Anda di halaman 1dari 6

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayah-Nya, dapat saya menyempurnakan tugasan Kerja Kursus Projek Pengajian Profesional Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi subjek Teknologi dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105) ini. Dalam kesempatan ini, ingin saya mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Mutia Sabihah, pensyarah dan penasihat akademik saya yang telah banyak memberi bimbingan, bantuan, ilmu, maklumat, serta penerangan dalam memastikan kami anak didiknya mendapat segala kriteria yang diperlukan dalam tugasan ini. Masa, tenaga, serta ilmu yang telah puan curahkan kepada kami semestinya amat berguna bukan sahaja digunakan untuk menyiapkan tugasan ini, malah dapat kami aplikasikan dalam setiap aspek kehidupan seharian kami. Segala tunjuk ajar puan pastinya akan saya kenang selama-lamanya. Ucapan terima kasih juga saya tujukan pihak Pusat Sumber Al-Ghazali, IPG Kampus Pendidikan Islam, dan para pelajar kuliah saya iaitu PISMP 3.07, di atas kerjasama dan jasa baik sepanjang saya melakukan tugasan ini. Sesungguhnya pengalaman membuat tugasan ini dengan pembinaan blog dan penulisan akademik tidak akan saya lupakan dan akan saya simpan sebagai salah satu kenangan dalam hidup saya. Akhir sekali, kepada semua sahabat seperjuangan dan mereka-mereka yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung, saya ucapkan ribuan ucapan terima kasih kerana tidak lokek memberi tunjuk ajar dalam saya menjayakan tugasan EDU 3105 ini. Saya berharap agar segala penat lelah dalam menyiapkan tugasan ini terbalas dan mendapat keredaan -Nya.

Sekian. Terima Kasih. 1.0 PENGENALAN

Dalam era globalisasi yang serba canggih ini, dunia pendidikan sememangnya telah menjadi semakin mencabar. Profesion ini pada zaman ini bukanlah satu kerjaya yang mudah dan boleh dipandang enteng lagi. Justeru, setiap insan yang bergelar guru perlu mempunyai kemahiran-kemahiran khusus yang dapat menjadi nilai tambah dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) seperti menguasai bidang teknologi dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, dapat menghasilkan Bahan Bantu Belajar (BBB) yang berkesan untuk murid serta dapat mengaplikasikannya dalam sesi P&P. Di dalam tugasan ini khususnya, kami dikehendaki untuk membuat satu BBB berbentuk video pendidikan yang bakal digunakan sebagai salah satu media pengajaran dalam P&P. Video ini mestilah berkaitan dengan topik pengajaran (mata pelajaran major ataupun minor) yang diajar. Kami juga dikehendaki menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berkenaan tajuk video dan mempersembahkan cara penggunaanya dalam RPH tersebut. Akhir sekali, kami dikehendaki menyediakan satu penulisan refleksi berkaitan tugasan merangkumi pengalaman, masalah-masalah yang dihadapi, dan bagaimana tugasan ini meningkatkan kefahaman saya tentang perkembangan kognitif inidividu. Saya sangat berharap agar hasil kerja keras saya untuk tugasan ini mendapat rahmat dan redha Allah yang Maha Esa serta diberi markah yang baik oleh pensyarah pembimbing saya.

REFLEKSI

Pertama dan selamanya, Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayah-Nya sahajalah dapat saya menyempurnakan Tugasan Projek bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi subjek Teknologi dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105) ini. Hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya saya apabila tugasan ini siap dengan sepenuhnya. Sesungguhnya tugasan ini telah mencengkam jiwa dan raga saya kerana telah memaksa saya untuk bergelut untuk menyiapkannya dan melupakan niat untuk beraya sakan pada sepanjang cuti hari raya yang lalu. Satu tugasan yang saya rasa amat mencabar sebagai seorang guru pelatih seperti saya untuk mereka dan mencipta satu video khas yang berbentuk pendidikan untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Untuk membuat video ini, saya telah memikirkan idea-idea yang bernas dan membuat perancangan yang rapi memandangkan video ini akan diaplikasi dalam proses PdP di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

Maka dengan itu saya telah membuat keputusan untuk mencipta sebuah video yang merangkumi semua aspek ataupun fasa di dalam satu-satu set PdP. Video yang saya hasilkan ini boleh digunakan dalam fasa set induksi, fasa persediaan, fasa penjanaan idea, mahupun sebagai penutup khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam tahun satu dalam bidang ibadat mengikut sukatan pelajaran tahun satu yang terkini iaitu dengan tajuk wudhu. Saya mengharapkan agar video yang saya hasilkan ini dapat saya gunakan dan aplikasikan khususnya apabila saya berpeluang untuk mengajar tentang tajuk ini satu masa kelak. Diharapkan juga agar video pendidikan ini mampu menjadi sumber rujukan dan menjadi pemangkin kepada ideaidea ataupun usaha-usaha untuk mencipta dan menghasilkan hasil karya yang baru kepada individu guru pada satu hari nanti.

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna untuk diri saya sebagai seorang bakal guru. Dalam subjek EDU 3105 yang dipelajari pada semester ini, saya telah banyak mempelajari tentang teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran yang merupakan salah satu perkara

yang perlu diberi perhatian oleh semua guru atau bakal guru seperti saya kerana dengan penggunaan bahan teknologi yang berkesan, akan dapat membantu muridmurid untuk memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan serta secara langsung akan meningkatkan perkembangan kognitif murid.

Merujuk kepada tugasan yang pertama dalam kerja kursus ini iaitu penghasilan BBB berbentuk video pendidikan yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif di dalam bilik darjah serta sebagai salah satu media pengajaran dalam sesi PdP. Pada mulanya, amat rumit untuk memulakan tugasan ini kerana kesukaran untuk memilih tajuk yang sesuai kerana terdapat begitu banyak tajuk daripada sukatan pelajaran yang sesuai digunakan dalam penyediaan BBB berbentuk pendidikan ini. Akan tetapi setelah membuat sedikit pencarian dan penelitian, saya telah sebulat hati memilih tajuk daripada subjek minor saya iaitu Pendidikan Islam iaitu tajuk Wudhu kerana sumber rujukan yang agak banyak dan berkualiti dalam tajuk ini.

Pada pendapat saya, tugasan ini membantu meningkatkan kefahaman saya tentang perkembangan kognitif individu adalah pertamanya dengan mengetahui bahawa murid-murid di sekolah rendah sukakan pembelajaran yang seronok dan menghiburkan. Maka, Pengajaran berbantukan BBB berbentuk video pendidikan ini sememangnya wadah yang sangat merangsang perkembangan kognitif individu murid dengan persekitaran pembelajaran yang seronok serta membolehkan individu murid belajar sendiri dengan penyeliaan yang minimum daripada guru.

Seterusnya, dengan merancang dan mereka bentuk serta membina BBB ini, dapat merangsang minda dan pancaindera murid supaya dapat melibatkan diri secara aktif dalam sesi PdP dengan baik. Dengan ini, sesi PdP akan dapat dijalankan dengan lebih berkesan dengan BBB video pendidikan. Seterusnya, satu kajian yang dibuat oleh pakar-pakar pendidikan menunjukkan bahawa murid akan memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan iaitu sekurang-kurangnya 90% daripada apa yang ingin disampaikan oleh guru kepada mereka jikalau seseorang

guru

tersebut

pandai

memanipulasikan

fokus

pancaindera

murid

dengan

menggabungkan daripada apa yang mereka alami.

Selain itu, saya dapati tugasan ini telah membantu saya untuk memahami tentang perbezaan individu ini iaitu dengan menyediakan BBB yang akan digunakan dalam PdP, guru-guru dapat menjimatkan masa untuk mengajar dan murid-murid juga akan dapat belajar dengan lebih banyak dari segi input pembelajarannya. Ini juga akan mempercepat perkembangan kognitif individu murid dengan pembelajaran

konstruktivisme iaitu pembelajaran sendiri yang dialaminya serta meningkatkan motivasi murid dalam PdP melalui peningkatan daya kreativiti dan imaginasi murid melalui BBB yang dihasilkan dalam membantu proses PdP. Melalui impak dalam menghasilkan tugasan ini juga, para pelatih guru seperti saya akan dapat menjana idea-idea baru dan berfikir secara kreatif dan kritis tentang apakah yang menarik perhatian murid-murid di dalam kelas sewaktu proses PdP sedang berlangsung. Penggunaan bahan-bahan ICT dalam PdP akan dapat mempercepatkan proses pengajaran serta mengatasi masalah sesetengah murid-murid yang mudah bosan serta tidak dapat menumpukan perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru mereka. Dengan penggunaan multimedia seperti video akan dapat membantu murid untuk fokus dengan pengajaran guru serta dapat menarik minat dan perhatian individu murid supaya minat belajar. Hasilnya, murid-murid akan mudah faham serta seronok untuk belajar di dalam kelas. Tugasan ini juga melatih para pelatih guru agar sentiasa memperkemas kini pengetahuan ICT dalam diri masing-masing dan mengajak kami supaya sentiasa berfikir untuk memperbaiki mutu pengajaran di dalam bilik darjah kelak. Pada zaman yang serba canggih ini, hampir setiap sekolah di seluruh negara telah dibekalkan dengan peralatan multimedia untuk tujuan pengajaran di dalam kelas seperti OHP, projektor, Laptop, dan LCD. Amatlah sayang sekali jikalau ada di antara guru yang bakal dihasilkan oleh IPGM tidak dapat menguasai kemahiran dalam mengendalikan peralatan-peralatan multimedia pengajaran ini dengan sebaiknya. Justeru, antara objektif tugasan EDU 3105 yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Teknologi Pendidikan IPG KPI kepada kami ini adalah tidak

lain tidak bukan untuk memperkasa kemahiran ICT dalam diri saya khususnya untuk diterapkan di dalam proses PdP. Kesimpulannya, pembelajaran subjek EDU 3105 ini sememangnya telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi cabaran dunia kanakkanak ini. Semoga dengan izin Allah S.W.T, pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya peroleh ini dapat saya praktik sebaik mungkin kelak. Melalui tugasan ini juga sebenarnya, saya mula sedar bahawa dengan hanya betul-betul menyelami dan menghayati psikologi kanak-kanak barulah saya dapat melaksanakan watak saya sebagai seorang guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna sebagaimana yang dituntut oleh falsafah dan dasar pendidikan kebangsaan. Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai