Anda di halaman 1dari 21

4.

Kebudayaan Melayu Malaysia Adat dan budaya Melayu tradisional Melayu merupakan suatu amalan

yang diamalkan oleh nenek moyang masyarakat Melayu

pada suatu ketika

dahulu dan ditinggalkan menjadi suatu warisan secara turun temurun. Adat dan budaya tradisional ini dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai Islam. Namun adat dan budaya tradisional ini kadang -kadang bertembung dan bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ini kerana ianya diamalkan mengikut cara yang salah atau terlalu taasub dengan kepercayaan-kepercayaan karut atau pantang larang tertentu. Oleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya pencemaran terhadap amalan-amalan yang berkaitan dengan agama.

4.1 1)

Definisi Terminilogi Budaya i) Setengah pendapat telah mendefinisikan budaya sebagai warisan

sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat (Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman, 1996).

ii)

Ahli-ahli sosiologi pula mendefinisikan budaya sebagai satu sistem

idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, adat dan teknologi yang dikongsi oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat (Eshleman & Cashion,1985).

iii)

Perkataan budaya di dalam Bahasa Inggeris disebut culture yang

memberi maksud kebudayaan (Mansur Ahmad Saman,1997 ).

2)

Adat

i)

Penggunaan istilah adat resam adalah bermaksud adat kebiasaan,

aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun (Teuku Iskandar , 1984, 975).

ii)

Pendapat di atas berkait pula dengan pendapat yang mengatakan

adat resam adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulangulangkan dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi (Van Dijk, 1974,4).

iii) )

Manakala perkataan adat dalam Bahasa Inggeris

iaitu custom

mamberi maksud suatu adat dan kebiasaan (Mansur Ahmad Saman,1997

3)

Tradisional

i)

Traditional memberi maksud suatu tradisi, kepercayaan, adat

resam dan suatu adat tradisional yang menurut adat resam dan kebiasaan ( Mansur Ahmad Saman,1997).

4)

Ajaran Islam

i)

Bermaksud penerimaan dan penundukan kepada Tuhan, dan

penganutnya harus menunjukkan ketaatan dengan menyembah-Nya, menurut segala perintah-Nya dan menghindarkan diri dari segala larangan-Nya (Eko Jati Waluyo).

ii)

Ajaran agama Islam senatiasa disandarkan pada 2 sumber utama

iaitu Al Qur'an dan AL Hadits. Sedangk an sumber hukum yang lain (Ijma, Qiyas, masali mursalah dan seterusnya.......) merupakan sumber hukum yang menjadi pedoman setelah Al Qur'an dan Al Hadis, sumber-sumber tersebut di gunakan apabila tidak ditemukan adanya ketetapan hukum dalam Al-Qur'an dan Al Hadits, seperti ketetapan besarnya bagian ahli waris yang tidak di tetapkan dalam alQur'an dan Al Hadits. ( Johan, 2007) 4.2 Pengenalan Dewasa ini jika diperhatikan masyarakat Melayu masih lagi mengamalkan adat resam dan budaya tradisional yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka. Ada sesetengah mereka yang terlalu taasub dengan adat resam tersebut sehingga terpesong dari batasan yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Jika dilihat dari aspek kajian lepas yang telah dilakukan, adat resam wujud di dalam setiap aspek kehidupan masyarakat Melayu tidak kira dari sudut lahiriyah mahupun batiniyah.

Definisi 1-

Budaya : Warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai,

kepercayaan, pengetahuan, norma, dan amalan yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat. Contohnya baju kurung merupakan baju tradisional masyarakat Melayu namun apabila apabila seorang gadis memakai baju kurung dan bertudung ianya dianggap sopan Rahman ,1994 ) 2Adat : Adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti ( Abdul

makan bertertib, bersopan-santun ketika bertutur, menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun. ( Kamus Dewan )

3-

Nilai : Merupakan idea yang dikongsi bersama oleh individu dalam

masyarakat tentang apa yang penting dan berfaedah. Nilai ialah pengiktirafan pilihan kualiti hubungan antara cara dan matlamat dalam konteks sosial. Terdapat nilai yang positif dan nilai yang negetif seperti pantang larang dan kepercayaan. Contohnya sifat dermawan, kesopanan, kesabaran, kerajinan, ketekunan, dan kerifan dinggap sebagai nilai yang positif manakala sifat kedekut, kejahatan, keangkuhan, kelalaian dan kejahilan dianggap sebagai nilai yang negetif.. ( Noran Fauziah, 1987) Setiap masyarakat di Malaysia mempunyai adat resam dan budaya masingmasing. Adat resam yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan. Peraturan dan panduan ini merupakan satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesuatu masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka, menyempurna dan melaksanakan amalan nenek moyang sebagai suatu peraturan. Peraturan ini menjadi kebiasaan yang lama- kelamaan menjadi satu kemestian. Menurut satu pendapat ... adat resam sebagai tatacara yang diterima mengenai cara makan, bertutur, berjumpa sahabat handai, dan sebagainya atau adat itu ialah cara bertindak yang umum dipercayai secara sosial( Mac Iver , 1970).

Kamus Dewan telah mentafsirkan istilah adat resam sebagai adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun (Teuku Iskandar, 1984,). Pentafsiran yang pelbagai tentang adat resam menunjukkan bahawa setiap masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam adalah masyarakat yang hidup bertatacara. Hal ini memperlihatkan kehidupan mereka adalah berlandaskan norma-norma kehidupan positif yang perlu dipatuhi. Adat resam dalam suku bangsa itu juga berlainan cara perlaksanaan dan pemakaiannya. Namun, semua itu mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membentuk satu masyarakat yang maju, dinamik dan progresif.

Istilah adat ditafsirkan dengan pelbagai pengertian oleh banyak sarjana., Adat juga merupakan perkataan Arab yang bermaksud kebiasaan. Dalam konteks masyarakat Melayu pula, istilah adat memberikan pengertian yang lebih luas daripada itu sehingga sukar diberikan pengertian yang kukuh. Kesukaran tersebut timbul antara lain disebabkan penggunaan kata adat yang agak luas dan dalam situasi yang agak tidak begitu terbatas. Tambahan pula dapat dikatakan bahawa setiap suku bangsa mempunyai adat dengan pengertian masing-masing. Justeru itu, untuk membolehkan seseorang memahami maksud adat bagi setiap suku bangsa itu, dia harus memakai budaya dan falsafah hidup mereka (Abdullah Sidek, 1974).

Pendapat di atas berlainan pula dengan pendapat yang mengatakan adat resam adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi (Van Dijk, 1974). Dalam pergaulan hidup itu tumbuh dan berkembang kegiatan atau tingkah laku yang menjadi kebiasaan kerana dilakukan berulang kali. Kebiasaan yang sudah tradisional dijadikan normatif , lalu berubah menjadi adat resam. Sesungguhnya adat berasal dari perkataan Arab iaitu kebiasaan, lembaga, resam, peraturan hukum dan tabiat (Sidi Gazalba, 1974).

Oleh itu dalam masyarakat Melayu juga terdapat adat resam tersendiri seperti adat resam berkomunikasi, makan dan minum, tatacara menziarahi keluarga, dan merangkumi adat-adat kebiasaan yang lainnya. Adapun adat merangkumi segala upacara semenjak kelahiran sehinggalah kepada kematian. Antara adat-adat tersebut ialah adat menyambut kelahiran, adat selepas bersalin, berkhatan, mendirikan rumah baru dan lain-lain. (A.Aziz, 1995).

4.3

Budaya

Kita sering memperkatakan tentang budaya. Pelbagai tafsiran dapat diberikan tentang budaya. Ada yang mengatakan tarian, muzik, dan seni lakonan ialah budaya. Sebenarnya ini hanya sebahagian kecil daripada unsur budaya. Budaya telah didefinisikan sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, system idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat (Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman,1996). Ahliahli sosiologi pula mendefinisikan budaya sebagai satu sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, adat dan teknologi yang dikongsi oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat (Eshleman & Cashion,1985).

