Anda di halaman 1dari 20

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 1 MERANCANG PENGAJARAN MATEMATIK


SINOPSIS Tajuk ini menyediakan satu kesempatan bagi pelajar untuk merancang pengajaran matematik yang berkesan. Pelajar akan tahu bagaimana untuk merancang skema pengajaran tahunan atau semester dan juga merancang rancangan pengajaran harian dengan format yang betul. Pelajar juga akan tahu pentingnya pengurusan bilik darjah matematik yang berkesan dan pentingnya komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah. Pada akhir modul ini pelajar perlu tahu membezakan pengajaran mikro dan makro.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir modul ini, anda dijangkakan akan dapat: (1) menerangkan kurikulum matematik sekolah rendah (2) menyediakan skop dan urutan tajuk dari kurikulum matematik (3) menghasilkan rancangan tahunan/semester dan rancangan pengajaran harian (RPH) dengan format yang betul (4) mengetahui penting pengurusan dan komunikasi bilik darjah (5) membezakan pengajaran mikro dan makro

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

KERANGKA TAJUK

Merancang Pengajaran matematik

Semakan kurikulum Matematik Sekolah Rendah

Menyediakan skema kerja untuk tahunan/ semester dan harian

Pengurusan dan Komunikasi bilik darjah

Pengajaran mikro dan makro

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

UNIT 1

Semakan kurikulum Matematik Sekolah Rendah

1.1 PENGENALAN Sebagai seorang guru matematik, anda mesti mengetahui dan memahami kurikulum matematik sekolah rendah sebelum merancang pengajaran. Kurikulum matematik merupakan panduan rasmi yang mesti diikuti oleh semua guru matematik. Kurikulum matematik digubal oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dengan objektif-objektif yang tertentu. Matlamat Kurikulum matematik sekolah rendah adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan dan boleh mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Aktiviti 1.1 Dapatkan Kurikulum dan Huraian Sukatan Matematik Sekolah Rendah tahun Satu hingga tahun 6. Sediakan skop dan urutan tajuk matematik sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

UNIT 2
2.1

Menyediakan Skema Kerja untuk Tahunan/Semester dan Rancangan Pengajaran Harian

PENGENALAN Sebelum sesuatu pengajaran matematik dapat dilaksanakan secara berkesan guru perlu merancang dan menyediakan skema kerja untuk satu tahun atau satu semester. Berdasarkan skema kerja tahunan/ semester, guru merancang dan menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH).

2.2

RANCANGAN TAHUNAN/SEMESTER Rancangan tahunan/ semester ialah dokumen bercetak yang disediakan oleh guru atau panitia matematik sekolah berdasarkan kurikulum matematik bagi mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Rancangan tahunan/ semester perlu menunjukkan agihan tajuk mengikut minggu. Aktiviti 2.1 Kumpulkan rancangan tahunan matematik di sekolah anda dari tahun 1 hingga tahun 6. Kongsi dengan rakan kelas anda dan simpan dalam folio

2.3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Rancangan pengajaran harian merupakan satu dokumen yang penting bagi seseorang guru. RPH adalah langkah-langkah kerja yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru dikelas bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetap. RPH sepatutnya mengandungi apa yang guru akan buat, bagaimana untuk melaksanakannya dan jangkaan apayang pelajar akan laksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. RPH ditulis berdasarkan format tentu. Perkara-perkara berikut perlu ada dalam RPH: 1. Tajuk 2. Hasil Pembelajaran 3. Pengetahuan sedia ada 4. Bahan bantu mengajar 5. Set induksi 6. Perkembangan isi pelajaran 7. Penilaian 8. Penutup 4

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Aktiviti 2.2 Sediakan nota ringkas tentang kepentingan rancangan pengajaran harian kepada guru. Simpan nota anda dalam folio.

