Anda di halaman 1dari 20

Kumpulan 5: Ayisy Hariz Muhammad Naim Nurul Hazwani Thaatchayani

Komunikasi berkesan, guru yang mesra murid dan suasana kelas yang demokrauk membawa kepada sebuah hubungan yang erat antara guru dengan murid. Komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid akan meningkatkan iklim pembelajaran kepada yang lebih baik. Guru yang menghormati dan mesra dengan murid tetapi menunjukkan ketegasan dan menetapkan batas batas yang bersesuaian dalam p&p akan dihormai oleh murid murid Suasana demokratik juga akan membuatkan murid berasa dihargai

3.1 Membina hubungan guru murid

dan lebih bertanggungjawab

Kepentingan Membina hubungan guru - murid

Dinamika bilik darjah Hubungan guru murid

Faktor faktor yang mempengaruhi hubungan guru - murid

Amalan budaya penyayang

Strategi membina hubungan positif guru - murid

3.1.1 Kepentingan membina hubungan guru - murid

Membina hubungan yang baik dengan murid merupakan satu proses yang berterusan. Hubungan ini memerlukan usaha daripada kedua dua belah pihak. Hubungan ini akan terjalin dengan baik apabila murid murid berasa gembira dan seronok menjayakan aktivit p&p di dalam bilik darjah. Guru yang berjaya membina komunikasi yang baik dengan murid dapat mengatur rutin dan peraturan di dalam bilik darjah dengan lebih telus dan berkesan.

Menurut Good dan Brophy (2002),


Guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah.

Murid murid yang senang berkomunikasi dengan guru akan dapat

meluahkan masalah dan berkongsi pendapat tentang pembelajaran


dengan gurunya. Secara langsung, ini dapat meningkatkan prestasi akademik mereka. Peningkatan prestasi murid akan menyumbang kepada peningkatan konsep kendiri mereka. Guru perlu mengetahui latar belakang sosial dan akademik murid untuk menentukan corak hubungan yang sesuai dengan murid muridnya.

Terdapat beberapa kebaikan menjalinkan hubungan yang positif antara guru dengan murid.

Kebaikan kepada guru


Hubungan guru murid yang baik menaikkan motivasi dan semangat kepada guru untuk mengajar.

Kebaikan kepada murid


Murid lebih berminat untuk belajar.

Murid lebih senang dikawal.

Murid murid lebih memberikan kerjasama kepada guru.

Kerjasama murid murid akan memberikan kesan kepada pengajaran guru.

Meningkatkan pencapaian akademik murid.

Menaikkan imej guru

Murid lebih bermotivasi untuk belajar.

3.1.2 Faktor faktor yang mempengaruhi Hubungan Guru - Murid

Faktor yang mempengaruhi hubungan guru dan murid :

Penampilan dan bahasa badan (body language) guru Tingkah laku guru Menunjukkan contoh teladan yang baik

Persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah

i.

Penampilan dan bahasa badan (body language) guru


Penampilan guru memainkan peranan penting dalam pertemuan pertama dengan murid murid. Penampilan guru pelu menunjukkan ciri ciri profesionalisme guru dan mengikut etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 dan Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7/2001: Garis Panduan Pakaian Guru ketika Bertugas di Sekolah )

Guru guru hendaklah menunjukkan pakaian yang sesuai apabila


bertugas kerana pakaian melambangkan disiplin dan imej profesion keguruan.

Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher)

Jenis pakaian menjolok mata tidak boleh dipakai

Garis panduan pakaian guru lelaki semasa bertugas di dalam bilik darjah
Pakaian baju Melayu lengkap / semirip

Kasut kulit / kasut lain yang sejenis

Kasut kulit, selipar, cerpu (sesuai dengan pakaian)

Pakaian kebangsaan / pakaian kaum masing

Pakaian menjolok mata tidak boleh dipakai

Garis panduan pakaian guru perempuan semasa bertugas dalam bilik darjah

Penampilan guru yang berprofesional, berimej guru dan berwibawa akan

memberikan persepsi yang baik kepada murid murid.


Melalui penampilan guru yang beretika, murid akan menghormati guru dan menjadi rol model untuk dituruti oleh murid murid. Bahasa beradab seorang guru menyampaikan mesej kepada murid. Sekiranya seorang guru masuk ke dalam kelas dengan berpakaian selekeh, tangan mendakap diri dan tiada kontak mata dengan murid muridnya, murid murid akan mendapat mesej yang guru tidak berminat untuk

mengajar atau tidak mempunyai keyakinan diri.