Terdapat juga pendapat yang mengatakan budaya itu adalah daripada perkataan asalnya budi dan daya. Daripada budi dan daya tersebut tercetusnya istilah budaya (R.Roolvink, 1966). Pendapat Roolvink juga ada persamaan dengan pendapat yang mengatakan budaya merupakan perkembangan kata majmuk daripada budi (Koentjaraningrat, 1980). Menurut pandangan lain pula, manusia mempunyai budaya yang membolehkan mereka berinteraksi antara satu dengan yang lain. Budaya adalah perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis (Herskovits, 1988:1). Budaya terbentuk dan dipelajari oleh setiap ahli dalam masyarakat melalui sosialisasi. Dalam proses sosialisasi , individu secara tidak langsung boleh memahami proses budaya komunikasi yang simbolik, bertatacara dan beradab yang sesebuah masyarakat. cuma difahami oleh individu dalam

Masyarakat adalah wadah budaya. Masyarakat membentuk kebudayaan dan kebudayaan pula mengatur kehidupan masyarakat. Hubungan kebudayaan dengan masyarakat tidak boleh dipisahkan. Budaya adalah cara yakni cara berfikir, cara berinterksi, cara merasa, dan cara perlakuan masyarakat. Masyarakat berbudaya harus mampu memanifestasikan perkembangan idea, adat resam, dan imaginasi yang akan memenuhi keperluan dan matlamat (Aziz Deraman, 1992). Sesuatu budaya itu dinamis sifatnya, yakni berubah mengikut

peredaran zaman dan perlakuan manusia yang merintis pembaharuan. Pembaharuan dalam budaya manusia mendatangkan kesan negetif dan positif. Budaya Melayu adalah dinamis dan sentiasa berkembang dari satu zaman ke satu zaman secara bersambungan (Wan Abdul Kadir, 1988).

Justeru itu, budaya sesuatu kaum akan mengalami perubahan secara perlahan-lahan mengikut zaman. Budaya yang tidak berkembang merupakan budaya yang mundur dan mati. Kesan daripada kemunduran budaya tersebut akan mengakibatkan kemunduran masyarakat. Namun, tidaklah bererti setiap perubahan budaya meendatangkan kesan positif terhadap masyarakat, malah ada yang akan memberikan implikasi yang buruk. Umpamanya budaya yang sangat ditentang oleh agama dan masyarakat. Kebudayaan dari segi ilmu pengetahuan memberikan pengertian yang luas iaitu meliputi seluruh cara hidup manusia, segala daya dan usaha dalam mencari penyelesaian dan kesempurnaan di dunia.( Ismail Hussein, 1966).

Kebudayaan boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek nonmaterial dan aspek material. Aspek material sebenarnya lahir daripada aspek non-material kerana cetusan pemikiran atau gagasan yang melahirkan sesuatu dalam bentuk kebendaan atau reka cipta. Walaupun ahli sains sosial sering menumpukan konsep budaya pada aspek non-material seperti ilmu pengetahuan, kepercayaan, adat resam, kesenian, nilai, norma dan sebagainya, aspek non-material ini hanya mudah difahami apabila dirujuk pada aspek lahiriahnya seperti tingkah laku, kesenian, adat resam, atau artifek budaya, yang sebenarnya lahir daripada ilmu pengetahuan dan pemikiran manusia (Wan Hashim, 1991).

Konsep budaya luas pengertiannya dan mencakupi semua aspek kehidupan yakni berhubung dengan persoalan persekitaran sama ada fizikal atau sosial. Oleh yang demikian, pengetahuan, kepercayaan, kesenian,

keperibadian, dan lain-lain yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Melayu merupakan kebudayaan.

4.4

Kepentingan Budaya Budaya penting bagi setiap masyarakat kerana ia melambangkan identiti

sesuatu bangsa dan masyarakat (Asma,1994). Seperti budaya orang Melayu dikenali melalui bahasa pertuturan atau pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya, kain batik, dan baju Melayu. Selain itu, budaya juga dapat membezakan sesuatu bangsa dan masyarakat yang berlainan.

ADAT BERKAITAN DENGAN KALAHIRAN Adat melenggang perut Azan dan iqamat Adat menanam uri Adat pecah mulut dan bercukur Adat semasa pantang

KELAHIRAN MENURUT ISLAM Azan dan iqamat Tahnik Memberi nama yang baik Akikah dan bercukur rambut Amalan bercukur rambut Berkhitan

3-

BUDAYA MENURUT ASPEK ISLAM


a) Memberi salam dan bertanya khabar

b) Belajar al-Quran

4.5

ADAT BERKAITAN DENGAN KELAHIRAN :

a)

Adat melenggang perut

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian Merupakan adat untuk wanita yang mengandung sulung. Wanita pada peringkat ini, biasanya dijaga rapi sehingga hari kelahiran. Kebiasaannya, adat melenggang perut dilakukan ketika wanita itu mengandung tujuh bulan. Biasanya, pada hari melakukan adat melenggang perut diadakan kenduri ala kadar untuk sanak saudara yang dekat ataupun jiran tetangga. Adat ini akan dilakukan oleh seorang bidan. Pada kebiasaannya, bidan akan menyediakan segala kelengkapan untuk adat melenggang perut seperti sebiji kelapa, minyak urut dan nasi kunyit. Keperluannya adalah bergantung pada kehendak bidan tersebut. Setiap orang yang menempah bidan mestilah disertakan dengan pengeras yang diletakkan di dalam tepak sirih . Adat melenggang perut dijalankan sebelum matahari tegak. Bidan yang ditempah akan mengendalikan upacara itu yang dihadiri oleh suami dan saudara terdekat wanita tersebut.

Bakal ibu itu disuruh berbaring terlentang dan kepalanya menghadap kiblat. Bidan memulakan upacara dengan disertai jampi serapah sebagai doa yang dipohon kepada Allah s.w.t. semoga mendapat perlindungan dan keselamatan bagi kedua-dua ibu dan bayi yang akan dilahirkan. Setiap pekerjaan dilakukan terlebih dahulu dengan memanjatkan doa kepada Allah s.w.t.

Justeru itu, jampi serapah dan mentera merupakan komunikasi antara manusia dengan Allah s.w.t. Pengucapan yang dilafazkan ialah doa atau permohonan yang ditujukan kepada Tuhan. Setelah jampi mentera dilafazkan, bidan mengibas kain yang disediakan. Perbuatan bidan tersebut mengikut kepercayaannya mengibas penyakit yang ada pada tubuh wanita mengandung itu. Kain kemudiannya diletakkan di bawah pinggangnya dan ditarik ke kiri dan ke kanan sebanyak tiga kali. Perbuatan menarik kain itulah yang menerbitkan panggilan adat melenggang perut. Perlakuan itu secara rasionalnya bertujuan untuk melonggarkan tulang pinggang dan membesarkan ruang tulang punggung supaya senang melahirkan anak. Setelah selesai melenggang perut, kain tersebut dicampakkan keluar tingkap atau pintu. Mengikut kepercayaan bidan, perbuatan itu bertujuan untuk membuang segala malapetaka dan syaitan serta iblis yang melekat pada kain itu. Apabila kain itu jatuh ke tanah, bererti segala kejahatan juga tercampak lalu membebaskan wanita yang akan bersalin daripada gangguan makhluk halus.

Peralatan untuk upacara ini termasuk Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan Segantang beras Sebiji kelapa Beberapa urat benang mentah

Damar Minyak kelapa atau minyak urut Lilin Tepak sirih yang lengkap isinya Pengeras sebanyak RM1.25

b)

Azan dan Iqamat

Merupakan suatu adat yang dilakukan setelah selamat bayi tersebut dilahirkan, maka bapa akan menjalankan tanggungjawabnya iaitu mengazan bayi lelaki dan mengiqamatkan di telinga bayi perempuan yang baru lahir itu. Kebaisaannya azan akan dilaungkan di sebalah telinga kanan bayi manakala iqamat pula dilaungkan di telinga sebelah kiri. Ini bagi memastikan ayat pertama yang didengar oleh bayi tersebut adalah berkaitan Islam.

c)

Adat menanam uri/placenta

Kitab Nihayah al-Muhtaj disebutkan: Ertinya: Dan daripadanya, tembuni yang di dalamnya anak (pembungkus anak) adalah suci daripada manusia, najis daripada lainnya. (Nihayah alMuhtaj: 1/245

Berdasarkan daripada kenyataan di atas, dapatlah difahami bahawa ternbuni dan tembuni kecil yang dipisahkan daripada anak itu adalah suci, bukan najis (Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam 2004).

Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu-Islam kita, setiap kali bayi dilahirkan, uri yang keluar bersama bayi ketika kelahiran ditanam mengikut budaya / adat yang berpunca dari kepercayaan-kepercayaan yang telah di tanam dalam masyarakat Melayu-islam. Kepercayaan yang maksudkan ialah kepercayaan-kepercayaan tradisional dalam langkahlangkah pengurusan Uri bayi yang baru lahir. Kebanyakan masyarakat Melayu kita memegang kepercayaan-kepercayaan yang telah di turun temurun oleh masyarakat Melayu dahulu seolah-olah seperti beriman kepadanya dan sukar diganggu atau digugat walaupun kebenarannya boleh dipertikai. Salah satu kepercayaan-kepercayaan karut dalam budaya Melayu yang di bincangkan berkaitan dengan selepas kelahiran adalah budaya / adat masyarakat Melayu dalam upacara menguruskan uri anak yang baru lahir.

Uri atau lebih dikeneli dengan nama sainstifik placenta adalah tisu yang melekat pada rahim ibu dan disambung ke badan bayi melalui tali pusat. Uri dalam masyarakat Melayu juga di kenali sebagai kantung yang melindungi bayi semasa di dalam rahim.

Dalam adat menanam uri, ada beberapa tatacara yang perlu dipatuhi. Kebiasaannya selepas si ibu selamat melahirkan, bidan akan terus menanam uri tersebut. Walau bagaimanapun, orang yang lebih layak dan elok untuk melakukannya ialah bapa bayi itu sendiri. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, jika si bapa yang menanam uri itu, apabila bayi itu dewasa ia akan patuh, taat dan takut pada bapanya. Selain itu, anak itu senang diasuh dan dilentur supaya menjadi orang baik-baik iaitu mudah mengaji al-Quran, tidak tinggal solat, dan taat pada hukum agama.

Adat menanam uri tidak boleh dipandang ringan kerana uri tidak boleh ditanam sesuka hati. Dalam masyarakat Melayu, ada tatatertib tertentu ketika proses menanam uri dilakukan. Seseorang yang menanam uri hendaklah melafazkan doa kepada Allah s.w.t. supaya anaknya dilindungi daripada keburukan dan kejahatan di dunia dan di akhirat. Sebelum ditanam, uri hendaklah dicuci. Orang yang melakukannya hendaklah berwuduk terlebih dahulu. Semasa mencuci uri, dia mestilah menghadap ke kiblat dan berselawat berulang kali keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. sehingga selesai uri itu dicuci. Uri tersebut dicuci dengan air asam dan air garam. Setelah dicuci uri hendaklah dibungkus dengan kain putih berserta beberapa batang jarum atau paku dan asam gelugur. Ketika menanam uri, ada beberapa peraturan dan adab yang perlu diikuti dan dipatuhi. Peraturan dan adab itu merupakan tatacara menanam dan doa yang dibaca. Tempat atau kawasan yang dipilih menanam uri mestilah menghadap arah kiblat. Sebaik-baiknya uri itu ditanam secepat mungkin selepas bayi itu dilahirkan. Perbuatan melambat-lambatkan menanam uri dipercayai menyebabkan bayi mudah kembung perut dan sesak nafas. Menanam uri seolah-olah menanam mayat dan lubang yang digali juga mestilah menghadap kearah kiblat. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, jika uri ditanam sembarangan, bayi yang dilahirkan sering menangis dan meragam dan selalu dikaitkan tidak mengikut peraturan dan adat yang dikehendaki.

Namun, terdapat pelbagai cara pengurusan uri bayi yang diamalkan oleh masyarakat kita, bahkan sesetengahnya ada yang pelik-pelik dan menimbulkan kesangsian.

Contoh amalan pelik menanam uri bayi yang masih diamalkan dalam masyarakat kita ialah:

Menanam uri bersama pensil dan buku, dengan harapan bayi

tersebut akan cepat pandai kelak. o halus'. o Menyalakan unggun api berhampiran tempat ditanam uri kerana Meletakkan paku dan benda-benda tajam bersama uri yang

ditanam, kononnya untuk mengelakkan uri tersebut didekati 'benda-benda

bimbangkan 'kembar bayi' itu kesejukan pada waktu malam. o Uri ditanam bersama kepingan duit syiling.

Kaedah pengurusan uri bayi menurut Islam Hukum menanam uri bayi adalah harus. 2. Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak

dimakan oleh haiwan. 3. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar

atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing. 4. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku dan sebagainya

adalah amalan khurafat. Uri atau placenta perlu ditanam bagi mengelakkan bau busuk ataupun dimakan oleh binatang. Dan, merujuk kepada amalan sesetengah masyarakat kita yang membasuh uri tersebut terlebih dahulu dengan asam keping dan garam, ianya adalah harus bagi menghilangkan bau pada uri tersebut untuk mengelak daripada di hidu dan di makan binatang buas.

