Anda di halaman 1dari 16

BAHASA MELAYU

Tahun
Tajuk

: 3 Wawasan
: Kata Adjektif (Kata Sifat)

Disediakan

oleh :
Muhammad Yusri bin Yusof
(Komputer Dalam Pendidikan)

Maksud Kata Adjektif


Kata adjektif ialah perkataan
yang digunakan untuk
menerangkan kata nama.
Contoh kata adjektif ialah
baik, murah,rendah, dan
cantik.

Jenis Jenis Kata Adjektif


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Kata Adjektif Bentuk


Kata Adjektif Perasaan
Kata Adjektif Warna
Kata Adjektif Ukuran
Kata Adjektif Jarak
Kata Adjektif Waktu
Kata Adjektif Sifatan/Keadaan
Kata Adjektif Pancaindera
Kata Adjektif Cara

Kata Adjektif Keadaan


Contohnya;
Baik, tegak, gopoh, pandai,takut, sihat, kasar
Contoh ayat;
1. Penghulu yang baik hati itu sangat
dihormati oleh penduduk kampung.
2. Semua murid berdiri tegak semasa lagu
Negaraku dimainkan.
3. Kerja yang dilakukan secara gopoh tidak
akan sempurna jadinya.

Kata Adjektif Warna


Contohnya;
Biru, putih, hitam,ungu,perang,jingga.
Contoh ayat;
1. Karangan itu hendaklah ditulis pada kertas
putih.
2. Kasut hitam yang dipakainya itu dibuat
daripada kulit buaya.
3. Semua peserta kem motivasi itu memakai
pakaian seragam berwarna biru.

Kata Adjektif Ukuran


Contohnya;
Kecil, panjang, tebal, kerdil, tinggi, rendah.
Contoh ayat;
1. Rumah kecil di hujung sawah itu
kepunyaan Pak Leman.
2. Dia menjolok buah itu dengan galah
panjang.
3. Kamus Dewan ialah kamus yang tebal.

Kata Adjektif Bentuk


Contohnya;
Bujur, buncit, lurus, bengkok, lekuk, lonjong
Contoh ayat;
1. Meja makan itu berbentuk empat segi
bujur.
2. Perut Hasan semakin buncit kerana sudah
lama tidak bersenam.
3. Lukis garis lurus untuk menyambung
kedua dua titik itu.

Kata Adjektif Jarak


Contohnya;
Jauh, hampir, dekat, nyaris, rapat, sebelah
Contoh ayat:
1. Sekolahnya terletak sangat jauh dari
rumahnya.
2. Rumah yang hampir sekali dengan masjid
ialah rumah rumah Ali.
3. Tempat kemalangan itu dekat dengan
sekolah saya.

Kata Adjektif Waktu


Contohnya;
Baru, lama, segera, silam, lambat, cepat
Contoh ayat;
1. Mereka memakai baju baru ke majlis hari
jadi itu.
2. Encik Murad suka mendengar lagu lagu
lama nyanyian P.Ramlee.
3. Di bandar itu terdapat banyak restoran
yang menjual makanan segera.

Kata Adjektif Perasaan


Contohnya;
Kecewa, rindu, segan, gembira, ragu, sayang
Contoh ayat;
1. Encik Lim sangat kecewa dengan
keputusan PMR anaknya.
2. Dia rindu akan anaknya yang sedang
belajar di luar negara.
3. Orang itu sesat jalan kerana segan hendak
bertanya.

Kata Adjektif Cara


Contohnya;
Deras, laju, segera, sering, lincah, perlahan
Contoh ayat;
1. Pengaliran air itu sangat deras selepas
hujan lebat.
2. Bot laju itu direka khas untuk
pertandingan.
3. Tindakan yang segera daripada pihak
berkuasa amatlah diharapkan.

Kata Adjektif Pancaindera


Contohnya;
Pahit, manis, busuk, kasar, merdu, tampan
Contoh ayat;
1. Sabrina tidak mahu makan ubat batuk
yang pahit itu.
2. Wajah manis gadis itu sungguh menawan
hati.
3. Bau busuk dari kilang itu mengganggu
penduduk kampung.

Latihan
Arahan : Isi tempat kosong dalam ayat ayat
di bawah dengan kata adjektif yang paling
sesuai.
Kedengaran suara jeritan ________
meminta tolong.
2. Seorang wanita tua berjalan ________
hendak menaiki bas.
3. Kotak itu terlalu ________ untuk diangkat
oleh murid murid.
1.

4. Bau bunga telur itu ________ benar.


5. Murid murid berdiri ________ menyanyi
lagu Negaraku.
6. Percakapan ________ sahaja akan
dipercayai.
7. Rasa ________ duduk menunggu di sini.
8. Tutur kata ________ budak itu menarik
sesiapa yang mendengarnya.
9. Lelaki ________ itu ialah Ustaz Jefri.
10. Suara ________ penyanyi itu memukau
semua penonton.

11. Gadis ________ yang mengiklankan sabun


dalam televisyen itu ialah kakak saya.
12. Aziz gagal dalam peperiksaan kerana
________ belajar.
13. Emak berasa ________ kerana kurang
sihat.
14. Cikgu Yusri memuji Awang kerana dia
membuat kerja dengan ________.
15. Kucing itu menjilat pinggan itu sampai
________.
16. Doktor telah menasihati Faridah supaya
tidak mengambil makanan yang _______
kerana dia mengidap penyakit diabetes.

17. Sazali dan abangnya menjalankan


perniagaan secara ________ sahaja.
18. Rasa sup itu ________ kerana emak
terlupa membubuh garam, kata Siti kepada
ibunya.
--Selamat Mencuba --

Anda mungkin juga menyukai