Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Mata pelajaran: Bahasa Melayu Tahun: 5 Cemerlang Bilangan Murid: 42 orang Tema: Institusi Pelajaran Tajuk: Sekolah Harapan Negara Impian Bersama Tarikh: 23 Januari 2013 Masa: 9.15 pagi 10.15 pagi (60 minit)

Hasil Pembelajaran: Fokus Utama 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. Aras 1 (ii) Menyampaikan maklumat yang bernas dengan jelas dan tersusun. 2. Fokus Sampingan 5.1 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul. 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pelajaran, i. Sekurang-kurangnya 2 daripada 3 orang murid dapat membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Sekurang-kurangnya 3 daripada 5 kumpulan murid dapat menjawab soalan yang mempunyai makna yang tersirat. iii. Sekurang-kurangnya 20 daripada 42 orang murid dapat menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat. Sistem Bahasa: Ayat tanya. Kosa Kata: Warga, akademik, dinobatkan, anugerah, disiplin. Pengisian Kurikulum: a) Penerapan Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. b) Penerapan Nilai: Kerjasama, berhemah tinggi. c) Kemahiran Bernilai Tambah: i) Kemahiran Berfikir (KB): Menjana idea, menghubungkaitkan.

ii) Kemahiran Belajar (BCB): Membaca dengan intonasi yang betul, mendengar dengan aktif, melihat secara aktif, memproses maklumat, melaporkan maklumat. iii) Kecerdasan Pelbagai(KP): Verbal-Linguistik. Pengetahuan Sedia Ada: 1. Murid-murid mengetahui pembinaan ayat tanya dengan kata tanya dalam pengajaran topik yang lepas. Bahan Bantu Belajar (BBB): Gambar, buku teks, kertas A4, buku latihan, lembaran kerja.

Masa

Isi Pembelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi (5 minit)

Soal jawab tentang gambar foto. Contoh soalan: a) Apakah yang dilakukan oleh murid-murid sekolah di dalam gambar? b) Bagaimanakah perasaan muridmurid tersebut? c) Adakah anda pernah mengalami perasaan sedemikian?

i.

Murid meneliti sebuah gambar foto.

Kemahiran: Mendengar dan Bertutur. Teknik: Soal jawab.

ii. Murid menjawab soalan berkaitan gambar tersebut. iii. Murid menerima penjelasan guru tentang tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari itu.

KB: Menjana idea.

BCB: Melihat secara aktif.

BBB: Gambar foto, kad manila.

Langkah 1 (10 minit)

Petikan teks. Tajuk: Penyampaian Anugerah Sekolah Harapan Negara.

i.

3 orang murid secara rawak membacakan petikan teks secara individu dengan nada suara yang kuat mengikut intonasi serta gaya yang betul.

Kemahiran: Membaca.

KB: Menghuraikan maklumat. BCB: Membaca dengan intonasi yang betul dan mendengar dengan aktif.

ii. Murid-murid yang lain mendengar pembacaan rakan mereka sambil meneliti petikan teks.

BBB: Petikan teks.

Langkah 2 (20 minit )

Sekolah Harapan Negara. Cara untuk menjadi Sekolah Harapan Negara: 1. Sifar murid ponteng sekolah. 2. Pencapaian murid di peringkat antarabangsa. 3. Pencapaian akademik yang cemerlang. 4. Sekolah bersih dan selamat untuk belajar. 5. Pengurusan sekolah yang efisien.

i.

Setiap kumpulan (5 kumpulan) seramai 8 orang menjalankan aktiviti perbincangan selama 8 minit.

Kemahiran: Bertutur.

Teknik: Perbincangan. KB: Menjana Idea.

ii. Wakil kumpulan mencatatkan hasil perbincangan dalam kertas A4. iii. 3 wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan kumpulan mereka. iv. Hasil pembentangan kumpulan murid menerima komen yang membina daripada guru. KP: Verbal-linguistik, dan interpersonal. BCB: Memproses maklumat, melaporkan maklumat.

Nilai: Kerjasama, Berhemah tinggi BBB: Kertas A4.

Langkah 3 (15 minit )

Ayat tanya dengan kata tanya.

i.

Murid-murid menerima penerangan guru tentang ayat yang menggunakan kata tanya.

KB: Menjana idea, menghubungkaitkan.

ii.

Murid-murid membina 5 soalan ayat tanya dengan kata tanya berdasarkan gambar dalam buku teks.

KP: Verbal-linguistik.

Nilai: Kerjasama, berhemah tinggi.

iii. Murid menerima bimbingan guru dalam membantu mereka BBB: Buku tulis, buku

membina ayat tanya dengan kata tanya yang betul dari aspek ejaan, perkataan, frasa, struktur ayat dan tanda baca.

teks.

Penutup (5 minit)

Rumusan pelajaran hari ini. Nilai-nilai murni: Kerjasama Berhemah tinggi

i.

Murid menerima lembaran kerja tentang kata tanya sebagai kerja rumah.

BBB: Lembaran kerja.

ii. Murid menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.

Refleksi: Kelebihan: Objektif pembelajaran pertama tercapai iaitu 3 orang murid dapat membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul. Mereka dapat membaca petikan teks dalam buku teks dengan baik tanpa memerlukan bimbingan guru. Kekurangan: Objektif pembelajaran pertama tidak tercapai iaitu hanya 1 kumpulan daripada 5 kumpulan murid yang dapat menyampaikan maklumat yang bernas dengan jelas dan teratur. Hal ini kerana murid kurang memahami arahan tugasan yang diberikan oleh guru dengan baik. Objektif pembelajaran ketiga juga tidak tercapai iaitu hanya 15 orang daripada 42 orang murid dapat menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat. Kebanyakan murid kurang memahami cara menulis ayat tanya dengan kata tanya yang betul berdasarkan gambar yang diberikan. Penambahbaikan: Murid memerlukan bimbingan yang berterusan daripada guru untuk membolehkan mereka dapat membincangkan isi-isi penting dan menyampaikan maklumat yang bernas berdasarkan petikan teks. Pada masa yang sama, saya selaku guru seharusnya kerap memantau tugasan pembinaan ayat yang dibuat oleh murid agar mereka dapat mengurangkan kesilapan mereka.

Anda mungkin juga menyukai