Selain itu, terdapat langakah-langkah lain yang sering di amalkan oleh masyarakat Melayu-islam ialah--:

Dengan lafaz BISMILLAH bilas uri dengan air suci lagi menyucikan iaitu air paip/air sungai yg mengalir atau yg sewaktu dengannya sehingga tiada lagi darah mengalir dari uri tersebut. Bilas dengan air asam jawa untuk menhilangkan bau hanyir. Letak uri di atas kain kapas putih bersih. Lebar/besar kain cukup2 untuk membungkus uri Taburkan garam kasar dan asam keping di atas uri. Kemudian bungkus uri dan ikat bungkusan (menggunakan hujung kain) Gali lubang tanah sedalam kira2 sekaki setengah (jarak atas bungkusan dengan permukaan atas tanah kira2 sejengkal tangan orang dewesa). Luas lubang sekadar cukup untuk bungkusan uri tersebut. Alaskan dasar lubang menggunakan papan (apa2 saja bahan yg mudah reput dan hancur). Letakkan uri di atas papan tersebut. (Papan tersebut boleh juga diganti dengan temburung kelapa, jika ada..ini lagi baik). Taburkan antara 5 hingga 7 batang paku rumah di atas kain bungkusan. Seelok2nya guna paku yg masih elok (bukan yg telah bengkok dan berkarat..tak mahu). Selepas itu, timbus kembali lubang menjadi permukaan tanah yg rata. Selesai menimbus lubang, menghadaplah ke arah kiblat. Sedekahkan doa Al Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul dengan niat memohon pertolongan ALLAH supaya uri dan bayi kita dilindungi dari gangguan iblis, syaitan dan jin.

Selain itu dengan tanam uri berdekatan dengan surau atau masjid, tempat di mana insan selalu azan dan mendirikan solat juga sering di lakukan. Ini adalah bertujuan atau di katakana akan mempengaruhi keadaan bayi yg baru lahir dan sedang membesar. Cara atau amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku dan sebagainya adalah amalan khurafat.

d)

Adat pecah mulut dan bercukur

Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah AlIkhlas. Tradisi masyarakat Melayu ini dilakukan selepas adat bersalin. Biasanya adat ini dilakukan ketika bayi berusia tujuh hari. Adat bercukur bertujuan membuang rambut yang kotor daripada rambut asal bayi supaya rambut baru dapat tumbuh subur.

Peralatan yang digunakan untuk adat itu ialah air zam zam, buah kurma, kismis, garam, gula, cincin emas dan cincin perak. Adat ini dimulakan dengan imam membaca selawat kemudian imam tersebut mengunyah kurma lalu dimbil sedikit dari mulutnya dan dimasukkan ke mulut bayi tersebut. Ini dilakukan bertujuan untuk mengambil berkat dari seseorang yang alim keatas bayi tersebut. Setelah itu imam dan semua tetamu bangun dan berselawat beramairamai. Ketika itulah bapa kepada bayi tersebut mendukung bayinya dan menghampiri setiap seorang tetamu untuk melakukan adat bercukur kapala. Adat ini dikira selesai setelah selesai mengelilingi setiap tetamu yang hadir dalam bentuk bulatan. Kemudian para tetamu dihidangkan sudah jarang diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini. dengan sedikit jamuan yang telah disediakan oleh pihak tuan rumah. Namun demikian, adat ini

e)

Adat semasa pantang

Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan.Merupakan suatu proses yang dilalui oleh seorang ibu yang baru melahirkan anak mengikut peraturan dan pantang larang. Peraturan dan pantang larang ini merupakan pendisiplinan ibu dari segi mental dan fizikal selama 44

hari. Selama tempoh tersebut, si ibu tidak boleh minum dan makan sembarangan sebagaimana orang lain. Makanan tidak boleh mengandungi sesuatu yang memudaratkan. Selain itu, si ibu tidak boleh bersama-sama suaminya selama 100 hari bagi memberi tempoh masa untuk saluran peranakan dan urat sarafnya dibaik pulih. Kebiasaannya selepas tiga hari si ibu melahirkan anak, ia diurut selama tiga pagi. Setelah selesai adat berpantang, maka tamatlah proses kesemua adat berkaitan kelahiran. Hal ini memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai komunikasi budaya yang tersendiri dalam adat bersalin.

