Anda di halaman 1dari 37

PENGENALAN

Guru adalah pembina generasi Malaysia. pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan berketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji. Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU


JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) 1 PISMP (AMBILAN JANUARI 2011) SIRI 2

Kem Komandan

En. Hashim b. Misron

Ketua Jurulatih

Pn. Jumiah bt. Mustapa.

Kuatermaster Peralatan

En. Abd Aziz b. Saadin

Kuatermaster Makanan

En. Nordin b. Onan

Kuatermaster Kebajikan dan Kebajikan

En. Ahmad Hasdinizam Derani

Jurulatih Air

: : : :

En. Ishak b. Othman Pn. Noreha bt. Sarkawi Tn. Haji. Mokhtar b. Ismail En. Zubiar b. Salleh

Jurulatih Darat

: : :

Tn. Haji Omar b. Parkan En. Abd Aziz b. Osman En. Nordin b. Onan

Jurulatih Senaman Pagi

Pn. Noreha bt. Sarkawi

Jurulatih Kerohanian

: :

Tn. Haji Omar b. Parkan En. Ahmad Hasdinizam b. Derani

Jurulatih Moral

En. Wee Kok Leng

Fasilitator LDK

: :

Pn. Jumiah bt. Mustapa. En. Mohd Rosle b. Said

Mentor

: : :

Pn. Asma bt. Muda En Wee Kok Leng Pn. Normah bt. Abd Aziz

Urusetia

Pn Saroja a/p Nadesan

Pemandu

En. Ahmad Zubir b. Abas

LATAR BELAKANG PESERTA

1 PISMP / JANUARI 2011 / REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. ELMEY DAIMON

NAMA

NO I/C 911017-12-5668 910602-01-5924 910601-12-6075 910606-11-5244 910527-03-6257 910327-03-5495 910524-08-5643 910314-08-5899 910523-10-5067 910328-02-5344 910326-05-5099 911002-14-5594 910312-13-5792 910826-05-5140 911018-14-5214 910530-02-5137 910902-04-5420 911110-06-5735 910424-12-5425 910522-14-6414

J P P L P L L L L L P L P P P P L P L L P

HANIS IZZATI BINTI IBRAHIM JOSHUANN SIMON KHAIRUNNISA BINTI MOHD SABRI MOHAMMAD TAUFIQ AMIRULLAH BIN FAUZI MOHD ZUBIR BIN RAZIP MUHAMMAD IZZAT AFIF BIN HASIM MUHAMMAD REDZA BIN KHALID MUHAMMAD SYAHIR BIN MOHD ADNAN NABILA SYAZWEEN BINTI FARID NOR ASHMAWI AKBAR BIN NOR AZHARI SHAH NOR ATIQAH BINTI AMIRRUDDIN NUR EFFIRA BINTI MOHD RAZALI NUR EMYRA BINTI MOHD NOOR NURUL LIYANA BINTI ABD RAZAK SHAHRUL AFENDI BIN ABDOL HALIM SITI NUR HAJAR BINTI JOHARI SYAZWAN BIN MOHD SANOSI TERRY MARTIN WAN NORYAZMEEN BINTI NORDIN

1 PISMP / JANUARI 2011 / REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2


BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15 16. 17. 18. 19. 20. NAMA AIN NABILA FATIHA BT. MOHD ZAHAR ANISA BT. AHMAD AWANGKU AFIQ AISAR B. AWANGKU METOSEN CONSTANTINE JUSTINE FITRI HANNA BT. MUHAMMAD SAED MIZAH BT. MIASIN MOHD. HUSNI B. MOHD. ARIF MOHD. KHAIRIZAM B. JASRI MOHD. MUIZZUDIN B. MOHD. YATIM MOHD PADUKA FARIQ SYAH B. SHAFIE MUHAMMAD IZZUDDIN B. AZAMUDIN MUHAMMAD SYAFIQ B. SAADAN NAZRUL NIZAM B. KAMARUDIN NIK MUHAMMAD HAMMDY B. NIK SEN NOOR FITRIYAH HANIM BT. AZIZAN NUR IZYAN ASILAH BT. JAFNI NUR RAIHAN BT. HELMI NURUL AYUNI BT. AHMAD FUAD ROZITA BT. A. HALIM WAN MUHAMMAD AIZAT B. WAN RASTAM KAD PENGENALAN 910725-06-5454 910409-12-6112 900223-13-7167 910609-12-5835 910416-01-5218 891125-49-5054 910821-08-5295 891216-03-5061 901201-12-5159 911021-10-6259 910420-14-6173 911125-07-5557 910105-12-5727 910119-03-6039 900428-02-6142 910225-08-6320 910225-08-6320 900419-14-6118 910130-05-5302 910919-14-5743 J P P L L P P L L L L L L L L P P P P P L

1 PISMP / JANUARI 2011 / SAINS

BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23

NAMA AMIRUL IKHWAN BIN MUSTAFHA AMIRUL SHAMIM BIN MOHD POGI MOHAMAD AMIRUL ASRAF BIN AHMAD MOHAMAD HABIBULLAH BIN MOHD ARSHAD MOHD FAIRIE BIN MOHAMMAD MOHD FARID BIN GHAZALI MOHD HANIFF BIN ABDUL RAHMAN MOHD IDUAN BIN MASRI MOHD SHARUL ANUAR BIN OMAR MUHAMMAD AIZZAT SYAZWAN BIN BASIR NOR SYAHIRAH BINTI ZAINOL RASHID NORAKMALINA BT AHMAD TARMIZI NORSYAHIRAH BINTI MOHAMAD AZIZ NUR ALIAA AJLAA BT MUHAMMAD NUR KHALILAH RAWAIDAH BT MAMAT NUR SHAFIAH BT MOHD SHAFIE NURHAZWANI BT HASSIM NURUL ADNIN NADHIRAH BT ABD MALIK NURUL AIN BT YUSMAN NURUL IFFAH BINTI AWANG SULONG SHAHIR SHAHIDIN BIN RAMSHAH SYAMIRA BT MD DAHIN WAN HALIMATUL SYAADIAH BT WAN AZIZ

