Anda di halaman 1dari 3

SOAL SELIDIK MENGENAI MAKLUM BALAS GURU PELATIH MENGENAI PEMAKANAN MEE SEGERA.

Kami telah membuat sebanyak 12 soalan soal selidik mengenai pemakanan mee segera dalam kalangan guru pelatih IPG KPM (responden). Pelbagai maklum balas yang kami terima daripada responden. Borang soal selidik ini telah kami edarkan kepada 20 orang responden. Antara soalan yang kami utarakan adalah seperti jantina, umur, mee segera pilihan responden, kekerapan pengambilan mee segera, mula memakan mee segera dan lain-lain. Satu soalan respon terbuka telah kami kemukakan dalam borang selidik yang berkenaan iaitu pendapat respoden tentang pengambilan mee segera baik diamalkan atau tidak. Kami telah mendapat pelbagai jenis jawapan daripada responden. Kebanyakan respoden mengatakan pengambilan makanan mee segera ini tidak baik untuk diamalkan. Hal ini kerana ia mendatangkan banyak keburukan berbanding kebaikannya. Setelah berbincang sesama ahli kumpulan, kami memutuskan mengambil satu soalan daripada borang soal selidik ini untuk dibuat analisis dengan lebih terperinci. Soalan yang kami pilih adalah soalan nombor 5. Soalan ini berbunyi, Sejak bilakah anda mula memakan makanan mee segera?. Jawapan yang disediakan untuk soalan ini adalah mengikut peringkat umur responden. Kami telah menganalisis soalan tersebut dan mempersembahkan hasil analisis tersebut dalam bentuk jadual dan graf supaya lebih jelas untuk dilihat dan dinilai oleh orang ramai. Hasil analisis kami adalah seperti di muka sebelah.

JADUAL DI BAWAH MENUNJUKKAN BILANGAN RESPONDEN MULA MEMAKAN MEE SEGERA MENGIKUT PERINGKAT UMUR

UMUR

BILANGAN RESPONDEN

5 8 TAHUN

9 11 TAHUN

12 14 TAHUN

15 18 TAHUN

JUMLAH

20

Merujuk pada jadual dan graf di atas, kami mendapati bahawa kebanyakan responden mula memakan mee segera pada usia 12 14 tahun. Bilangan responden paling sedikit mengenali dan memakan mee segera adalah pada usia 9 11 tahun. Hal ini terbukti dengan borang soal selidik yang telah kami edarkan kepada 20 orang responden. Antara faktor yang mempengaruhi pemakanan mee segera di kalangan responden adalah pengaruh rakan dan juga keluarga. Pada usia 12 14 tahun dikatakan mempunyai purata yang paling tinggi kerana pada usia ini responden berada pada tahap umur awal remaja. Seperti yang kita sedia maklum remaja suka mencuba sesuatu benda yang baru dan dirasakan menarik untuk mereka. Pada peringkat ini juga remaja mudah dipengaruhi dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya sangat kuat untuk mempengaruhi remaja seusia itu melakukan sesuatu.mereka juga berasa diri mereka sudah besar dan mampu membuat keputusan sendiri, akibatnya mereka akan memakan makan tersebut walaupun mereka tahu pemakanan mee segera boleh mendatangkan banyak keburukan

berbanding kebaikan. Pada usia ini kawanlah orang yang paling mereka suka , oleh itu, apa sahaja yang dilakukan oleh rakan mereka, mereka turut ingin melakukannya seperti memakan mee segera. Larangan daripada keluarga sudah tidak diendahkan lagi. Tetapi jika dilihat pada usia 9 11 tahun responden sudah pun mula memakan mee segera mungkin disebabkan atas faktor keluarga bukan pengaruh rakan sebaya. Pada usia ini responden masih lagi dalam peringkat kanak-kanak lagi. Kanak-kanak pada usia itu mempunyai perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Dengan hanya melihat ahli keluarga mereka memakan mee segera, mereka turut mula memakan mee segera tanpa mengetahui makanan tersebut bahaya untuk kesihatan atau tidak . mereka hanya akan mengikut sahaja apa yang mereka nampak dan dirasakan menarik. Mungkin pada usia ini ada ahli keluarga yang cuba melarang kanak-kanak memakan mee segera, tetapi tidak berjaya kerana jika mee segera masih lagi tersimpan di dalam rumah, mereka tetap akan memakannya. Hal ini disebabkan ada ahli keluarga tersebut memakan mee segera. Kesimpulannya, melalui soal selidik ini, walaupun mengetahui keburukan memakan mee segera, namun kita masih lagi mengamalkannya. Oleh itu, dengan mengetahui akan keburukan makanan mee segera ini kita sepatutnya mengurangkan pengambilan makanan ini serta berhenti dari memakan mee segera. Jika kita masih lagi mengamalkannya, tidak mustahillah pelbagai penyakit akan timbul.

Anda mungkin juga menyukai