Anda di halaman 1dari 6

Lagu Kuih Tradisional

Rasa sedap eh, Rasa sedap sedap eh, Aneka warna, aneka bentuk dan rasa.

Rasa sedap eh, Rasa sedap sedap eh, Boleh dimakan bersama keluarga dan teman.

Rasa sedap eh, Rasa sedap sedap eh, Marilah makan kuih tradisonal Malaysia.

Skrip dialog antara ibu dan anak

Suzie Ibu

: Ibu, kuih apa yang akan kita makan untuk berbuka petang ini? : Adik,sekarang baru pukul 3 petang. Kamu sudah fikir tentang menu berbuka?

Suzie

: Maafkan saya ibu, tetapi hari ini saya terasa ingin makan karipap.

Ibu

: Kebetulan hari ini memang ibu sudah merancang untuk membuat karipap.

Suzie

: Alhamdulillah bu. Rezeki adik nampaknya. Bagaimana cara untuk membuatnya? Adik hendak menolong ibu.

Ibu

: Bagus anak ibu ini. Adik, sebelum adik belajar cara membuat karipap, adik kena tahu bahan-bahannya dahulu.

Suzie Ibu

: Bahan-bahan? : Adik, kita perlukan 500 gram tepung gandum. Pastikan tepung tersebut sudah diayak. Setengah sudu besar garam. Seterusnya, kita perlukan 90 gram majerin dan sebi ji telur. Kemudian tambahkan 1 cawan air. Jangan lupa 50 gram minyak untuk menggoreng nanti.

Suzie

: 50 gram minyak? Banyaknya minyak yang ibu gunakan. Nanti adik dapat kolesterol ibu.

Ibu

: Bijaknya, anak ibu ini. Adik, minyak itu ikut kesesuaian. Lagi sikit minyak yang digunakan lagi bagus. Sekarang, mari ibu ajar cara

hendak membuat doh karipap. Suzie Ibu : Wah, tidak sabar rasanya. Baiklah ibu, apa yang perlu adik lakukan? : Mula-mula, adik masukkan tepung yang telah diayak ke dalam mangkuk. Gaulkan bersama majerin dan telur sehingga menjadi sebati. Sementara itu, dalam mangkuk yang lain, gaulkan air bersama garam. Kemudian. campurkan kedua-dua bahan tersebut.

Suzie Ibu

: Wah, mudahnya ibu! Selepas itu terus boleh dimakankah? : (Gelak) Adik, sabarlah. Ada lagi yang perlu dilakukan. Selepas ini, gaul lagi hingga menjadi sebati dengan menggunakan hujung jari. Masukkan sedikit demi sedikit air sehingga menjadi doh. Kemudian, rehatkan doh tersebut selama 1 jam.

Suzie Ibu

: Ibu, bagaimana pula dengan intinya? : Adik,inti karipap ada pelbagai jenis. In ti daging, ayam,sardin,ubi kentang dan sebagainya. Hari ini ibu sudah siapkan inti daging. Adik hendak tolong ibu mencanai dan mengelim karipap?

Suzie Ibu

: Kelim? Apakah maksudnya ibu? : Maksud kelim ialah pintalan pada tepi kuih karipap. Ia digunakan untuk mengejapkan cantuman supaya tidak dimasuki minyak semasa menggoreng nanti.

Suzie

: Sudah tentu! Terima kasih ibu, kerana sudi ajarkan adik cara hendak membuat karipap.

Ibu

: Sama-sama adik.

Lembaran Kerja Carta Alir

Suzie Ibu

: Ibu, kuih apa yang akan kita makan untuk berbuka petang ini? : Adik,sekarang baru pukul 3 petang. Kamu sudah fiki r tentang menu berbuka?

Suzie

: (Gelak). Maafkan saya ibu, tetapi hari ini saya terasa ingin makan karipap.

Ibu

: Kebetulan hari ini memang ibu sudah merancang untuk membuat karipap.

Suzie

: Alhamdulillah bu. Rezeki adik nampaknya. Bagaim ana cara untuk membuatnya? Adik nak tolong ibu.

Ibu

: Bagus anak ibu ini. Adik, sebelum adik belajar cara membuat karipap, adik kena tahu bahan-bahannya dahulu.

Suzie Ibu

: Bahan-bahan? : Adik, kita perlukan 500 gram tepung gandum. _______________ ___________________ . Setengah sudu besar garam. ________ _____________________. Kemudian tambahkan 250 gram air. ___________________________________ .

Suzie

: 50 gram minyak? Banyaknya minyak yang ibu gunakan. Nanti adik dapat kolesterol ibu.

Ibu

: Bijaknya, anak ibu ini. Adik, minyak itu ikut kesesuaian. Lagi sikit minyak yang digunakan lagi bagus. Sekarang, mari ibu ajar cara

hendak membuat doh bagi karipap. Suzie Ibu : Wah, tidak sabar rasanya. Baiklah ibu, apa yang perlu adik lakukan? : Mula-mula, adik masukkan tepung yang telah diayak ke dalam mangkuk. _____________________________________ . Sementara itu, dalam mangkuk yang lain, gaulkan air bersama garam. Kemudian. campurkan kedua-dua bahan tersebut.

Suzie Ibu

: Wah, mudahnya ibu! Selepas itu terus boleh dimakankah? : (Gelak) Adik, sabarlah. Ada lagi yang perlu dilakukan. _______ __________________________________________________ ___________________. Masukkan sedikit demi sedikit air sehingga menjadi doh. Kemudian, rehatkan doh tersebut selama sejam. Selesai.

Suzie Ibu

: Ibu, bagaimana pula dengan intinya? : Adik,inti karipap ada pelbagai jenis. _______________________ ____________________________ . Hari ini ibu sudah siapkan inti daging. Adik hendak tolong ibu mencanai dan mengelim karipap?

Suzie Ibu

: Kelim? Apakah maksudnya ibu? : ____________________________________________. Ia digunakan untuk _________________________________________ semasa menggoreng nanti.

Suzie

: Sudah tentu! Terima kasih ibu, kerana sudi ajarkan adik cara hendak membuat karipap.

Ibu

: Sama-sama adik.

Anda mungkin juga menyukai