Anda di halaman 1dari 35

PENGURUSAN EMOSI DAN MOTIVASI KENDIRI

MENGURUS EMOSI DENGAN KOMPONEN PERSONAL


1) MENGURUS PERASAAN MARAH


Setiap orang mempunyai sebab mengapa marah, tetapi kebiasaannya sebab itu adalah tidak munasabah. Jika perasaan marah ini tidak di kawal, ia akan membawa akibat yang buruk, seperti bergaduh atau berlakunya pembunuhan.

Cara untuk mengurus perasaan marah ialah :  Oleh kerana marah dibina atas kemarahan, untuk meredakannya, sebarang provaksi harus dielakkan.  Pemarah harus berusaha mengalihkan perasaan marah dengan terlibat dalam sesuatu aktiviti yang diminatinya.  Mengikut kajian ahli psikologi, Tice, untuk mengurangkan perasaan marah adalah dengan membaca, menonton televisyen, makan makanan yang sedap dan sebagainya.  Mengikut beliau juga, emosi marah tidak harus disembunyikan, namun harus dilepaskan dengan cara yang betul.

2) MENENANGKAN KEBIMBANGAN

Kebimbangan merupakan pemikiran berulangulang ke atas sesuatu peristiwa yang kurang baik, serta kurang keyakinan untuk memulihkannya. Tetapi, kebimbangan juga boleh menggerakkan pembimbang supaya mencari satu penyelesaian yang berkesan untuk menghalang daripada berlakunya sesuatu akibat buruk yang dijangkakan.


Kebimbangan harus juga dikawal agar supaya tidak melahirkan tabiat kegelisahan yang kronik. Mengikut kajian Borkovec, untuk mengurangkan kebimbangan ini, terdapat beberapa langkah mudah seperti berikut : Menggunakan teknik kesedaran diri, iaitu mengenal pasti situasi yang menimbulkan kitaran kebimbangankegelisahan. Memikir cara yang membina untuk mengatasi kebimbangan dengan beberapa soal-jawab dan penyelesaian alternatif yang dijalankan melalui pemikiran dan bisik-membisik dalam hati.

3) MENGURUS KESEDIHAN

 Jika ditinjau secara positif, tugas kesedihan

mengerakkan seseorang yang terlibat berusaha untuk melepaskan diri daripada kesedihan. Menurut Tice, cara untuk melepaskan diri daripada kesedihan ialah : o Membuat sesuatu dengan kawan atau keluarga o Mengembirakan dengan makanan yang enak, sembahyang,membuat perbandingan diri dengan orang yang lebih malang dan lain-lain

Berdasarkan kajian, orang yang optimistik mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan boleh menggunakan kecerdasan tersebut untuk melepaskan kesedihan tersebut. Mereka sentiasa kelihatan ceria,gembira dan tenang walaupun dilanda kesedihan.  Selain itu, orang yang optimistik mempunyai sifat selfefficacy, iaitu percaya akan diri mempunyai kemahiran untuk berhadapan dengan cabaran yang sengit.  Kesimpulannya, belajar memandang perkara secara optimistik cara yang paling berkesan untuk menentang emosi kurang sihat.


PENGURUSAN KETEGANGAN (STRESS) DENGAN KECERDASAN EMOSI

Ketegangan boleh dirujuk sebagai apa-apa situasi yang mengancam, atau dipersepsikan bakal mengancam, kestabilan atau keharmonian emosi seseorang, demi menguji kebolehan menanganinya. Mengikut kajian, terdapat pelbagai jenis ketegangan, antaranya ialah : o Kekecewaan : berlaku di dalam beberapa situasi apabila sasaran yang dikejar atau sesuatu matlamat ang diharapkan tidak tercapai o Konflik : berlaku apabila wujud dua atau lebih motivasi, tingkah laku atau pilihan bertentangan dan bersaing lalu menyukarkan pilihan untuk bertindak

o Perubahan : perubahan yang berlaku dalam

kehidupan dan menimbulkan cabaran menghadapi masalah adaptasi dirinya dalam kehidupan baru, misalnya kehilangan orang yang menjadi tempat bergantung. o Tekanan (pressure) : melibatkan harapan atau permintaaan orang supaya tingkah lakunya dapat selaras dengan kriteria tertentu.

