Anda di halaman 1dari 25

1

OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI
DALAM PENDIDIKAN
PENGENALAN
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera ,
seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan peringkat sarjana
muda keguruan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan
kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui
penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid
untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa
pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik
dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk
mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
OBJEKTIF
Pada akhir topik ini anda akan dapat:
1. menjelaskan konsep asas yang membawa kepada pengenalan Seni Dalam
Pendidikan;
2. menyatakan matlamat dan objektif mata muridan Seni Dalam Pendidikan; dan
3. menjelaskan faedah Seni Dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
2
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
PETA MINDA
1.1 PENGENALAN KONSEP
Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-
kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah
untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,
berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga
jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu
pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.
Kenapa mata pelajaran seni dalam pendidikan ini diperkenalkan?
Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan
memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan pandangan daripada
tokoh-tokoh:
(a) Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan
secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara
aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di
mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah
3
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
objek atau bahan. Oleh itu Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah
untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.
(b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa
terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di
kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah . Realitinya
kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan kecerdasan linguistik dan matematik
logik sahaja. Secara tidak langsung kecerdasan lain akan hilang. Teori Kecerdasan
Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam
matapalajaran Seni Dalam Pendidikan. Pengabungan ini dapat menangani masalah
penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu dapat menjana
kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Terutamanya apabila strategi
pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan baik dan
berkesan.
(c) Howard Gardner (1983), jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan di dalam
pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Ini
disebabkan murid mempunyai kebolehan menakul dan menanggap dalam keadaan
yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan
memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
(d) Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak
kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif
seseorang individu.
(e) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk
memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan
dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasan
yang berkaitan dengan kecerdasan intutif , personal dan intrapersonal, praktik dan
estetika, holistik dan analitik, emosional dan fizikal dan intelektual.
(f) Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan.
Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau
menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri
dalam kehidupannya.
Seni Dalam Pendidikan akan:
Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata muridan di sekolah menjadi
lebih seronok
Membantu anda memahami diri sendiri
Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah
Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka , berpersonaliti yang
seimbang, berketrampilan dan profesional.
Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh
4
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
1.1.1 Matlamat
Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian
generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi,
imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan
pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah
perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.
Rajah 1.1: Matlamat seni dalam pendidikan
1.1.2 Objektif
Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah bertujuan untuk:
menghargai keindahan ciptaan Tuhan
mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan
meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran dan
pembelajaran
5
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk
mengekspresikan hasilan kerja
membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang
dibuat
mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata muridan lain
menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan
menjadikan Seni Dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan
menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan
keselesaan hidup
membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa
mengintegrasi Seni Dalam Pendidikan dengan mata muridan lain melalui aktiviti yang
diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.
membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan
1.2 LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard
Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini
amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu
guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka.
Selain itu guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi
keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik
yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi.
Teori Kecerdasan Manusia
Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanan dan otak kiri sebagai subjek teori
pembelajaran.
Hermann (1991) menghasilkan Quadrant Concept yang membentuk peranan otak
kanan dan otak kiri yang sama.
Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang sama dimana peranan otak
seharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri.
Seni Muzik
Tokoh-tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki,
Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon juga mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan
otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar
belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada
penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa
murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara
berperingkat atau sequential.
6
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Seni Pergerakan
Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau
oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-
pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menakkul dan pertimbangan-
pertimbangan rasional menganai apa yang kita ingin lakukan.
Gardner berpendapat bahawa otak yang kreatif seringkali menghasilkan pergerakan-
pergerakan yang menarik dan seterusnya dapat membina kemahiran-kemahiran
yang berbagai.
Torrance (1969) menyatakan bahawa otak yang kreatif seringkali mempamerkan
kebolehan murid mengatasi pelbagai masalahnya.
