Anda di halaman 1dari 10

Disiplin Teras Kejayaan

DISIPLIN TERAS KEJAYAAN

pakah yang dikatakan disiplin? Disiplin bermaksud keadaan anggota sesebuah organisasi berkelakuan mengikut standard perlakuan yang diterima oleh organisasi

berkenaan. Disiplin adalah positif jika standard perlakuan ini diikuti dengan rela hati tetapi ia menjadi negatif apabila standard perlakuan ini dilanggar atau tidak diikuti langsung.

Disiplin bertujuan menggalakkan pekerja-pekerja mencapai standard prestasi kerja yang ditetap-kan dan untuk berkelakuan munasabah serta selamat semasa bekerja. Pekerja yang mematuhi peraturan dan standard prestasi kerja yang ditetapkan wajar diberi pengiktirafan dan peng-hargaan serta kenaikan pangkat dan sebaliknya bagi mereka yang melang-garnya
patut dikenakan tindakan tata-tertib. Disiplin juga bertujuan untuk mengawal kelakuan anggota perkhidmatan awam supaya sempurna dan bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam masyarakat. Imej perkhidmatan terletak pada tahap disiplin yang dipamerkan oleh anggotanya.

Disiplin sangat penting, tanpanya sebarang peraturan sukar dilaksanakan - Everything starts

tidak akan diwujudkan.

yang diberikan itu untuk menyusahkan orang ramai kerana kuasa itu adalah suatu amanah yang perlu digunakan untuk kebaikan. "Kalau tidak kerana orang ramai, Perkhidmatan Awam

from positive self-discipline. "Positivie self-discipline perlu dimiliki oleh setiap anggota perkhidmatan awam pada semua peringkat yang mana ia akan membolehkan setiap pekerja menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab., amanah serta sense of loyalty terhadap tugas mereka. Apabila kita telah memilih untuk menjadi seorang anggota perkhid-matan awam, kita perlu sanggup berkorban untuk ditugaskan dimana-mana saja walaupun tempat itu bukan pilihan kita. Untuk menjadi seorang anggota perkhidmatan awam yang berdisiplin, kita perlu berkeupayaan menyesuaikan diri dengan kehendak persekitaran tempat bekerja. Kita juga perlu mendisiplinkan diri untuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi menjamin tugastugas yang dilaksanakan berjalan lancar. Jika tidak sebarang pembaharuan yang diper-kenalkan sukar dilaksanakan. Setiap anggota perkhidmatan awam perlu men-disiplinkan dirinya dengan menggunakan kuasa yang ada pada mereka dengan sebaik-baiknya. Janganlah jadikan kuasa

Tugas anggota perkhidmatan awam adalah sangat penting. Apa juga yang dibuat mempunyai kesan terhadap masyarakat. Anggota perkhidmatan awam bertang-gungjawab menangani masalah dan urusan hidup masyarakat serta menterjemah dan melaksanakan segala dasar dan pendekatan bagi menguatkuasakan undang-undang. Anggota perkhidmatan awam juga perlu mengwujudkan sikap akauntibiliti dalam semua tindakan demi menjaga kredibiliti perkhidmatan awam sebagai jentera Kerajaan. Bagi membawa perubahan yang dikehendaki ini, pendekatan utama adalah menerusi latihan, terutama tentang sikap terhadap kerja. Latihan juga penting untuk menambah pengetahuan dan kemahiran atau menajamkan lagi bakat yang sedia ada pada seseorang. Pada masa ini, terdapat berbagai bentuk latihan. Selain daripada latihan secara formal, self learning juga boleh memperbaiki kebolehan seseorang. Untuk ini semua anggota perkhidmatan awam hendaklah menjadi computer literate dalam bidang yang ada kaitan dengan kerja masing-masing .

Disusun oleh Ramly Mohaiadin, PPN

Disiplin Teras Kejayaan

"Discipline is a key trait that managers must strive for it should not just simply obedience to rules and regulations but the training of oneself to control one's habit, actions and desires.