Guru perlu mempunyai kontak mata dengan murid murid supaya mereka berasa dihargai. Gerak geri guru perlu bertenaga dan semangat untuk mengajar. Segala tingkah laku akan diperhatikan oleh murid dan akan diikut oleh murid.

ii. Tingkah laku guru Mencerminkan perwatakan guru. Tingkah laku yang positif dan bersopan akan dijejaki oleh murid murid. Tingkah laku yang positif dengan penggunaan bahasa yang baik boleh

membuatkan murid murid menghormati guru.


Seorang guru yang bercakap kasar serta menjerit jerit di dalam kelas akan membuatkan murid murid berasa takut dan tidak selamat. Jadilah seorang guru yang berhemah tetapi tegas. Berilah peneguhan yang sesuai kepada tingkah laku yang diterima di dalam kelas. Tunjukkan teladan yang baik melalui kelakuan dan bahasa percakapan

dengan murid murid.


Guru juga perlu empati kepada murid murid. Segala masalah yang dihadapi harus ditangani dengan adil.

Berilah peluang kepada murid untuk membincangkan murid.

Elakkan daripada menuduh tanpa bukti.


Siasat dan selidik sebelum bertindak. Tindakan yang melulu akan mengundang hilang kepercayaan terhadao guru. Perkataan yang digunakan untuk berkomunikasi dengan murid, perlu diberikan perhatian. Gunalah perkataan yang sesuai dan elakkan daripada menggunakan bahasa bahasa kasar.

Kawal emosi dan fikir dahulu sebelum berkata kata.


Kata kata yang positif dan bermakna akan meningkatkan motivasi murid. Sekiranya ingin menegur murid, gunalah bahasa yang sesuai dan tegas. Tegaskan kepada murid tentang peraturan kelas yang telah dipersetujui sekiranya mereka melanggar peraturan. Jangan memaki atau menghina pelajar dengan kata kata yang kesat. Elakkan daripada menegur dengan menggunakan bahasa- - bahasa kasar.

Antara contoh perkataan/bahasa yang boleh digunakan adalah:


Bagus ! Awak telah menjawab dengan baik.

Cikgu bangga awak dapat melakukannya. Cikgu suka awak patuh pada peraturan yang kita tetapkan. Kelakuan sebeginilah yang cikgu mahu.

Awak nampak kurang bersemangat hari ini. Ceritakan kepada cikgu apakah yang terjadi?

iii. Menunjukkan contoh teladan yang baik


Guru patut menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk dituruti oleh murid muridnya. Elakkan daripada hanya memberikan nasihat tentang nilai nilai dan tingkah laku

Modelkan nilai dan tingkah laku yang diingini

Guru seharusnya:

Menunjukkan minat terhadap perkara yang diajar supaya murid juga turut berminat dengan apa apa yang diajar Sentiasa kelihatan ceria dan tenang.

Mengamalkan komunikasi yang berkesan.

Ikhlas dalam mengajar.

Menimbulkan semangat kekitaan dan mengambil berat tentang diri setiap murid di dalam kelasnya.

Berempati dengan masalah yang dihadapi oleh murid

Amalan yang baik : Tegur/sapa murid Ingat nama murid Guna bahasa yang sopan Modelkan ucapan ucapan yang baik Minta pertolongan dan bukan mengarah Bercakap dengan berhemah tetapi tegas

iv. Persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah

Pembelajaran yang kondusif adalah antara faktor yang boleh membantu hubungan guru murid yang lebih baik. Suasana bilik darjah yang bersih, teratur dan nyaman dapat menarik mina murid untuk datang ke sekolah. Guru boleh menanamkan sifat dan semangat kekitaan di dalam bilik darjah dengan sentiasa berbincang dengan murid tentang kebajukan mereka. Libatkan murid dalam perancangan bilik darjah. Apabila mereka mempunyai semangat kekitaan, mereka akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan keharmonian di dalam bilik darjah.

Ciri bilik darjah yang kondusif

Menarik perhatian murid untuk belajar Lengkap dengan bahan bantu mengajar

Memberi ruang untuk meningkatkan potensi murid

Memotivasikan pelajar

Ceria, bersih dan teratur

Anda mungkin juga menyukai