PROSES KETEGANGAN
y

Rajah berikut menunjukkan proses ketegangan yang berlaku dalam tiga langkah utama.
 Penilaian  Respons

Peristiwa yang mencabar berlaku

kognitif yang subjektif  Persepsi diri terhadap cabaran

Emosi  Respons Fisiologi Respons Behavioral

y Berdasarkan analisis rajah tersebut, tindak balas

seseorang yang mengalami ketegangan merangkumi tiga peringkat, iaitu : Respons emosi seperti marah, kegelisahan, takut dan lain-lain Respons fisiologi seperti rangsangan fizikal, tindak balas hormon, perubahan neurokimia dan sebagainya Respons behavioral seperti berusaha menangani ketegangan, contohnya memasamkan muka,menumbuk meja, merungut dan lain-lain

MENANGANI KETEGANGAN
Cara menangani ketegangan boleh dibahagikaan kepada dua kategori utama, iaitu usaha konstruktif dan usaha defensif atau usaha mengelak. Usaha konstruktif digunakan untuk menangani ketegangan merupakan usaha yang sihat dan biasanya medatangkan keberkesanan positif kerana usaha ini berlandaskan rasional dan strategi positif seperti berikut :

1. Usaha konstruktif adalah berdasarkan penilaian realistik

terhadap ketegangan dan sumber-sumber yang membolehkan usaha menangani ketegangan. 2. Melibatkan aplikasi kecerdasan emosi dan pembelajaran, demi membolehkannya mengenal pasti dengan jelas emosi dispruptif yang boleh membawa tindak balas negatif terhadap usaha menangani ketegangan. 3. Ia juga melibatkan penilaian rasional tentang pelbagai opsyen penyelesaian serta menangani ketegangan secara langsung 4. Melibatkan usaha yang memastikan diri sendiri agar tidak akan menerima kesan yang buruk daripada kesan ketegangan yang distruktif itu

Usaha defensif merupakan tindak balas negatif terhadap ketegangan. Tujuannya untuk melindungi emosi kurang selesa kerana menghadapi ketegangan seperti marah,gelisah dan sebagainya. Usaha defensif : 1. Berasaskan prinsip penipuan diri sendiri seperti menafikan hakikat 2. mencipta fantasi 3. Mengasingkan emosi diri daripada situasii berbahaya 4. Melepaskan ketegangan pada sesuatu gnatian 5. Mengimbangi ganti rugi secara keterlaluan spereti makan secara berlebihan

CARA GURU MEMBANTU MURID MENGURUS EMOSI DIRI

Antara cara-cara yang boleh diambil ialah : 1. Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik 2. Mengelolakan Banyak Aktiviti Berkumpulan 3. Menggunakan Teknik Menyoal 4. Menggunakan Percakapan yang Sesuai 5. Menggunakan Strategi Berpusatkan Murid 6. Menggunakan Banyak Alat Bantu Mengajar 7. Mewujudkan Suasana Interaksi yang Kondusif dalam Bilik Darjah 8. Membantu Murid Bermasalah

KOMPENTENSI PENGURUSAN EMOSI KENDIRI

MOTIVASI DAN BERORIENTASI PENCAPAIAN

JENIS-JENIS MOTIVASI o Sesetengah ahli psikologi mengelaskan motivasi kepada dua iaitu : Motivasi fisiologi misalnya, keperluan asas manusia seperti makanan , minuman dan lain-lain Motivasi sosial misalnya, berharap mendapat reputasi dan keuntungan