NO. K/P 910826-03-6193 900127-07-5143 911021-08-5603 911226-06-5219 911120-03-6647 910118-11-5819 911004-11-5727 901106-14-6111 910922-08-6369 911018-04-5299 901202-14-6138 901030-08-6430 900428-14-5002 910529-03-5522 911006-11-5296 910819-06-5164 901021-02-5804 911115-05-5368 900510-03-5232 900329-06-5680 910109-14-6429 910218-09-5042 910204-11-5284

J L L L L L L L L L L P P P P P P P P P P L P P

ANALISIS DATA

Jantina Bilangan peserta lelaki Bilangan peserta perempuan : : 32 orang 31 orang

Bangsa Bilangan peserta berbangsa Melayu Bilangan peserta berbangsa Cina Bilangan peserta berbangsa India Bilangan perserta berbangsa Lain : : : : 59 orang Tiada Tiada 4 orang

Jumlah peserta: 63 orang pelajar 1 PISMP Ambilan Januari 2011 (Siri 2)

Jumlah mentor: 3 orang pensyarah

LATAR BELAKANG PROGRAM

MATLAMAT PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)


Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guruguru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

HALA TUJU PROGRAM


OBJEKTIF PROGAM BINA INSAN GURU (BIG)

1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. 2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti. 3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai estetika dan akhlak keguruan. 4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. 5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. 6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual) dan sosial. 8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. 9. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

PENTAKSIRAN BERDASARKAN 6 DOMAIN

A. Kerohanian dan Akhlak Keguruan Mengamalkan tingkah laku terpuji Mempunyai kemantapan jati diri Menghayati disiplin diri yang tinggi Memiliki personaliti kerjaya keguruan yang utuh

B. Berilmu, Beramal dan Berbakti Pembelajaran sepanjang hayat Mencintai ilmu, mencari dan mengembangkan ilmu Menggunakan dan memanfaatkan imu Pembinaan Pasukan dan kejelikitan secara strategik Hidup Berbakti Keikhlasan kerjaya sebagai ibadat

10

C. Berakauntabiliti dan Amanah Akauntabiliti profesional Memahami realiti persekitaran Komitmen, optimis dan beriltizam tinggi Kemahiran sosial (termasuk unsur EIC) Tanggungjawab sosial dan perkhidmatan komuniti

D. Berdaya Tahan yang Tinggi Ketahanan fizikal, mental, emosi dan spititual

E. Berjiwa Merdeka dan Perkasa Pengurusan diri Perubahan sikap Bijak membuat keputusan Bijak menyelesaikan masalah Pengurusan perubahan

F. Kreatif dan Inovatif Kesediaan menerima idea dan teknologi baru Berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran menjana ikhtiar untuk kemajuan dan kecermelangan Dapat berfikir secara kreatif, analitis, luas, luwes dan global Berkemahiran berfikir secara futuristik, reflektif dan strategik

11

PERATURAN AM PERKHEMAHAN BIG

1. Peserta mesti mematuhi semua arahan dan jadual aktiviti BIG. 2. Peserta hendaklah berdisiplin sepanjang perkhemahan. 3. Peserta muslim diwajibkan mengerjakan solat berjemaah. 4. Peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan. 5. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan dan harta persendirian. 6. Peserta dilarang merokok, membuang sampah di merata tempat sepanjang masa perkhemahan. Juga tidak dibenarkan menebang dan merosakkan pokok. 7. Peserta bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan. 8. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti. (dilarang memakai selipar dan kain pelikat di dewan makan) 9. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan. 10. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali. 11. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar kehemah selepas jam 12.00 tengah malam. 12. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya. 13. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan. 14. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran. 15. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator. 16. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran. 17. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia.

12

IDENTITI KUMPULAN
NAMA KUMPULAN YAK FI RAUDHATIL ILMI

MISI Sentiasa bersemangat menempuh segala rintangan. Memupuk perpaduan antara ahli kumpulan.

VISI Meningkatkan semangat keguruan dalam diri semua ahli. Menjadikan guru yang seimbang (jeri) searas dengan tuntutan falsafah pendidikan kebangsaan.

MOTTO Kite Bako, Kite Bako Je semangat. Sentiasa bersemangat walaupun pelbagai rintangan hadir dalam diri kita. Tidak akan mudah berputus asa walaupun telah jatuh. LOGO KUMPULAN

13

ANALISIS PERSEKITARAN
Lokasi tapak perkhemahan

KEKUATAN Lokasi yang telah dipilih dan digunakan tersebut sangat sesuai. Hal ini kerana kedudukannya yang strategik iaitu terletak berdekatan dengan dewan makan, tandas, ampaian pakaian, surau dan juga dewan- dewan serta tempat yang digunakan untuk membuat aktiviti. Perkara ini membuatkan para peserta dapat menguruskan masa dengan baik dan menghadiri program atau aktiviti mengikut masa yang telah ditetapkan. Kawasan yang digunakan itu juga selamat daripada serangga- serangga yang berbahaya seperti lipan, kala jengking dan sebagainya memandangkan kedudukannya yang jauh daripada kawasan belukar, longgokan sampah dan juga longkang. Malah, kawasan persekitaran juga sentiasa dalam keadaan bersih. Ampaian juga telah disediakan yang memudahkan lagi para peserta untuk menyidai pakaian yang basah setelah selesai menjalankan aktiviti air seperti kayak dan water confident serta selepas selesai mencuci pakaian.

KELEMAHAN Terdapat monyet yang berkeliaran pada waktu petang di sekitar kawasan khemah peserta lelaki dan perempuan. Monyet tersebut mencari sisa- sisa makanan yang telah dibuang ke dalam tong sampah.

14

CARA MENGATASI Aktiviti sentri telah diadakan pada setiap malam. Aktiviti ini dilihat sangat berkesan apabila monyet yang merayau- rayau di kawasan sekitar tapak perkhemahan ini dihalau oleh para peserta yang bertugas. Sisa- sisa makanan juga mestilah dilupuskan dan dibuang jauh daripada tapak perkhemahan.

Kemudahan fizikal

Dewan makan

KEKUATAN Kawasan dewan makan yang disediakan agak besar dan cukup untuk menempatkan kesemua peserta dan pensyarah dalam satu- satu masa.

Dapur yang disediakan juga cukup selesa bagi memudahkan aktiviti memasak dijalankan oleh para peserta yang bertugas.

KELEMAHAN Bekalan air yang disediakan di dapur sangat perlahan pada waktu- waktu tertentu terutama selepas penggunaan yang banyak. Hal ini menyebabkan kerja- kerja memasak, mencuci pingan dan cawan menjadi sukar dan sering tergendala. Jumlah sinki yang disediakan tidak mencukupi. Para peserta terpaksa beratur panjang untuk membasuh pinggan dan cawan setiap kali selepas sesi

15

menjamu selera. Kesannya, beberapa aktiviti tidak dapat dijalankan dengan pada waktu yang telah ditetapkan. CADANGAN Pihak penganjur mestilah memastikan bekalan air yang disediakan sentiasa laju pada setiap masa. Selain itu, pihak penganjur juga mestilah menambah sinki yang telah sedia ada ataupun menyediakan satu tempat khas untuk membasuh pinggan dan cawan yang telah digunakan. Tujuannya adalah untuk memastikan perjalanan kesemua aktiviti ketika program BIG ini berjalan lancar.

Tandas dan bilik mandi

KEKUATAN Bilangan tandas dan bilik mandi yang disediakan sangat mencukupi kerana berada di empat tempat yang berlainan di sekitar kawasan tapak perkhemahan.

KELEMAHAN Terdapat beberapa bilik mandi dan tandas yang tidak mempunyai kunci dan pam tandas yang menyebabkan tandas kotor dan memberi ketidakselesaan kepada para peserta.

16

CADANGAN Pihak penganjur mestilah memastikan tandas dan bilik mandi yang disediakan mempunyai kunci dan pam tandas yang boleh berfungsi dengan baik.

Surau

KEKUATAN Surau yang disediakan dapat menampung kesemua peserta yang beragama Islam tidak kira lelaki mahupun perempuan dalam satu- satu masa. Ini memudahkan semua aktiviti dapat dilakukan secara berjemaah sekaligus. Tirai telah disediakan oleh pihak penganjur bagi memisahkan antara jemaah lelaki dan perempuan. Kedudukan surau yang dekat dengan kawasan tapak perkhemahan peserta lelaki dan perempuan memudahkan para peserta untuk ke surau.

KELEMAHAN Tempat mengambil wudhuk yang disediakan terhad dan tidak mencukupi serta tidak mempunyai dinding atau penghalang yang memberi kesulitan kepada peserta terutama peserta perempuan.

CADANGAN Pihak penganjur mestilah menyediakan lebih banyak paip atau tempat mengambil wudhuk dan memasang dinding atau tirai bagi memisahkan antara peserta lelaki dan perempuan.

17

Dewan serbaguna

KEKUATAN Dewan tersebut agak luas dan mampu menampung kesemua peserta dan jurulatih dalam satu- satu masa.

Kemudahan- kemudahan seperti lampu dan kipas juga telah disediakan bagi memberi keselesaan kepada para peserta.

KELEMAHAN Permukaan lantai dewan kotor dan berhabuk kerana tiada penyapu yang disediakan untuk membersihkan kawasan tersebut. Kerusi yang disediakan juga tidak mencukupi sehingga terpaksa diambil di dewan makan.

CADANGAN Penyapu mestilah disediakan oleh pihak penganjur bagi memastikan kawasan tersebut bersih bagi membolehkan para peserta dapat menjalankan aktiviti dengan selesa. Kerusi yang disediakan juga mestilah ditambah.

18

ANALISIS PERALATAN
KEKUATAN Banyak peralatan yang telah disediakan oleh pihak penganjur bagi memastikan aktiviti perkhemahan BIG ini berjalan lancar. Peralatan- peralatan tersebut memang mencukupi dan kebanyakannya adalah dalam keadaan baik dan sempurna. Antara peralatan yang telah disediakan oleh pihak penganjur: 1. Khemah 2. Kayak 3. Jaket keselamatan 4. Alat- alat untuk aktiviti kembara (parang, peta dan kompas) 5. Alat- alat untuk LDK (kertas mahjong, marker pen dan kain untuk membuat logo kumpulan) 6. Peralatan memasak 7. Pinggan dan mangkuk 8. Sejadah dan surah Yasin bagi Muslim 9. Ampaian

KELEMAHAN Terdapat beberapa buah khemah yang berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. Hal ini kerana, khemah- khemah tersebut telah koyak ataupun bocor dan terdapat juga sebahagian khemah yang besi pancangnya telah hilang dan bengkok.

CADANGAN Pihak pengurusan mestilah memastikan bahawa peralatan yang penting seperti khemah mestilah diperiksa terlebih dahulu dan memastikannya dalam keadaan baik.

19

ANALISIS PENGISIAN PROGRAM


Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

KEKUATAN Aktiviti LDK ini telah menerapkan sifat- sifat guru yang perlu ada dalam diri setiap peserta yang akan bergelar seorang guru suatu hari nanti. Potensi para peserta juga telah digilap dalam semua aspek terutamanya aspek kognitif melalui aktiviti menghasilakan logo, moto serta visi dan misi kumpulan. Aktiviti ini meningkatkan lagi tahap kekreatifan para peserta. Nilai- nilai murni dan ciri- ciri guru juga diterapkan dalam diri peserta dalam aktiviti yang telah dijalankan oleh para fasilitator. Aktiviti LDK juga telah memberi kesedaran kepada para peserta dalam aspek kerjasama yang dilakukan dalam kumpulan.

KELEMAHAN Aktiviti LDK yang dilakukan pada waktu petang kurang mendapat perhatian kepada para peserta. Mereka tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kerana telah melakukan aktiviti yang sangat memenatkan pada waktu pagi iaitu aktiviti kayak dan juga kembara hutan. Alat bantu mengajar yang digunakan seperti LCD juga kurang berfungsi dengan baik kerana ia digunakan di kawasan yang cerah.

