Anda di halaman 1dari 3

Kotak ajaib Aktiviti menggalakkan murid untuk menanya soalan yang berkaitan dengan diri mereka atau keadaan

sekeliling mereka. Dalam masa yang sama juga aktiviti ini boleh dikatakan sebagai mind games di mana dalam kotak tersebut ada komputer (hanya imej) atau hanya kotak yang dibalut bagi melambangkan komputer. Aktiviti ini dijalankan seperti berikut: 1) Guru berkata kepada pelajar: dalam kotak ini ada komputer yang paling bijak di dunia. Komputer ini ada internet jadi ia boleh mendapatkan maklumat sangat laju. Sekiranya kamu ada soalan sila kemukakan apa-apa soalan pun dengan menulisnya di atas kertas. Guru akan memilih beberapa soalan yang ditanya oleh murid kepada komputer tersebut. Sambung 2) Walaupun begitu, komputer ini hanya akan menjawab soalan yang betul-betul murid itu tidak tahu jawapannya. Dalam hal ini akan mengalih pelajar ke arah yang lebih selesa lagi. 3) Disebabkan itu komputer ini hanya akan menjawab soalan yang jelas maksudnya. Contohnya murid menanya mengenai Bagaimana hendak menjadi pelajar cemerlang? jadi di sini akan membincangkan mengenai cemerlang. Dalam hal ini murid akan mengajukan banyak lagi soalan. Guru akan kata 4) Komputer ini menggunakan banyak kuasa elektrik jadi baterinya sudah lemah. Ia hanya boleh menjawab tiga soalan sahaja lagi. Murid-murid akan menunggu untuk menanya soalan lagi di masa akan datang kepada komputer yang bijak.

Apa yang kamu dapat apabila tukar.. Aktiviti ini melibatkan metakognitif yang dimaksudkan dengan pemikiran tentang pemikiran yang kamu lakukan. Dalam melakukannya kita mesti memikirkan ap a yang hendak dilakukan dahulu atau berfikir di luar jangkaan dan tidak logik namun boleh menjadi logik sekiranya terdapat rekaan baru yang kreatif dan inovatif. Aktiviti ini boleh dijalankan: 1) Guru menanya murid: Apa yang kamu dapat apabila tukar A dengan B, tukarkan rumah dengan kereta, topi dengan baju dan sebagainya. 2) Kebanyakan murid akan serta-merta membuat tanggapan tentang benda tersebut dalam minda mereka dan berfikir untuk melakukannya. 3) Pada masa itu, murid-murid akan berfikir bahawa idea tersebut seolah-olah tidak logik atau tidak praktikal pada permulaannya namun ia juga mungkin berkembang menjadi ciptaan baru yang berguna. Guru akan kata 4) Apa yang kamu dapat apabila tukar sesuatu benda ke benda lain memang tidak logik namun ia akan jadi kenyataan sekiranya kita berfikir secara kreatif dan inovatif. Murid akan menjadi teruja untuk berfikir sesuatu yang baru untuk diciptakan.

Tiru macam saya Aktiviti ini boleh menarik perhatian murid ketika belajar kerana menggalakkan murid untuk sikap yang positif atau mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi dalam diri mereka. Selain itu juga, aktiviti ini boleh mengembangkan lagi kemahiran emosi dalam diri murid kerana emosi itu amat penting dalam sesuatu pembelajaran dan pengajaran. Aktiviti ini boleh dilaksanakan dengan: 1) Guru berkata: Hari ini adalah hari yang paling istimewa oleh sebab itu setiap kamu akan mendapat sekeping kad. Kad tersebut sangat berguna untuk kamu semua sepanjang pembelajaran berlangsung. 2) Di dalam setiap kad tersebut terdapat satu sikap positif yang kamu akan ikut sepanjang pembelajaran berlangsung dan akan dilekatkan di baju sekolah supaya guru dapat mengetahui sikap positif yang terdapat pada murid tersebut. Contohnya sikap rajin. Pelajar akan menunjukkan sikap yang rajin semasa pembelajaran berlangsung. 3) Sekiranya pelajar dapat melakukan aktiviti tiru macam saya maka akan diberi ganjaran seperti token atau bintang yang akan dilekatkan di baju sekolah atau di beg sekolah. 4) Murid akan menjadi tertarik dan semangat untuk belajar kerana mereka diberi penghargaan setelah melakukan aktiviti tiru macam saya .

Anda mungkin juga menyukai