Ada juga ahli psikologi yang lain mengklasifisikasikan kepada :  motivasi asas (primary motives) bersifat semula jadi  motivasi dibentuk daripada pembelajaran (learned motives) o Ahli-ahli psikologi lain mengaitkan motivasi dengan pengajaran-pembelajaran, mengolongkan motivasi kepada dua, iaitu :  motivasi instrinsik  motivasi ekstrinsik
o

 Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada

ransangan dalaman yang terdiri daripada golongan dan minat seseorang individu untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran. Motivasi ini juga boleh dibentuk melalui pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan.  Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada ransangan luaran dengan tujuan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Motivasi ini dirangsang dalam bentuk-bentuk seperti memberi peheguhan positif seperti pujian,insentif dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif untuk mendorong murid belajar.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EMOSI

1. Motivasi dengan Minat

Motivasi ialah proses dalaman yang menimbulkan perubahan tingkah laku seseorang. Sekiranya perubahan tingkah laku yang ditimbulkan oleh motivasi berpusatkan pasa sesuatu aktiviti, dan aktiviti tersebut dapat menghasilkan kepuasan, seseorang individu akan meneruskan secara berulang-ulang Motivasi ini disebut sebagai minatnya

2. Motivasi dengan Naluri dan Inkuiri

Motivasi yang berlandaskan naluri ingin tahu timbul melalui rangsangan daripada persekitaran Ahli-ahli psikologi lain merujuk kepada naluri inkuiri (exploration) sebagai motivasi manusia Melalui motivasi inkuiri, manusia menunjukkan pelbagai tingkah laku seperti mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk Maka, ahli-ahli psikologimenghuraikan naluri inkuiri sebagai sesuatu motivasi tingkah laku manusia, di samping motivasi tingkah laku naluri ingin tahu

3.

Motivasi dengan Desakan atau Keperluan Desakan ialah tindakan atau perubahan tingkah laku akibat satu-satu keperluan fisiologi yang tidak dipenuhi Keperluan ialah keinginan memenuhi kekuranagan seseorang individu dari aspek fisiologi dan psikologi Dalam konteks psikologi, terdapat dua tafsiran tentang perkaitan emosi dengan desakan dan keperluan Tafsiran pertama menggolongkan konsep motivasi, desakan dan keperluan sebagai erti yang sama, iaitu desakan dan keperluan sebenarnya sebagai motivasi Tafsiran kedua menganggap, desakan sebagai motivasi tetapi menggunakan desakan untuk mewakili motivasi adalah berupa lebih primitif

4. Motivasi dengan Sikap, Harapan dan Aspirasi

Sikap terhadap sesuatu perkara asalah dibentuk daripada kefahaman, perasaan dan tindakan Harapan seseorang merujuk kepada ramalannya yang subjektif, iaitu sama ada berlaku atau tidak Tahap aspirasi seseorang merujuk kepada penilaian yang subjektif, iaitu setakat mana objektif pencapaiannya ke atas sesuatu kerja atau tugasan yang dilakukan

Teori Keperluan Pencapaian McClelland  Menurut kajian McClelland (1961, 1985), setiap pelajar mempunyai motivasi untuk mencapai kejayaan tetapi dengan keperluan yang berbeza.  TeoriMcClelland disebut sebagai Teori Motivasi Pencapaian  Hasil kajian beliau menunjukkan orang yang berjaya dalam profesion mereka mempunyai tiga ciri serupa,iaitu :  Mereka mempunyai sikap positif, berusaha bersungguhsungguh untuk melaksanakan kerja dengan baik dan sempurna  Apabila menghadapi keadaan yang kurang pasti mencapai kejayaan, mereka sanggup berani mengambil risiko yang munasabah  Cekap menggunakan pemikiran refleksi dan maklum balas yang nyata untuk membetulkankesilapan yang berlaku

