Anda di halaman 1dari 73

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN JASMANI

saya dengar, DAN saya akan lupa, saya lihat,DAN saya ingat, saya lakukan DAN saya akan faham.
"I hear and I forget. I see and I remember. I do and I understand. Confucious

PENDIDIKAN JASMANI
Merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahirankemahiran motor,pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum , memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal

PERGERAKAN LOKOMOTOR

DEFINISI PERGERAKKAN LOKOMOTOR


Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan di tempat tersebut. Pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretaapi. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, dan galop.

OBJEKTIF PERGERAKAN LOKOMOTOR


Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagaibagai bahagian tubuh badan. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik. Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan. Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan. Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

BERJALAN
Merupakan asas bagi berbagai corak langkah. Pemindahan badan dari satu kaki ke satu kaki yang lain / melangkah dari satu kaki ke kaki yang lain. Kaki akan sentiasa berada di atas permukaan lantai. Cth, permainan keretapi

BERLARI
Pergerakan yang lebih pantas daripada berjalan dan memerlukan lonjakan. Lebih laju, menolak lantai dengan lebih kuat, berada di udara seketika. Cth, polis sentry

MELOMPAT
Berat badan adalah di atas kedua-dua belah kaki. Lonjakan kaki daripada lantai dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki dengan serentak.

LOMPAT SKIP
Gabungan berjalan dan melompat ketingting. Langkah satu kaki ke depan, kemudian ketingting yang sama. Corak pergerakan adalah memindah berat badan di atas kaki berselang-seli.

LOMPAT KETINGTING
Merupakan gaya melompat di atas satu kaki. Berat badan adalah di atas kaki dan badan berada di udara seketika. Lonjakan kaki daripada lantai dan mendarat di atas satu kaki yang sama.

LOMPAT GALOP
Lompat galop adalah bergerak ke depan dengan satu kaki mendahului pergerakan secara tepat.

MELANTUN
Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke depan secara beritma pantas dan berterusan. Cth, bermain bola tampar

MEngeLUNGSUR
Melangkah dengan satu kaki dan diikuti dengan sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan gerakkan badan ke depan

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

DEFINISI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR


Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat Pergerakan bukan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar Pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Cth, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang) Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

MENGHAYUN
Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukan dengan tubuh badan, tangan atau kaki Cth, bermain golf

MENUNDUK DAN MEREGANG


Menunduk dan meregang adalah pergerakan melentik dan mengendur. Apabila otot-otot memanjang, ia adalah meregang , dan apabila otot-otot memendek, ia adalah mengendur.

MENOLAK DAN MENARIK

Menolak dan menarik berlaku apabila daya dilakukan ke suatu arah daripada satu tempat yang khusus. Daya perlakuan menentang suatu objek menjadikan pergerakan menolak dan menarik berbeza daripada perlakuan menunduk dan meregang.

MENGILAS
Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. Pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar di atas suatu tapak yang selari

MENGGOYANG
Menggoyang berlaku apabila otot-otot tegang dengan cepat dan berlanjutan

MENDEKAM
SATU PERLAKUAN YANG MEMERLUKAN KITA MELETAKKAN KEDUA-DUA TAPAK TANGAN SELUAS BAHU DI ATAS LANTAI SECARA MENCANGKUNG ATAU MELUTUT DI SEBELAH KAKI

NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR


Pendidikan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilainilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh . dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi.

PERBANDINGAN PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

LOKOMOTOR
Kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat ,berjalan dan sebagainya (motor kasar) Pergerakan yang menyebabkan berubahnya kedudukan badan

BUKAN LOKOMOTOR
Kebolehan menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik , mengangkat tangan dan sebagainya (motor halus) Keupayaan pergerakan tanpa mengubah kedudukan badan(tanpa beralih tempat)

Pergerakan yang memerlukan Pergerakan yang tidak ruang memerlukan ruang

Manipulasi alatan

DEFINISI MANIPULASI ALATAN


Manipulasi alatan adalah pergerakan yang dilakukan bagi meningkatkan lagi kemahiran motor kasar dan motor halus Pembelajaran manipulasi alat melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil,bola besar, gelung, rotan, tali skipping dll

KONSEP
Manipulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.

