Anda di halaman 1dari 20

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

KONSEP ALAM MELAYU

Tamadun Melayu dikenal berdasarkan jenis bangsa yang menjalankan tamadun tersebut bukan berdasarkan kepada anutan masyarakat terhadap sesuatu agama sebagaimana kewujudan Tamadun Islam. Dalam konteks ini Tamadun Melayu bermakna tamadun yang dimiliki oleh bangsa Melayu yang menduduki sebuah wilayah yang dikenali sebagai Alam Melayu atau Kepulauan Melayu. Wilayah ini merangkumi satu rantau geografi yang meliputi Malaysia, Indonesia, Borneo, Singapura, Selatan Thai, Selatan Filipina, IndoChina dan mencecah Kepulauan Pasifik di bahagian timur, Malagasi di Barat dan Taiwan di bahagian utara.

PANDANGAN SEMESTA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

Pandangan semesta masyarakat melayu berpusat kepada manusia berdasarkan tanggapan mereka terhadap alam, samaada alam nyata ataupun alam ghaib, dan mengenai kehidupan mereka sama ada dari segi sosial ataupun bukan sosial. Konsep hukum alam merupakan contoh terbaik pandangan semesta melayu. Apabila mereka berinteraksi dengan alam, ia melahirkan konsep yang sungguh penting dalam kehidupan mereka, iaitu peng+alam+an. Interaksi dengan alam membolehkan manusia Melayu memahami persoalan kosmologi mereka.

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan pandangan semesta Melayu dan berlakunya proses pentakrifan semula tentangnya. Ayat-ayat dalam kitab suci al-Quran bukan saja menjelaskan segala rahsia tersembunyi dalam kejadian alam semesta, bahkan juga telah mengukuhkan keyakinan, ketakwan dan ketauhidan mereka kepada Allah S.W.T. Konsep tauhid mengandungi Tauhid Uluhiyyah iaitu penyembahan, pemujaan, pengharapan dan permohonan hanya kepada Allah, Tuhan yang satu, bukan kepada dewa-dewa, roh dan semangat, juga Tauhid Rububiyyah iaitu mempercayai Allah sebagai Pencipta, Pemilik dan Pentadbir tunggal alam ini.

Konsep tauhid juga mengandungi prinsip kejadian alam semesta sebagai ciptaan Tuhan untuk dimanfaatkan manusia di dunia ini serta menjadi tanda atau bukti wujudnya Tuhan. Juga dikaitkan dengan konsep kejadian manusia sebagai hamba Tuhan dan sebagai wakil tuhan khalifah di dunia. Kepercayaan kepada alam akhirat hereafter sebagai hasil daripada kehidupan manusia di dunia ini juga merupakan pandangan semesta Melayu. Amalan baik akan membawa kebaikan kepada pelakunya di dunia dan juga di akhirat sebagi balasan muktamadnya. Begitu juga dengan amalan buruk dan jahat. Pandangan semesta Melayu juga turut dibentuk berasaskan hubungan manusia dengan Allah S.W.T dan hubungan manusia dengan manusia.

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

KEDATANGAN ISLAM Tarikh sebenar kedatangan Islam ke Alam Melayu masih menjadi persoalan. Sumatera telahpun menerima Islam sejak abad ke 7 ataupun ke 8 masihi. Ada juga sarjana berpendapat kemasukan ke Sumatera pada abad ke 13 sementara ke Tanah Melayu pada abad ke 14. Tulisan Marco Polo- Melalui Perlak, Sumatera. Tom Pires-Melalui Aru, Sumatera. Hikayat Raja-raja Pasai- Melalui Pasai. Sejarah Melayu- Melalui Pangkir, Lamri, Aru, dan Perlak. Salasilah Aceh- Melalui Acheh pada tahun 1204. Catatan China- Melalui Melaka. Batu Bersurat- Terengganu pada abad ke 14. Pada umumnya terdapat tiga teori kedatangan Islam ke Alam Melayu iaitu dari Tanah Arab, India dan dari China dan Champa.

