Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Mata Pelajaran Tahun Bilangan Pelajar Tarikh Masa Tajuk

: Bahasa Melayu : 5 Jaya : 32 orang : 23 Oktober 2011 : 9.15 pagi 10.15 pagi (60 minit) : Cincin Kesayangan Datin

Fokus Utama

: 4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci,tetap, dan tersusun. Aras 3 i. Menganalisis idea yang dikemukakan untuk memberikan respon ii. Mendengar dan menerima pendapat orang lain dengan rasional

Fokus Sampingan

: 10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar atau dibaca. Aras 1 i. Mengecam dan menyusun idea utama daripada petikan yang dibaca.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat : 1. Menghuraikan pendapat dengan tepat dan teliti berdasarkan rangsangan kata yang diberi. 2. Menyatakan isi-isi penting mengikut urutan cerita.

Sistem Bahasa

: Tatabahasa Kosa Kata : -

Ayat penyata Ayat tanya Kata nama am keanggunan Perhiasan Menggayakan Keramat Mekanik 1

Pengisian Kurikulum : Ilmu - Pendidikan Moral Nilai Murni - kesyukuran, jujur, baik hati, berhemah tinggi

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) : Kemahiran Berfikir - menginterpretasi Mentafsir Membuat kesimpulan

Teori Kecerdasan Mental - Interpersonal Kontekstual - pengalaman lalu dan sekarang

Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajar bentuk-bentuk benda dan sifat-sifat benda.

Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran:

Langkah / Isi Pelajaran


Set Induksi (5 minit) 2. 3. 1.

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran


Guru menunjukkan genggaman dan bertanya apa yang ada dalam genggaman tersebut. Murid meneka apa yang ada dalam genggaman guru Guru membuka genggaman dan mempamerkan cincin bertatahkan permata dan berlian 4. Guru dan murid bersoal jawab tentang cincin, harga dan nilai.

Catatan

Langkah 1 (10 minit)

1.

Setiap murid diminta menutup mata menggunakan sehelai kain / skaf.

Kain / skaf KB menginterpretasi TKP - intrapersonal

2.

Murid diminta mendengar dan membuat gambaran mental tentang situasi yang diberikan oleh guru.

3.

Guru membacakan situasiyang berlaku di rumah Datin Rafidah.

Senarai Ransangan Kata

Rumah Datin Rafidah

Di ruang tamu

Suka berhias, anggun, bergaya

Cincin berlian / RM50,000

anak gadis datin

suka bermewah-mewah

menggayakan cincing ibunya

orang gaji mahu kawin

gagal pinjam duit

tukang kebun, anak sakit

gagal pinjam duit

mekanik membaiki televisyen

Datin teringat cincin

Cincing hilang

Siapa yang mengambilnya

4.

Murid membuka mata

Langkah 2 (10 minit)

1. 2.

Murid diagih kepada kumpulan kecil. (5-6 orang) Setiap ahli kumpulan membuat sumbangsaran berdasrkan kad arahan yang diberikan.

KB membuat ramalan, andaian. Teknik sumbangsaran, Kad arahan TKP Pembelajaran koperatif

3. 4.

Minta kumpulan mencatat dapatan dalam bentuk grafik. Kumpulan membuat rumusan alasan dan andaian tentang kecurian.

Langkah 3 (10 minit)

1.

Wakil kumpulan mempersembahkan hasil perbincangan dalam bentuk lakonan

KP : kinestetik, visual ruang, verbal linguistik

2.

Ahli kumpulan memberi respon kepada soalan-soalan atau pandangan dari kumpulan lain.

Langkah 4 (10 minit)

1. 2. 3.

Guru mengedarkan teks Cincing Kesayangan Datin. Murid membaca dan menghayati teks. Murid menyatakan mesej serta nilai yang terdapat dalam cerita.

Teks Cincin Kesayangan Datin KB membuat kesimpulan

4.

Murid membuat rumusan.

Penutup (5 minit)

1.

Guru membaca soalan kuiz pendek berkaitan isi pelajaran hari ini.

Nilai murni : jujur, menghormati, baik hati

2. 3.

Murid yang menjawab dengan betul mendapat hadiah. Guru menerapkan nilai murni.

Cincin Kesayangan Datin


Baca petikan di bawah dengan teliti
Nama Datin Rafidah memang sejak dahulu lagi. Beliau bukan sahaja sering diselubungi keanggunan barangan perhiasan, malah amat bergaya dan manja sekali. Kemana sahaja beliau pergi, kebanyakkan pandangan tertumpu kepada sebentuk cincin bertatahkan permata berlian sebesar ibu jari di jari manisnya. Kini, jejak Datin Rafidah sedang diwarisi anak gadisnya, Rina. Walaupun baru berusia 13 tahun, Rina sudah dilimpahi kemerlap perhiasan persis ibunya. Rina juga sering mencuba-cuba menggayakan cincin keramat ibunya yang diletakkan diatas peti televisyen diruang tamu rumahnya. Pada suatu petang, Datin Rafidah disapa orang gajinya. Datin, saya ini akan berumah tangga tidak lama lagi tetapi tidak cukup wang. Boleh Datin pinjamkan saya barang RM 2,000. Nanti, kira tolak gaji sayalah. Datin Rafidah mengerutkan mukanya. Dengan kesedihan yang dibuat-buat beliau menyatakan tidak dapat membantu orang gajinya kerana beliau juga perlumenjelaskan hutang syarikat. Selang beberapa ketika, tukang kebunnya pula menghadapi masalah kewangan. Beliau ingin meminjam wang untuk kos pembedahan anaknya. Namun begitu, harapannya hampar kerana Datin Rafidah memberi jawapan yang sama. Dalam pada itu, televisyen di ruang tamu rumah Datin Rafidah meragam pula. Mahu tidak mahu, beliau terpaksa menelefon mekanik untuk membantu membaikinya. Mekanik tersebut tiba dan mengambil masa selama satu jam untuk membaik pulih televisyen tersebut. Pada malam itu, barulah Datin teringat akan cincin berlian yang sering diletakkan di atas peti televisyen tersebut. Alangkah terperanjatnya beliau kerana mendapati cincin tersebut telah hilang. Siapakah yang mengambil cincin kesayangan Datin? Pada mulanya Datin mengesyaki orang-orang yang terdapat didalam rumah itu kerana semuanya mempunyai masalah kewangan. Tetapi, setelah disiasat, tidak ada bukti yang menunjukkan mereka mencuri. Pada petang itu, Rina pulang ke rumah dan memulangkan cincin Datin. Barulah Datin menyedari bahawa cincinnya itu dipinjam oleh anaknya.Dia berasa bersyukur kerana cincinnya tidak hilang.

Kad Arahan Pada pendapat kamu, siapakah yang mencuri cincin Datin? Bincangkan secara terperinci bagaimana peristiwa kecurian itu berlaku.

Anda diminta melakonkan situasi tersebut

Anda mungkin juga menyukai