Anda di halaman 1dari 16

1.

Pengenalan

Masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja hari ini bukanlah satu isu yang baru. Ia merupakan isu yang telah lama berlaku malahan semakin berleluasa. Tindakan membuang anak yang dilakukan oleh sesetengah orang terutamanya gadis remaja sememangnya satu perbuatan yang kejam. Dunia zaman sekarang seolah-olah kembali ke zaman nabi Musa a.s di mana pada zaman itu bayi dibunuh dan dibuang kerana takut merampas kuasa. Bayi yang menjadi sasaran ialah semestinya bayi lelaki. Firaun ketika itu memerintah jika ibu mengandungkan bayi mestilah di bunuh dengan segera. Hal ini terjadi kerana firaun percaya kepada ramalan nujum yang mengatakan akan lahir seorang lelaki mencabar kewibawaannya. Selain itu juga, perkara yang sama berlaku di Greek dan Rom bayi dibunuh kerana kesempitan hidup. Zaman itu juga dipanggil zaman jahililah iaitu zaman sebelum kedatangan Islam.

Hari ini, zaman jahiliah iaitu zaman kekejaman yang bercirikan keganasan, berpuak-puak kerana tidak berpelajaran, hidup berpuak-puak dan saling bermusuhan di antara satu sama lain berulang kembali tetapi dalam situasi yang berbeza di mana hidup dalam masyarakat yang serba moden, berpelajaran tinggi, hidup dengan penuh ketimuran, pemikiran yang semakin matang, dan mempunyai sistem kehidupan yang semakin kemas dan mantap. Lebih dasyat lagi ia berlaku tanpa mengira jantina lelaki dan pereampuan. Perbuatan tersebut mengundang kemarahan orang ramai apabila memikirkan bayi yang baru dilahirkan itu sanggup dibiarkan dan dibuang di tempat awam, diletakkan di dalam beg, di letakkan dalam kotak, dan sebagainya. Jika bayi tersebut tidak dijumpai beberapa jam, bayi itu mungkin akan menemui ajalnya. Perlu diingatkan bayi yang baru lahir amat memerlukan penjagaan yang rapi.

Ramai

orang

berpendapat

bahawa

individu

yang

melakukan

perbuatan tidak berperikemanusiaan ini wajar menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Mereka yang sanggup membuang anak adalah orang yang tidak mahu anak yang dikandungkan itu. Mereka menganggap anak yang dikandung di dalam rahim itu sebagai benda yang
1

diingini, tidak bermakna apa-apa dan hanya mendatangkan masalah kepada mereka kelak. Tambahan lagi, jika anak yang dikandungkan itu adalah anak yang terhasil daripada hubungan luar nikah bagi mengelak aib yang lebih besar.

Peningkatan jumlah kelahiran anak luar nikah cukup membuktikan masalah sosial melibatkan hubungan seks bebas semakin berleluasa. Laporan bernama menyebut seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari tahun 2008 hingga 2010. Daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41, 490 orang, dan diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).1

Wan Zain Syed Mohdzar. 2011. Anak Luar Nikah Berleluasa. Utusan Borneo. 21 November

2.0

Masalah Buang Bayi dalam Kalangan Remaja

Berikutan dengan masalah buang bayi ini, haruslah difahami terlebih dahulu apakah maksud bayi dan remaja. Tindakan untuk membendung

permasalahan ini berterusan, harus dilihat apakah punca, kesan dan bagaimana untuk menangani pemasalahan ini agar tidak berterusan.

2.1

a)

Definisi bayi

Bayi adalah di mana ia berada diperingkat 2 tahun pertama selepas kelahiran. Iaitu bermula selepas lahir sehingga berusia 2 tahun2.

Manakala menurut kamus dewan edisi ketiga, bayi bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan.

b)

Definisi remaja

Peringkat remaja adalah tempoh transisi antara alam kanak-kanak dan alam dewasa. Remaja juga boleh dikatogerikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat awal dan peringkat penghujung.

Menurut kamus dewan edisi ketiga remaja bermaksud mulai dewasa, sudah akhil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin.