Disiplin Membentuk Kecemerlangan Diri


emua anggota-anggota Perkhid-matan Awam hendaklah mematuhi Perintah-Perintah Am Bab "D" tahun 1980 serta Pekeliling-Pekeliling dan Peraturan- Peraturan pentadbiran yang dikeluarkan dari semasa ke semasa mengenai tata-kelakuan dan tatatertib, selain daripada undang-undang negara.

of the land. Civil servants must not only subscribe to the General Orders, Circulars and other administrative instructions relating to dicipline, but must abide by the ordinary and civil laws that apply to all citizens. There are, in addition, particularly statutes like the Officials Secrets Act 1972, which restrict the disclosure of official information. It is an offence under the Prevention of Corruption Act 1961 (Revised 1971) for all civil servant corruptly to accept any gift or consideration as an inducement or reward. There are in addition to such laws various written rules regarding such matters as the acceptance of outside employment, and guidelines on political activities etc. In short, civil servants owe their obedience to the law. In practice, the distinctive character of the civil service depends largely on the existence and maintenance of a General Orders, the circulars and the statutes, although some mamy be intangible and unwritten. Characters does nor reach its best until it is controlled, harnesed and disciplined.

The conduct of all public servants is subject to the law

dipatuhi oleh pegawai-pegawai Kerajaan adalah seperti berikut:

Undang-undang, Pekeliling-Pekeliling dan Surat-surat Pekeliling yang perlu diketahui dan


Undang-undang Prevention of Corruption Act 1961 [Revised 1971 Official Secrets Act 1972 Financial Procedure Act 1957 Pekeliling-pekeliling Perkhid-matan Bilangan 11 Tahun 1971 dan Bil. 30 Tahun 1974 berkenaan mengambil bahagian dalam politik oleh pegawai-pegawai Kerajaan. Bilangan 3 dan 4 Tahun 1981, Bil. 4 Tahun 1982 dan Bil. 2 dan 3 Tahun 1984 berkenaan arahan pengisytiharan harta oleh pegawai-pegawai Kerajaan. Bilangan 7 Tahun 1982 berkenaan penglibatan pegawai Kerajaan dalam Lembaga Pengarah syarikat dimana Koperasi / Tabung / Kesatuan Sekerja mempunyai kepentingan dari segi dari segi pelaburan modal atau ekuiti. Bilangan 10 Tahun pegawai awam. 1984 ber-kenaan peraturan dadah di kalangan pegawai-

Disusun oleh Ramly Mohaiadin, PPN

Disiplin Teras Kejayaan

Bilangan awam.

1 Tahun 1985

ber-kenaan

pernyataan awam oleh pegawai-pegawai

Bilangan 2 Tahun 1985 berkenaan pakaian, masa bekerja dan semasa menghadiri upacara upacara rasmi bagi pegawai-pegawai awam. Bilangan 2 Tahun 1987 berkenaan kebenaran kepada pegawai-pegawai awam bagi menubuhkan Syarikat Pega-ngan Keluarga. Bilangan 3 Tahun 1989 berkenaan siaran ucap tahniah/ ucap terima kasih di suratsurat khabar dan media massa yang lain oleh pihak swasta, persatuan pertubuhan atau orang perseorangan atau kumpulan kepada pegawai-pegawai awam. Surat-surat Pekeliling Bilangan 5 Tahun 1984 berkenaan laporan pengisytiharan harta oleh pegawai pegawai Tingkatan Tertinggi "E" kebawah yang tidak memegang jawatan Ketua Jabatan Bilangan 1 Tahun 1987 berkenaan laporan harta tambahan dan pelupusan bagi pegawai-pegawai Kumpulan "A Surat Pekeliling Am Bilangan 11 Tahun 1981 berkenaan Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu di Pejabat-pejabat Kerajaan Surat Pekeliling Am Bilangan 8 Tahun 1983 berkenaan Pemakaian Tanda Nama. adalah merupakan "codes of conduct" yang mengawasi tatakelakuan pegawai-pegawai Kerajaan. Semua Pegawai Kerajaan perlu mengetahui dan mematuhi undang-undang pekeliling-pekeliling dan surat-surat pekeliling yang tersebut. Adalah diharapkan dokumen-dokumen ini akan menjadi bahan-bahan latihan dan juga isi kandungannya hendaklah menjadi soalan-soalan dalam temuduga-temuduga, kenaikan pangkat, pemberian biasiswa dan lain-lain ujian untuk menilai tahap pengetahuan pegawai-pegawai Kerajaan mengenai "profesion" mereka.