CADANGAN Alatan yang digunakan mestilah diperiksa dahulu bagi memastikan aktiviti berjalan lancar. Para fasilitator juga mestilah mempelbagaikan cara penyampaian bagi memastikan para peserta tidak bosan dan tidak berasa mengantuk sepanjang aktiviti LDK berlangsung.

20

Aktiviti kayak

KEKUATAN Sebelum aktiviti dimulakan, jurulatih yang ditugaskan telah memberi sedikit sebanyak ilmu atau teori yang berkaitan dengan aktiviti kayak. Perkara yang telah dikongsikan adalah pengalaman beliau, cara- cara berkayak dengan betul, aspekaspek keselamatan yang perlu dijaga ketika berkayak dan juga langkah- langkah yang perlu dilakukan sekiranya ditimpa masalah yang tertentu. Demonstrasi kayak juga telah dilakukan bagi memberi gambaran yang lebih jelas kepada para peserta. Aktiviti kayak telah memberikan ketahanan fizikal dan mental kepada para peserta. Hal ini kerana, iainya merupakan salah satu aktiviti lasak yang memerlukan daya tahan fizikal dan mental yang tinggi. Jaket keselamatan telah disediakan bagi memngelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

KELEMAHAN Kayak- kayak yang telah disedia dan digunakan ada yang rosak dan bocor. Keadaan ini telah menyebabkan beberapa buah kayak yang dinaiki oleh peserta karam ke dalam laut.

CADANGAN Pihak penganjur mestilah memastikan kayak yang telah bocor dan rosak tidak digunakan dalam aktiviti. Perkara ini bagi memastikan semua peserta dapat merasai pengalaman ini sebaik mungkin dan tidak mengganggu perjalanan aktiviti.

21

Aktiviti kembara

KEKUATAN Aktiviti ini telah menguij ketahanan fizikal para peserta dengan mengembara kawasan hutan yang berbukit- bukit di sekitar kawasan kem perkhemahan. Para peserta telah disediakan dengan perlatan yang secukupnya bagi memastikan aktiviti berjalan lancar. Antara peralatan yang telah dibekalkan kepada para peserta ialah kompas, peta dan juga parang. Aktiviti memberikan pendedahan dan pengalaman kepada peserta untuk mengetahui sendiri keadaan yang berlaku di dalam hutan. Tugasan yang diarahkan juga mengajar para peserta untuk mengenali tumbuhantumbuhan dan serangga- serangga di dalam hutan dengan lebih dekat. Semangat kerjasama dan bersatu- padu telah diamal dan ditunjukkan oleh peserta bagi memastikan mereka dapat sampai ke destinasi dengan selamat.

KELEMAHAN Terdapat sesetengah tempat yang berbatu dan licin sehingga dapat membahayakan keselamatan para peserta. Peserta- peserta juga terdedah kepada serangan binatang buas seperti babi hutan dan juga haiwan berbisa seperti lipan.

CADANGAN Trek perjalanan yang digunakan mestilah diperiksa dan dipastikan terlebih dahulu agar bebas daripada ancaman binatang buas yang boleh mengancam keselamatan peserta.

22

Aktiviti kerohanian

KEKUATAN Banyak pengisian kerohanian yang telah diadakan sepanjang program BIG tersebut diadakan. Antaranya ialah qiamullail, kuliah subuh, kuliah maghrib dan juga bacaan Yasin bagi peserta Muslim. Amalan solat berjemaah juga diwajibkan seterusnya diterapkan ke dalam diri peserta secara automatik. Manakala, pendidikan moral pula diberikan kepada peserta bukan Islam oleh fasilitator yang telah ditetapkan. Kesemua slot tersebut memberikan banyak ilmu kepada para peserta khususnya dalam aspek agama, moral dan kerohanian.

KELEMAHAN Terdapat peserta yang tidak mengikuti program yang telah ditetapkan seperti melakukan qiamullail dan solat berjemaah di surau. Mereka hanya melakukannya di dalam khemah.

CADANGAN Fasilitator mestilah melantik ahli jawatankuasa yang terdiri daripada para peserta sendiri yang akan memastikan kesemua peserta mengikuti segala aktiviti yang dijalankan. Mereka mestilah sentiasa memantau dan melaporkan kepada para fasilitator untuk diambil tindakan yang seterusnya.

23

Aktiviti memasak

KEKUATAN Setiap kumpulan mempunyai giliran tersendiri dalam memasak dan menghidangkan makanan kepada semua peserta dan fasilitator. Kumpulan yang bertugas berkerjasama dan bertungus- lumus bagi memastikan rakan- rakan yang juga peserta- peserta dari kumpulan yang lain serta para fasilitator dapat menjamu selera tepat pada waktu yang telah dihidangkan. Hal ini bagi tidak mengganggu perjalanan aktiviti- aktiviti yang lain. Peserta yang bertugas belajar sedikit sebanyak cara- cara untuk menyediakan makanan bagi hidangan yang besar dengan cara menolong fasilitator yang telah ditugaskan. Perkara ini memberi pengalaman kepada peserta bagi mengendalikan hidangan yang melibatkan ramai orang. Peserta juga dapat menanam sikap bekerjasama dan tidak mementingkan diri.

KELEMAHAN Terdapat peserta yang langsung tidak turun ke dewan makan bagi membantu ahli kumpulan masing- masing memasak dan menghidang makanan serta mengemas semula meja makan selepas segalanya selesai. Ada juga segelintir kecil peserta yang melakukan kerja sambil lewa dan tidak memberikan komitmen sepenuhnya terhadap rakan- rakan yang lain.

CADANGAN Ketua kumpulan haruslah menegur rakan- rakan mereka yang bersifat demikian supaya berubah. Namun, sekiranya tidak berjaya tindakan yang sewajarnya haruslah diambil seperti melaporkan kepada fasilitator atau sebagainya.

