Anda di halaman 1dari 15

Teks Pengacaraan Majlis Masa 9.

25

Cue

Para pelajar memenuhi tempat duduk dewan

Ann

Di minta kepada semua hadirin agar dapat memenuhi ruangan yang terdapat di dalam dewan ini dan menukarkan tetapan telefon bimbit kepada mod senyap. Majlis akan bermula sebentar lagi.

Masa Cue

9.30 pagi Apabila Pengarah IPG Kampus Raja Melewar tiba di pintu hadapan dewan,bunyi gamelan berkumandang. Juruacara mengumumkan

Ann

Mengumumkan ketibaan masuk Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Kampus Raja Melewar Dr Mahender Singh A/l Nahar Singh dan para jemputan. Para hadirin di minta berdiri .

Cue : timbalan duduk Ann Terbang helang dan juga terkukur Singgah mari ke Bukit Rokan, Selamat datang tangan dihulur, Pameran Sains kita raikan

Yang Berusaha Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Dr Mahender Singh a/l Nahar Singh , Ketua Jabatan Sains Dr Haji Zainol Badli Bin Budiman, ketua-ketua jabatan, pensyarah kanan, para pensyarah, agensi kerajaan, bukan kerajaan dan swasta serta hadirin yang di hormati sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Cendana gangsi di buat ramu, Bawa belayar berikat rotan, Inovasi sains jentera ilmu, Rekayasa insan penuhi tuntuan

Hadirin sekalian Pameran sains 2011 merupakan acara wajib dan julung-julung kali di adakan setiap tahun di peringkat IPG kampus raja Melewar bagi membudayakan masyarakat ke arah penerokaan sains menuju inovasi kehidupan. Pameran Sains kali ini bertemakan membawa pengetahuan industri ke institusi merupakan program anjuran jabatan sains yang dikelolakan oleh pelajar Program Ijazah sarjana muda (PISMP) sains Ambilan Januari 2011.

Masa Cue Ann

9.50 pg Lagu negaraku tamat Bacaan doa oleh Muhammad Afif Farhan Bin Muhammad Fadzil Hadirin sekalian, Indah madah merdu suara, Cantik manis buat pemikat, Awal bismillah pembuka bicara, Moga majlis berkat dan rahmat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis menjemput saudara Muhammad Afif Farhan Bin Muhammad Fadzil untuk membacakan doa, , majlis mem persilakan.

Masa Cue Ann

10.00pg Farhan turun pentas Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Muhammad Afif Farhan Bin Muhammad Fadzil di atas di atas bacaan doa sebentar tadi. Hadirin sekalian, Pameran sains yang bertemakan Membawa Pengetahuan Industri Ke Institusi berobjektifkan melahirkan bakal guru sains yang seiring dengan arus modenasasi masa kini. Selain itu, pameran ini juga bertujuan memupuk minat masyarakat kepada pengetahuan ilmu sains selain memberi informasi lanjutan hasil lawatan kajian lapangan ke empat buah kilang iaitu Royal Selangor Pewter Sdn Bhd, Beryls Chocolate And Confectionery, Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd Dan Yakult Malaysia Sdn Bhd.

Hadirin sekalian, Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh ketua Jabatan Sains Dr Haji zainol Badli bin Budiman, majlis mempersilakan :

Masa Cue Ann

10.10 Dr Zainol turun dari pentas dan mengambil tempat Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Dr hj Zainol Badli bin Budiman di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi, Hadirin sekalian : Sesungguhnya usaha dalam mengindoktrinasikan pembudayaan sains dalam kehidupan merupakan langkah-langkah dalam melahirkan masyarakat yang cakna dan berdaya kreatif dan melahirkan anjakan paradigma dan transformasi Malaysia berjaya dalam kalangan masyarakat Malaysia . Gunung Banang si gunung Angsi Tempat bertapa sang Arjuna bumi, Sains penggerak inovasi, Wacana dunia marcapada kini.

Seterusnya Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Timbalan pengarah IPG Kampus raja Melewar Dr Mahender sing A/L Nahar Singh untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan pameran sains 2011 yang bertemakan membawa pengetahuan industri ke institusi. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan:

Masa Cue Ann

10.20 pagi Timbalan Pengarah turun mengambil tempat Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada timbalan Pengarah IPG ucapan perasmian sebentar tadi, maka pameran Sains 2011 kini bermula. Air kemenyan di dalam sayung Buat hiasan sireh bertepak, Gimik perasmian bakal berlangsung, Tanda acara tiba dipuncak, Hadirin sekalian, Gimik ini merupakan tindak balas yang bakal dilakukan dan ini merupakan tindak balas penguraian kalium klorad yang menghasilkan oksigen dan wap air.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ketua jabatan sains mengiringi timbalan pengarah untuk menyempurnakan acara gimik perasmian . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Tindak balas ini adalah selamat kerana wap putih yang terhasil adalah wap air dan bau yang terhasil adalah bau karamel. .

Masa Cue Ann

10.25 pagi` Selesai upacara gimik perasmian Terbang rendah di tengah lembah, Hinggap pekaka ditengah hutan, Begini hebat gimik dipersembah, Sebagai tanda majlis pelancaran Hadirin sekalian : Kalau memanjat sudah sampai ke puncak, Kalau menurun ,sudah sampai ke lembah Kalau terjun,sudah sampai ke tanah, Kalau berenang sudah sampai ke pantai, Kalau mudik sudah sampai ke hulu Kalau hanyut sudah sampai ke kuala,

Dengan berakhirnya gimik persembahan sebentar tadi, maka berakhirlah majlis perasmian pameran sains 2011.

Hinggap Si Murai di dahan rendah, Lebah bisa hinggap di duri, Selesai sudah majlis meriah, Sembah hamba bermohon diri.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan segala kekhilafan datangnya daripada kelemahan diri kami sendiri. Sekian

wabilhitaufikwalhidayah wassalmualaikuwarahmatullahhiwabarakatuh majlis berbesar hati menjemput Timbalan Pengarah diiringi ketua jabatan sains untuk melawat booth pameran dan peristiwa bercanggah

,dipersilakan dan seterusnya ke Anjung Muafakat untuk ke jamuan ringan.

Anda mungkin juga menyukai