Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan Model Dave Ebutt

Dave Ebutt berpendapat bahawa model-model Kajian Tindakan yang ada seperti yang diperkenalkan oleh John Elliot, Kemmis dan Mc Taggart, dan sebagainya adalah bagus, namun dalam model-model tersebut masih ada beberapa terdapat beberapa bahagian yang belum tepat dan masih perlu dikaji. Ebutt bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Kemmis dan Elliot tetapi tidak setuju mengenai beberapa interprestasi Elliot mengenai karya Kemmis

Selanjutnya Ebbutt mengatakan bahawa bentuk spiral yang dilakukan oleh Kemmis dan Mc Taggart bukan merupakan cara yang terbaik untuk menggambarkan proses (action reflection). Ia dimulai dengan pemikiran awal penelitian yang berupa pemikiran tentang masalah yang dihadapi di dalam kelas, penentuan fokus permasalahan

Dari pemikiran awal dilanjutkan dengan reconnaissance (pemantauan), pada bahagian reconnaissance ini Ebbutt berpendapat ia berbeza dengan penafsiran Elliot mengenai pemantaunnya, yang seakan-akan hanya berkaitan dengan penemuan fakta saja(fact finding only). Menurut Ebbutt reconnaissance mencakupi kegiatan-kegiatan perbincangan, mengakses kemungkinan dan mencakupi secara keseluruhan analisis yang dilakukan.

Berdasarkan pemikiran awal dan reconnaissance kemudian ia dilanjutkan dengan menyusun rancangan dan disusun dengan kegiatan pelaksanaan tindakan yang pertama, pengawasan dan pelaksanaan reconnaissance, dan melanjutkan pelaksanaan tindakan kedua

Pada kitaran yang digambarkan oleh Ebbutt, beliau memberikan pemikiran bahawa jika dalam reconnaissance setelah tindakan ada masalah mendasar yang dialami, maka perlu perubahan perencanaan pelaksanaan dan kembali melaksanakan bahagian kitaran tertentu yang telah dijalani. Menurut Ebbutt, cara yang tepat untuk memahami proses penelitian tindakan ialah dengan memikirkannya sebagai suatu persamaan dari kitaran yang berturut-turut, dengan setiap kitaran mencakupi kemungkinan dengan memasukkan maklumat di dalam dan di antara kitaran.

Anda mungkin juga menyukai