4.5.1

KELAHIRAN MENURUT ISLAM

Azan Dan Iqamat Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan. Justeru itu, terdapa beberapa perkara yang disunatkan untuk kita lakukan dengan kelahiran bayi seperti azan dan iqamat. Islam mensyariatkan agar azan dilaungkan di telinga kanan dan iqamat dilaungkan di telinga kiri bayi, sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. yang bermaksud : Aku bersyukur kepada Allah yang

menganugerahkan. Sungguh sempurna kekuasaanNya dan kamu telah mendapat anugerah kebaikanNya..

Tahnik Perkara yang kedua yang disunatkan oleh Islam dalam menyambut kelahiran bayi ialah tahnik. Anjuran dalam Islam untuk melaksanakan tahnik iaitu membuka atau memecahkan mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertaqwa. Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi,

ke kiri dan ke kanan mulutnya. Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi. Ini bersesuaian dengan hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r.a. yang bermaksud : Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya menamakannya sebiji kurma. kepada nabi SAW, Baginda lalu Ibrahim,

mentahnikkannya( memecahkan mulutnya ) dengan

Antara hikmah amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurna.

Memberikan Nama Yang Baik Seterusnya perkara yang ketiga yang disunatkan dalam menyambut kalahiran bayi ialah memberikan nama yang baik. Tunututan memilih nama-nama yang elok dan mempunyai makna yang baik amat dianjurkan oleh Islam. Sebenarnya pemilihan nama-nama yang baik ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seseorang Muslim.Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r.a. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia akan dipanggil menghadap Allah SWT dengan nama masing-masing dan nama bapa masing-masing

( seperti nama di dunia). Oleh itu, pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekalian.

Ini beerti Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak masing-masing dengan nama-nama tercela yang membawa makna yang tidak baik. Lebih-lebih lagi hal ini amat penting dalam usaha untuk menjaga kehormatan anak tersebut daripada cemuhan masyarakat.

Akikah Dan Bercukur Rambut Menamakan bayi yang beru lahir sering dilakukan dengan amalan akikah dan juga mencukur rambut bayi. Akikah dari segi bahasa adalah memutus. Manakala dari segi syarak bermaksud menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri, dan kibas buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh. Antara hadis yang memperkatakan tentang akikah ialah dari Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salman bin Amir al-Dhabi r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Bersama bayi itu akikahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan ( iaitu kekotoran dan najis). Hukum bagi daging akikah itu adalah sunat dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara mara terdekat.

Amalan Mencukur Rambut

Anjuran mencukur rambut bayi sempena majlis akikah ini mengandungi hikmah khususnya dari segi kesihatan. Menurut Ibn al-Qayyim, amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak tadi, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan , pendengaran dan deria hidu. Hikmah berakikah ialah melahir rasa gembira atas kelahiran satu jiwa Muslim baruyang sujud dan menyembah Allah SWT di dunia., mendekatkan diri anak itu kepada Allah atas akikah yang dilakukan dan mengukuhkan tali persaudaraan sesama Muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga, saudara mara dan jiran tetangga. Hikmah skikah juga dikatakan bagi menunjukkan tanda syukur kepada Allah SWT atas kurniaan-Nya serta menjauhkan anak tersebut daripada segala bahaya dan bencana. .

Berkhitan Hikmat berkhitan ialah boleh membawa kepada kesempurnaan beragama. Ia juga bagi membezakan antara orang Islam dan bukan Islam dan menjaga kesihatan dan mengawal syahwat. Selain itu ia juga pemeliharaan diri daripada bahaya penyakit. Terdapat sepotong hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Fitrah itu lima perkara, ataupun lima bentuk fitrah ialah berkhatan, mencukur bulu kemaluan ( lelaki ataupun perempuan), mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.

Sepotong hadis riwayat Imam Ahmad r.a. daripada Nabi SAW yang bermaksud : Khitan itu disunatkan bagi kaum lelaki dan dimuliakan bagi kaum wanita.

Manakala bagi mereka yang mengatakan wajib pula berpegang kepada hadis riwayat al-Zuhri bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud : Bagi sesiapa yang masuk Islam, wajiblah ia berkhitan, sekalipun ia sudah dewasa.

Disebutkan juga oleh Imam Ahmad daripada Ummu Athiyyah bahawa Rasulullah SAW pernah menyuruh seorang wanita yang mengkhitan seseorang supaya tidak memotong keterlaluan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud : Jika kamu menkhitan maka janganlah kamu berleihlebihan kerana yang demikian akan lebih baik bagi wanita dan lebih disukai oleh suami.

Anda mungkin juga menyukai