Membaling Menangkap Menyambut Menggolek Menendang Melantun

Pergerakan Asas
Perbezaan Lokomotor dan Bukan Lokomotor

LOKOMOTOR
Kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat ,berjalan dan sebagainya (motor kasar) Pergerakan yang menyebabkan berubahnya kedudukan badan

BUKAN LOKOMOTOR
Kebolehan menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik , mengangkat tangan dan sebagainya (motor halus) Keupayaan pergerakan tanpa mengubah kedudukan badan(tanpa beralih tempat)

Pergerakan yang memerlukan Pergerakan yang tidak ruang memerlukan ruang

DEFINISI FLEKSI

KEDUDUKAN SENDI YANG DILENTURKAN SEMASA MELAKSANAKAN AKTIVITI ATAU PERGERAKAN

Kepentingan fleksi
Mengelakkan kecederaan Membolehkan setiap teknik mudah dilaksanakan Untuk keseimbangan badan Untuk keselamatan diri ( melibatkan alatan )

Akuatik Asas Keyakinan dan keselamatan dalam air

Duduk di tepi kolam dan kaki terjuntai di dalam air. Menghayunkan/mengocakkan kaki/tangan di dalam air Guru memberi sokongan dan menunjukkan riak gembira@ seronok semasa didalam air

KEYAKINAN DIRI DI AIR

Mengawal teknik pernafasan


Bernafas menggunakan hidung,menghembus menggunakan mulut Menarik nafas ketika timbul di permukaan, dan melepaskannya ketika berada di dalam air.

Teknik Apungan
Pakaikan murid ,baju pelampung yang melekat dibadan dengan kemas tetapi tidak terlalu ketat Minta murid berenang sedikit demi sedikit sambil berlajar cara pernafasan Bantu murid belajar mengapung dengan memegang badan mereka dalam keadaan menelentang

Rekreasi dan kesenggangan

REKREASI Aktiviti terancang untuk mengisi masa lapang yang bukan untuk tujuan pertandingan,cth berkhemah KESENGGANGAN Aktiviti mengisi masa lapang

PENERANGAN PERMAINAN KETINTING


Kanak-kanak perempuan menggemari permainan individu ini. Membuat gelanggang permainan dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah. Selain gelanggang, setiap pemain mestilah memiliki 'gundu' masing-masing. Melakukan penentuan giliran. Pemain pertama memulakan ting-ting.

Selesai melakukan pusingan pertama, lalu mencampak gundunya di petak kedua. Giliran setiap pemain bertukar-ganti apabila pemain utama berstatus 'mati'. Pemain yang berjaya memiliki rumah paling banyak dianggap sebagai pemenang.

PENERANGAN PERMAINAN GALAH PANJANG


Melibatkan dua kumpulan penyerang/ bertahan Ketua kumpulan menjaga garisan tengah dan sekeliling garisan Awak-awak Menjaga garisan melintang

Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan

hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula


hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh

pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit


oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya

Permainan Kabbadi
Kabaddi dimain oleh dua pasukan dan tujuh orang dalam setiap pasukan. Kabaddi dimain secara pusingan bergiliran. Semasa giliran pasukan, seorang penyerang dihantar ke kawasan pihak lawan dan terus menggumamkan kabaddi selama di kawasan pihak lawan. Penyerang perlu menyentuh lawan tanpa sama sekali tertangkap. Manakala pihak lawan perlu membuat satu rantai dengan memegang tangan antara ahli-ahli semasa bertentangan dengan pihak penyerang. Pihak lawan yang disentuh akan disingkir keluar. Manakala si penyerang ditangkap ( di kepong ) juga akan disingkir keluar

APA DIA KECERGASAN


Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Setiap individu boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik dalam tiap-tiap komponen kecergasan. Program kecergasan fizikal yang seimbang terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Terdapat dua komponen utama kecergasan iaitu :

AKTIVITI YANG
MENINGKATKAN SUHU BADAN DAN DAYA PERNAFASAN

FAEDAH SENAMAN
Menjadi cergas. Mengawal berat badan. Membina stamina dan kekuatan. Menguatkan otot, tulang dan sendi. Menguatkan lenturan sendi, gerakan badan dan mencegah kecederaan. Mengurangkan tekanan mental. Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah. Membantu mendapatkan tidur yang nyenyak. Melambatkan proses penuaan seperti osteoporosis di kalangan wanita menopos. Memperbaiki postur badan, menyerikan wajah dan meningkatkan ketrampilan diri.

MEMANASKAN BADAN ( WARMING UP )


Sebelum aktiviti Masa 10-30 minit Bermula dari kepala ke kaki Melibatkan setiap anggota badan Melakukan dengan teknik dan postur badan yang betul Digalakkan melibatkan kreativiti ( muridmurid )

GERAK KENDUR ( COOLING DOWN )


Selepas aktiviti Masa 5-10 minit Bermula dari kaki ke kepala Melakukan dengan teknik dan postur badan yang betul Digalakkan melibatkan kreativiti ( murid murid )

Contoh aktiviti
Berjalan Berlari Permainan kecil Lari zig- zag Lari bawa bola

DEFINISI KELENTURAN
Kelenturan julat pergerakan yang mungkin dalam satu siri sendi (de Vries & Housh, 1994). Kelenturan juga boleh didefinisikan sebagai kebolehan menggerakkan badan dan bahagian-bahagiannya melalui satu julat pergerakan tanpa rintangan (strain) kepada artikulasi dan lekatan otot (Johnson & Nelson, 1986). Ini menunjukkan bahawa kelembutan adalah spesifik kepada sesuatu sendi tertentu. Faktor keaktifan individu, jantina, umur, suhu dan iskemia mempengaruhi kelenturan (de Vries & Housh, 1986).