Peringkat awal remaja adalah dikalangan yang berusia dari 13 tahun hingga 15 tahun. Di mana pada perubahan berlaku pada peringkat ini terutamanya pada kanak-kanak perempuan yang lazimnya mengalami tahap baligh lebih awal daripada kanak-kanak lelaki. Pada peringkat ini, kanakkanak matang secara seksual dan mula berfikiran secara operasi formal. Selain itu remaja mula mahukan kebebasan daripada ibu bapa dan membentuk hubungan erat dengan rakan sebaya.3

Noor Azilawati Mohd Sabda. 2008. Pendidikan Seksual dalan Islam. Selangor: Penapro Sdn. Bhd. Hlm 11 3 Ibid. Hlm. 12

Manakala peringkat penghujung remaja ialah yang berusia dari 16 tahun hingga 19 tahun. Pembentukan identiti diri merupakan tugas utama yang menjadi agenda penting dalam peringkat penghujung remaja. Pada peringkat ini, remaja mula berfikir dan bertindak dalam menentukan kerjaya pilihan, meneruskan pengajian dan akhirnya keluar bekerja. Hubungan dengan rakan berlainan jantina mula terbentuk di samping kekal berhubung baik dan mesra dengan orang lain juga.4

Kesimpulannya, zaman remaja merupakan satu zaman yang penuh dengan cabaran dan ingin sahaja mencuba apa yang terdetik di hati sehingga ada perkara-perkara yang dilakukan merosakkan diri sendiri. Di samping itu juga, kawan boleh jadi kawan dan boleh jadi lawan juga akan berlaku dalam kehidupan zaman remaja.

Ibid.

2.2

Punca-punca masalah pembuang bayi.

Isu pembuangan bayi semakin berleluasa terutama dikalangan remaja di mana-mana sahaja pasti menggemparkan kerana sikap mereka yang terbabit tidak berperikemanusiaan. Bayi yang malang dan tidak berdosa ini dibuang ke dalam tong sampah, mencampak bayi dari bangunan yang tinggi, di letakkan dalam beg, dan sebagainya. Satu pendekatan bersepadu disusun atur dari peringkat akar umbi bagi mengenal pasti punca sebenar peningkatan kes terbabit seterusnya menyelesaikan kes itu dengan baik.

2.2.1 Pengaruh Rakan Sebaya Sebagaimana yang telah dibuktikan oleh kajian, pengaruh rakan sebaya merupakan sumber yang paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap seseorang apabila pengaruh keluarga berkurangan pada peringkat kanakkanak. Kanak-kanak atau remaja yang berasal dari keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan tersendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Mereka akan membuat sesuatu yang di luar jangkaan untuk menarik perhatian orang lain5. Oleh sebab itu, remaja tidak mustahil lebih mempercayai kata-kata daripada rakan daripada keluarga masing-masing. Sebagai contoh, pasangan remaja telah terlanjur dan mengikut atas nasihat rakan bagi menyembuyikan aib tersebut menyuruh membuangkan di mana-mana tanpa berfikir panjang remaja yang tengah panik akan menurut tanpa berfikir lebih panjang.

2.2.2 Perasaan Malu, Marah, Takut Benci dan Panik dan Tergamam a) Malu6

Perasaan mungkin malu kepada orang ramai dan masyarakat di mana remaja terbabit telah mengandung anak luar nikah. Malu juga disebabkan oleh keadaan anak itu sendiri seperti kecatatan yang tidak dapat diterima oleh ibu bapa bayi tersebut. Manusia bersikap begitu ialah mereka yang tidak menghargai anak yang dianugerahkan oleh Allah SWT dan tidak

5 6

Aziela Hanafee. 2008. Penderaan Dunia Kanak-Kanak. Selangor: Penapro Sdn. Bhd. Hlm 21. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2003. Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam Punca dan Penyelesaian. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hlm 49

memahami kedudukan bayi tersebut langsung tidak berdosa. Besar kemungkinan juga, pasangan tersebut tidak mahu bertanggungjawab anak yang dilahirkan kerana malu kepada masyarakat sekeliling terutamanya wanita yang melahirkan anak tersebut sebagai jalan mudah untuk menyelesaikan masalah kerana belum berkahwin. Selain itu juga, mereka yang mengambil tindakan seperti ini tidak mustahil bayi yang dilahirkan adalah disebabkan diperkosa oleh lelaki yang tidak dikenali atau kerana perbuatan sumbang mahram. Marah7

b)

