Anda di halaman 1dari 5

Soalan 31 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

PEMBERITAHUAN Kepada semua penduduk, Taman Dirgahayu Raja, Mengkarak, Pahang Darul Makmur. Tuan-tuan dan puan-puan, Taklimat dan Penubuhan Rukun Tetangga Perkara di atas dirujuki. 2. Sebagaimana yang kita maklumi, beberapa kejadian pecah rumah dan samun telah berlaku di kawasan taman kita dan juga taman-taman yang berhampiran. Bilangan kes-kes tersebut semakin meningkat saban hari. Keadaan ini telah menimbulkan rasa bimbang di kalangan penduduk. Oleh sebab itu, Badan Penduduk Taman Dirgahayu Raya telah memutuskan untuk menubuhkan Rukun Tetangga di taman kita ini bagi mengatasi masalah jenayah tersebut. 3. Butiran taklimat Rukun Tetangga oleh Pegawai Perpaduan Mengkarak itu adalah seperti berikut: Tarikh Masa Tempat : 29 Mac 2008 ( Sabtu ) : 10.00 pagi : Perkarangan Pejabat Badan Penduduk

4. Kehadiran tua-tuan dan puan-puan semasa taklimat itu amat diharapkan agar kita dapat bersama-sama mencari jalan terbaik untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk taman ini. 5. Kerjasama daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang benar, Ismail (ISMAIL BIN YAAKUB) __________________ Badan Penduduk.

31. Pada pendapat kamu, siapakah Ismail bin Yaakub? A) Pengerusi Badan Penduduk B) Setiausaha Badan Penduduk C) Ketua Rukun Tetangga D) Pegawai Polis Mengkarak

32. Simpulan bahasa mencari jalan bermaksud A) mencari penyelesaian B) berfikir dengan berterusan C) mendengar dengan bersungguh-sungguh D) suka menolong orang

33. Mengapakah pemberitahuan ini ditulis? A) Untuk memberi maklumat tentang Rukun Tetangga kepada penduduk B) Untuk mengurangkan rasa bimbang di kalangan penduduk C) Untuk memberi taklimat dan menubuhkan Rukun Tetangga D) Untuk memberi pengetahuan tentang tugas-tugas Rukun Tetangga

34. Apakah yang menyebabkan penduduk berasa bimbang? A) Keadaan taman mereka yang tidak bersih B) Tidak dapat menghadiri taklimat tersebut C) Tidak ada perpaduan di kalangan penghuni taman D) Keselamatan mereka terjejas akibat kejadian pecah rumah dan samun

35. Siapakah yang akan merasmikan majlis tersebut? A) Pengerusi Badan Penduduk Taman Dirgahayu B) Ketua Polis Negari Pahang C) Encik Ismail bin Yaakub D) Pegawai Perpaduan Mengkarak

Soalan 36 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Asraf Zakri Asraf Malik Asraf Zakri Asraf Malik Asraf Zakri Malik Asraf : Kalian ada apa-apa rancangan pada hari Sabtu ini? : Mengapa, Asraf? : Kalau kalian tidak ke mana-mana, aku hendak ajak kalian mengikutiku. : Ke mana, Asraf? : Kita ke Pusat Dagangan Dunia Putra. Pameran Kraf Tangan dan Kebudayaan Kaum Iban akan diadakan di sama selama lima hari. : Oh, begitu! Aku ingatkan apalah halnya tadi. Menariknya bunyinya tu. Bila pameran itu bermula. : Pameran itu bermula pada hari Sabtu inilah. : Mengapa kamu hendak menyaksikan pameran itu, Asraf? : Apabila kita menyaksikan pameran itu, dapatlah kita melihat dan mengenal kebudayaan dan hasil kraf tangan kaum lain di negara ini. : Betul tu. Tambahan pula, ini peluang keemasan kepada kita kalau nak tunggu kita ke Bumi Kenyalang tu, entah bila-bila. : Nantilah aku minta keizinan ibu dan bapaku dulu. Aku tak dapat bagi persetujuan sekarang. Kita nak ke sana dengan apa, Asraf? : Tentang perkara itu, kalian jangan bimbang. Abang aku akan membawa kita ke sana. Lagipun, abang aku dan rakan-rakan sekerjanya yang menganjurkan pameran itu. : Wah, bagusnya! Duit pengangkutan sudah tidak perlu kita fikirkan. Malam ini aku akan telefon kalian untuk memberikan keputusan. : Baiklah. Eh, loceng dah berbunyi! Habiskan air kamu itu, Malik. : Marilah kita masuk ke kelas sekarang.

Zakri Asraf Malik

36. Apakah rancangan Asraf pada hari Sabtu ini? A) Berkunjung ke rumah kawan-kawannya B) Mengunjungi Pameran Kraf Tangan dan Kebudayaan Kaum Iban C) Bercuti ke Bumi Kenyalang bersama dengan keluarga D) Mengadakan Pameran Tangan dan Kebudayaan Kaum Iban

37. Pada pendapat kamu, di manakah abang Asraf bekerja? A) di Kementerian Pengangkutan Malaysia B) di Kementerian Pembangunan Luar Bandar C) di Kementerian Kebudayaan dan Warisan D) di Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia

38. Mengapakah kita digalakkan untuk menyaksikan pameran seumpama ini? A) dapat berkenalan dengan masyarakat B) dapat melihat pelbagai jenis budaya C) dapat membeli barang pameran dengan harga berpatutan D) dapat mengenal budaya dan kraf tangan kaum Iban

39. Rangkai kata peluang keemasan bermaksud A) peluang yang tidak seharusnya disia-siakan B) peluang yang ditunggu oleh semua orang C) peluang yang datang sekali sahaja D) peluang yang diberikan kepada seseorang

40. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas A) Perbualan itu berlangsung pada masa rehat B) Pameran itu diadakan selama lima hari C) Zakri dan Malik bersetuju untuk pergi ke pameran itu bersama dengan Asraf D) Abang Asraf akan membawa mereka ke tempat pameran itu

Anda mungkin juga menyukai