Anda di halaman 1dari 25

PENILAIAN PERISIAN PPBK

DISEDIAKAN OLEH:

PENGENALAN
Penilaian Perisian PPBK mestilah sesuai untuk kandungan pelajaran yang hendak disampaikan serta sesuai dengan pelajarpelajar. Boleh membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran.

DEFINISI
Penilaian ialah satu prinsip untuk pengukur pencapaian secara sistematik (Robiah Sidin, 1992). Sangat penting kerana ia akan menentukan keberkesanan perisian tersebut di dalam P&P. Memerlukan masa untuk dilaksanakan, ia adalah sesuatu yang penting bagi memastikan hanya perisian yang sesuai sahaja digunakan di sekolah-sekolah.

TUJUAN (a) Mengukur Kesesuaian


Mengukur kesesuainya untuk pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan anda membuat pilihan yang tepat. Adakah perisian tersebut akan dapat membantu mereka mencapai objektif dan dapat menarik minat pelajar

(b) Memberi Maklumbalas


Memberi maklumbalas kepada perekabentuk dan pembangun perisian. Pembangun perisian lebih berminat kepada soal-soal teknikal seperti: Ralat, Navigasi, Saiz font, Susun atur elemen dalam satu skrin, Rekabentuk grafik, Penerbitan video dan audi

KEPERLUAN MEMILIH PERISIAN


Guru perlu menilai dan seterusnya memilih perisian yang sesuai dan dapat memenuhi keperluan-keperluan pelajar. Tanpa pemilihan yang teliti kemungkinan akan memilih perisian yang Tidak dapat mencapai objektif P&P Tidak mengikut kurikulum P&P Tidak sensitif terhadap budaya dan agama pelajar Tidak sesuai dengan tahap umur pelajar.

KRITERIA PEMILIHAN
Perlu memastikan ianya memenuhi beberapa kriteria penting. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menilai suatu perisian kusus seperti : The Learning Object Review Instrument (LORT) yang dicadangkan oleh E-Learning Research and Assessment Network, Canada. ESL Software Evaluation Form yang dicadangkan oelh Robb, T. (1996). Buyers Worksheet yang dicadangkan oleh Planning and Evaluation Service, U.S. Department of Education (2002).

KRITERIA PEMILIHAN PERISIAN KURSUS

KRITERIA KRITERIA DICADANGKAN

Isi Kandungan

Aspek Teknikal

Documentasi

PENILAIAN PEMBANGUNAN
Satu proses berterusan yang dilakukan semasa peringkat pembangunan. Penilaian dijalankan diakhir proses pembangunan bagi memastikan ianya sesuai digunakan oleh pelajar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan 2 jenis penilaian dilakukan iaitu formatif dan penilaian sematif.

Penilaian Formatif
Penilaian formatif merupakan satu proses yang berterusan yang perlu dilakukan semasa proses pembangunan.

KUMPULAN KECIL
Dalam peringkat ini , penilai bekerja rapat dengan 2 atau 3 orang guru Golas (1993). Penilai akan berbincang , memberi panduan dan seterusnya memerhati bagaimana guruguru ini berinteraksi dengan perisian. Maklumat mengenai aspek-aspek kejelasan, kesan dan kebolehanlaksanaan dikumpulkan.

i. KEJELASAN
Arahan dan mesej hendaklah jelas dan mudah difahami. Termasuklah mesej yang disampaikan melalui teks, ilusrasi dan demontrasi. Kandungan pelajaran juga hendaklah jelas dan mengikut susunatur yang sesuai.

ii. KESAN
Kandungan pelajaran hendaklah disampaikan dengan cara yang menarik dan relevan mengikut kesesuaian kumpulan sasaran.

iii. KEBOLEHLAKSANAAN
Peralatan yang diperlukan untuk kursus ini mestilah mudah digunakan dan pelajar selesa dengan perisian tersebut. Kos juga merupakan faktor penting dalam menentukan sama ada perlaksanaan perlu di kurangkan agar pengguna atau sekolah mampu membelinya

BERKUMPULAN BESAR
Peringkat ini, satu kumpulan guru akan menentukan sama ada pembaikan yang dilakukan berpandukan maklumat yang dikumpul pada peringkat pertama. Bilangan guru pada peringkat ini adalah lebih kurang 10 orang yang menilai perisian kursus dengan menggunakannya dengan berpandukan kepada buku panduan.

PENGUJIAN
Peringkat akhir penilaian formatif adalah menguji perisian tersebut dalam keadaan seperti keadaan sebenar. Sebelum memulakan penilaian peringkat ini, segala pembaikan hendaklah dilakukan berdasarkan peringkat-peringkat terdahulu.

PENILAIAN SUMATIF
Dilakukan diakhir proses pembangunan dan digunakan untuk menentukan sama ada ianya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ia merupakan satu proses pengumpulan data untuk memastikan sama ada apa yang disampaikan melalui perisian kursus sepadan dengan objektif P&P. Juga digunakan untuk mengukur pencapaian berdasarkan objektif perisian kursus serta sikap pelajar selepas menggunakan perisian tersebut.

TUJUAN PEMBAIKAN
(a)Pandangan pakar adalah perlu bagi memastikan perisian kursusmemenuhi keperluan teknikal seperti kualiti video dan audio. (b) Penilaian pelajar pula bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang perisian tersebut dari sudut pandangan pengguna. (c) Penilaian guru bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan isi kandungan perisian kursus seperti kesesuaian media dan kualiti

Anda mungkin juga menyukai