Perasaan marah terhadap pasangan tidak bertanggungjawab mungkin timbul dalam jiwa seseorang perempuan yang telah terlanjur melahirkan anak luar nikah. Keadaan marah ini menyebabkan dia tidak boleh menerima bayi tersebut lalu membuangkannya ke dalam tong sampah atau sebagainya. Sewajarnya setiap pasangan perlu bertanggungjawab ke atas hasil perbuatan mereka tanpa meninggalkan si ibu keseorangan

menyebabkan berlakunya tekanan perasaan dan menimbulkan perasaan marah terhadap pasangannya. Oleh sebab marah dan bersifat dendam

kepada pasangannya, perempuan tersebut hilang pertimbangan dan keimanan kepada Allah lalu membuang bayi yang tidak berdosa itu. Oleh sebab itulah betapa pentingnya pasangan tersebut bertanggungjawab perilaku sumbang yang mereka lakukan. Takut8

c)

Perasaan takut seorang perempuan terhadap ibu bapa dan undang-undang menyebabkan dia cuba melepaskan diri daripada keadaan yang

menimpanya, di mana dia telah melahirkan anak luar nikah. Untuk itu perempuan dan lelaki telah bertindak dengan kejam iaitu dengan cara membuang bayi tersebut. Walaupun mereka lepas daripada undang-undang di dunia, tetapi di akhirat pasti akan terima balasan.

7 8

Ibid. Ibid.

d)

Benci9

Dengan adanya marah kepada pasangan, si ibu juga turut membenci anak yang dilahirkan. Oleh sebab membencinya, maka tidak teragak-agak membuangnya. Perasaan benci bukan sahaja lahir dari pasangan yang tidak sah malah pasangan yang sah juga boleh berlaku. Hal ini disebabkan mereka menganggap bayi yang dilahirkan boleh menghalang kemajuan diri mereka ataupun bayi itu sendiri. Panik dan Tergamam10

e)

Pembuangan bayi juga berlaku disebabkan oleh pasangan panik dan tergamam. Perasaan ini menguasai diri dan akhirnya berasa runsing lalu membuang bayi di mana dengan cara ini kononnya boleh terlepas dari hukuman dan tanggungjawab. Dengan itu individu akan kehilangan anak yang disayangi sekiranya mereka melakukan pembuangan bayi. Sebenarnya mereka boleh bersama bayi tersebut sekiranya mengikut saluran yang betul dan sanggup menghadapi tindakan undang-undang.

2.2.3 Pendidikan Agama Cetek Walau apa pun anutan agama seseorang, agama menjadi benteng terbaik mencegah seseorang melakukan perbuatan yang tidak baik ataupun kemungkaran. Hal ini disebabkan semua agama bertujuan mendidiknya umatnya menjadi manusia yang berguna dalam kehidupan, di mana ada dijanjikan balasan baik buruknya apabila seseorang meninggal kelak. Mereka yang tidak berpegang kepada nilai-nilai agama adalah lebih mudah untuk terjebak dalam gejala yang tidak sihat ini serta menjadi liar.11

Jadi mereka yang kurang iman dan menjauhkan diri dari pegangan agama sanggup untuk membuang bayi yang dilahirkan dari darah daging sendiri. Malah mereka tidak bersyukur anugerah yang telah diberikan oleh Allah SWT di mana anak yang dilahirkan sepatutnya dibelai dengan kasih sayang bukan di buang begitu sahaja sedangkan haiwan sayangkan
9

Ibid. Hlm 50. Ibid. 11 Nasrulnizamwati Mohamed. 2008. Punca Terjebak Gejala Sosial. Kuala Lumpur: Hartamas. Hlm 29.
10

anaknya

inikan

pula

manusia

yang perlu

bertanggungjawab

untuk

memelihara ke atas zuriatnya. Pasangan yang sanggup mengambil tindakan kejam ini tidak mempedulikan balasan dan dosa yang amat besar jika bayi tersebut dibunuh hidup-hidup.

