Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) untuk memenuhi syarat mendapat Ijazah Perguruan Malaysia. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (IDG) bagi kumpulan PISMP Semester 1. Melalui penyertaan dan penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama ssebagai fokus utama dalam pembinaan insan guru dapat dipenuhi. Segala pengisian program tersebut juga selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sekali gus menjadi asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepda pembentukan negara bangsa. Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role-model kepada masyarakat. Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisianpengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pegamalannya juga perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didikn khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran pada era globalisasi.

OBJEKTIF

2.0 OBJEKTIF

Meningkatkan daya ketahanan dari segi fizikal, emosi, mental, rohani dan sosial.

Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam menganalisis masalah dan membuat keputusan jitu

Menunjukkan sikap keprihatinan dan kesedaran terhadap kepentingan hidup dalam sesebuah organisasi dan komuniti

OBJEKTIF Meningkatkan sifatt-sifat kepimpinan Memupuk gerak balas secara positif tidak kira dalam apa jua keadaan.

Melahirkan modal insan yang mantap dari segi kerohanian, etika dan akhlak keguruan.

Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran dan kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti.

Anda mungkin juga menyukai