Anda di halaman 1dari 1

UNDANG UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON 1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN.

. Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) dan Peraturan-Peraturan AM MSSMK/MSSM. 2. SISTEM PERTANDINGAN 2.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara Kalah Mati 2.2 Pertukaran pemain hanya boleh dibuat sebelum pertandingan dimulakan. 3. KELEWATAN Masa 10 minit sahaja diberikan kepada setiap pemain yang datang lewat. Kemenangan percuma akan diberikan kepada pemain yang berada di gelanggang. 4. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Sekiranya seorang pemain menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, maka pihak lawan akan dikira pemenang. 5. BANTAHAN Semua pasukan diwajibkan untuk mengikut semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Sebarang masalah yang timbul semasa hari pertandingan, hendaklah merujuk kepada pihak penganjur. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana pasukan sekiranya melanggar peraturan dan wang penyertaan tidak akan dikembalikan. Wang bantahan adalah sebanyak RM50.00 perlu dikemukakan oleh pasukan yang membuat bantahan. Wang akan dipulangkan sekiranya sesuatu bantahan mempunyai bukti yang kukuh. Walaubagaimanapun wang tersebut tidak akan dipulangkan oleh Urusetia sekiranya bantahan tersebut gagal. Jawatankuasa Pertandingan bertanggungjawab untuk membuat keputusan terhadap masalah yang timbul dan setiap keputusan adalah muktamad.

Pemain yang pernah mewakili KAGUM hanya dibenarkan seorang sahaja dalam 1 pasukan.

Anda mungkin juga menyukai