan perhatian kanak-kanak tidak tertumpu pada operasi alat tersebut, tetapi hendaklah dititik beratkan kepada konsep-konsep yang diperkenalkan.

6. Penggunaan benda-benda maujud hanya sebagai titian untuk membawa kanak-kanak tersebut dari peringkat konkrit ke peringkat abstrak. 7. Matlamat terakhir dalam pengajaran matematik adalah ke arah keupayaan berfikir dan menggunakan secara abstrak. Oleh itu latihan-latihan perlu diberikan ke arah matlamat tersebut.

Pengguanan Bahan Bantu Mengajar turut dapat membantu para guru menyelesaikan masalah penguasaan matematik di kalangan murid dan mengekalkan minat belajar matematik kepada para murid.

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar telah menjadi keperluan harian kepada pendidik kerana proses pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak amat menekankan kemahiran-kemahiran asas Matematik yang bermula daripada pengenalan asas nombor hinggalah kepada penyelesaian masalah.

Kaedah pengajaran pemulihan matematik


Dari segi teknik dan aktiviti yang hendak dijalankan mesti dirancang dengan rapi mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murid menguasai sesuatu konsep atau kemahiran. Aktiviti yang dirancangkan hendaklah dijalankan untuk kumpulan kecil atau individu.

Kaedah pengajaran boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah-kaedah tersebut :

a. Pengajaran individu. b.Pengajaran kumpulan kecil. c. Pengajaran rakan sebaya.

Pengajaran individu
Guru menumpukan pemerhatian kepada seseorang murid yang tertentu dan membimbingnya untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan menggunakan bahanbahan yang telah disediakan

Pengajaran Kumpulan kecil

Guru membentuk kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid-murid yang menghadapi masalah yang sama . Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan.

Pengajaran kumpulan sebaya


Guru menetapkan murid yang sudah mahir membimbing seorang atau lebih rakannya yang bermasalah dengan menggunakan bahan yang disediakan dan melakukan aktiviti yang telah guru tetapkan.

Anda mungkin juga menyukai