Anda di halaman 1dari 14

1 Kem Jati Diri Kelab & Persatuan SKSD 2012

1.0

NAMA PROGRAM Kem Jati Diri Kelab & Persatuan SK Sungai Duri 2012

2.0

PENDAHULUAN Program ini disertai oleh para pemimpin serta ahli jawatankuasa kelab dan persatuan SK Sungai Duri. Ia diadakan bertujuan untuk meningkatkan semangat jati diri di kalangan peserta dalam menghadapi kehidupan sebagai murid sekolah serta mendidik peserta menjadi pemimpin yang beretika. Melalui program ini, diharapkan para peserta akan dapat menanamkan daya tahan dari segi mental untuk menghadapi persekitaran selain membentuk sahsiah ke arah yang lebih positif.

3.0

OBJEKTIF
3.1

Memberi peluang kepada setiap peserta mengembangkan lagi potensi kendiri secara seimbang dan menyeluruh.

3.2 3.3

Memupuk sikap kepimpinan yang positif dalam diri peserta. Menyemai sikap kerajinan, bertanggungjawab, tolak ansur dan menghormati rakan dalam diri peserta.

3.4

Meningkatkan daya kreativiti dan semangat berpasukan melalui aktiviti fizikal.

3.5

Memberi pengalaman baru kepada peserta dengan suasana di luar bilik darjah dan sekolah.

3.6

Mendedahkan kepada peserta mengenai peraturan, cara dan panduan memasang khemah.

2 Kem Jati Diri Kelab & Persatuan SKSD 2012 3.7

Mendedahkan kepada peserta mengenai cara penggunaan kompas untuk mencari arah.

3.8

Mengeratkan hubungan dan kemesraan di antara peserta dengan guru dan sesama peserta.

4.0

RASIONAL Adalah diharapkan dengan terlaksananya program ini dengan tersusun mengikut setiap perancangan, segala matlamat dan objektif yang dirangka akan tercapai dengan penuh jayanya.

5.0

TEMPAT, TARIKH & MASA 5.1 5.2 5.3 Tempat Tarikh Masa : SK Sungai Duri : 22 Oktober 2012 (Isnin) : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

6.0

KUMPULAN SASARAN Murid tahun 4 dan 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Duri *Nama peserta seperti dalam lampiran I

7.0

JAWATANKUASA PROGRAM

3 Kem Jati Diri Kelab & Persatuan SKSD 2012

Penasihat

: En Abdul Jalil b Sulaiman (GB)

Pengerusi

: Pn Kalsom bt Seman (PK Koku)

Naib Pengerusi

: i. Cik Siti Zakiah bt Johari (PK Pen) ii. Pn Faridah bt Othman (PK Hem) iii. Pn Nor Aini bt Senapi (PK Ptg)

Penyelaras Program : En Saifullizam b Ibrahim

Setiausaha

: En. Mohd Hamdi b Abdul Rahim

Ketua Kem

: En Md Fazli b Osman

Pendaftaran

: Pn Jamnah bt Ismail

Kawalan Peserta

: Semua guru yang terlibat

Peralatan Siaraya

: i. En Shah Rizad b Abu Bakar ii. En Md Fazli b Osman

4 Kem Jati Diri Kelab & Persatuan SKSD 2012

Dokumentasi

: i. En Mohd Hamdi b Abdul Rahim ii. En Saifulizam b Ibrahim

Makanan & Minuman

: i. Pn Cik Wan Norhasliza bt Jusof ii. Pn Jamnah bt Ismail

Sijil & Hadiah

: i. En Saifulizam b Ibrahim ii. En Mohd Hamdi b Abdul Rahim

Penceramah

: Ustaz Osman b Mohd Omar

Penyelaras Aktiviti : 1. Senamrobik Malaysia Cergas En Mohd Hamdi b Abdul Rahim 2. Ice-Breaking. En Saifulizam b Ibrahim 3. Ceramah Jati Diri. Pn Jamnah bt Ismail 4. Pasang Khemah. En Shah Rizad b Abu Bakar 5. Orienteering. En Md Fazli b Osman 6. Potensi & Kelemahan Diri. (LDK) Pn Cik Wan Norhasliza bt Jusof

5 Kem Jati Diri Kelab & Persatuan SKSD 2012

8.0

ATURCARA PROGRAM MASA 7.30 pagi Pendaftaran Aktiviti 1 8.00 pagi *Senamrobik Malaysia Cergas & Cerdas Aktiviti 2 8.30 pagi *Ice-Breaking (LDK) - Mencari Rakan & Taaruf Berantai 10.30 pagi 11.00 pagi 12.00 tgh 1.10 tgh 2.00 ptg 3.00 ptg 4.00 ptg 5.00 ptg 5.30 ptg 6.00 ptg Minum pagi Aktiviti 3 Ceramah Jati Diri oleh Ustz Osman Makan tengah hari Solat Zohor Aktiviti 4 *Pasang Khemah Aktiviti 5 *Orienteering Aktiviti 6 *Potensi & Kelemahan Diri. (LDK) Minum petang Majlis Penutup Bersurai Disediakan oleh pihak sekolah Bilik JQaf Disediakan oleh pihak sekolah Peserta perempuan diminta membawa telekung sendiri Dataran Perhimpunan Laluan Kampung Sungai Duri Dataran Perhimpunan Disediakan oleh pihak sekolah Dataran Perhimpunan Padang Padang PERKARA Padang CATATAN