2.4

Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi pertimbangan oleh guru semasa menyediakan RPH. Perkara-perkara tersebut ialah: 1. Hasil pembelajaran 2. peruntukan masa 3. pengetahuan sedia ada murid 4. saiz kelas 5. bahan bantu mengajar 6. tahap keupayan murid 7. kemahiran berfikir dan nilai murni 8. pendekatan pengajaran Contoh RPH:

Rancangan Mengajar Harian


Berdasarkan PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN Topik Ukuran Panjang Kemahiran Memahami hubungkait antara unit ukuran panjang Tahun 4 Masa 1 jam A. Hasil Pembelajaran Selepas aktiviti pembelajaran murid boleh: 1. Menyatakan hubungkait antara unit: i. Meter(m) dan sentimeter(cm) ii. Sentimeter(cm) dan milimeter(mm) B. BBM : Pembaris meter, pembaris sentimeter(30 sentimeter & 300 milimeter), LCD, Laptop C. Kaedah : Inkuiri penemuan D. Aktiviti : Mengukur benda maujud di dalam kelas menggunakan pembaris E. Pengetahuan sedia ada: Murid telah mengetahui unit mater dan sentimater. 5

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Set Induksi (5 minit) : 1. Guru menyoal murid tentang apakah alat tulis yang mereka bawa. (Soalan secara mencapah, murid menyatakan beberapa alat tulis seperti pembaris, pensil, pemadam dan sebagainya) 2. Guru meminta murid melihat dan menyatakan apakah yang mereka dapat perhatikan pada pembaris yang mereka miliki. 3. Guru membimbing murid untuk fokus kepada huruf cm dan mm yang terdapat pada pembaris mereka dan apakah hubungkaitnya dengan kegunaan pembaris tersebut. Perkembangan Langkah 1 (20 minit) Tahap Konkrit 1. Bahagikan murid kepada 3 kumpulan kecil (4-5 orang satu kumpulan) 2. Murid mengenal pasti benda maujud yang hendak diukur (ukuran panjang meja, ukuran lebar buku teks, ukuran panjang pemadam papan tulis, dan lain lain) 3. Edarkan pembaris meter , pembaris sentimeter dan pembaris milimeter kepada setiap kumpulan. Kertas kosong untuk merekodkan bacaan hasil ukuran yang diperolehi. Contoh rekod murid:

Kumpulan

Meter (m)

Sentimeter (cm)

Milimeter (mm) 6

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Pemadam papan tulis Panjang meja 1

9 100

90

4. Setiap kumpulan mengukur panjang setiap objek yang telah mereka kenal pasti dalam kumpulan masing-masing dan merekodkan bacaan ukuran objek yang mereka perolehi dalam unit yang berasingan. Langkah 2 (10 minit) Tahap Semi Konkrit 5. Setiap kumpulan membentangkan hasil ukuran yang diperolehi di hadapan kelas dengan unit ukuran yang mereka gunakan. 6. Murid membandingkan hasil ukuran dalam unit yang berbeza pada benda maujud yang sama. 7. Murid mendapati hasil ukuran pada benda maujud yang sama mempunyai nombor dan unit yang berbeza. Langkah 3 (10 minit) Tahap abstrak 1. Guru memberi penerangan tentang hubungkait antara unit ukuran panjang yang digunakan dalam pengukuran. Contoh : Ukuran meja murid 1 meter = 100cm, ukuran pemadam papan tulis 7cm = 70mm. Unit dan nombor berbeza tetapi nilai ukuran panjang adalah sama. Guru memberi contoh contoh yang berkaitan.

Penilaian Langkah 4 (10 minit) Tahap abstrak 1. Murid diberi lembaran kerja dan menyelesaikan secara individu. 7

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

2. 3.

Lembaran kerja dibahagikan kepada tiga bentuk aras Guru menyemak jawapan lembaran kerja yang diperolehi

kecerdasan iaitu cerdik, sederhana dan lemah. daripada murid. Penutup 1. 2. Guru menayangkan video lagu bertajuk unit ukuran panjang. Rumusan isi pelajaran daripada murid dengan bimbingan 1 m = 100 cm dan 1 cm = 10 mm. Guru membimbing murid menyanyikan lagu yang ditayangkan. guru, guru menegaskan

Contoh latihan yang disediakan oleh guru bagi pelbagai tahap kebolehan murid. Kumpulan cerdas : Selesaikan : 1. 4.5 m = ______ cm 2. 0.8 m = ______ cm 3. 6 m = ______ cm

4. 65 cm = ______ m 5. 120 cm=______m 6. 12 cm =_______mm 7. 45 cm =_______mm 8. 68 mm=_______cm 9. 108 mm=______cm 10. 70 mm = _______cm

