Anda di halaman 1dari 18

16 NILAI MURNI SEKITAR

ALAM

1. Prinsip rendah diri.

Bumi bukanlah milik manusia sahaja; kita adalah sebahagian daripada bumi dan alam

2. Prinsip bekerjasama.

Peranan kita adalah untuk memahami, bekerja seiring jalan serta hidup berharmoni dengan alam tabii, dan bukan untuk menawan, menjajah serta mengeksploitasinya.

3. Prinsip menghormati alam/bumi.

Semua spesies sama ada berguna atau tidak kepada menusia mempunyai hak untuk hidup atau sekurang-kurangnya berjuang untuk hidup.

4. Prinsip kehidupan seimbang.

Kebahagian hidup diperoleh daripada kemajuan dalam aspek kebendaan dan kerohanian tanpa mengabaikan kepentingan alam sekitar

5. Prinsip mementingkan kemapanan ekosistem.

Sesuatu tindakan adalah baik apabila dapat mengekalkan keuntuhan ekologi, keterusan dan kepelbagaian sistem yang menyara kehidupan di bumi, untuk kita dan kehidupan lain.

6. Prinsip mengekalkan kehidupan liar dan kepelbagaian hidup.

Tindakan mengekalkan hidupan liar dan kepelbagaian hidup.

7. Prinsip kerosakan minima.

Apabila kita terpaksa melakukan perubahan kepada alam / bumi untuk memenuhi keperluan kita, kita mestilah memilih cara yang akan mengakibatkan kerosakan yang minima.

8. Prinsip perubahan berterusan.

Sekiranya kita ingin melakukan perubahan kepada alam l bumi, kita mestilah mengikut kadar dan cara yang sesuai dengan alam / bumi.

9. Prinsip ekonomi bukanlah segala-galanya.

Anggapan bahawa manusia dan bendabenda hidup sebagai tidak mempunyai sebarang nilai selain daripada nilai ekonomi amatlah salah.

10. Prinsip mengiktiraf hak mereka yang belum lahir atau hak generasi yang akan datang.

Kita harus meninggalkan bumi dalam keadaan yang sama kalau tidak pun lebih baik lagi daripada apa yang kita temui pada mulanya.

11.

Prinsip tanggungjawab setiap individu.

Setiap orang mestilah bertanggungjawab ke atas pencemaran dan degradasi alam sekitar yang diakibatkan olehnya. Membuang bahan cemar di tempat orang lain, seumpama kita racuni orang yang mendiami tempat itu.

12. Prinsip kesederhanaan.

Tiada individu, badan korporat ataupun negara mempunyai hak yang tidak terbatas ke atas sumber-sumber alam / bumi yang terhad; jangan biarkan keperluan bertukar menjadi laba.

13. Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistem.

Kita mestilah melindungi ekosistem yang masih liar dan memperbaiki semula yang telah rosak.

14. Prinsip etika melebihi hukum.

Dalam melindungi dan memastikan ketruswujudan alam / bumi, lakukanlah lebih baik daripada apa yang dikehendaki oleh undang-undang.

15. Prinsip mengalami dan menghayati sendiri adalahpaling baik.

Cintailah alam / bumi dengan mengalami dan menghayati udara, air, tanah, tumbuhan, dan haiwan.

16. Prinsip mencintai persekitaran.

Kenalilah persekitaran kita supaya kita dapat memahami dan mencintainya.

anda mula faham apa itu PPAS

Anda mungkin juga menyukai