2.2.4 Pengaruh Media Massa Dalam kehidupan moden masa kini, kekuatan pengaruh media massa tidak dapat dinafikan lagi. Media massa elektronik mahupun media cetak sentiasa menguasai hampir semua aspek kehidupan serta mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan emosi dan tingkah laku remaja. Media massa juga merupakan salah satu punca penyumbang utama berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja dan ini cukup membimbangkan kerana remaja merupakan asset yang cukup penting kepada Negara.12

Sebagai contoh, paparan filem-filem yang berunsurkan keganasan, lucah, dan peperangan memberi inspirasi kepada remaja meniru perlakuan yang ditunjukkan oleh watak-watak yang mereka tonton. Filem-filem tersebut masih lagi bebas di tonton oleh remaja. Bukan setakat filem di Malaysia sahaja malah kemasukan filem dari luar juga mendorong remaja bertindak luar batasan. Diburukkan lagi keadaan dengan perkembangan media massa yang tidak terkawal dan maju umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula, kini wujud pula satu saluran maklumat yang canggih dan sistematik iaitu Internet, disusuli pula penubuhan kafe siber menjadi sarang kepada golongan belia untuk melihat bahan-bahan negatif dan meneroka laman-laman web pornografi yang mempunyai bahan-bahan lucah dan unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat Islam dan budaya

masyarakat Malaysia.

Dalam pada itu, penyeludupan video dan VCD dari luar Negara semakin berleluasa. remaja boleh mendapatkannya dengan begitu mudah dan murah kerana video-video tersebut dijual di pasar-pasar gelap13.

12 13

Ibid. Hlm 37 Noor Azilawati Mohd Sabda. 2010. Memanfaatkan Kebaikan Media. Selangor: Edition Plus Sdn. Bhd. Hlm 40.

2.2.5 Institusi Keluarga Antara punca berlakunya fenomena buang bayi adalah keruntuhan institusi keluarga terutamanya kekurangan kasih sayang, perhatian dan akhlak daripada ibu bapa kepada anak-anak. Ibu bapa yang dibuai kebendaan dan mementingkan karier serta wang selalu mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak di rumah. Anak-anak dibiarkan hanyut dalam dunia khayalan yang menjerumuskan mereka ka lembah kehinaan. Mereka mudah menyimpang dari landasan yang murni dan berakhlak. Kini. Mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa sekatan dan berakhir dengan kehancuran.

2.3

Kesan-kesan Masalah Buang Bayi

Permasalahan pembuangan bayi di kalangan memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan baik terhadap bayi itu sendiri, keluarga masyarakat malahan kepada individu itu sendiri.

2.3.1 Terhadap bayi Bayi yang tidak berdosa tersebut dibuang tanpa sempat menikmati kasih sayang ibu yang melahirkan dan tidak menikmati segala kurniaan tuhan di muka bumi ini. Sepatutnya bayi tersebut dididik, diasuh dan dipelihara dengan sempurna kerana ia merupaka anugerah yang tidak ternilai dari Allah SWT.

2.3.2 Terhadap Keluarga Turut akan merasa akibat daripada perbuatan tersebut ialah keluarga individu itu sendiri kerana, ia adalah salah satu perbuatan yang amat mengaibkan serta menjatuhkan maruah sesebuah keluarga. Dalam persepsi masyarakat hari ini, jika terjadi perkara tersebut dalam sesebuah keluarga maka secara automatik masyarakat akan berpandangan serong. Ini akan tidak mustahil akan menyebabkan keluarga tersebut akan di caci dan dihina oleh masyarakat sekeliling. Maruah seluruh ahli keluarga akan tercemar sama serta kisah pilu ini akan disebut di mana-mana. Ada sesetengah keluarga akan rasa terkejut dan berasa hilang kedudukan dalam masyarakat

apabila orang sekeliling mengetahui anak mereka hamil tanpa nikah sehingga menjadi bualan hangat.