24

ANALISIS KUMPULAN
KEKUATAN Peserta yang terlibat terdiri daripada dua major yang berbeza iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan Sains. Terdapat 3 kumpulan yang terlibat bagi siri yang kedua ini iaitu RBT 1, RBT 2, dan Sains. Peserta- peserta yang datang dari major yang berlainan ini telah membawa corak pemikiran yang tersendiri. Oleh yang demikian, hasil gabungan daripada idea semua peserta tekah berjaya manjadikan program BIG ini menjadi lebih menarik. Para peserta juga telah menunjukkan kerjasama yang baik antara satu sama lain tanpa mengira kumpulan. Mereka sentiasa menunjukkan kerjasama yang erat terutama dalam aktiviti memasak. Setiap ahli dalm kumpulan juga telah memainkan masing- masing dengan jayanya. Hubungan antara setiap peserta juga amat baik dan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti berpuak- puak, bergaduh dan sebagainya.

KELEMAHAN Terdapat beberapa orang peserta yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakan- rakan dari kumpulan yang lain terutama ketika aktiviti LDK dijalankan.

CADANGAN Ketua setiap kumpulan perlulah memastikan bahawa rakan- rakannya dapat bersosial dengan baik dengan rakan- rakan dari kumpulan yang lain dengan cara memantau tahap sosial mereka. Hal ini bagi memastikan tidak wujud puak- puak yang tertentu dalam kalangan peserta.

25

REFLEKSI AKTIVITI
KHAMIS (3 MAC 2011) Para peserta telah berkumpul dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Puan Jumiah Binti Mustapa di dewan besar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik. Tujuan taklimat ini dilakukan adalah untuk memberi gambaran awal kepada para peserta mengenai program Bina Insan Guru (BIG) yang akan mereka jalani bermula pada hari tersebut. Dalam taklimat ini, para peserta telah diberi penerangan mengenai perjalanan program yang akan mereka tempuhi sepanjang hari pertama program memandangkan mereka belum menerima buku program. Seawal pukul 8.00 pagi, para peserta telah berkumpul dan menanti bas yang akan digunakan untuk ke destinasi sampai. Terdapat dua buah bas yang akan memuatkan seramai 62 orang peserta yang teridiri daripada pelajar-pelajar Kumpulan Reka Bentuk dan Teknologi 1, Reka Bentuk dan Teknologi 2 dan Sains. Bas ini telah membawa pesrta hingga ke Jeti Lumut yang terletak di daerah Manjung Perak. Dalam perjalanan, kami telah berhenti rehat di Hentian Rehat Tanjung Malim untuk menikmati makan tengahari selama 30 minit. Kami telah tiba di Jeti Lumut dalam sekitar pukul 2.00 petang dan dari sana, kami telah menaiki feri untuk menuju ke Pulau Pangkor. Perjalanan feri ke Pulau Pengkor mengambil masa lebih kurang setengah jam. Setalah tiba di Pulau Pangkor, kami telah menaiki van-van yang telah disediakan oleh pihak penganjur untuk bergerak ke destinasi terakhir iaitu Kem Raudhah yang terletak di Teluk Nipah. Apabila sampai di sana. Kami telah berkumpul dan diberi taklimat ringkas berkaitan aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut dan juga pembahagian tugas mengikut kumpulan. Kemudian, bermulalah aktiviti memasang khemah serta mengemas dapur. Tugas memasangkan khemah telah diserahkan kepada pesrtaperserta lelaki manakala peserta-peserta perempuan dikehendaki mengemaskan dapur. Dalam tempoh waktu berkenaan, para peserta diminta untuk mencuri masa sendiri untuk menunaikan solat fardhu zohor dan asar secara jamak. Pada pukul 5.00 petang, para peserta telah berkumpul sekali lagi untuk memulakan aktiviti yang
26

pertama iaitu water confident. Semua peserta telah bergerak ke pantai setelah dipastikan memakai pakaian aktiviti yang sesuai dan mempunyai jaket keselamatan yang dalam kondusi yang baik. Encik Ishak Othman dan Pn. Noreha Sarkawi telah memberi taklimat aktiviti sebelum peserta bergerak ke pantai. Setelah tiba di sana, peserta telah melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum diserahkan kepada fasilitatator-fasilitator masing-masing. Dalam aktiviti ini, kami telah diajar cara-cara mengapungkan diri,

menerbalikkan diri, berenang dan pelbagai teknik yang sewajarnya diketahui apabila berada di dalam air tidak kiralah sama ada di laut, tasik mahupun sungai. Pada permulaan, aktiviti, didapat sebahagian peerta ragu-ragu dan kurang yakin terhadap diri sendiri terutama peserta wanita. Namun, keadaan ini tidaklah lama kerana dengan bimbingan para fasilitator akhirnya semua peserta telah berjaya

mewujudkan dan meningkatkan keyakinan diri masing-masing. Aktiviti ini telah tamat pada pukul 7.00 petang. Tamat sahaja aktiviti, para peserta telah bergerak pulang ke Kem Raudhah untuk mengemaskan diri dan bersedia ke surau. Di surau, para peserta telah melaksanakan solot maghrib dan isyak secara berjemaah dan mendengar tazkirah daripada urusetia. Setelah tamat tazkirah, para peserta telah berkumpul di dewan makan untuk menikmati juadah makan malam yang telah disediakan oleh kumpulan kami. Sesi ice breaking telah diadakan sebagai Latihan Dalam Kumpulan (LDK) kami yang pertama. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Puan Jumiah Binti Mustapa. Selepas tamatnya LDK 1 ini iaitu pada pukul 11.00 malam, kami telah diberikan tanggungjawab untuk memilih penghulu serta penghuluwati program. Penghulu yang telah dipilih ialah Muhammad Redza Bin Khalid dan penghuluwati adalah Siti Nur Hajar Binti Johari. Kedua-duanya dari Kumpulan 1PISMP RBT1. Pada malam itu telah diadakan kawalan oleh setiap kumpulan secara bergilir-gilir. Sebelum tidur, kumpulan kami juga telah menyiapkan bahan-bahan masakan untu sarapan pagi keesokan harinya.

27

JUMAAT (4 MAC 2011) Aktiviti pada hari Jumaat telah bermula pada pukul 5.30 pagi dimana semua peserta yang beragama Islam dikehendaki mengikuti aktiviti qiamullail sebelum mendirikan solat fardhu subuh. Selepas menunaikan solat fardhu subuh, kami telah mengikuti aktiviti tazkirah. Dlam masa yang sama, sebahagian daripada ahli kumpulan kami telah membantu untuk menyediakan sarapan pagi. Selesai sahaja takirah subuh, kami hanya diberi sedikit masa sebelum bermulanya aktiviti senaman pagi yang dikendalikan oleh Puan Noreha Binti Sarkawi. Sesudah aktitiviti riadah dijalankan, para guru pelatih bergerak ke kem/dewan makan untuk menjamu hidangan sarapan yang telah siap. Sesudah selesai menjamu sarapan. Para Peserta diarahkan untuk menyiapkan diri dengan peralatan yang sesuai untuk aktiviti darat dan aktiviti air. Kumpulan 1 dan 2 diarahkan melakukan aktiviti darat iaitu Kembara Hutan. Manakala kumpulan 3 dan 4 telah diarahkan melakukan aktiviti air iaitu Berkayak. Pada jam 8 pagi, kumpulan 1 dan 2 telah berkumpul di tapak perhimpunan untuk diberi taklimat mengenai Kembara Hutan. Manakala, kumpulan 3 dan 4 bergerak ke kawasan pantai untuk aktiviti air. Fasilitator untuk aktiviti Kembara Hutan ialah Encik Hashim bin Misron dan Tuan Haji Omar bin Parkan. Para pengembara/guru pelatih turut dibimbing oleh Puan Asma binti Muda dan Encik Nordin bin Onan untuk masuk ke hutan. Dalam aktiviti ini kami telah diarahkan untuk mengenal dan mengambil gambar flora dan fauna sepanjang aktiviti kembara hutan. Lebih kurang jam 1 petang, kami kumpulan 1 dan dibimbing oleh Tuan Haji Omar bin Parkan telah sampai di tapak perkhemahan. Kemudiannya, para guru pelatih kumpulan 1 dan 2 telah melakukan pengurusan diri sebelum para guru pelatih makan tengah hari dan menunaikan solat Zuhur. Lebih kurang jam 3 petang, LDK 2 telah diadakan. Tajuk LDK itu ialah Martabat Guru. Dalam aktiviti ini para peserta telah dikehendaki menyenaraikan sifat- sifat guru yang disukai dan tidak disukai oleh mereka. Kemudian setiap kumpulan dikehendaki menceritakannya dan membentangkan kepada semua warga dewan. Slot ini berakhir pada pukul 5 petang. Tamat sahaja slot ini, para peserta bergerak ke dewan makan dan ada juga yang terus melakukan pengurusan diri untuk solat Asar. Kumpulan 2 menjalankan tugas mereka untuk menyediakan makan malam. Dari jam
28

5 petang hingga 7 petang ini, guru pelatih diberi peluang untuk berehat dan menghayati pemandangan di Kem Raudhah. Pada pukul 6.30 petang, para guru pelatih Muslim telah mempersiapkan diri mereka untuk Solat Maghrib Di surau, para peserta telah melaksanakan solot maghrib dan isyak secara berjemaah dan mendengar tazkirah daripada urusetia. Setelah tamat tazkirah, para peserta telah berkumpul di dewan makan untuk menikmati juadah makan malam yang telah disediakan oleh kumpulan kami. Bagi pelajar bukan Muslim, mereka telah membantu Puan Seroja a/p Nadesan di untuk menyediakan meja makan. Sesi LDK 3 telah diadakan pada pukul 9 malam. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Puan Jumiah Binti Mustapa. Dalam aktiviti ini, beliau telah mengarahkan kesemua kumpulan untuk mencipta satu logo moto, serta visi dan misi bagi kumpulan masing masing. 1. Yak Fill Raudatul Ilmi 2. 3. Adrenalin 4. Pada malam itu telah diadakan kawalan oleh setiap kumpulan secara bergilir-gilir. Kumpulan 3 Kumpulan 1

29

SABTU (5 MAC 2011) Aktiviti pada hari Sabtu telah bermula pada pukul 5.30 pagi dimana semua peserta yang beragama Islam dikehendaki mengikuti aktiviti qiamullail sebelum mendirikan solat fardhu subuh. Selepas menunaikan solat fardhu subuh, kami telah mengikuti aktiviti tazkirah. Selesai sahaja takirah subuh, kami hanya diberi sedikit masa sebelum bermulanya aktiviti senaman pagi yang dikendalikan oleh Encik Ishak bin Othman. Sesudah aktitiviti riadah dijalankan, para guru pelatih bergerak ke kem/dewan makan untuk menjamu hidangan sarapan yang telah siap. Sesudah selesai menjamu sarapan. Para Peserta diarahkan untuk menyiapkan diri dengan peralatan yang sesuai untuk aktiviti darat dan aktiviti air. Kumpulan 3 dan 4 diarahkan melakukan aktiviti darat iaitu Kembara Hutan. Manakala kumpulan 1 dan 2 telah diarahkan melakukan aktiviti air iaitu Berkayak. Pada jam 8 pagi, kumpulan 1 dan 2 bergerak ke kawasan pantai untuk aktiviti air. Fasilitator untuk aktiviti air ialah Encik Ishak bin Othman, Puan Norehan binti Sarkawi, Tuan Haji Mokhtar bin Ismail dan Encik Zubiar bin Salleh. Dalam aktiviti ini kami telah diarahkan untuk berkayak mengelilingi pulau. Sebelum melakukan aktiviti kayak. Facilitator telah

memasangkan dengan pasang yang sesuai untuk aktiviti ini. Selain itu, fasilitator juga menunjukkan cara cara keselematan ketika ingin membawa kayak ke laut. Pada masa yang sama, Puan Norehan binti Sarkawi memberi taklimat berdasarkan aksi yang patut dilakukan ketika berkayak. Aksi itu ditunjukkan oleh Encik Ishak bin Othman dan Tuan Haji Mokhtar bin Ismail. Sesudah taklimat tersebut, Puan Norehan binti Sarkawi mengarah setiap pasangan berkayak dalam radius yang terdekat sahaja. 30 minit kemudian, setelah melihat para peserta boleh mengendali kayak, fasilitator mengarahkan kami untuk berkayak di sehingga ke tengah laut sebelum berhenti di sebuah tanjung untuk berehat. Ketika berehat di tanjung itu, Puan Norehan binti Sarkawi memberikan refleksi aktiviti ini. Sesudah itu, kami diarah menaiki kayak masing masing untuk bertolak kembali ke tititk permulaan. Sesampai sahaja di situ, kami menyusun semula kayak kayak yang telah digunakan dan berangkat balik ke Kem Raudhah. Kami berehat untuk makan tengah hari dan pelatih yang beragama islam menunaikan solat zuhur.

30

Pada pukul 3 petang, LDK 4 petang itu dikendalikan oleh Puan Jumiah. Slot pada petang itu lebih berkisar tentang profesion perguruan. Berbagai bagai aktiviti telah diadakan. Antaranya ialah menari dan juga meminta tanda tangan daripada rakanrakan. Semua aktiviti yang dilakukan itu telah mendapat sambutan yang sangat oleh semua peserta. Tidak ada seorang pun daripada mereka yang kelihatan penat dan mengantuk. Sebelum tamat LDK 4 pada petang itu, sedikit sesi muhasabah telah diadakan yang pastinya telah menginsafkan semua peserta yang terlibat. Sesudah selesai slot tersebut, Kami berehat untuk minum petang dan pelatih yang beragama islam menunaikan solat asar. Ada juga kumpulan mencuri masa untuk melatih persembahan mereka. Dari jam 5 petang hingga 7 petang ini, guru pelatih diberi peluang untuk berehat dan menghayati pemandangan di Kem Raudhah. Pada pukul 6.30 petang, para guru pelatih Muslim telah mempersiapkan diri mereka untuk Solat Maghrib Di surau, para peserta telah melaksanakan solot maghrib dan isyak secara berjemaah dan mendengar tazkirah daripada urusetia. Setelah tamat tazkirah, para peserta telah berkumpul di dewan makan untuk menikmati juadah makan malam yang telah disediakan oleh kumpulan kami. Bagi pelajar bukan Muslim, mereka telah membantu Puan Seroja a/p Nadesan di untuk menyediakan meja makan. Pada pukul 9 malam majlis Malam Kebudayaan bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa telah berlangsung. Semua peserta meyaksikan pesembahan tersebut dengan penuh keketawaan dan kegembiraan. Malah persembahan yang telah dilaksanakan amat kreatif. Sesudah slot berakhir, para peserta kembali ke kem masing masing untuk tidur. Pada malam itu telah diadakan kawalan oleh setiap kumpulan secara bergilir-gilir.

31

AHAD (6 MAC 2011) Pada hari terakhir, para guru pelatih telah bangun pada pukul 5.30 pagi dimana semua peserta yang beragama Islam dikehendaki mendirikan solat fardhu subuh. Selepas menunaikan solat fardhu subuh, kami telah mengikuti aktiviti tazkirah. Dalam masa yang sama, sebahagian daripada ahli kumpulan kami telah membantu untuk menyediakan sarapan pagi. Pada pukul 7 pagi para peserta telah menjamu sarapan pagi yang telah disediakan. Sesudah sarapan, para peserta dibahagikan kumpulan untuk membersihkan dapur, surau, dan kawasan perkhemahan. Selesai sahaja tugasan tersebut, para guru mempersiapakan diri untuk masuk ke dewan dan packing beg masing untuk bertolak balik nanti. Sekitar jam 9 pagi, para peserta telah berkumpul di dewan Kem Raudhah untuk mendapat taklimat terakhir daripada Kem Komandan. Dalam sesi ini, Encik Hashim bin Misron telah melakukan refleksi untuk BIG pertama sesi kedua. Selain itu, beberapa orang guru pelatih juga telah memperdengarkan refleksi mereka kepada peserta yang lain. Sesudah berakhir sesi tersebut, Majlis Penutup telah mengambil peranannya. Dalam sesi ini, semua mentor mentor kumpulan, para jururlatih dan fasilitator telah hadir. Namun, Encik Wee Kok Leng mentor RBT 2 tidak dapat hadir ke majlis penutup kerana telah berangkat pulang pada awal pagi atas sebab tertentu. Majlis ini bermula dengan ucapan daripada Kem Komandan, Encik Hashim bin Misron. Sesudah ucapan daripada beliau, penyampaian hadiah untuk pemenang aktiviti kembara hutan dan aktiviti kayak, pemenang aktiviti malam kebudayaan serta pemenang pembentang terbaik telah diadakan. Sesudah selesai majlis tersebut, para peserta diarah berkumpul di tapak perhimpunan untuk menunggu kenderaan (taxi) tiba untuk membawa para peserta ke jeti Pulau Pangkor.

32

REFLEKSI DIRI
Saya ingin melafazkan rasa syukur kepada Tuhan kerana dengan jayanya saya bersama sama ahli kumpulan BIG siri kedua telah dapat menamatkan program BIG pertama ini tanpa berlakunya musibah musibah yang tidak diingini. BIG pertama saya telah berlangsung di Pulau Pangkor. Ini merupakan pengalaman pertama saya untuk melawat ke pulau itu. Pada mulanya saya tidak menyangka yang BIG pertama saya akan diadakan di Pulau Pangkor. Ini kerana, seperti senior 1PISMP lepas, mereka telah mengadakan BIG mereka di padang institut. Daripada BIG pertama ini, saya telah mempelajari pelbagai ilmu dan pengalaman hasil daripada aktiviti aktiviti yang telah disediakan oleh penyelaras BIG. Pada hari pertama, ketika kami tiba di tapak perkhemahan (Kem Raudhah), saya bersama rakan sekelas saya telah diarahkan oleh Tuan Haji Omar untuk menyediakan bahan bahan untuk dimasak dan menyediakan makan malam untuk ahli ahli BIG siri kedua. Dengan pantasnya, ketua kelas telah memainkan peranan dengan membahagikan tugas kepada setiap orang. Saya dan Nur Effira telah ditugaskan untuk membasuh pinggan mangkuk. Daripada tugas tugas ini, saya telah mempelajari kerjasama antara pasukan. Demi menyiapkan makan malam untuk satu siri kumpulan, saya dengan relanya tidak berkira ketika melakukan tugasan. Saya akan menolong rakan rakan yang meminta pertolongan daripada saya. Walaupun kerja di dapur belum siap, kami semua telah diarahkan untuk bersiap untuk melakukan aktiviti air. Aktiviti yang dilakukan ialah, aktiviti keselamatan dan aktiviti keyakinan diri dalam air. Hasil daripada aktiviti ini, saya telah mempelajari bagaimana untuk memakai jaket keselamatan dengan betul. Selain itu juga, dengan ada jaket keselamatan ini, keyakinan saya untuk berada dalam air pada paras yang dalam juga bertambah. Ini kerana, walapun masih memakai jaket keselamatan, saya sering memikir sesuatu yang buruk akan berlaku kepada saya. Namun, selepas mendapat dorongan daripada rakan rakan yang lain, saya telah berani untuk berenang ke paras yang lebih dalam lagi dengan adanya jaket keselamatan ini.
33

Pada malam hari pertama, aktiviti Ice Breaking telah dijalankan. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk mengenali rakan rakan dari kelas lain. Hasil daripada ini juga, 4 kumpulan telah dibentuk. Kesan pembentukan kumpulan ini, saya telah terpisah daripada rakan sekelas saya yang. Saya bersama dengan 5 orang rakan sekelas saya telah bercampur dengan kumpulan Sains. Kesan daripada campuran inilah, terbentuknya kumpulan kami yang bernama Yak Fill Raudatul Ilmi. Walaupun terpisah daripada rakan sekelas, saya telah dapat bekerjasama dengan orang dari kumpulan kelas lain. Pada hari kedua, kumpulan saya Yak Fill Raudatul Ilmi dan kumpulan 2 telah dipilih untuk menjalankan aktiviti darat sementara kumpulan 3 dan 4 aktiviti air. Daripda aktiviti darat ini, saya telah mempelajari untuk meneliti dan sabar pada apa apa situasi. Contohnya, sebelum melakukan pendakian, saya telah meneliti taklimat Encik Hashim dan Tuan Haji Omar pada setiap laluan yang akan dilalui dan bearing kompas sepanjang pendakian. Sepanjang pendakian juga, saya sabar dengan pacat pacat yang menghinggap pada kaki saya. Selain itu juga, saya juga dapat melihat dan mengenal flora dan fauna yang saya temui sepanjang pendakian. Seterusnya dalam LDK 2. Saya telah mempelajari Martabat seorang guru. Dalam LDK ini jugalah, saya mempelajari apa itu Self Defence Mechanisms. Pada malam hari kedua, LDK 3 telah berlangsung. Dalam aktiviti ini, ujian personaliti telah dilakukan keatas kami. Saya dapati saya merupakan seorang Idealists. Ini kerana, saya seorang yang ingin tahu. Pada hari keempat, kumpulan saya telah menjalani aktivti air. Saya telah dipasangkan dengan Syahir dalam aktiviti kayak. Dalam aktiviti ini, kami telah ditunjuk dengan cara untuk mengangkat dan membawa kayak ke air. Selain itu juga, kami juga ditunjukkan dengan cara bagaimana sekiranya kayak terbalik. Dalam situasi itu, kami telah ditegaskan untuk jangan panik dan cuba untuk tolak badan keluar dari kayak itu. Pada mulanya, saya agak kekok untuk mendayung kayak tersebut. Namun selepas ditengking oleh Puan Noreha. Saya dan Syahir telah perlahan lahan untuk memperbaiki kesilapan kami. Selain itu, perasaan ketika berkayak di tengah laut juga amatlah menakutkan. Apa lagi ketika Puan Noreha mengarah kami untuk statik di tengah tengah laut dan berdiri di atas kayak masing

34

masing. Dalam aktiviti ini juga, saya juga dapati gamat yang berada dalam laut akan mengeluarkan cecair putih jika berasa terancam. Seterusnya dalam LDK 4, kami telah telah diberi ceramah tentang profesion guru. Selepas LDK itu, kami telah diberi masa sepanjang petang itu untuk berlatih berlakon untuk persembahan Malam Kebudayaan. Secara jujurnya, persembahan malam itu bagi saya adalah tidak memuaskan. Saya rasa kumpulan kami membuat persembahan yang merapu dan agak memalukan. Hasil daripada itu, saya telah mempelajari untuk mempersiapkan dan melatih diri sebelum melaksanakan sesuatu perkara. Tuntasnya, daripada BIG ini, pengalaman yang saya alami akan saya aplikasikan pada diri saya dan sebarang ilmu yang saya perolehi akan saya berikan kepada anak anak murid saya di suatu masa nanti.

35

ANALISIS SWOT
Kekuatan (strength) Kelemahan (weakness)

Para fasilitator yang terlibat semuanya profesional dan mempunyai pengalaman yang luas dan mencukupi. Perkara ini telah menyebabkan semua slot atau aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya dan berkesan.

Terdapat beberapa aktiviti yang tidak tamat mengikut jadual yang telah ditetapkan menyebabkan aktiviti yang lain turut tergendala.

Aktiviti LDK yang dijalankan pada waktu petang tidak mendapat penumpuan sepenuhnya daripada para

Peralatan yang disediakan juga mencukupi bagi semua aktiviti Aktiviti- aktiviti yang dirancang sangat sesuai dan berkesan untuk melahirkan guru- guru pelatih yang mempunyai ciri insan guru yang sempurna.

peserta kerana keletihan

Destinasi dan tapak perkhemahan yang dipilih ini juga sangat sesuai untuk program ini.

36

Peluang (opportunity)

Ancaman (threats)

Dapat meningkatkan kekuatan fizikal melalui aktiviti kayak dan kembara hutan. Memupuk ciri- ciri guru dalam diri melalui aktiviti LDK. Menggunakan peluang dengan sebaiknya untuk

Terdapat monyet yang berkeliaran di kawasan tapak perkhemahan pada waktu petang. Terdapat kayak yang telah bocor masih digunakan bagi aktiviti kayak. Laluan bagi kembara hutan ada yang licin dan terdedah kepada ancaman binatang buas dan berbisa.

menimba ilmu daripada fasilitator- fasilitator yang cukup berpengalaman.

37

Anda mungkin juga menyukai