Undang-undang, Pekeliling-pekeliling dan Surat-surat Pekeliling yang disebutkan di atas tadi

TATAHIAS DAN HEMAH DIRI DALAM URUSAN RASMI

MAKSUD TATAHIAS Satu aspek pengurusan diri yang memnitikberat-kan tentang kekemasan kesempurnaan dan kesesuaian berpakaian dalam penampilan diri semasa urusan rasmi atau majlis. Disamping itu, aspek tatahias mementingkan juga tentang hemah diri. KEPENTINGAN TATAHIAS Penampilan seseorang individu dalam sesuatu urusan rasmi sentiasa diiringi oleh dua bentuk imej iaitu:

Disusun oleh Ramly Mohaiadin, PPN

Disiplin Teras Kejayaan

Imej organisasi dimana ia berkhidmat dan Imej peribadi. Oleh yang demikian seseorang itu hendaklah sentiasa peka tentang situasi ini dimana hiasan diri merupakan mesej pertama (berbentuk bukan lisan) yang dipamirkan apabila bertemu dengan orang lain. Dengan berpakaian yang sesuai serta serba kemas, maka keselesaan pertemuan dapat diwujudkan dan tanggapan yang negatif dapat di atasi. BERPAKAIAN KE PEJABAT Setiap perkhidmatan awam atau sesiapa jua yang terlibat dalam urusan memberi khidmat, norma berpakaian amat dipentingkan. Dalam hal ini terdapat beberapa panduan yang perlu dipatuhi : 1) Pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan 2) Sesuai dengan jenis pekerjaan 3) Kemas dan terurus 4) Barang kemas dan hiasan ditahap yang paling minima 5) Pewangi yang ringan 6) Kemampuan ekonomi diutamakan. 7) Kebersihan diri dititikberatkan

Kemasan diri - Lelaki


Apabila mengenakan pakaian, beri tumpuan kepada perkara berikut: 1) Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama 2) Lain-lain warna tanpa corak (light and plain sebagai pilihan kedua 3) Baju jaluran halus juga boleh diterima (single colour pinstripe) 4) Semua butang baju perlu disematkan, kecuali di kolar 5) Baju berlengan panjang jangan digulung/dilipat lengannya 6) Baju hendaklah sentiasa dimasukkkan ke dalam seluar 7) Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan badan dan tangan 8) Elakkan dari corak kekotak yang besar dan tebal 9) Elak dari memakai jenis berjalur keseluruhannya (baju, seluar dan stokin) 10) Seluar jangan terlalu labuh hingga mencecah lantai ataupun singkat hingga kelihatan tergantung 11) Jangan memakai seluar yang ketat 12) Padankan stokin dengan warna seluar ataupun kasut 13) Elakkan memakai stokin yang longgar (jatuh ke buku lali) 14) Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian ke pejabat melainkan berpakaian putih 15) Kasut hendaklah sentiasa bersih dan berkilat 16) Kasut bersukan, walau bagaimana mahal pun ianya tidak ada tempat dalam urusan rasmi.

Kemasan diri - Wanita


1) Elakkan dari berpakaian berkilat/berkilau disiang hari 2) Elakkan dari berpakaian yang singkat/mendedah dan mengghairahkan 3) Jangan kelihatan seperti hendak ke majlis 4) Corak fabrik tidak lebih dari empat warna

Disusun oleh Ramly Mohaiadin, PPN

Disiplin Teras Kejayaan

5) Penggunaan alat solek tidak keterlaluan 6) Pastikan ada harmonis dalam berpakaian 7) Kasut jenis "courtshoe 8) Perhiasan yang minimum

PAKAIAN YANG DI TEGAH KE PEJABAT


1) Kelihatan "casual 2) Warna garang dan berkilauan 3) Mengancam 4) Solekan tebal 5) Berstokin tebal 6) Kasut yang tidak terjaga (kotor/berlapuk) 7) Berselipar 8) Berkaca mata hitam (jenis berkilat) ketika dalam pejabat 9) Berkasut tanpa stokin HEMAH DIRI Hemah diri adalah 'pakaian' rohani dan jasmani seseorang individu yang dinyatakan melalui tingkahlaku dan gerakgeri. Pakaian yang serba kemas, segak dan tertib belum tentu menggambarkan satu sahsiah yang berhemah tinggi. Oleh itu, tingkahlaku dan maruah diri hendaklah sentiasa dilindungi dan dipupuk supaya kita akan dihormati dan disegani. LAYANAN Layanan yang mesra lagi bersopan merupakan tuntutan utama dalam perhu-bungan dan perkhidmatan. Antara amalan terpuji yang perlu ditunjukkan semasa bertemu dan melayani tetamu atau pelanggan: 1) Melafazkan salam pertemuan dan perpisahan apabila berpisah. 2) Menyambut dengan senyuman yang mesra. 3) Bertutur dengan jelas. 4) Tertib dan berbudi bahasa. 5) Pamirkan imej yang baik/disenangi.