TUJUAN KELENTURAN

Bertujuan meningkatkan jurang gerakan dan keanjalan atau kelenturan otot. memastikan keanjalan atau fleksibiliti otot mengelakkan kecederaan ketika bersenam. meningkatkan keupayaan dan fleksibiliti sendi, memperbetulkan postur atau struktur tubuh untuk senaman merehatkan (melonggarkan) otot.

DEFINISI REGANGAN MEMANJANGKAN SERAT OTOT DALAM TEMPOH DAN WAKTU TERTENTU MELIBATKAN AKSI SENDI,JENIS SENDI DAN OTOT

PERATURAN REGANGAN
MENGIKUT PROSEDUR YG BETUL DAN SISTEMATIK JANGAN PAKSAKAN SESUATU PERGERAKAN JANGAN MENGULANG-ULANG SETIAP PERGERAKAN GERAKKAN SETIAP PERGERAKAN KEPADA KEDUDUKAN PALING TEGANG SECARA BERANSUR-ANSUR DAN KEKALKAN BERNAFAS SECARA NORMAL DAN JANGAN HENTIKAN PERNAFASAN KERANA INI AKAN MENEGANGKAN LAGI OTOT KEKALKAN REGANGAN 10-30 SAAT

FAEDAH REGANGAN
SENDI-BERGERAK DENGAN LICIN TANPA RINTANGAN MENGURANGKAN/MENGELAKKAN PENYAKIT MUSKULO SKETEL ( PENYAKIT SENDI ) MENGELAKKAN KECEDERAAN PADA LIGEMEN/OTOT TENDON MEMPERCEPATKAN PEREDARAN DARAH

Otot kuardisep( bhg depan peha )


Berdiri tegak. Bengkokkan satu lutut dan berdiri pada sebelah kaki. Bawa kaki yang dibengkokkan ke belakang sehingga mencecah punggung. Tukar kaki dan ulang. Jika anda sukar mengseimbangkan badan, regangan ini boleh dilakukan sambil berbaring pada bahagian sisi.

Otot hamstring( Belakang peha / pelipat lutut )


Duduk dan lunjurkan kaki (bentuk V). Lipat sebelah kaki ke bahagian paha kaki bersebelahan. Bengkokkan badan dan cuba sentuh ibu jari kaki yang diluruskan. Tukar kaki dan ulang. Jangan bimbang jika tidak dapat menyentuh ibu jari kaki; bengkokkan badan sejauh yang boleh dan pastikan anda tidak berasa sakit ketika melakukannya.

Otot betis (Anterior tibialis )


Berdiri kira-kira 0.75 meter (2 kaki) di hadapan dinding. Alihkan sebelah kaki ke belakang dan bawa badan rapat ke dinding hingga anda merasakan regangan pada bahagian belakang betis. Regangan ini perlu dilakukan dengan kaki yang di belakang berada dalam keadaan lurus dan kemudiannya, dibengkokkan. Tukar kaki dan ulang.

Otot bisep ( depan lengan)


Berdiri kira-kira sedepa di hadapan dinding. Letakkan sebelah tangan pada dinding supaya lengan selari dengan lantai. `Tolak dinding sehingga nada merasakan regangan pada bahagian depan lengan.

Otot trisep ( Belakang lengan )


Bawa sebelah tangan ke belakang kepala seolah-olah anda cuba menyentuh bahagian belakang badan. Kemudian, letakkan tangan yang sebelah lagi pada siku tangan yang dibengkokkan dan tolak perlahan-lahan sehingga anda merasakan regangan pada bahagian belakang lengan.

KESELAMATAN DAN PENGURUSAN


AKTIVITI MEMANASKAN BADAN AKTIVITI GERAK KENDUR ( COOLING-DOWN) MEMASTIKAN KAWASAN YANG SELAMAT MEMASTIKAN PERALATAN DALAM KEADAAN BAIK/TIDAK ROSAK MEMASTIKAN PENGUNAAN ALATAN DIGUNAKAN DENGAN TEKNIK YANG BETUL PENYELIAAN,ARAHAN,BIMBINGAN PERLAKUAN MURID

SEKIAN TERIMA KASIH


MOHD AZRUL IZNAN B MAT YUNUS 019-9783081 drhanibal_04@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai