Anda di halaman 1dari 1

Jualan dan penguasaan pasaran kereta

PROTON meningkat
Oleh Lizam Ridzuan
lizamriduan@nstp.com.my

berita harian, Rabu, 11 Julai 2018

KLANG: Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) mencatatkan


peningkatan 50 peratus jualan kenderaan dan 10 peratus penguasaan
pasaran sejak pelaksanaan kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan
(GST) pada Jun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa, berkata pembeli
mengambil peluang mendapatkan model Proton pada harga jualan tanpa
cukai dengan model paling laris ialah Saga dan Persona, yang masing-
masing menyaksikan peningkatan 70 peratus dan 56 peratus berbanding
bulan sebelumnya.

"Momentum jualan ini dijangka kekal sehingga Ogos dan PROTON perlu
menetapkan semua sasaran jualan untuk tahun ini terutama selepas
pengenalan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada September nanti,"
katanya pada majlis perasmian pusat 3S PROTON terbaharu di sini, hari
ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong; Timbalan


Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Radzaif Mohamed; dan
Presiden Pantai Bharu Group of Companies, Datuk Shamshudin Nor.

Menurutnya, PROTON kini sedang aktif menambahbaik pusat jualan dan


servis yang akan memberi impak terhadap jualan, kualiti produk dan
perkhidmatan selepas jualan dengan standard terkini daripada Zhejiang
Geely.

Terkini, pihaknya membuka pusat 3S PROTON terbaharu yang


dikendalikan oleh Pantai Bharu Corporation yang dibina di atas tanah
berkeluasan 0.7 hektar dengan kos hampir RM7 juta di Jalan Kapar, Klang.

Ia dilengkapi 12 petak penyelenggaraan, lapan servis pengangkat, 35


tempat duduk pelanggan, tiga tempat penyerahan kereta baharu serta 70
ruang parkir pelanggan disediakan.

Sehingga Jun lalu, sebanyak 87 cawangan sudah bersedia untuk


dinaiktaraf kepada 3S dan 4S dengan sasaran 109 bakal disempurnakan
menjelang akhir tahun ini.

Anda mungkin juga menyukai