Anda di halaman 1dari 2

BAHASA

Pengusaha sambut baik pencapaian negara dalam sector pelancongan


M ARCH 20, 2013

Program seperti pembangunan hotel yang banyak, tiket penerbangan yang murah serta senarai pemandu pelancong berpengalaman

LUMPUR, 20 Mac Pencapaian negara dalam meraih kemasukan 50 juta pelancong pada 2011 dan 2012 dengan Pendapatan Negara Kasar (PNK) bernilai hampir RM100 bilion mendapat reaksi positif pengusaha pelancongan. Menurut Eksekutif Pelancongan Dinar Holidays Sdn Bhd Saudi Muhd, pencapaian itu membuktikan negara semakin kukuh dalam mencapai status negara maju dan yakin sasaran meraih 36 juta pelancong menjelang 2020 dapat dicapai dengan lebih cepat.
berjaya menarik lebih banyak pelancong ke negara ini. - Gambar ReutersKUALA

Banyak program berjaya menarik kunjungan pelancong seperti program inap desa dan saya berbangga dengan pencapaian itu yang mewakili sektor pelancongan, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini. Saudi berkata secara tidak langsung program ini memberi lebih peluang kepada pengusaha agensi pelancongan sepertinya untuk menyediakan promosi dengan pakej yang menarik. Naib Presiden Pelancongan Luar Negara Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Jeffri Sulaiman pula berkata pencapaian kerajaan itu merupakan batu loncatan bagi pengusaha pelancongan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Pengusaha pelancongan harus bijak mengambil peluang dengan melakukan kajian dan melihat trend dan perkara baharu yang kerajaan sediakan untuk menarik minat pelancong, katanya. Beliau berkata program seperti pembangunan hotel yang banyak, tiket penerbangan yang murah serta senarai pemandu pelancong berpengalaman berjaya menarik lebih banyak pelancong ke negara ini yang mahu mempelajari dan merasai kehidupan masyarakat Malaysia. Bernama

Anda mungkin juga menyukai