Teori Motivasi Pencapaian Atkinson  Teori beliau boleh dirumuskan dalam empat aspek utama, iaitu : o Individu mempunyai minat mengejar kejayaan sama ada terhadap perkara materialistik, ataupun orang lain o Apabila menghadapi situasi mengejar sesuatu, terdapat dua jenis motivasi yang bertentangan akan timbul, iaitu mengejar kejayaan dan mengelak kegagalan o Kuat-lemah motivasi pencapaian individu akan diputuskan berdasarkan kefahamannya (kognitif) terhadap situasi yang dihadapi. Individu akan membuat keputusan sama ada mengejar atau melepaskan sasaran melalui penilaian diri berdasarkan pengalaman dan keupayaannya serta menganalisis peluang kejayaan o Kuat-lemah motivasi pencapaian adalah berkait rapat dengan peribadi seseorang. Orang yang bersikap optimistik, selalu memandang peluang kejayaan dan individu ini dirujuk sebagai berorientasi pencapaian (achievement oriented)

y Sebaliknya, orang yang bersikap pesimistik, selalu

memikirkan kegagalan dan individu seperti ini dirujuk sebagai berorientasi gagal (failured-oriented)

KESAN-KESAN MOTIVASI KEPADA MURID Kebimbangan akan gagal memenuhi harapan guru Membawa perubahan sikap iaitu sikap positif atau nagatif terhadap usaha sendiri Meningkatkan naluri ingin tahu Mengurangkan putus asa pembelajaran Meningkatkan atau mengurangkan self-efficacy

IMPLIKASI TEORI MOTIVASI PENCAPAIAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  Boleh dipupuk melalui proses pembelajaran. Muridmurid harus diberitahu tentang objektif pelajaran, cara penilaian, langkah menyempurnakan tugasan serta isi pelajaran disampaikan dengan jelas supaya mereka memperolehi konsep konkrit supaya dapat meningkatkan motivasi pencapaian ke arah mengejar kejayaan  Guru harus memahami perbezaan peribadi muridnya dan memberi bimbingan kepada murid yang mempunyai peribadi yang berorientasi gagal  Guru harus mengajar murid-murid supaya mereka mendapat pengalaman kejayaan dan kegagalan

PENGURUSAN KONSEP KENDIRI PENGERTIAN KONSEP KENDIRI o Diertikan sebagai penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan, termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI a)Konsep Kendiri Positif o Mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang o Bersifat tenang dan penuh keyakinan semasa menghadapi cabaran o Mudah diterima oleh orang lain sebagai kawan rapat o Mudah bersosialisasi dan bermesra dengan orang lain o Berasa bangga diri dan berani mencuba sesuatu yang baru o Bersikap bertimbang rasa dan berppandangan terbuka

b)Konsep Kendiri Negatif o sahsiah tidak seimbang dan mempunyai kompleks inferioritinya o Kurang berkeyakinan terhadap diri dan tidak berani mencuba sesuatu yang baru o Sering menunjuk wajah muram dan masam muka o Mendapat lebih banyak kegagalan daripada kejayaan o Tidak sudi mendengar atau menerima pendapat atau teguran orang lain

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI Antara faktor-faktor tersebut ialah :  Pengaruh baka keluarga  Bentuk tubuh badan tersendiri  Keadaan fizikal dan alam sekitar  Pengaruh kebudayaan masyarakat  Pengaruh status sosial keluarga

PENGARUH KONSEP KENDIRI TERHADAP TINGKAH LAKU SEORANG INDIVIDU  Mempengaruhi tingkah laku manusia ke arah penyesuaian sendiri, iaitu penerimaan dan penghargaan kendiri, atau penolakan diri  Dapat menyesuaikan diri ke arah penerimaan kendiri biasanya menggunakan cara berkongsi kasih sayang dengan keluarga, kawan atau guru  Penghargaan kendiri timbul daripada penilaian terhadap kebolehan dalam kebaikan diri sendiri.Penghargaan kendiri terbahagi kepada tiga iaitu penghargaan kendiri tinggi, sederhana dan rendah  Penolakan diri seseorang individu biasanya kurang mendapat penerimaan daripada orang yang berinteraksi dengannya

Anda mungkin juga menyukai