Anda di halaman 1dari 2

PENGHARGAAN

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Bersyukur saya ke atas Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan kerja kursus berasaskan ilmu (KKBI) bagi matapelajaran PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI (PKU3102).

Dengan itu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah iaitu En Azman B Hj Nordin kerana tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar, bimbingan, idea dan nasihat yang amat berharga dalam menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga buat semua rakan-rakan PPG yang turut memberikan komitmen dan penglibatan dalam membuat kerja kursus ini.

Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada guru-guru yang sama-sama mengajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang yang banyak memberi maklumat yang amat berharga dan kerjasama yang amat tinggi dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih buat anak-anak didik, keluarga dan suami tersayang di atas segala dorongan dan sokongan tidak berbelah bagi yang diberikan. Diharap dengan jasa dan bakti yang dicurah oleh semua pihak yang terlibat dapat dibalas oleh Allah dan akan dikenang sepanjang hayat. Amin.

Sekian, terima kasih.

ABSTRAK

Kertas kerja ini membincangkan tentang pengenalan kepada masalah bahasa dan komunikasi. Ianya bermatlamat untuk menghubungkaitkan antara komunikasi, bahasa dan pertuturan di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Pertambahan kesedaran masyarakat terutamanya ibubapa terhadap pendidikan anak mereka secara tidak langsung meningkatnya jumlah murid di sekolah sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Dalam konteks sebagai seorang guru, perlu memberi peluang kepada kanak-kanak itu untuk ke sekolah dan belajar sepertimana rakan sebaya yang lain. Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru bagi memastikan anak muridnya mencapai tahap akademik sepertimana kemampuan serta kesungguhan murid tersebut. Merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan bahasa dan komunikasi murid berkeperluan khas adalah sudah menjadi tanggungjawab guru.

Melalui definisi dan konsep masalah, bahasa dan komunikasi yang dibincangkan secara mendalam , dapatlah disatukan ideanya mengenai masalah bahasa dan komunikasi. Kita dapat menyimpulkan bahawa masalah bahasa dan komunikasi ini merupakan satu perkara yang harus diambil perhatian serius dalam mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini demikian kerana bahasa dan komunikasi merupakan dua perkara yang berbeza tetapi mempunyai pertalian yang rapat dan hubung kait dengan berjaya atau tidak seseorang itu dalam hidupnya.

Anda mungkin juga menyukai