Seni Visual
Bersoon (1982) mendapati bahawa kanak-kanak menggunakan deria dan respon
emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan. Menerusi kegiatan seni
kanak-kanak meningkatkan keupayaannya untuk membuat pengamatan dan
penaksiran. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti yang sedemikian, otak kanan
dan otak kirinya difungsikan.
Eisner (1980) juga mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan dengan
masalah membina kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cuba
membina suatu konsep yang sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak
membuat pengamatan, membuat taksiran dan tanggapan dan seterusnya membina
konsep.
Feldman (1976) mendapati bahawa kegiatan seni dapat meningkatkan kesedaran
kanak-kanak tenatng berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke
semasa.
Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika
melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam
pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap
objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan
kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan
pemikiran yang kritis.
7
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Rajah 1.2: Teori kecerdasan manusia menjadi asas seni dalam pendidikan
Latihan 1.1
Mengapa Seni Dalam Pendidikan?
1.2.1 Teori Pembelajaran
Teori penting yang perlu diketahui dalam Seni Dalam Pendidikan adalah seperti berikut:
(a) Teori Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Dalam proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima
dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka
membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan
idea.
Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid mencipta penyelesaian
mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada
kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan
8
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
murid menacri idea, buat kajian, yakin diri dan dapat beriteraksi yang akhirnya
proses inkuiri akan terhasil.
PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran secara
konstruktisme.
Rujuk dan imbas kembali topik ini dalam Seni Dalam Pendidikan dan cuba
terapkan dalam proses pembelajaran anda.
Huraian mengenai apakah itu konstruktivisme oleh Mc Brien dan Brandt, (1997),
Briner, M (1999) dan Brooks dan Brooks (1993)
Ciri pembelajaran secara konstruktivisme
Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme
Peranan murid dan guru serta cabaran dalam kelas konstruktivis
Perbandingan pembelajaran secara tradisional dan konstruktivisme
Rajah 1.3: Implikasi daripada pembelajaran konstruktivisme
9
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru
2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran
3. Menyokong pembelajaran secara koperatif
4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan
memahami melalui penglibatan murid dengan situasi duni sebenar
6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya
sebagai panduan merancang pengguna
7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh m urid
8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaiamana murid bejar sesuatu idea
9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
Dalam teori konstruktivisme, manusia belajar secara aktif dengan membina ilmu yang
didapati bermakna kepada dirinya
(actively construct knowledge that they find personally meaningful )
Bagaimana Seni Dalam Pendidikan dalam dapat dikaitkan dengan teori
konstruktivisme?
Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada
Menyusun atur maklumat dan pengetahuan
Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru
Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk
Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan
Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan
Aktiviti-aktiviti Seni Dalam Pendidikan dapat membina konsep pembelajaran
kanak-kanak melalui:
10
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
(b) Teori Kecerdasan Pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983).
Dengan tajuk seven ways of knowing, perceiving and understandingn life beliau
membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan
istemewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Teori
ini telah menjadi penjana kecerdasan serta definisi konsep yang relevan dalam
pendidikan hari ini. Ia dirumuskan sebagai:
Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar
Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan
Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai
dalam lingkungan sesuatu budaya.
Jenis-jenis kecerdasan:
Verbal linguistik
Logik Matematik
Visual ruang
Kinestetik
Muzik
Interpersonal
Intrapersonal
Naturalis
PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Aplikasi Kecerdasan Pelbagai
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
11
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Latihan 1.2
Nyatakan jenis teori kecerdasan pelbagai yang terdapat di bawah ini .
Bil Aktiviti Murid
Jenis TKP yang
Digunakan
1. Murid mengira dan menjumlahkan buah kuini
yang dikutip di dusunnya
2. Murid meniru nyanyian Mawi di televisyen
3. Murid bermonolog, merafak syahdu kepada
Tuhannya
4. Murid mengikut sebutan pensyarah dalam
sebutan terminologi dalam sesi kuliahnya
5. Murid menggunakan pensel untuk mendapatkan
skema ukuran dalam kerja melukis perspektif
6. Murid berborak di bawah pohon mengkudu
selepas tamat sesi kuliahnya
7. Murid mengambil daun puding untuk ditiru
dalam mata muridan Pendidikan Seninya.
8. Murid membuat regangan otot sebelum mendaki
Gunung Arong dalam sesi Bina Insan Guru
12
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Rajah 1.4: Teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner (1983) dalam bukunya Frames of
Mind: Theory of Multiple Inlleigence
Mengapa teori ini penting dalam Seni Dalam Pendidikan?
1. Menyokong penbelajaran bersepadu mengikut saranan JERI selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2. Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang berbagai
3. Membentuk kepelbagaian untuk menilai
4. Wujudkan suasana kolaboratif
5. Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi penyelidikan dalam
pengejaran dan pembelajaran
6. Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri
7. Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan seterusnya
meningkatkan potensi diri
13
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Rajah 1.5: Kecerdasan pelbagai yang dikuasai oleh murid
(c) Teori Pembelajaran Sosial
Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku
dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Teori ini juga
menekankan konsep peniruan. Ia berlaku dalam tiga bentuk yang berikut:
(i) Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud, murid
meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada model
baru yang ditirunya. Di peringkat permulaan menghasil sesuatu karya,
kaedah peniruan langsung ini dianggap paling baik dan berkesan sehingga
murid dapat berdikari dengan pengkaryaannya.
(ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Sekatlakuan
merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak
sesuai pada situasi yang lain. Contohnya: murid boleh membuat peniruan
atau imitasi dalam berkarya tetapi tidak sesuai lagi apabila murid tersebut
14
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
bergelar artis. Amalan meniru ini dianggap suatu kerja menciplak atau
plagiat yang dianggap sebagai taksekatlakuan. Murid juga membuat kerja
taksekatlakuan. Ini bermakna murid akan terus menerus meniru dalam
semua situasi. Contohnya: Walaupun kerja meniru dalam berkarya itu
suatu yang ditegah dan tidak bermoral tetapi kerana amalan ini tiada
tegahan ia akan menjadi satu habit dan biasaan.
(iii) Peniruan elistasi. Murid terus menerus membuat peniruan kerana gagal
membina kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsip dan tidak mempunyai
jati diri dalam ruang lingkup kehidupannya.
Mengapa peniruan di kalangan murid berlaku?
(i) Pemerhatian dari gerak balas penglihatan, pengamatan, pendengaran dan
responsif deria. Murid membuat pemeraman idea dan cuba
mengekspresikan idea itu. Cara yang termudah ialah membuat representasi
idea yang sedia ada dalam minda murid.
(ii) Memori yang berkekalan. Murid mempunyai penghayatan yang kekal dalam
minda atau ingatannya sama ada peristiwa yang menggembirakan atau
peristiwa sedih. Untuk tujuan mengekspresikan idea, memori ini membantu
murid mendapatkan idea sebagai hal subjek (subject matter)
(iii) Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai. Apabila
sesuatu gerak balas itu mendapat ganjaran, ia akan menjadi satu prinsip
kendiri dan boleh menjadi pemerapan idea pada jangka panjang.
(d) Teori Otak Kiri dan Otak Kanan
Mengikut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan Herman (1991),
otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukan penyuburan untuk membentuk
insan kamil. Ini penting kerana setiap insan dilahirkan dengan sekurang-kurangnya
tujuh kecerdasan otak yang perlu dipupuk dan dipontesikan mengikut
tumbesarannya. Teori ini melihat bahawa setiap insan yang dilahirkan wajar diberi
perhatian pendidikan secara menyeluruh dan penerapan nilai murni yang
secukupnya untuk mengelak daripada gejala vandalis di kalangan murid.
Pemupukan kecerdasan otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan
penguasaan mata muridan disekolah. Pokok persoalanya, adakah mata muridan
yang diajar disekolah melengkapi penyuburan kecerdasan otak sesorang murid?