2.3.3 Terhadap Individu Permasalahan pembuangan bayi akan memberi kesan yang lebih berat terhadap individu atau pelaku itu sendiri. Di mana emosi dan tekanan yang dihadapi menjadi tamparan hebat dalam kehidupannya. Oleh kerana tertekan dengan peristiwa yang telah terjadi tidak mustahil individu terbabit akan bertindak lebih agreasif seperti membunuh diri, gangguan mental, emosi tidak stabil dan sebagainya. Tidak mustahil juga akan mendatang penyakit lain akibat dari perbuatan tersebut. Selain itu juga, kesan buruk terhadap remaja itu juga ialah remaja itu akan mengabaikan persekolahan dan banyak berenti sekolah walaupun kadang-kadang ada juga remaja ini mempunyai kebolehan dan cerdik.

2.4

Kaedah Penyelesaian

Setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah ada penyelesaiannya. Begitu juga dengan isu permasalahan yang berlaku pasti ada jalan penyelesaian untuk membendung daripada masalah ini berterusan. Selain itu peranan beberapa pihak dan pihak yang bertanggungjawab amat penting dalam menangani masalah ini.

2.4.1 Agama Benteng Ketahanan Diri Pemahaman nilai agama asas kehidupan kita seharian. Ibu bapa seharusnya menerapkan nilai-nilai agama agar mereka menjadi anak yang berguna dan beriman kelak.

Sebelum anak-anak memasuki alam persekolahan, mereka perlu diasuh dan dididik dengan nilai-nilai murni agar mereka dapat mambezakan perkara yang baik dan buruk serta dapat menghormati guru dan juga rakanrakan. Apabila anak-anak memasuki alam remaja, nilai baik yang diterapkan dapat menghindarkan dari sebarang gejala sosial14.
14

Nor Hidayah Amin. 2008. Nilai Agama Mengawal Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Hartamas. Hlm. 23

10

Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan. Jika kehidupan lalu diwarnai dengan dosa dan noda, perlulah seseorang itu kembali ke kehidupan yang baru, yang baru yang lebih baik iaitu kehidupan yang dituntut sesuai dengan ajaran Islam.

Hal

ini

bermaksud,

mempelbagaikan

kegiatan

yang

boleh

menyedarkan mereka daripada kealpaan dan keseronokan dunia yang hanya sementara. Dalam ajaran Islam, segala aspek kehidupan telah diatur dengan lengkap dan cukup sempurna dimana pengalaman nilai hidup mulia amatlah ditekankan. Tinggal lagi sejauh mana umat Islam itu sendiri menjadikan Islam sebagai pedoman mereka.

Bagi yang beragama Islam, tanamkan dalam jiwa mereka dengan keimanan yang kukuh terhadap Allah SWT. Kegiatan keagamaan perlu diperbanyakkan agar mereka dapat banyak maklumat yang jelas tentang hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Manakala bagi yang bukan beragama Islam, penekanan kesedaran tentang etika hidup seluruh manusia dan agama tidak suka pada kejahatan amat penting. Tidak ada agama yang pada asasnya menyeru ke arah kejahatan kecualilah ia dipesongkan oleh pihak tertentu.

2.4.2 Peranan Ibu Bapa Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan peningkatan kes-kes anak luar nikah kerana ibu bapa juga perlu mengawal tindak tanduk anak-anak dari dari terlibat sebarang masalah sosial. Ini bertujuan mendidik anak-anak agar tidak terpesong pada usia yang masih remaja. Ibu bapa haruslah sentiasa memerhati anak-anaknya serta memantau segala kegiatan dan aktiviti yang dilakukan oleh anak mereka. Janganlah serahkan bulat-bulat kepada satu pihak sahaja seperti guru atau pembantu rumah. Tahap kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak amat tinggi sehinggakan mereka langsung tidak campur tangan dalam urusan yang dilakukan oleh anak mereka. Jika terjadi hal yang tidak diingini, barulah mereka saling menyalahi dan memarahi anak mereka. Nasi sudah menjadi bubur, akhirnya
11

sanggup

mengambil langkah

bertentangan dengan Islam sama ada menggugurkan kandungan atau menghalau anak keluar dari rumah. Maka terjadilah kes pembuangan bayi 15.

Ibu bapa juga patut menggalakkan dan mendidik anak-anak meningkat remaja agar tidak tunduk kepada tekanan sosial rakan sebaya dalam kemahuan mengadakan seks luar nikah. Selain itu juga, ibu bapa seharusnya melindungi anak-anak daripada penderaan seks.

