Anda di halaman 1dari 2

Thursday, 14 November 2013

Usahawan trio tiga adik beradik

KRU

Beralih kepada usahawan yang ketiga, nama trio tiga adik beradik ini sudah memang tersangat
dikenali diseantero Asia. KRU. Tiga aksara yang melambangkan kesungguhan, muzik, inovasi dan
teknologi tiga artis Melayu yang boleh dibanggakan. Kumpulan yang sudah lebih sedekad
membabitkan diri dalam perniagaan berkisarkan muzik ini bijak menggunakan segala peluang yang
ada untuk mengukuhkan kedudukan dalam industri seni.
Kejayaan mengukir nama dalam dunia seni suara turut memberi kesan kepada penghasilan filem
termasuk aspek pentadbiran dan penerbitan. Malah sejak akhir-akhir ini Kru sibuk mengukuhkan
kedudukan mereka untuk menjadi satu jenama di medan antarabangsa. Semua syarikat milik mereka
disatukan di bawah satu entiti di beri nama KRU STUDIOS, malah sudah mempunyai cawangan di luar
negara.
Perkembangan positif dalam dunia perniagaan bukan saja membanggakan tiga beradik itu malah
kalangan yang mengikuti kemajuan kerjaya seni mereka. Perkara itu turut dikongsi semua pihak. Dek
kesibukan dan urusan perniagaan yang semakin berkembang, syarikat yang berpusat di Setiawangsa
ini sudahpun mengalihkan operasinya ke Cyberjaya tidak lama lagi.
KRU bermula dari bawah, mereka mendaki setiap anak tangga untuk menuju ke puncak dan yang
paling penting, mereka tidak menunggu peluang, mereka menciptanya! Pada peringkat awal
perniagaan pada 1992, mereka hanya menyewa bilik kecil. Kakitangannya, adalah Norman Abdul
Halim, vokalis KRU dan ibu. Apabila perniagaan mereka sudah berkembang, mereka berpindah ke
Setiawangsa seterusnya membeli blok perniagaan itu pada 1996 dan 1997. Disebabkan pejabat di
Setiawangsa yang agak padat dengan jumlah pekerja yang semakin ramai dan pelbagai perancangan
yang sedang giat diatur, pihak pengurusan KRU iaitu mereka sendiri bertekad untuk berpindah ke
sebuah lokasi yang lebih selesa. BERKELUASAN 15.39 ekar di atas sebidang tanah di Cyberjaya, KRU
Studios dilengkapi pelbagai kemudahan canggih untuk tujuan penerbitan, ia dilihat sebagai simbol
kejayaan kepada KRU yang ditunjangi tiga beradik popular, Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim
serta Edry Abdul Halim.
Bangunan tersebut dilengkapi dengan studio penerbitan audio, studio suntingan, studio pengimejan
digital dan studio animasi visual kesan khas. Selain itu, ia juga menyediakan dua pentas persembahan
yang masing-masingnya berkeluasan 2,500 dan 10,000 kaki persegi untuk tujuan persembahan
konsert dan rakaman program-program televisyen. Selain itu, ia juga menyediakan bilik-bilik
serbaguna seperti bilik pakaian, bilik solekan serta bilik untuk artis.
Tak cukup dengan itu, KRU Studios turut tidak lupa untuk menyediakan ruang untuk set
penggambaran luar terutama untuk perfileman, ruang pejabat untuk disewa oleh syarikat produksi
yang bukan sahaja daripada bidang filem malah pengiklanan. Dan yang paling utama, KRU Studios
mampu berbangga apabila studionya di Cyberjaya turut menawarkan sistem penataan kesan khas
dan imej janaan komputer (CGI) yang kini banyak digunakan dalam industri penerbitan.
Bidang muzik telah mereka kuasai. Feminin, Elite, Adam AF2, Dafi, Innuendo, Ezzlyn-semua adalah
artis rakaman KRU yang rata-ratanya Berjaya di arena muzik tanah air. Kini, KRU lebih menumpukan
kepada bidang filem, sesuatu yang mereka memang ingin terokai dari umur remaja lagi. Dengan
adanya KRU Studios ini, KRU merancang untuk menghasilkan 12 buah filem dalam setahun dan
menggiatkan penghasilan penerbitan-penerbitan lain. Meskipun Thailand dan beberapa negara
rantau Asia memiliki teknologi HD, KRU Studios menawarkan perkhidmatan yang jauh lebih murah di
samping lokasinya strategik.
KRU sememangnya artis yang tidak pernah kenal erti BEREHAT. Buktinya, mereka telah pun
menghasilkan sebuah dokumentari berorientasikan budaya tempatan untuk pasaran luar.
Dokumentari itu berkisar tentang keris, wau, batik dan kehidupan masyarakat Bajau Laut serta
penduduk Portugis di Melaka. Yang membanggakan ialah dokumentari itu telah berjaya dipasarkan di
22 buah negara dan ada dokumentari terbabit berjaya memenangi anugerah dalam satu majlis
penganugerahan di Bali, Indonesia tahun lalu.
Kejayaan Norman bersama dua adiknya, Yusry dan Edry adalah berdasarkan usaha mereka membina
perniagaan sejak 1992 dari modal sebanyak RM2,000 sahaja. Tetapi kini, mereka sudah ada aset
bernilai jutaan ringgit termasuk bangunan sendiri yang berharga RM4.8 juta. Norman, 36 tahun, ialah
Presiden dan Ketua Eksekutif kepada syarikat KRU Capital Sdn Bhd yang mempunyai 6 anak syarikat
iaitu KRU Music Group, KRU Publishing, KRU Communications, KRU Films, KRU Media dan KRU
Matrix. KRU Capital juga telah mengembangkan sayapnya ke Amerika Syarikat dan Singapura dengan
penubuhan KRU America Inc. dan KRU Singapura Pte Ltd.

http://cecyunxicecy.blogspot.com/2013/11/usahawan-trio-tiga-adik-beradik.html

Anda mungkin juga menyukai