15
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Rajah 1.6: Peranan otak kanan (hoki) dan otak kiri (hok)
(e) Teori Pemerosesan Maklumat
Teori ini dikemukakan olah Robert M. Gangne (1975) mengemukakan bagaimana
manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.
Mengikut teori ini rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima
dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan
dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan
akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Mengikut Gagne, pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang
adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru,
demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Untuk itu Gagne telah
mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa biasa yang dialamai oleh manusia
dalam proses pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa
penyimpanan, fasa penahaman, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa
prestasi dan fasa maklum balas.
16
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Rajah 1.7: Gambarajah teori pemerosesan maklumat
Apabila aktiviti-aktiviti Seni Dalam Pendidikan dijalankan, pembelajaran
kecerdasan emosi dan pengalaman langsung dari proses maklumat seperti diatas
akan memudahkan untuk memberikan kepada kanak-kanak beberapa peluang
antaranya:
Berinteraksi dengan bahan, subjek dan hasil
Berinteraksi dengan orang lain dalam proses penghasilan atau penyampaian
Mendapat maklum balas dari orang lain
Bekerjasama dengan orang lain dalam proses penghasilan karya
Mengelak perlakuan yang tidak diingini
Mengekalkan perlakuan yang diingini
1.2.2 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran
Apa sahaja pembelajaran, ia berlaku secara berperingkat-peringkat, berfasa dan
bersekuen mengikut rangsangan yang diperolehi di persekitaran kemudian diproses ke
dalam otak untuk menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna dan
seterusnya akan diamalkan dalam situasi yang sepadan. Tindakan mengamal dari
pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam proses pembelajaran boleh
diperlihatkan sebagai perubahan tingkah laku manusia.
Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu
rangsangan yang ada. Proses pembelajaran akan ditersukan jika terdapat motivasi yang
sesuai, sebagai penggerak yang mendorong untuk berusaha memikirkan erti rangsangan
itu. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk
dan dikekalkan.
17
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Berdasarkan Model Proses Gagne (1974), fasa-fasa proses pembelajaran dapat
dibahagikan kepada lapan fasa. Proses pembelajaran ini bermula daripada penerimaan
rangsangan melalui organ deria manusia, diikuti oleh pembentukan konsep dan diakhiri
dengan perubahan tingkah laku ke tahap yang lebih tinggi. Setiap fasa dalam proses
pembelajaran mempunyai tindakan dalam atau pun luaran yang tersendiri dan
mempengaruhi fasa yang berikutnya. Di antaranya kesediaan, motivasi, pengamatan,
penaggapan, ingatan, lupaan dan pemindahan. Aspek-aspek utama ini berkait rapat
dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.
Kesediaan Belajar
Kesediaan belajar merujuk kepada keadaan dalaman individu yang bersedia dan
berupaya untuk memmuridi sesuatu dengan tujuan memperoleh pengalaman
pembelajaran yang baru.
Kesediaan belajar mengutamakan peringkat perkembangan intelek, psikomotor, emosi
dan kematangan murid untuk membolehkannya menerima dan menjalankan aktiviti
pembelajaran yang berkesan. Seseorang individu tidak boleh dipaksa untuk belajar
sesuatu sekiranya individu itu belum mempunyai kesediaan belajar. Hal paksaan ini tidak
akan menghasilkan keberkesanan dalam pembelajarannya.
Pengamatan
Pengamatan boleh diertikan sebagai persepsi iaitu gambaran atau bayangan dalam hati
atau fikiran, pandangan atau tanggapan. Proses pengamatan bermula daripada
rangsangan luar yang dikesan oleh organ-organ deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan
kulit. Rangsangan yang dikesan kemudian menghasilkan impuls yang dihantar ke otak
melalui sistem saraf yang menghubungkan deria tertentu dengan otaknya. Otak mentafsir
maklumat yang diterima dan berdasarkan pengalaman yang berkaitan, menginterpretasi
dan membentuk makna, bayangan , gambaran atau konsep rangsangan tersebut.
