Anda di halaman 1dari 13

TAJUK : IMPAK POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL YANG DILAKUKAN OLEH PORTGIS KE ATAS FILIPINA(TAHUN 1565-1898)

PENSYARAH : EN.SAPIE NAMA AHLI : NORMALAH HASHIM WILLEY MENTUA ROSLYN FAUZITA

PENDAHALUAN
Filipina merupakan merupakan pintu masuk kuasa barat ke Asia Tenggara. Jalan pintu masuk telah ditemui oleh Ferdinand Magellan. Sebelum berlaku perluasan kuasa. Filipina merupakan sebuah negara yang masih mengamalkan cara hidup yang tradisional(bercucuk tanam, menangkap hasil laut dan memunggut hasil hutan. Dari segi agama: Agama Islam telah lama bertapak dan telah mendapat tempat di Mindano dan Sulu. Manakala, bahagian lain masih mengamalkan kepercayaan Animesmi.

sambungan
Dari segi seni bina pula, tidak wujud bangunan kerajaan untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Bahagian daerah Islam telah mempunyai sistem beraja dan telah wujud sultan(Sulu) dan pembesar. Datu pula ditugaskan sebagai ketua adat.

Kedatangan Sepanyol
Tujuan: Tujuan pertama dan paling utama adalah untuk menyebarkan agama Kristian. Ini dapat disahkan oleh surat wasiat dari Queen Isabella The Catholic. - Kejayaan mereka dapat dibuktikan melalui penaklukan mereka yang telah menetapkan selama 300 tahun di filipina. Tujuan ini adalah atas dasar ingin mengubah agama penduduk Filipina dan ingin menyekat agama Islam oleh kaum Moro(Islam)

sambungan
Tujuan kedua adalah mendapatkan kekayaan ekonomi di Asia Tenggara terutamanya di Filipina. - Tujuan ini telah timbul kerana perjuangan dan persaingan yang hebat di antara negara-negara Eropah untuk mengawal perdagangan rempah di Gugusan Pulau Melayu. Walaupun, perjuangan mereka bermula dari Megellen tetapi mereka sebenarnya telah gagal monopoli perniagaan rempah.

Mereka tidak mendapat sebarang keuntungan kebendaaan daripada usaha penjajahan di Timur Jauh. Mereka membelanjakan beberapa banyak wang untuk mengekalkan pertuanannya dan boleh dikatakan tidak mendapat sedikit pun hasil kebendaan. Tujuan ketiga adalah untuk mencapai kemegahan politik. - Dengan menakluki Filipina, maka Sepanyol telah muncul sebagai sebuah empayar yang amat kuat yang sempadanya telah meluas sebagai suatu empayar yang amat kuat.

Walaupun begitu, kemegahan politik yang diidamakan oleh Sepanyol dan yang telah diperolehi telah hilang ditelan zaman. Begitu juga harta bertimbun yang diperolehi daripada Mexico dan Peru.

Impak Politik
Rakyat terpaksamembayar ufti kepada sepanyol bagi membayar setiap pembangunan yang telah dijalankan oleh Sepnyol. Rakyat juga telah dikerah untuk membuat kerja buruh paksa dan berkhidmat dalam tentera serta sanggup mengorbankan harta benda untuk memelihara mertabat dan kemulian sepanyol di Timur.

Rekod penjajahan Sepanyol adalah setanding dengan rekod penjajahan Portugis, Inggeris, Belanda, Perancis dan kuasa-kuasa barat yang lain. Peranan mereka terhadap masyarakat adalah sebagai alat mengurangkan ketegangan politik dan sebagai orang tengah dalam hal kebudayaan(Pertikaian antara kaum yang beragama dan kristian). Rakyat dikehendaki menuruti segala bentuk pemerintahan penjajah yang kejam. Namun, ada kala mereka cuba untuk mengelak.

Impak Ekonomi
Ufti yang dibayar dan perkhidmatan buruh paksa yang diberi oleh orang Filipina menjadi bantuan ekonomi yang utama dalam pemerintahan Sepanyol di Filipina sehingga hampir penghujung abad ke-18. Sebenarnya, golongan yang datang ke Filipina adalah terdiri daripada golongan Padri, askar, pejawat atau bakal pejawat serta keluarga mereka. Dan, bukan dikalangan pengeluar yang boleh menjana ekonomi mereka di Filipina.Mereka hanya mementingkan martabat mereka sahaja(untuk lebih dihormati)

Rakyat dibebankan kerana mereka terpaksa mengeluarkan hasil untuk menyara keluarga mereka dan kepada penjajah. Walaupun begitu, mereka telah diajar untuk menanam padi di sawah yang berpetak-petak. Ini merupakan perubahan teknologi yang sederhana telah berlaku. Pada awalnya adalah tidak melibatkan eksport. Namun, selepas tahun 1780 baharulah pertanian untuk perdagangan eksport telah dijalankan.

Impak Sosial
Kesan yang paling ketara adalah dasar penyebaran agama yang dianggap telah berjaya. Mereka menjalankan dasar penyebaran agama Kristian adalah atas kesedaran dan kecintaan mereka kepada tuhan. Mereka menganggap ini sebagai satu tanggungjawab yang paling besar dan mereka sangat bertanggungjawab untuk mengembangkan agama mereka.

kesimpulan
Secara kesimpulannya, kedatangan Sepanyol ke Filipina telah membawa kesan yang cukup besar terhadap perkembangan agama Kristian.

Anda mungkin juga menyukai