Anda di halaman 1dari 7

1. Butiran Temubual Kumpulan 1 : Mereka yang berumur 55 tahun ke atas.

Nama Umur Pekerjaan

: : :

Hasan Bin Diam 65 tahun Bersara

Transkripsi Temubual

Saya

Pada pandangan encik, adakah Hari Raya Haji adalah sambutan yang penting kepada anda?

Hasan Saya Hasan

: : :

Ya, memang. Adakah ia lebih penting daripada Hari Raya Aidilfitri? Sama penting, tidak ada perbezaan. Hari Raya Haji ialah orang mengejar Haji di Mekah.

Saya Hasan

: :

Adakah semua orang mesti pergi ke sana? Orang yang berkuasa, ada duit, badan bersihat dan orang yang bercukup belanja. Misalnya orang yang berumur 18 tahun pun boleh pergi.

Saya

Bagaimanakah sambutan encik semasa zaman kanak-kanak, adakah ia berbeza dengan masa sekarang?

Hasan

Ya memang ada berbeza. Semasa kanak-kanak suka bermain sahaja, tidak tahu apa itu Hari Raya Haji hanya tahu Har Raya Aidilfitri. Kanak-kanak suka Hari Raya Aidilfitri saja.Hari Raya Haji hanya orang tua yang suka sebab orang tua pada masa itu sudah kerja dan mengejar Haji di Mekah.Semasa Hari Raya Haji (Hari Raya Korban) kita mengorbnkan lembu, kamping dan sebagainya untuk Hari Raya Haji.

Saya

Disebabkan golongan yang tidak sama, pemikiran mereka pun tak sama.
1

Hasan

Misalnya golongan yang berumur 25 tahun hingga 45 tahun, pemikiran mereka sudah matang da nada perubahan.

Saya Hasan

: :

Bagaimana sambutan Hari Raya Haji pada zaman dahulu? Kanak-kanak tidak ada apa-apa, hanya orang tua pergi sembayang, mendengarumat-umat Islam menceritakan hal-hal berkaitan dengan nabi-nabi. Selepas itu, kita balik rumah mengorban lembu.Ada yang mengorban lembu di masjid.Macam saya yang korban, saya boleh tinggal sikit makan, selebihnya bagi orang yang miskin.

Saya

Daging tersebut boleh bagi sesiapa atau hanya boleh bagi orang yang miskin dan beragama Islam?

Hasan Saya Hasan

: : :

Ya. Tidak boleh bagi orang lain? Ya. Kalau kita bagi orang bukan Islam itu bukan korban namanya.Ia hanya sebagai hadiah.Kalau lembu yang berkorban tidak boleh bagi kepada orang bukan Islam, mesti bagi semua orang Islam.

Saya

Sekiranya daging lembu tidak dapat diagihan dengan habis, bagaimana untuk menyelesaikan daging yang terlebih?

Hasan

Nampak orang miskin bagi sahaja dan agih sehingga habis, tidak boleh tinggal kerana daging lembu tersebut memang hak pada hari tersebut.

Saya

Apakah yang akan berlaku bagi kemerosotan nilai ataupun amalan-amalan semasa sambutan tersebut?

Hasan

Adat dan nilai Hari Raya Haji adalah bagus kepada orang Islam. Kita menggalakkan Islam berkorban.

Saya Hasan Saya

: : :

Adakah nilai-nilai ini mesti dikekalkan? Memang mesti dikekalkan oleh orang beragama Islam. Jadi, pada pandangan anda, untuk mengekalkan nilai-nilai dan amalan-amalan ini, apakah cara yang paling bagus untuk menurutkan niali atau amalan yang ada kepada generasi yang akan
2

dating? Hasan : Hari Raya Haji ini memang dari dulu-dulu sehingga sekarang. Setiap orang Islam raikan dengan meriah. Ia tidak ada keturunan-keturunan. Ini adalah Hari Raya yang paling besar, terutamanya di Semenanjung tidak sama seperti sini. Di sini Hari Raya Aidilfitri yang besar malah di Semenanjung Hari Raya Haji yang paling besar bagi mereka.Kalau ikut istilah, memang Hari Raya Haji yang paling besar disambutkan. Di Semenanjung, mereka korban dan terus masak dan ajak orang miskin datang makan. Sebab orang miskin dalam istilah, mereka adalah golongan yang susah dapat makan makanan yang sedap. Saya : Sekian terima kasih.