Jenis-jenis Organisasi Pengamatan
1. Persepsi ruang - mengandungi ruang dimensi dan tiga dimensi. Contoh: persepsi
ruang dua dimensi terdapat pada satah gambar yang sifatnya rata (flat) atau
mendatar. Ruang seperti ini bersifat illusi iaitu hanya dapat dilihat dalam bentuk
gambar. Manakala ruang tiga dimensi merujuk kepada objek yang sebenar yang
bersifat konkrit. Ia merujuk kepada objek dan persekitaran yang sebenar, boleh
disentuh dan dilihat dengan mata kita.
2. Persepsi gerakan - persepsi ini berkait kepada objek-objek bergerak dimana
pergerakan objek mempengaruhi retina mata kita. Contoh: kapal terbang yang
bergerak di udara, burung terbang, kereta api bergerak dan lain-lain lagi.
3. Persepsi masa - ditafsir oleh individu berdasarkan pengalaman atau apa yang
dirasai. Contohnya: Masa berlalu terlalu laju, tahu-tahu umur sudah menjangkau 50
tahun. Seronok menjawab soalan peperiksaan terasa masa berjalan begitu cepat.
Menunggu itu suatu penyeksaan ketika menunggu kekasih untuk berdating.
18
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Rajah 1.8: Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat
1.2.3 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran
Mengaktifkan pembelajaran bermakna mewujudkan suasana yang responsif dan bersifat
dua hala. Manakala pemindahan pembelajaran bermaksud kebolehan dan kecekapan
menggunakan pengalaman, pengetahuan ataupun kemahiran sedia ada ingatan untuk
diaplikasikan kepada proses pembelajaran dalam situasi baru.
Proses mengkategorisasi, generalisasi dan gangguan proaktif adalah pembelajaran lama
yang mempengaruhi pembelajaran baru. Fenomena kesan pembelajaran yang baru
berlaku dikenali sebagi pemindahan pembelajaran atau pemindahan latihan.
Proses pemindahan pembelajaran boleh berlaku secara aktif dan negatif. Pemindahan
pembelajaran positif berlaku apabila pembelajaran dalam situasi A dapat membawa
pembelajaran dalam situasi B. Sifat keluwesan ini ternyata bahawa penerimaan berlaku
tanpa kongkongan. Contoh: Kebolehan Idris dalam melukis pemandangan menggunakan
kertas dan cat air dapat dipindahkan menggunakan kanvas dan cat minyak.
Proses pemindahan negatif berlaku sebaliknya. Contoh: Mukhtar telah memmuridi
bahawa selepas menghasilkan catan air berus mesti dicuci dengan air. Mukhtar membuat
19
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
kesilapan apabila beliau membuat catan minyak, beliau maseh menggunakan air untuk
mencuci berusnya.
Syarat-syarat untuk pemindahan pembelajaran positif ialah:
Kefahaman Murid hendaklah faham tentang konsep yang telah dimuridi sebelum
dia boleh menggunakan dalam situasi baru.
Kesamaan Dua situasi di mana murid hendak mengaplikasikan konsep yang
dimuridi perlu mempunyai persamaan
Kemahiran Murid telah benar-benar menguasai kemahiran sebelum dia
memindahkannya kepada situasi baru.
Celik akal Murid telah celik akal dalam konsep, prinsip atau kemahiran dalam
sesuatu untuk membolehkan pemindahan pembelajaran kepada situasi lain.
1.2.4 Isu-isu Berkaitan Seni Dalam Pendidikan
Penyerapan tiga dalam satu. Adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa selama ini
telah wujud mata muridan Seni Visual, Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani secara
per..se. Mengapa kontemporari ini ketiga-tiga mata muridan ini digabung? Apakah selama
ini ketiga-tiga mata muridan ini telah mantap, perkasa dan dominan sehingga akhirnya
lahir satu integrasi ketiga-tiga subjek tadi? Bagi orang yang tidak berminat dengan ketiga-
tiga subjek ini tentulah menjangkakan bahawa ia menjadi suatu mimpi ngeri semata-mata.
Penerimaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah. Konsep pembelajaran di sekolah hari
ini berkait rapat dengan peperiksaan rasmi di peringkat kebangsaan. Kalau subjek ini
sekadar pelengkap atau suatu pengisian tambahan, adalah sukar untuk merealisasikan
penerimaannya secara total. Agak malang jika ia diajar di tahun enam, subjek ini mungkin
digunakan untuk memulihkan (recover) subjek peperiksaan kerana pihak sekolah inginkan
pencapaian UPSRnya cemerlang.
Perlaksanaan di sekolah. Sebagai subjek yang diintergrasikan, guru cenderung untuk
mengajar kepakaran seni sahaja. Contoh: Jika cikgu Habsah adalah guru Seni Visual,
tenensi pengajarannya tentulah kepada Seni Visual. Bagaimana dengan Seni Muzik dan
Pendidikan Jasmani? Untuk mewujudkan tiga guru seni tadi dalam satu masa tentunya
agak sukar. Kalau ada pun soalan keselarasan menjadi persoalannya.
Kekaburan matlamat dan objektif. Seperti biasa, apabila disebut sebagai baru, ia maseh
dalam pemerhatian, tilikan dan renungan. Secara ubah ansur, penelitian matlamat dan
objektif ditanggap tetapi tidaklah sepantas saranan pihak pentadbir. Terminologi dan laras
bahasa Seni Dalam Pendidikan maseh dalam kontek ingat-ingat lupa.
Pertindihan subjek seni yang sedia ada. Pada masa ini kita telah maklum bahawa Seni
Visual, Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani diajar di sekolah. Kedatangan Seni Dalam
Pendidikan seolah-oleh membawa suatu pertindihan aktiviti dan bidang yang diajar.
Konsep 3 + 1 sebenarnya telah bertindan dengan 1 + 1 + 1.
Masa interaksi guru bertambah. Bebanan kerja adalah suatu phobea kepada guru.
Bukan guru hendak mengelak kerja tetapi dalam waktu yang sama guru mendapat
tambahan waktu mengajar sedangkan sekarang ini mereka mempunyai jumlah interaksi
20
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
mengajar yang maksimum. Lebih kritikal lagi kepada sekolah kurang murid ( SKM ) di
mana guru selalunya mengambil satu standard untuk setiap tahap dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Mata muridan rileks tiada peperiksaan. Lain pula bagi sikap guru yang meletakkan
mata muridan bukan peperiksaan sebagai mata muridan tidak penting. Boleh dijadikan
mata muridan rileks. Kepada guru yang mengajar dalam jumah interaksi maksimum
mahukan subjek ini untuk waktu rehatnya. Jika pernyataan ini benar, tentulah implikasinya
negatif.
1.2.5 Pendapat Tokoh-tokoh
1. Fox and Diffily (2000)
Golongan profesional mengenalpasti akan kepentingan memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk perkembangan dalam semua bidang, sosio-emosi-psikomotor dan
kembangan kognatif. Seni Kreatif, Seni Muzik, drama, Seni Pergerakan dan Seni
Visual adalah penting sebagai penyemai perkembanagn di peringkat pendidikan awal
kanak-kanak.
2. Gibson, Rex (1996)
Pembelajaran kecerdasan emosi berkait rapat dengan cara penyampaian idea-idea
dan perasaan masing-masing. Seni membantu dalam meluahkan perasaan dan
emosi secara mendalam. Perasaan adalah subjektif seperti perasaan bahagia dan
tidak bahagia. Perasaan merupakan satu cara untuk merangsang minda untuk
mengenali fakta. Ini bermakna perasaan boleh ada makna suatu yang
mempengaruhi kita.
3. JOHN DEWEY
Fungsi seni adalah memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni
sebagai cara penyusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu proses untuk
mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-kanak
kebebasan untuk perkembanagn fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk
melatih kecerdasan fikiran melalui seni.