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Kumpulan sederhana : Selesaikan : 1. 5 m = ________cm 2. 12 m=_______cm 3. 180 cm=_______m 4. 56 cm= _______m 5. 18 cm=______mm 6. 26 cm=______mm 7. 80 mm=______cm 8. 50 mm=______cm Kumpulan lemah : Selesaikan : 1. 2 cm = ______mm 2. 20 mm = _____cm 3. 3 m = ______cm 4. 100 cm = _____m

Aktiviti 2.3 Pilih satu topik matematik sekolah rendah dan sediakan satu RPH untuk satu jam pengajaran. RPH mestilah mengikut format yang telah ditetapkan dan mengambil kira perkara-perkara di atas. Simpan RPH dalam folio. 9

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

UNIT 3
3.1

PENGURUSAN DAN KOMUNIKASI BILIK DARJAH

PENGENALAN Pengurusan dan komunikasi bilik darjah merupakan satu aspek yang penting ke arah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3.2

PENGURUSAN BILIK DARJAH Pengurusan bilik darjah bukan sahaja melibatkan pengawalan displin dan tingkah laku murid di dalam bilik darjah ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi ianya juga berkaitan dengan pengurusan aktivitiaktiviti pengajaran dan pembelajaran secara konsisten. Bagi tujuan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, guru perlu tahu dan memahami murid dari aspek tingkahlaku, kedudukan murid dalam kelas, termasuklah nama murid. Guru perlu juga mengadakan dan menguatkuasa peraturan dalam kelas. Guru perlu mengawal masa bagi setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang supaya apa yang dirancang dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan secara berkesan. Walaupun begitu guru perlu bersikap fleksible dalam mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keupayan murid untuk belajar. Aktiviti 3.1 Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kewujudan kelas matematik yang kondusif. Kongsikan dapatan anda dengan rakan sekelas dan simpan dalam folio.

10

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

3.3

KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH Komunikasi adalah aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Komunikasi juga merupakan satu cara untuk guru dan murid berkongsi idea dan menjelaskan konsep matematik. Proses komunikasi membantu murid membina kefahaman konsep yang bermakna. Komunikasi yang berkesan boleh membantu murid meningkatkan kemahiran berfikir. Guru perlu menggalakan murid berbincang tentang idea-idea matematik supaya murid dapat meneroka konsep-konsep matematik dari pelbagai perspektif. Keadaan ini akan meningkatkan lagi pembentukan pemikiran matematik dalam minda murid. Ketika membuat RPH guru perlu merancang aktiviti-aktiviti yang menggalakan murid-murid berkomunikasi sesama mereka dan guru. Aktiviti-aktiviti seperti pembelajaran koperatif, pembentangan hasil kerja dan projek amat bersesuaian bagi meningkatkan komunkasi di dalam bilik darjah. Aktiviti 3.2 Rancangkan satu aktiviti matematik yang sesuai dijalankan dalam bilik darjah di mana melibatkan komunikasi antara murid dan murid serta murid dan guru.

UNIT 4
4.1 PENGENALAN

PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

Pengajaran mikro dan makro merupakan satu kaedah dalam latihan mengajar kepada calon guru bukan dalam kelas sebenar. 4.2 PENGAJARAN MIKRO Objektif utama pengajaran mikro adalah untuk menyediakan bakal guru dengan suasana pengajaran dalam bilik darjah. Sesi pengajaran mikro dijalankan dalam kumpulan murid yang kecil 4 hingga 5 orang. Masa pengajaran mikro adalah antara 10-15 minit. Kemahiran penyampaian

11

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

pula difokuskan kepada satu aspek sahaja seperti set induksi, satu langkah aktiviti pengembangan atau penutup. Selepas sesi pengajaran mikro, bakal guru perlu membuat refleksi terhadap pengajaran mereka. Refleksi ini bertujuan menambah baik pengajaran mereka dari semua aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

4.3

PENGAJARAN MAKRO Pengajaran makro mempunyai objektif yang sama dengan pengajaran mikro, tetapi dalam situasi berbeza. Pengajaran makro merupakan sesi pengajaran sebenar tetapi dikalangan rakan sebaya dan bukan dalam suasana bilik darjah sebenar. Pengajaran mikro melibat bilangan murid yang ramai dan masa mengikut kelas sebenar. Aktiviti 4.1 Kumpulkan maklumat tentang kepentingan pengajaran mikro dan makro. Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai, banding beza pengajaran mikro dan makro.