KESIHATAN, KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN


Aspek ini amat penting, ia menggambarkan sejauh mana seseorang itu memberi keutamaan kepada pengurusan dirinya. Antara perkara-perkara yang dimaksudkan ialah:Bahagian kepala dan muka Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga; Misai dan janggut diurus dengan baik; Bulu hidung tidak kelihatan; Gigi sentiasa bersih; Pernafasan tidak berbau;

Disusun oleh Ramly Mohaiadin, PPN

Disiplin Teras Kejayaan

Bahagian badan dan tangan Badan tidak berbau; Baju tidak ada tanda tercarik; Baju tidak kelihatan berdaki di lengan, poket dan kolar; Baju kelihatan tidak bergosok; Kuku jari dipotong, tidak kelihatan panjang atau tanda di gigit-gigit; Kulit dilengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda-tanda berpenyakit. Bahagian punggung dan kaki Seluar tidak kelihatan tidak bergosok; Seluar tidak kelihatan tercarik; Tidak berstokin; Memakai stokin lebih daripada had harinya; Kasut hitam kelihatan kelabu; Kasut coklat kelihatan hitam. Kenyataan atau panduan di atas diharap dapat mengingatkan kita tentang pen-tingnya aspek pengurusan dan pengemasan diri. Tiada siapa yang boleh mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri. Namun demikian sebagai pemberi khidmat, kita perlu berubah, daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik, supaya per-khidmatan yang diberi tidak sahaja berkualiti malahan orangnya juga turut berkualiti.

AKAUNTIBILITI
ia telah berjanji untuk memikul dan A pabila seseorang pegawai awam menerima perlantikanberjanji untuk menunaikan tugas dan menunaikan tang-gungjawab dengan amanah. Ia juga

tanggung-jawab dengan tekun, jujur dan sempurna. Dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah ini, pegawai itu juga diberi kuasa. Untuk menjamin tidak berlaku penye-lewengan dan penyalahgunaan kuasa maka kawalan diwujudkan. Sistem kawalan atau disiplin dalam perkhidmatan awam ber-teraskan pewujudan nilai-nilai terpuji seperti kualiti, akauntibiliti dan seba-gainya. Unsur-unsur akauntibiliti dapat dilihat daripada matlamat-matlamat berikut:Pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggung-jawab; Pegawai awam perlu meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka; dan Pegawai awam perlu sentiasa menjaga imej perkhidmatan awam. Dalam membicarakan "akauntibiliti" ianya boleh dilihat dari dua aspek iaitu Pengawalan secara umum dan Pengawalan secara khusus. Pengawalan secara umum dapat dilihat daripada Peraturan 4 - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menggariskan secara terpeinci akan tatakelakuan pegawai awam yang utama. Penghayatan tatakelakuan oleh setiap anggota perkhidmatan awam akan mewujudkan perkhidmatan awam yang benar-benar "Bersih,

Disusun oleh Ramly Mohaiadin, PPN

Disiplin Teras Kejayaan

Cekap dan Amanah" dan anggota yang benar-benar bertanggungjawab ke atas amanah yang diberikan kepadanya. Pengawalan secara khusus adalah bertujuan untuk melahirkan nilai-nilai amanah, bertanggungjawab, mengelakkan penyalahgunaan kuasa, kedudukan dan sebagainya. Ini dapat dikupas daripada peraturan-peraturan yang dinyatakan di dalam Peraturanperaturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 itu sendiri.