4. WALTER GROPIUS
Seni seharusnya berfungsi dan memberi faedah kepada kehidupan seharian bukan
untuk menyatakan hasrat diri sahaja. Gropius telah memberi kepentingan prinsip
asas reka bentuk ke barangan seharian kelauaran industri dengan menyatukan seni,
pertukangan, sains dan teknologi. Prinsip rekaan dan nilai estetika telah dibawa ke
barangan seharian seperti kerusi, meja, lampu, alat perkakas letrik, kenderaan,
bangunan dan lain-lain lagi dengan memberi prtimbanagn khas terhadap bentuk dan
bahan. Konsep seni ini memperkembangkan seni reka, seni komersial dan seni
dalam kehidupan seharian.
5. PLATO
Seni dan pendidikan perlu dipandu kepada kebenaran, kebaikan ,kesempurnaan,
kesejahteraan dan keindahan. Seni dibincang dengan kaitannya dengan perlakuan,
akhlak, nilai dan moral untuk membawa kesejahteraan. Seni dapat mencipta sesuatu
persekitaran berkebudayaan dan meningkatkan perpaduan.
21
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
6. ARISTOTLE
Pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi struktur bentuk yang
universal kepada benda alam. Pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari
dewa tetapi mencapai katarsis dengsn struktur bentuk dalam cerita puisi itu. Pelukis
pokok tidak meniru pokok tetapi memberi struktur yang universal kepada pokok.
Dengan struktur bentuk universal itu kita dapat mengenali pokok. Maka seni itu
adalah baik. Menerusi struktur bentuk dalam puisi itu, kita dapat melahirkan perasaan
mengenai cerita dalam puisi itu. Maka seni boleh digunakan untuk membina budaya
yang baik.
1.3 KEPENTINGAN
Peranan Ekspresi
Seni Dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan
emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluang
untuk murid membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan
meningkatkan nilai estetik.
Rajah 1.9: Bentuk ekspresi
22
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Rajah 1.10: Peranan ekspresi
Peranan Emosi
Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi
yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis iaitu:
(i) seronok dan tenang
(ii) kurang seronok dan cemas.
Mohmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang dialami oleh manusia
melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.
Steq pula menyatakan bahawa jika seseorang memiliki IQ (Intelligence Quotient) yang
tinggi, ditambah dengan EQ (Emotional Quotient) yang tinggi juga, orang tersebut akan
lebih mempu menguasai keadaan dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat
masalah yang baru.
23
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Kecerdasan Emosi
Konsep IQ dan EQ
Intellegence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognatif seperti
membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Alfede Binet dan Theodore
Simon memperkenalkan ujian kecerdasan yang diguna sampai waktu kini. IQ dikaitkan
dengan kejayaan, namun tidak semua yang mempunyai IQ tinggi berjaya dalam hidup.
Perkembangan pesat dalam bidang sains otak atau neurology mendapati emosi dapat
mempengaruhi kecerdasan (EQ).
Ujian IQ tidak menjadi ukuran yang mutlak tentang meramalkan masa depan seseorang.
Menurut Coleman (Pakar sains otak dan psikologi), peringkat terbaik IQ hanya
menyumbang 20 % kejayaan seseorang manakal 80% lagui adalah faktor-faktor lain.
intellegence test really assess skill in assimilating new information in
solving new problems. This bios toward crytallized rather than fluid
knowledge can be astounding consequences and individual can lose his
entire frontal lobes, in the process becoming redically different person
unable to displey any initiative or to solve new problem and yet may
continue to exibit an IQ closde to genius level ....Edward Gardner (1983)
Membina Emosi yang Sihat
Guru yang penyayang dan ceria
Tahap EQ guru yang membina EQ murid
Angkubah EQ guru dapat menangani emosi negatif secara tulen, benar dan sihat
Murid membina kemahiran emosi untuk memperoleh keputusan ujian atau
peperiksaan
Terdapat perhubungan yang rapat antara EQ dengan tingkah laku
Murid yang menguasai kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala sosial.
Mereka lebih berkerjasama , suka menolong, boleh diharap dan berempeti
Lebih fokus, tekal boleh menangani kekecewaan dan sabar.
Cara Mengintegrasi Kecerdasan Emosi dalam Bilik Darjah
Setiap guru mengamalkan EQ semasa berinteraksi dengan murid
Bercakap tentang kepentingan emosi dalam setiap interaksi guru murid
Pengintegrasian secara menyeluruh dalam setiap organisasi pengurusan
Menguasai kemahiran mengajar EQ
Menggunakan perkatan-perkataan yang berkaitan dengan perasaan
Menggunakan lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan
Menggunakan unsur puisi seperti sajak, pantun, syair dan cerita.
24
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Ada unsur kecindan
Menggunakan unsur biografi kepada perkara yang berkaitan
Mengucapkan perasaan terutamanya nilai murni dalam setiap interaksi.
Peranan Imaginasi
Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan;
(i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti
(ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil
(iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.
Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan
pembelajaraqn ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati,
kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama.
Melalui aktiiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya,
menggunakan lagu untuk memperkenalkan lagu lebah. Semasa akanak-kanak menyanyi
lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya,
kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk
tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam
kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.
Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta
sesuatu yang baru kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti
dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.
RUMUSAN
Topik ini memberi penekanan kepada konsep asas yang membawa kepada pengenalan
Seni Dalam Pendidikan, matlamat dan objektif serta hubung kaitannya dengan
pembentukan insan murid. Maklumat yang sedemikian juga penting sebagai persiapan
bakal guru yang mengajar mata muridan ini. Di samping itu anda juga didedahkan
beberapa teori pembelajaran yang berkaitan dengan minda dan kepentingan seni secara
global . Sikap kendiri dalam proses pembelajaran seperti ekspresi diri, emosi, imaginasi,
persepsi dan pengamatan menjadi intipati penting untuk pemantapan seorang murid dan
bakal guru dalam mata muridan ini.
GLOSARI
Ekspresi Luahan perasaan, luahan gagasan, luahan pendapat, luahan berkarya
Emosi Perasaan yang kuat, dalaman , emansipasi.
Estetik Kecantikan
Maridan Berkehendak; asal kata murid; berkehendak yang baik-baik.
Imaginasi Gambaran/kerangka imej
Intuisi Gerak hati, qalbu
25
OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Inventif Merekacipta, merekabentuk, dapatan baru
Isme Aliran, fahaman
Representatif Penampilan semula, gambaran semula, penyatuan semula
Persepsi Tanggapan/pengertian yang tajam
UJIAN 1
1. Berdasarkan pengalaman anda, huraikan prinsip yang berkaitan dengan persepsi?
UJIAN 2
1. Setiap guru perlu memahami emosi muridnya semasa menjalankan pengajaran dan
pembelajaran.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan emosi?
(b) Bagaimanakah caranya guru dapat membina emosi murid yang sihat?
RUJUKAN
Al-Hurwitz & Michael Day (2001), Children and their Art, Harcourt College Publishers, USA
Anderson, W.M & Lawrence, J. E (1991), Intergrating music into the classroom, Belmont,
California, Wadsworth Publishing Co.
Bahagian Pendidikan Guru (2005) Seni dalam pendidikan untuk LPBS, Putrajaya.
Fogarty, R (1991) How to intergrate the curricula , Illinois, IRI. Skylight Publishing Inc.
Howard Gardner (1997), Multiple intellegences as a partner in school improvement , New
York, USA: University of Illinois Press
Isabel, R.T. & Raines, S.C. (2003), Creativity and the arts with young chidren, USA:
Thomson Learning Inc.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Pembelajaran secara konstruktivisme
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Teori kecerdasan pelbagai, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Read, H (1977) Meaning of arts , Faber & Faber: London. Ltd.

Anda mungkin juga menyukai