12

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 2 PENGETAHUAN PENGAJARAN MATEMATIK


SINOPSIS Tajuk ini menjelaskan tentang tiga jenis pengetahuan matematik yang perlu dikuasai oleh pelajar bagi memahami konsep dan idea matematk. Tiga jenis pengetahuan tersebut ialah pengetahuan tentang factual, pengetahuan tentang konsep dan pengetahuan tentang prosedur atau algorithm. Tajuk ini juga membincangkan bagaimana pelajar melaksanakan matematik dan kaitannya dengan ketiga-tiga jenis pengetahuan tersebut. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir modul ini, anda dijangka akan dapat: (1) menerangkan tiga jenis pengetahuan iaitu pengetahuan konsep, pengetahuan factual dan pengetahuan prosedur. (2) menerangkan bagaimana melaksanakan matematik melalui material, perbincangan dan membuat konjektual. KERANGKA TAJUK

13

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Pengetahuan Pengajaran Matematk

Pengetahuan Matematik

Melaksanakan Matematik

Factual

konsep

Prosedur / algorithm

UNIT 1
1.1

PENGETAHUAN TENTANG FACTUAL

PENGENALAN Pengetahuan factual adalah pengetahuan yang terbina secara langsung melalui proses pembelajaran. Pengetahuan factual dikuasai oleh pelajar tanpa memahami konsep yang sebenar. Misalnya 4 X 2 = 8, pelajar memperolehi jawapan terus melalui sifir tanpa memahami konsep pendaraban. Aktiviti 1.1 Senaraikan 5 contoh pengetahuan factual dalam kelas matematik sekolah.

UNIT 2
2.1

PENGETAHUAN TENTANG KONSEP


PENGENALAN 14

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Pengetahuan tentang konsep merupakan pengetahuan yang terbina secara langsung atau tidak langsung melalui proses pembelajaran. Pengetahuan konsep merupakan pengetahuan yang terbentuk hasil pemahaman pelajar terhadap apa yang disampai oleh guru. 2.2 PERKEMBANGAN KONSEP Murid membina konsep matematik berdasarkan pengetahuan sedia ada. Murid boleh mengembangkan pengetahuan atau konsep dengan sendiri melalui aktiviti yang berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dengan ini murid akan dapat menggunakannya untuk mengembangkan pengetahuan konsep yang baru Guru sebagai fasilitator merupakan sumber utama bagi murid meneroka dan mengembangkan pengetahuan konsep matematik mereka. Pengetahuan konsep matematik perlu dibina langkah demi langkah. Pengetahuan konsep yang baru dikembangkan selepas konsep yang sebelumnya dikuasai. Contoh bagi mengembangkan konsep pendaraban, murid perlu terlebih dahulu menguasai konsep penambahan dan penolakan. Aktiviti 2.1 Cari menggunakan internet artikel yang menerangkan bagaimana pengetahuan konsep matematik dikembangkan dikalangan murid sekolah rendah. Tulis ringkasan tentang artikel tersebut. Ringkasan dan artikel perlulah disimpan dalam folio.

UNIT 3

PENGETAHUAN TENTANG PROSEDUR/ ALGORITHM

3.1

PENGENALAN Pengetahuan tentang prosedur atau algorithm merupakan satu aspek yang sangat penting dalam proses pembelajaran matematik. Pengetahuan tentang prosedur atau algorithm melibat kemahiran untuk 15

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

melaksanakan matematik (doing mathematics) seperti membuat pengiraan, menyelesaikan masalah dan membuat konjektual. 3.2 ALGORITHM Algorithm adalah langkah-langkah yang dibina untuk menyelesaikan masalah matematik secara sistematik. Terdapat dua jenis algorithm yang digunakan dalam menyelesaikan masalah matematik terutama dalam penyelesaian masalah yang melibatkan pengiraan. Dua jenis algorithm tersebut ialah algorithm standard dan algorithm alternatif.