sedia menerima amanah, maka adalah menjadi tanggungjawab kita menjaganya dan mendisiplinkan diri agar jentera atau organisasi Kerajaan diletakkan di-tempat yang tinggi dan dihormati oleh masyarakat umum. Apabila amanah telah hilang, akan hilanglah kredibiliti anggota perkhidmatan awam itu sendiri amnya dan kredibiliti Kerajaan khasnya. Amanah dan tanggungjawab hendaklah dipikul oleh semua pihak terutama kita yang telah dipilih untuk menjawat jawatan Kerajaan ini, kerana kita adalah orang-orang yang terpilih antara ribuan pemohon yang lain. Setiap anggota perkhidmatan awam bertanggungjawab keatas kerja yang dibuatnya dan bagaimana ia menyelenggarakannya. Seorang pegawai awam adalah dianggap sebagai seorang pengawal. Maka ia bertanggungjawab mena-sihati pegawai-pegawai dibawah penyeliaannya supaya bekerja dengan ikhlas, sanggup memerah tenaga demi mempertingkatkan prestasi kerja tanpa perlu diawasi atau diselia oleh pegawai atasannya dan dikongkong oleh peraturan-peraturan yang dinyatakan di dalam setiap Perintah-perintah Am. Dan sebagai Ketua Jabatan, bukan bermakna bahawa pangkat yang diberikan itu sebagai satu kuasa untuk menindas, mengugut pegawai-pegawai bawahan dengan bidang kuasa yang diberikan dengan menggunakan kedudukannya sebagai ketua. Ketua Jabatan adalah merupakan paksi pemegang amanah yang diper-tanggungjawabkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan agar sesebuah organisasi di bawah tadbirannya berjalan dengan baik dan lancar berlandaskan dasardasar dan garis panduan yang telah ditetapkan serta peraturan yang digubal oleh pihak yang bertanggungjawab. Guna-kanlah kedudukan itu sebagai penasihat dan pemberi tunjuk ajar kepada pegawai bawahan dan contoh yang dapat diteladani agar agensi atau organisasi yang dipimpin itu menjadi sebuah organisasi yang baik dan berkualiti serta dihormati oleh masyarakat.

esungguhnya jawatan itu adalah satu amanah dan setiap amanah itu akan dipersoalkan. Olehitu sebagai seorang penjawat awam yang telah diamanahkan dan

Pengertian Amanah ini tidak mungkin dapat difahami sepenuhnya jika manusia tidak menerima hakikat bahawa ia dijadikan Allah dan akan kembali kepada Nya untuk diperhitungkan segala amalannya.

Disusun oleh Ramly Mohaiadin, PPN

Disiplin Teras Kejayaan

Panduan Untuk Menjadikan Diri Anda Insan Yang Disegani

Tidak memandang rendah atau menolak terus sesuatu fakta baru perbincangan yang dikemukakan meskipun anda telah membuat keputusannya. Anda harus menerima setiap buah fikiran baru dan bertukar-tukar pendapat secara lebih membina. Jangan menunjukkan kesangsian anda terutama pada seseorang yang baru anda kenali.

1. Sedia Bertolak Ansur

2. Elakkan Dari Mengkritik Yang Keterlaluan

Jauhkan dari menjadi seorang pengkritik dengan mencari setiap kelemahan atau kekurangan orang lain tanpa berusaha menyumbangkan sesuatu yang positif. Elakkan dari sering menentang atau menyokong seseorang yang lebih tinggi dari anda. Tindakan atau pandangan orang yang lebih berkuasa dari anda tidak semestinya betul dan tidak juga semestinya salah. Apa yang baiknya ialah cara pemikiran yang terbuka dan digandingkan dengan keberanian untuk berdikari akan menghasilkan kekuatan unuk bertindak secara positif.

3. Elakkan Dari Berdendam

Selesaikan segala permasalahan secara aman dengan memaafkan mereka yang telah menyinggung perasaan dan melupakan segala pergeseran. Kerja-kerja yang dapat dilaksanakan dengan baik seharusnya dipuji dan elakkan dari menonjolkan kesilapan. Jangan terlalu mendedahkan perasaan tidak senang hati anda apabila buah fikiran atau idea anda tidak diterima seperti yang diharapkan. Anda sepatutnya menerima dengan hati yang tenang disamping mengatur semula jadual anda.

4. Sikap Ingin Menang

Mereka yang memiliki sifat ini seharusnya memaksimumkan bakat yang dikurniakan. Jangan bermasam muka atau menunjukkan kemarahan anda bila ada yang bertindak bertentangan dengan kemahuan anda. Semasa berbincang jangan menghalang orang lain dari mengemukakan buah fikiran mereka atau anda sendiri yang berlagak seolah-olah semuanya anda mengetahui. Anda sepatutnya dengan perlahan-lahan cuba menarik perhatian mereka terhadap anda dan terhadap berbagai kemungkinan yang ada.

5. Fikiran Yang Sentiasa Terbuka

Baiki kelemahan diri dan luaskan pengetahuan serta bersedia menerima nasihat dari mereka yang lebih berpengalaman. Jika sekali menghadapi kekecewaan, anggaplah ia suatu cabaran bagi memperluaskan lagi kemahiran serta membuka jalan kearah pencapaian yang lebih tinggi. Pertahankan diri sendiri bila dikritik dengan cara yang positif disamping tekad dan usaha yang bersungguh untuk memajukan diri sendiri.

6. Menepati Bila Membuat Temu Janji

Peribahasa ada mengatakan Lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Bila anda telah membuat satu perjanjian, jangan sekali-kali memungkirinya, ini kerana segala kepercayaan

Disusun oleh Ramly Mohaiadin, PPN

Disiplin Teras Kejayaan

orang terhadap anda selama ini akan luntur. Bayangkan jika ini berlaku pada diri sendiri, bagaimana perasaan anda?

7. Sentiasa Merendah Diri

Merendahkan diri sendiri bukannya bererti lemah, tiada upaya ataupun kalah sebaliknya sifat ini adalah satu sifat yang mulia, sifat yang dianjurkan oleh agama. Anda tidak akan merasa rugi dengan merendah diri, ini kerana anda mudah digauli dan disenangi oleh semua golongan kerana sifat anda yang sederhana sekalipun anda adalah seorang yang berkedudukan.

Panduan Untuk Mengeratkan Hubungan Persaudaraan Anda

1.

Menjauhi dari sifat buruk sangka, hasad dengki, iri hati dan dendam mendendami. Penyakit seperti ini adalah amat merbahaya jika tidak dikawal. Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita miliki dan menjadikan orang yang tidak bernasib baik dari kita sebagai contoh.

Mengelakkan Buruk Sangka

Tidak bersikap sombong dan angkuh dengan kelebihan serta keadaan diri dari rakan-rakan. Hiasi diri anda dengan akhlak yang mulia nescaya orang akan suka bergaul dengan anda. Bina semangat saling mempercayai diantara individu sekeliling.

2.

Menjaga Budi Bahasa

3. Sanggup Menahan Sabar


Jangan terlalu menunjukkan perasaan marah, sedih atau kecewa di hadapan orang ramai. Tidak terburu-buru bila mendapat keputusan. Jika perasaan anda terguris jangan cepat marah sebaliknya mintalah penjelasan dari teman anda dan berterus teranglah dengannya.

4. Sedia Berkongsi Pendapat


Sentiasa berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam apa jua situasi. Tidak semua apa yang anda fikirkan itu betul dan bernas, sesekali anda juga perlu menerima nasihat dan teguran dari mereka yang lebih tahu.

5. Sanggup Menerima Kritikan

Kritikan yang membina seharusnya diterima dengan hati yang terbuka. Tidak ada insan yang pertama, nasihat yang diberi adalah untuk membaiki keadaan. Oleh itu jadikan diri anda seorang pendengar yang baik dan mintalah pandangan sahabat anda tentang diri anda.

Disusun oleh Ramly Mohaiadin, PPN

Disiplin Teras Kejayaan

Ucapkan kata-kata semangat dan perangsang serta ucapan tahniah kepada seseorang yang mencapai kejayaan atau kemenangan. Sampaikan juga berita gembira ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

6. Sedia Memberi Pujian

7.

Meraikan Tetamu

Tunjukkan minat anda pada individu tersebut dan layanilah dirinya sehingga ia merasakan yang ia adalah orang yang terpenting. Jangan menunjukkan yang anda tidak senang dengan kedatangan mereka. Sentiasa menunjukkan muka yang manis serta senyuman terhadap individu-individu di sekeliling.

8.

Ikhlas Dalam Perhubungan

Sentiasa menjaga rahsia teman anda itu, nama baik dan peribadinya begitu juga dengan keburukkannya. Perkara yang kecil seharusnya tidak diperbesarkan dan apa yang baiknya ialah dengan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian. Jangan membeza-bezakan persahabatan anda mengikut pangkat dan kedudukan. Anda sepatutnya memberi layanan yang sama rata pada semua kenalan anda.

9.

Menghadiri Majlis Undangan

Menghadiri majlis undangan adalah wajib, oleh itu anda seharusnya memenuhi undangan tersebut. Kehadiran kita didalam majlis itu sedah semestinya akan mengembirakan tuan rumahnya. Bagaimana perasaan kita sekiranya majlis yang kita adakan tetapi tiada tetamu. Sekiranya kita sudah ada temu janji yang lebih awal, beritahulah mereka dengan perasaan dukacita dan dengan nada kesal.

Disusun oleh Ramly Mohaiadin, PPN

10

Anda mungkin juga menyukai