* Perincian aktiviti yang akan dijalankan seperti dalam lampiran II 9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

6 Kem Jati Diri Kelab & Persatuan SKSD 2012

BIL 1.

BUTIRAN PERBELANJAAN Makanan & Minuman Peserta i. Sarapan Air milo panas + Bihun goreng ii. Minum pagi Air teh panas + Karipap + Cucur badak iii. Makan Tengah hari Air sirap ais + Nasi + Kari ayam + Telur goreng +Sayur kobis + Tembikai iv. Minum petang Teh o ais + 2 kpg Roti sardin JUMLAH BESAR (RM 4.50 X 90 org) (RM 1.50 X 90 org) (RM 1.50 X 90 org) (RM 1.30 X 90 org)

JUMLAH

RM 117.00

RM 135.00

RM 405.00 RM 135.00 RM 792.00

* Makanan dan minuman peserta dibekalkan oleh Baong Interprise.

BIL 1.

BUTIRAN PERBELANJAAN Peralatan i. Khemah Dome-tent double layer (6 org) Hadiah i. Taaruf Berantai Pensel mekanikal ii. Beg Kendiri Per-1 Pensel 2b Stabilo Ke-2 Pensel 2b Stabilo Ke-3 Pensel 2b Smarter Ke-4 Pensel 2b Smarter Ke-5 Pensel 2b Smarter (RM 2.00 X 5 btg) (RM 0.80 X 10 btg) (RM 0.80 X 10 btg) (RM 0.55 X 10 btg) (RM 0.55 X 10 btg) (RM 0.55 X 10 btg)
(RM 119.25 X 3 buah)

JUMLAH

RM 357.75

2.

RM 10.00 RM 8.00 RM 8.00 RM 5.50 RM 5.50 RM 5.50

7 Kem Jati Diri Kelab & Persatuan SKSD 2012

Ke-6 Pemadam Ke-7 Pemadam Ke-8 Pemadam Ke-9 Pemadam 3. Sijil i. Sijil penyertaan Kem Jati Diri Kelab & Persatuan SKSD 2012 JUMLAH BESAR

(RM 0.30 X 10 biji) (RM 0.30 X 10 biji) (RM 0.30 X 10 biji) (RM 0.30 X 10 biji)

RM 3.00 RM 3.00 RM 3.00 RM 3.00

(RM 2.00 X 90 org)

RM 180.00 RM 592.25

* Peralatan, hadiah dan sijil dibekalkan oleh NT Sport & Stationery Enterprise.

10.0

PENUTUP Adalah diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti kem jati diri ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kami amat berbesar hati dan berterima kasih atas segala sokongan dan sumbangan yang diberikan oleh guru-guru, ibu bapa dan pihak pentadbir sekolah terutama Guru Besar yang telah memberikan kebenaran dan sepenuh kerjasama bagi menjayakan program yang telah dirancang.

8 Kem Jati Diri Kelab & Persatuan SKSD 2012

Disediakan oleh, ............................................................. (MOHD HAMDI BIN ABDUL RAHIM) Kem Jati Diri Kelab & Persatuan SK Sungai Duri Disokong oleh, ......................................... (KALSOM BNTI SEMAN) P.Kanan Kokurikulum SK Sungai Duri Diluluskan oleh, .........,........................................... (ABDUL JALIL BIN SULAIMAN) Guru Besar SK Sungai Duri

Tarikh :

9 Kem Jati Diri Kelab & Persatuan SKSD 2012

*Lampiran II AKTIVITI 1 SENAMROBIK MALAYSIA CERGAS DAN CERDAS


MASA : 30 MINIT BAHAN : RADIO DAN MUZIK OBJEKTIF : 1. Menjadikan murid lebih cergas dan cerdas untuk mengikuti pelajaran. 2. Menanam sikap mementingkan kesihatan pada diri murid. KAEDAH : 1. Murid berkumpul di tapak perhimpunan. 2. Murid melakukan gerakan mengikut apa yang dilakukan oleh fasi.

10 Kem Jati Diri Kelab & Persatuan SKSD 2012

AKTIVITI 2 ICE BREAKING (LDK) i. MENCARI RAKAN


MASA : 1 JAM OBJEKTIF : 1. Memberi peluang kepada peserta untuk mengenali ahli kumpulannya dalam suasana yang menyeronokkan. 2. Mengurangkan rasa rendah diri dan takut apabila berada dalam satu kumpulan yang berbeza umur. KAEDAH : 1. Peserta-peserta diminta membentuk kumpulan mengikut bulan lahir masingmasing. 2. Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan masing-masing. 3.

11 Kem Jati Diri Kelab & Persatuan SKSD 2012

ii. TAARUF BERANTAI


MASA : 1 JAM OBJEKTIF : 1. Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat. 2. Melatih peserta untuk mengingat nama penuh ahli kumpulan, anak ke-berapa dalam keluarga dan tarikh lahirnya. KAEDAH : 1. Setiap kumpulan dikehendaki membentuk bulatan dan melantik seorang ketua. 2. Ketua kumpulan akan memperkenalkan namanya terlebih dahulu dan diikuti ahli kumpulan. 3. Perkara yang perlu disebut adalah nama penuh, anak ke-berapa dalam keluarga dan tarikh lahir. 4. Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta pertama dahulu kemudian barulah memperkenalkan dirinya. 5. Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai.

12 Kem Jati Diri Kelab & Persatuan SKSD 2012

AKTIVITI 4 PASANG KHEMAH


MASA : 1 JAM BAHAN : KHEMAH OBJEKTIF : 1. Memberikan murid pengalaman persediaan memasang dan membuka khemah. 2. Menanam sikap bekerjasama sesama ahli.

KAEDAH : 1. Murid berkumpul di kawasan lapang (padang). 2. Murid - murid diberi penerangan berkaitan kaedah pemasangan khemah sebelum pemasangan, semasa pemasangan dan sesudah pemasangan khemah. 3. Cara pemasangan dilakukan oleh fasi sebagai tunjuk ajar. 4. Setiap ketua kumpulan diminta mengambil set khemah yang telah disediakan. 5. Murid-murid diminta memasang khemah tersebut manakala fasi sebagai pemudah cara.

RUMUSAN : Kekuatan dan tanggungjawab setiap individu boleh dilihat dan ditonjolkan supaya kita akan rasa sentiasa dihargai.

13 Kem Jati Diri Kelab & Persatuan SKSD 2012

AKTIVITI 5 ORIENTEERING
PENGENALAN ARAH MATA ANGIN / KIBLAT.
MASA : 1 JAM BAHAN : KOMPAS OBJEKTIF : 1. Memberikan murid pengalaman mengendalikan kompas. 2. Menanam sikap bekerjasama sesama ahli. KAEDAH : 1. Murid-murid diberi taklmat ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan berkaitan penggunaan kompas. 2. Murid diberi peluang mengendalikan kompas secara berkumpulan. 3. Murid-murid mengendalikan kompas untuk menentukan arah mata angin, kiblat dan objek yang dikehendaki oleh fasi. RUMUSAN : Ketelitian dan kesungguhan murid dapat ditonjolkan disamping murid dapat menunjukkan sikap kerjasama antara sesama ahli. Sikap tanggujawab juga dapat dipupuk ketika mengendalikan alatan (kompas) agar sentiasa berada dalam keadaan berfungsi dan tidak rosak.

14 Kem Jati Diri Kelab & Persatuan SKSD 2012

AKTIVITI 6 POTENSI DAN KELEMAHAN DIRI (LDK)


MASA : 1 JAM BAHAN : KERTAS SEBAK, PEN MARKER, GAM, GUNTING OBJEKTIF : 1. Meningkatkan keyakinan diri ahli kumpulan. 2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri setiap kumpulan. 3. Mengenal pasti tanggungjawab sebagai seorang murid. KAEDAH : 1. Setiap kumpulan mendapat dua helai kertas sebak. 2. Fasi mengarahkan setiap kumpulan membuat sebuah beg mengikut kreativiti masing-masing menggunakan sehelai kertas sebak manakala sehelai lagi digunakan untuk menulis atau melukis. 3. Fasi mengarahkan peserta melukis atau menulis perkataan berkaitan tanggungjawab dan kekuatan serta kelemahan yang perlu ada pada diri seorang murid yang cemerlang pada kertas sebak yang kedua. 4. Kemudian, murid dikehendaki menggunting gambar atau perkataan tersebut. 5. Perkataan atau gambar yang menunjukkan tanggungjawab dan kekuatan perlu digam pada luar beg manakala perkataan atau gambar menunjukkan kelemahan disimpan di dalam beg. PERBINCANGAN : 1. Wakil kumpulan diminta menerangkan tentang beg kumpulannya. 2. Fasi menggalakkan kumpulan lain bertanya soalan. RUMUSAN : Kekuatan dan tanggungjawab setiap individu boleh dilihat dan ditonjolkan supaya kita tidak dipinggir dan akan rasa sentiasa dihargai manakala kelemahan seseorang perlu disimpan dan dibaiki supaya kita tidak ditindas. yang

Anda mungkin juga menyukai