Pendek kata, sebelum semua perkara buruk terjadi maka Ibu bapa haruslah bertegas dalam membuat keputusan demi masa depan anak-anak dan tidak mengambil mudah untuk membentuk anak-anak sekadar melepas batuk di tangga.

2.4.3 Peranan Sekolah Bagi golongan remaja, pendedahan dengan isu berkaitan seksual adalah perlu supaya mereka memperoleh pengetahuan dan sekali gus menjauhi aktiviti yang tidak sihat yang boleh mendorong melakukan perkara-perkara yang dilaknati Allah SWT.

Pendidikan seksual penting kerana terdapat juga bapa yang sengaja mengambil kesempatan melakuakan perbuatan sumbang mahram atas kejahilan anak gadis mereka. Apa yang jelas, kejahilan umat Islam dalam melestarikan keinginan dan keperluan seksual dalam kehidupan akan menimbulkan berbagai-bagai gejala yang menyeleweng dan bertentangan dengan Islam16.

Oleh itu, pihak kerajaan kususnya perlu mengkaji balik dan menerapkan pengenalan pendidikan seksual agar mereka tahu dan sedar betapa pentingnya menjaga maruah dan harga diri agar tidak sewenangwenangnya mudah disentuh atau menyerah tubuh badan mereka.

15

Sh. Nor Syed Abdul Rahman. 2007. Bahasa Melayu Kertas I & II. Teks dan Rujukan Lengkap. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Hlm 486 16 Siti Munirah Mohd Tahir. 2008. Konflik Sosial dan Emosi. Selangor: Penapro Sdn. Bhd. Hlm 45

12

Selain itu juga, tindakan yang dikenakan oleh pihak sekolah terhadap pelajar bermasalah haruslah setimpal dengan perbuatan yang telah dilakukan. Pendekatan yang beteraskan psikologi perlu dalam membantu pelajar yang bermasalah. Memukul dan membuang pelajar bukanlah satu tindakan yang bijak malah tidak mustahil akan menjadikan pelajar tersebut menjadi lebih liar.

2.4.4 Pihak yang Bertanggungjawab Berlakunya masalah seperti ini terdapat beberapa pihak yang lain turut memainkan peranan dalam menangani masalah ini agar masalah ini dapat dibendung. Pihak kaunseling di antaranya memainkan peranan penting dalam membentuk serta membimbing pelajar. Ini penting kerana salah satu tempat di mana remaja yang bermasalah akan mencurah masalah mereka. Dengan adanya tindakan ini, mereka akan rasa dihargai kerana ada orang yang sudi mendengar masalah mereka. Mungkin ada di antara mereka tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya dari ibu bapa walaupun hidup dalam kemewahan. Selain itu, agensi kerajaan yang berkaitan perlu turun padang dan merancang program yang lebih berkesan dalam mencegah pergaulan bebas di kalangan belia dan remaja17.

Jika perkara tersebut sudah berlaku jangan terus menghukum mereka kerana dengan memarahi mereka kerana tindakan tersebut boleh

mengeruhkan lagi keadaan. Ahli keluarga atau penjaga boleh menghantar mereka ke pusat pemulihan yang menyediakan bimbingan agama supaya mereka tidak kembali terjerumus le lembah maksiat.

Selain itu, tindakan yang dikenakan mestilah adil terhadap pasangan yang terlibat. Bukan hanya menyalahkan wanita membuang bayi tersebut tetapi kedua-duanya sekali. Hukuman penjara dalam tempoh yang lama jika bayi yang dibuang tersebut mati.

17

Opcit. Hlm 486

13

Dalam Islam terdapat Undang-undang Islam yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah untuk orang Islam sahaja. Dalam seksyen undangundang Keluarga Islam dan undang-undang Jenayah Islam bahagian Jenayah Syariah perkara 1518:

(1) Seseorang

perempuan

yang

didapati

hamil

atau

melahirkan anak luar nikah tidak termasuk persetubuhan syubhah adalah bersalah atas suatu kesalahan da n hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melibihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang perempuan yang melahirkan anak yang penuh sifat kuarang daripada enam bulan hijri tidak termasuk persetubuhan syubhah selepas dia berkahwin boleh disifatkan sebagai melehirkan anak di luar nikah.