TANAH ARAB

Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya. Pedagang-pedagang Islam yang tertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendaptkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya. Menurut sumber China, orang Arab telahpun ada di Sumatera pada abad ke 7 Masihi. Khalifah Sulaiman bin Abd Malik (715-717 Masihi) telah menghantar armada sebanyak 35 buah kapal ke muara Sabak di Jambi. Khalifah al-Makmun (813-33 Masihi) berjaya mematahkan pemberontakan Syiah Alawiyyin yang dipimpin oleh Muhammad bin Jaafar al-Siddiq. Mereka diperintahkan untuk meninggalkan Tanah Arab dan menuju ke Asia Tenggara dan sampai ke Perlak. Syeikh Ismail (ulama Arab) mengembangkan Islam ke Barus, Lamri, Aru, Perlak dan Pasai. Maharaja Derbar (raja Kedah) telah memeluk Islam pada tahun 1136 Masihi dengan Syeikh Abdullah dari Yaman menggunakan nama Sultan Muzafar Shah. Pengislaman Raja Melaka dilakukan oleh Syeikh Abdul Aziz dari Judah.

INDIA
Thomas Arnold menyatakan dalam bukunya The Preacing of Islam bahawa persamaan mazhab antara masyarakat Asia Tenggara dengan masyarakat Malabar membuktikan Islam dibawa oleh pedagang dan pendakwah dari Malabar. Sarjana orientalis seperti Jasolin den Jong menyatakan bahawa penyebaran Islam dimainkan oleh pedagangpedagang Gujerat. Menurut G.P Moquette, terdapat persamaan dari segi struktur yang jelas antara batu nesan Maulana Malik Ibrahim di Gersik bertarikh 1419 dengan batu nesan Umar ibn Ahmad Kazaruni di Gujerat. S.Q Fatimi menyatakan bahawa Sultan Malikul Salih yang menjadi raja pertama Pasai merupakan seorang pedagang India berketurunan Benggali.

CHINA DAN CHAMPA

Islam telahpun datang ke China sejak zaman pemerintahan Dinasti Pang sekitar tahun 650 Masihi. Canton menjadi tumpuan pedagang dan pendakwah Islam seperti Saad bin Abi Waqqas. Pada tahun 878 Masihi, telah berlaku pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunuh.Ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Catatan Dinasti Sung menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada 977 Masihi. R.A Kern menyatakan bahawa Islam datang dari Champa atau Kemboja pada abad ke 8 Masihi. Penemuan inskripsi yang mempunyai tulisan khat khufi bertarikh 1039 Masihi dan sebuah monumen yang mencatatkan hukum-hukum Islam bertarikh 1025 Masihi di Champa.

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU

Perlumbaan Penyebaran Agama. Pada abad-abad ke 15 dan ke 16, kuasa-kuasa Barat seperti Portugis telah memulakan pelayaran mereka ke timur dan bertemu dengan kuasa Islam yang telah lama bertapak sehingga melahirkan pertentangan terbuka dan persaingan untuk menyebarkan agama Islam dan Kristian. Perkahwinan. Ia merujuk kepada perkahwinan antara kalangan pedagang dan ulama Islam dengan wanita-wanita tempatan. Perkahwinan antara seorang raja yang telah memeluk Islam dengan anak raja yang tidak Islam turut memperkembangkan Islam.

Perdagangan. Alam Melayu yang mempunyai sejumlah hasil yang penting dalam perdagangan menjadi tarikan utama kepada pedagang-pedagang Arab. Dalam menjalankan aktiviti perdagangan, mereka terutamanya dari Hadhramaut Yaman turut menjalankan aktiviti menyebarkan Islam. Politik dan Penaklukan. Penguasaan Melaka ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu seperti Perak, Pahang dan sebagainya membawa kepada tersebarnya Islam. Peranan ahli-ahli sufi. Pendakwah yang juga kebanyakannya merupakan ahli sufi menjalankan usaha penyebaran Islam dan telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kerajaan-kerajaan Islam Melaka, Aceh, Demak dan sebagainya.

KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu berdiri berasaskan terasnya iaitu orang Melayu di kawasan-kawasan yang dikenali sebagai Kepulauan Melayu..Pusat-pusat Tamadun Melayu berkembang ratusan tahun sebelum kedatangan Islam dalam bentuk kerajaan HinduBudha. Diantara pusat-pusat kerajaan Melayu yang penting adalah yang tersebar dari Selatan Thai, Sumatera, Jawa, Semenanjung Malaysia, Kepulauan Borneo hinggalah ke Filipina seperti Srivijaya Majapahit, Silendra, Mataram, Bali, Langkasuka, Kedah Tua, Gangga Negara,Folo-an dan lain-lain.

PUSAT TAMADUN MELAYU ISLAM

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa perubahan yang cukup besar dalam sejarah dan tamadun rantau ini yang membawa kepada munculnya pusat-pusat Islam yang penting seperti Pasai, Melaka, Patani, Aceh, Kelantan, Brunei dan sebagainya. Ia menjadi pusat bagi tradisi alim ulama, intelektual dan keilmuan Islam yang tinggi, malah sebagai pusat bagi sebuah tradisi besar dalam kebudayaan melayu Islam. Penggunaan Bahasa Melayu juga tersebar luas di rantau Asia Tenggara dimana terhasilnya penulisan antara 10,000 ke 14,00 naskah-naskah Melayu.

PERLAK

Terletak di Sumatera Utara dan dikatakan sebagai antara pusat kerajaan Islam yang paling awal dan menjadi asas penting di dalam perkembangan Islam di Alam Melayu.

SAMUDERA-PASAI

Raja ke empat kerajaan ini iaitu Meurah Nui telah dislamkan oleh Syeikh Abdullah Arif yang merupakan wakil daripada Sharif Makkah pada sekitar abad ke 13. Pusat Islam yang penting. Institusi pendidikan Islam atau Dayah yang dipimpin oleh guru-guru agama yang terkenal diwujudkan. Kepentingan Pelabuhan Pasai membolehkannya mengembangkan Islam ke kawasan sekitar seperti Minangkabau, Palembang dan Pulau Jawa. Pasai merupakan negeri pertama yang memainkan peranan dalam perkembangan bahasa Melayu menerusi tulisan jawi bagi menggantikan tulisan jawa kuno.

MELAKA

Dibuka pada tahun 1400. Dislamkan oleh golongan ulama serta golongan sufi seperti Makhdum Sayyid Abdul Aziz, Sheikh Ismail dan Fakir Muhamad. Sebagai pusat perdagangan, pedagang-pedagang Islam yang turut diiringi oleh ulama telah mengunjungi Melaka hingga Melaka menjadi pusat Islam yang penting. Melalui perkahwinan dan hubungan diplomatik, Islam telah disebarkan ke seluruh Alam Melayu, Sumatera dan Jawa dan juga ke seluruh jajahan takluk Melaka seperti Siak, Rokan Inderagiri dan sebagainya. Islam turut dikembangkan kepada pedagang-pedagang yang mengunjungi Melaka. Dua kanun undang-undang Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka menjadikan sistem perundangan Islam sebagai elemen utama di dalamnya.