2. Butiran Temubual Kumpulan 2 : Mereka yang berumur antara 25 tahun hingga 45 tahun.

Nama Umur Pekerjaan

: : :

Jefferi Bin Johari 41 tahun Kerani

Transkripsi Temubual Saya : Pada pandangan kamu, adakah Hari Raya Haji adalah sambutan yang penting atau semestinya kepada anda? Jefferi : Ya, penting untuk orang muslim. Daripada raya-raya kita sambut, Raya Aidiladha adalah raya yang penting kepada kita. Saya Jefferi : : Adakah ia lebih penting daripada Hari Raya Aidilfitri? Hari Raya Aidifitri ialah Hari Raya Sunat. Hari Raya Haji ia perayaan yang paling penting kepada umat Islam. Saya : Bagaimana cara anda menyambut Hari Raya Haji secara individu?
3

Jefferi

Ia berdasarkan tempat. Misalnya di bintulu, kita selalu menyambut secara kecil-kecilan tidak seperti di daerah Semenanjung - Kuantan dan Terengganu, mereka sambut dengan meria.

Saya

Bagaimanakah sambutan pada zaman kanak-kanak anda berbanding kepada masa sekarang?

Jefferi

Tidak ada apa-apa perbezaan. Kita bangun awal pagi.Selepas mandi kita pergi ke masjid sembayang. Semasa kanak-kanak kita mengikut ayah pergi ke masjid sampai sekarang.Macam sekarang ada anak, kita bawa anak pergi masjid.

Saya Jefferi

: :

Adakah lembu itu perlu disembayang sebelum dipotong? Tidak perlu. Selepas habis sembayang, kalau ada potong lembu, kita buat potong lembu dulu. Selepas itu, daging lembu agih kepada semua orang yang miskin.

Saya

Apakah berlaku kemerosotan nilai ataupun amalan-amalan semasa sambutan tersebut?

Jefferi

Nilai lebih penting kepada menunai korban Haji. Orang muda tidak mementingkan Hari Raya Haji daripada Hari Raya Aidilfitri. Keadaan ini menyebabkan amalan-amalan yang diamalkan semasa Hari Raya Haji menghadapi masalah kehilangan warisan.Hal ini disebabkan terdapat campuran budaya barat menyebabkan golongan muda kurang mengamalkan nilai atau amalan yang turut-menurut daripada golongan tua.

Saya

Pada pandangan anda, bagaimana mengekalkan amalan-amalan dan nilai di kalangan muda?

Jefferi

Amalan Hari Raya Haji perlu dihidupkan di kalangan muda. Pada pendapat saya, di sekolah perlu meningkatkan ajaran tentang amalan Hari Raya Haji iaitu berdasarkan pendidikan agama Islam.

Saya

Sekian terima kasih.

3. Butiran Temubual Kumpulan 3 : Mereka yang berumur antara 7 tahun hingga 18 tahun.

Nama Umur Pekerjaan

: : :

Abdul Haziq Bin Annuar 17 tahun pelajar

Transkripsi Temubual

Saya

Pada pandangan anda, adakah Hari Raya Haji adalah sambutan Yang lebih penting daripada Hari Raya yang lain?

Abdul Saya Abdul

: : :

Ya. Kenapa ia lebih penting daripada Hari Raya Aidilfitri? Hal ini disebabkan Hari Raya Aidilfitri hanya menyambut selepas satu bulan dalam puasa. Hari Raya Haji ada bergaitan dengan Nabi.

Saya

Memang tanggungjawab bagi orang yang beragama Islam melaksanakannya?

Abdul Saya

: :

Ya. Pada pandangan anda, amalan-amalan atau nilai-nilai apa yang perlu diamalkan semasa Hari Raya Haji?

Abdul

Pada wakru pagi, kita bersolat di masjid. Selepas itu kita mengadakan perkorbanan.

Saya Abdul Saya

: : :

Adakah anda pernah mengikut aktiviti perkorbanan lembu? Ya. Sejak bilakah anda sudah mengikuti ayah anda pergi ke masjid dan merayakan Hari Raya Haji.

Abdul Saya Abdul

: : :

Ya. Sudah lama. Sejak kecil? Ya.


5

Saya

Adakah ini merupakan arahan daripada ayah anda ataupun anda rela melaksanakannya?

Abdul

Ya. Rela. Siapa hendak tolong, dia akandatang untuk menolong. Daging itu bagi orang yang miskin.

Saya

Amalan menziarahi kaum keluarga terutama mereka yang lebih tua semasa perayaan Jari Raya?

Abdul

Bagi orang Islam, setiap hari merupakan perkorbanan. Pada Hari Raya Haji, daging itu tidak boleh dijual hanya bagi kepada orang yang miskin.

Saya

Adakah daging lembu perlu ditinggal sedikit untuk kegunaan sendiri?

Abdul

Sesiapa yang menolong dalam aktiviti mengorban lembu akan mengambil sebahagian terlebih dahulu. Setiap bahagian lembu akan ditimbang terlebih dahulu.

Saya Abdul

: :

Pembahagian lembu ada memilih mana-mana bahagian lembu? Biasanya ialah isi dan tulang. Sekiranya mereka ingin bahagian yang lain seperti ekor, kulit dan sebagainya, mereka juga akan bagi. Asal daging lembu tidak boleh dijual.

Saya

Itu sahaja, terima kasih.

4. Kesimpulan Selepas bertemu bual dengan tiga kumpulan yang berlainan umur, mereka mempunyai pandangan yang sama iaitu mereka merasai sambutan Hari Raya Haji adalah sangat penting bagi mereka. Mereka akan menyertai aktiviti perkorbanan lembu dan mengagihkan daging lembu yang selebihnya kepada orang miskin. Hal ini disebabkan mereka mengamalkan nilai perkorbanan untuk diri sendiri. Di samping itu, saya mempunyai pengetahuan yang baru iaitu, Hari Raya Haji merupakan Hari Raya yang terbesar kepada mereka. Tetapi di Bintulu, Hari Raya Haji
6

tidak disambut dengan meria sekiranya berbanding dengan negeri Kelatan dan Terengganu. Selain itu, daging lembu yang dikorban tidak boleh diagih kepada orang yang bukan Islam. Sekiranya bagi orang bukan Islam, maka ia kehilangan istilah korban. Dalam perbualan, saya dapati Kumpulan 2 dan kumpulan 3 menyampaikan maklumat kepada saya adalah berdasarkan pengalaman mereka.Malah kumpulan 1 pula hanya mempunyai sedikit pengetahuan tentang Hari Raya Haji.

5. Reflektif: Setelah menyiapkan tugasan ini, maka saya mendapati bahawa setiap agama mempunyai hakisan nilai atau amalan yang mungkin berlaku.Hal ini disebabkan pengaruh daripada budaya barat, internat dan kehilangan perasaan kepentingan terhadap agama sendiri.Maka kita harus berdaya upaya untuk mengekalkan nilai dan amalan yang sedia pada setiap agama. Sekiranya melihat agama saya, ia juga akan berlaku hakisan nilai dan amalan semasa menyambut Hari Raya agama saya sendiri. Kesemua ini mungkin tidak disedari.Maka, pada pendapat saya, ibu bapa boleh menerang kepentingan bagi setiapa perayaan masing-masing kepada anak-anak terlebih dahulu.Dengan ini, golongan yang muda boleh mengetahui istilah yang lebih jelas sebelum merayai setiap perayaan.Nilai dan amalan tersebut juga dipupuk daripada sekolah iaitu berdasarkan pendidikan agama Islam atau pendidikan moral.Saya sebagai salah satu anggota yang di masyarakat ini, saya juga bertanggungjawab untuk menyebarkan pengetahuan ini kepada rakan sekerja, murid-murid dan keluarga saya.

Anda mungkin juga menyukai