Jadi di sini, pihak perlembagaan undang-undang perlu mengkaji balik dan memperketatkan lagi hukuman terhadap pesalah dan ini bukanlah bertujuan untuk menghukum semata-mata kerana ia lebih bertujuan untuk menyedarkan orang ramai agar tidak melakukan hubungan terkutuk lagi. 2.4.5 Menjaga Batas Pergaulan19 Dalam pergaulan seharian antara lelaki dan perempuan wanita bukan muhrim perlu ada batasnya. Hal ini kerana pergaulan yang tidak terkawal dan bebas antara lelaki dan perempuan bukan muhrim boleh mendedahkan kepada maksiat dan menimbulkan fitnah dalam masyarakat. Kawan semasa gembira senang dicari tetapi kawan semasa duka sukar dicari. Ini adalah lumrah dalam kehidupan kita. Bagi golongan remaja, rakan-rakan diibaratkan sebagai teman yang paling rapat dan boleh dipercayai sedangkan

18

Mahkamah Syariah. 1991. Hukuman Terhadap kesalahan Undang-Undang keluarga Islam dan Jenayah Syariah. Hlm 15 19 Noor Azilawati Mohd Sabda. Opcit. Hlm 35

14

hakikatnya, mereka tidak menyedari bahawa rakan-rakan juga boleh menjadi racun yang berbisa.

Pada masa inilah perlunya pemilihan dan penelitian dalam memilih siapa yang sesuai untuk didekati dan dijadikan rakan serta siapa harus dijauhi dan dihindari. Rakan yang baik akan membawa seseorang remaja itu ke jalan yang benar. Manakala rakan yang pentingkan keseronokan duniawi akan turut sama mengheret seseorang itu ke kancah yang tidak sihat.

Dalam memilih kawan, remaja harus memilih kawan yang baik. Kawan yang baik tidak sahaja menjadi teman mengatakan kesunyian tetapi menjadi sahabat pada waktu susah dan senang. Malah, lebih penting lagi apabilakawan yang baik bakal membawa kepada kebaikan sedangkan kawan yang salah mendorong melakukan perkara kemungkaran. Kawan yang baik adalah kawan yang tahu batas benar dan salah dan sekiranya remaja terlanjur atau telajak, ia akan menasihatinya.

15

3.0

Penutup

Remaja sebagaimana yang diuar-uarkan aset penting Negara pada masa hadapan. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara. Tidak kira lelaki mahupun wanita mempunyai peranan masing-masing dalam memacu pembangunan Negara baik dari segi ekonomi, politik dan sosial. Apa yang pasti sebagai genarasi pewaris akan datang setiap golongan remaja perlu tampil sebagai seorang remaja berwawasan, berkarisma, bercita-cita tinggi dan berakhlak mulia. Bagi remaja yang terlanjur, ingatlah betapa penting untuk berubah sikap.

Remaja yang terjebak dalam gejala sosial sebenarnya masih mempunyai jalan untuk pulang ke pangkal jalan. Apatah lagi dalam usia yang masih muda, terdapat banyak lagi perkara yang dapat dilakukan untuk memperbaiki kelemahan diri.

Walau bagaimanapun, tidak ada laut yang tidak bergelora dan tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan. Sebagai manusia pastinya kita tidak terlepas daripada dilanda berbagai-bagai masalah sebagai rencah

kehidupan. Perkara yang penting di sini setiap masalah yang dihadapi perlu ditangani dengan positif.

Kesimpulannya, gejala pembuangan bayi berlaku kerana banyak punca, dan memberi pelbagai kesan terhadap bayi, keluarga dan individu itu sendiri. Ia juga mempunyai langkah penyelesaian mesti dilakukan segera dan berterusan supaya tidak terus berleluasa.

Peranan membendung pembuangan bayi bukan terletak di tangan pihak berkuasa, jabatan agama atau guru sahaja tetapi ibu bapa memastikan pembentukan sahsiah anak-anak menepati ciri-ciri Islam sejati. Bak kata pepatah nasi sudah menjadi bubur, jangann dah terkena baru nak menyesal. Melentur buluh biar dari rebungnya, membentuk anak-anak bermula dari kecil.

16

Anda mungkin juga menyukai