Contoh algorithm standard: Selesaikan 21 991 + 49 889 = ? Algorithm standard bagi operasi tambah adalah seperti berikut:
1 1 1 1

21991 49889 _______ 71880 _______

Algorithm alternatif bagi operasi tambah adalah seperti berikut: 21991=20000 +1000 +900 + 90 +1 49889 =40000 +9000+ 800 +80 +9 Oleh itu 21991 +49889 =(20000+40000)+(1000+9000)+(900+800)+(90+80)+(1+9) = 60000 + 10000 +1700 +170 +10 =70000 +1870+10 =70000 +1880 16

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

=71880

Aktiviti 3.1 Kumpulkan contoh-contoh algorithm standard dan algorithm alternatif bagi operasi darab dan bahagi. Kongsikan dapatan anda dengan rakan sekelas anda. Simpan semua hasil dapatan dalam folio

UNIT 4

MELAKSANAKAN MATEMATIK (DOING MATHEMATICS)


PENGENALAN Melaksanakan matematik bermakna murid berupaya untuk menggunakan pengetahuan matematik mereka dalam membuat pengiraan, melaksanakan operasi asas tambah, tolak darab dan bahagi serta menyelesaikan masalah matematik. Penguasaan ketiga-tiga pengetahuan matematik iaitu pengetahuan konsep, pengetahuan prosedur atau algorithm dan pengetahuan factual oleh murid akan membolehkan mereka melaksanakan matematik secara berkesan.

4.1

4.2

MELAKSANAKAN MATEMATIK MELALUI MATERIAL Material atau bahan manipulatif digunakan secara meluas oleh guru dan juga murid sebagai bahan sokongan dalam melaksanakan matematik. Material atau bahan manipulatif digunakan untuk memudahkan murid mengambarkan konsepkonsep matematik yang abstrak. Contoh melaksanakan matematik melalui material ialah memahami konsep bentuk 2-D menggunakan tangram.

17

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Berdasarkan 7 bentuk tangram murid diminta membina bentukbentuk yang yang bermakna seperti berikut:

18

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Aktiviti 4.1 Rancang satu aktiviti bagi membina konsep matematik yang menggunakan bahan manipulatif.

4.3

MELAKSANAKAN MATEMATIK MELALUI PERBINCANGAN. Kaedah perbincangan membolehkan murid bertukar idea bagaimana melaksanakan matematik secara berkesan. Perbincangan yang terancang antara murid dengan murid dan murid dengan guru akan dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep-konsep matematik. Melalui perbincangan murid akan dapat mengemukakan idea-idea atau cara bagaimana sesuatu masalah matematik dapat diselesaikan. Suasana seperti ini akan dapat membina pemikiran matematik dalam minda pelajar. Guru perlulah merancang dengan teliti soalan-soalan akan ditanya kepada murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudah pelajar memahami dan melaksanakan matematik. Penggunaan tugasan matematk yang bermakna dan sesuai dengan tahap kebolehan pelajar akan meningkatkan lagi perbincangan di dalam kelas matematik.

Aktiviti 4.2 Cari melalui internet ciri-ciri dan contoh tugasan matematik yang bermakna.

19

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

4.4

MELAKSANAKAN MATEMATIK MELALUI KONJEKTUAL Matematik merupakan sebahagian dari bidang sains. Matematik adalah sains tentang pola. Oleh itu kaedah melaksanakan matematik adalah juga mengikut kaedah sains. Dalam bidang sains tulin sesuatu teori sains terhasil melalui experimen dimanakan dapatannya boleh digeneralisasikan. Begitulah juga dalam bidang matematik dimana teorem-teorem matematik boleh terbentuk berdasarkan generalisasi terhadap sesuatu idea. Konjektual merupakan suatu generalisasi dalam matematik yang tidak perlu dibuktikan. Keupayaan murid membuat generalisasi terhadap sesuatu idea matematik akan membolehkan mereka melaksanakan matematik secara berkesan.

Aktiviti 4.3 Kumpulkan maklumat berkaitan dengan bagaimana murid melaksanakan matematik melalui konjektual (conjectures).

LATIHAN

1.

Pilih satu topik matematik sekolah rendah dan sediakan satu rancangan pengajaran harian yang lengkap bagi mengajar topik tersebut bagi tempoh satu jam. Dengan menggunakan contoh yang sesuai, bincangkan strategi-strategi bagi membolehkan murid menguasai fakta asas darab.

2.

20

Anda mungkin juga menyukai