ACEH

Aceh telah menjadi pemegang kuasa politik serta pusat perkembangan Islam dan di Alam Melayu setelah kejatuhan Melaka pada tahun 1511 dan ia mula menjadi tumpuan pedagang-pedagang Islam. Sistem pendidikan Islam di Aceh seperti dayah dan masjid Masjid al-Jamie Bayt al-Rahim ( Sultan Iskandar Muda-1607 masihi) dan Masjid Bayt al-Rahman ( Sultan Alaudin Mahmud Shah-1922 masihi) mencapai tahap cemerlang dan menjadi tumpuan penduduk dari seluruh Alam Melayu.
Kedudukan ulama sangat dipandang tinggi sehingga Qadi Malik al-Adil pernah memangku jawatan sultan. Aceh telah meniupkan semangat jihad bagi menentang kuasa Kristian Portugis malahan serangan-serangan terus dilakukan terhadap Portugis di Melaka misalnya pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah II (1539-1571) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Meskipun gagal, ia menghalang pengembangan Kristian di Alam Melayu.

PATANI

Ada beberapa sumber tentang kedatangan Islam ke Patani. Pertama pada abad ke 14 sejajar dengan penemuan Batu Bersurat di Terengganu. Kedua dari Melaka pada abad ke 15. Ketiga dari Pasai dimana Syaikh Said, seorang ulama dari Pasai telah berjaya mengubati penyakit Raja Phya Tu Nakpa dan menyebabkan raja tersebut memeluk Islam dengan memakai gelaran Sultan Ismail Zillullah fi al-Alam. Syeikh Safyuddin turut mengembangkan Islam dan mempunyai hubungan yang baik dengan pemerintah sehingga menerima gelaran Datuk Sri Raja Faqih.. Pada abad-abad ke 18 dan 19 Sistem pendidikan pondok dan madrasah sangat terkenal yang melahirkan ulama-ulama yang terkenal di seluruh Alam Melayu seperti Syaykh Daud al-Fatani, Syaykh Ahmad bin Muhammad Zayn al-Fatani dan lain-lain.

CHAMPA

Pertapakan Islam di Campa dibuktikan melalui penemuan batu nesan yang mempunyai tulisan khat kufi di Phang-Rang bertarikh 1039 masihi. Penemuan batu bersurat bertarikh 1025 masihi dan 1035 masihi membuktikan bahawa terdapat pusat Bandar di PhangRang dimana penduduknya terdiri daripada orang Islam. S.Q. Fatimi mengatakan wujudnya perwakilan orang Campa yang beragama Islam bernama Pu He San (Abu al-Hasan) di China. Kedudukan Campa sebagai sebuah pusat perdagangan dan pengeluar gaharu dan cendana yang bermutu tinggi menarik perhatian pedagang-pedagang Islam. Perkembangan Islam beransur lemah pada tahun 1471 apabila Campa menghadapi serangan daripada orang-orang Vietnam.

Perkembangan

Islam menjadi lebih pesat sehingga Campa muncul sebagai antara kerajaan Islam yang penting di Asia Tenggara selepas pelarian-pelarian Campa kembali ke Campa. Laporan M.Mahot menyatakan bahawa tarikh antara 1676 hingga 1685 Campa diperintah oleh raja Islam dimana gelaran yang digunakan dalam surat yang ditulis oleh raja Campa kepada Gabenor di Batavia ialah Paduka Seri Sultan.

PUSAT ISLAM DI JAWA

Antara pusat pertapakan Islam yang paling awal di Tanah Jawa ialah Gresik, Giri, Demak dan Panjang. Di Gresik, tokoh yang terpenting adalah Sunan Gersik ( Maulana Malik Ibrahin) yang mencipta pondok pesantren yang pertama yang menjadi pusat pengajian agama Islam dan pusat melatih golongan pendakwah. Di Giri yang merupakan pusat pengajian Islam dan penyebaran Islam yang penting di Pulau Jawa dan menjadi asas kepada kelahiran kerajaan kerajaan Islam lainnya seperti Demak diperintah Raden Paku- Sunan Giri (Syeikh Ain al-Yaqin), salah seorang Wali Songo. Pada abad ke 15 Demak yang diasaskan oleh Raden Patah (Sultan Shah Alam Akhbar) menjadi pusat Islam dan benteng daripada serangan kerajaan-kerajaan hindu dan Portugis.

Anda mungkin juga menyukai