Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN Dunia pertanian bukan hanya bermakna kita perlu mempunyai tanah ladang yang luas dan terbentang

untuk bercucuk tanam, tetapi di sekeliling rumah dan halaman juga boleh dilakukan aktiviti pertanian secara kecil-kecilan. Berbudi kepada tanah akan membuahkan hasil, jika bukan untuk mendatangkan pendapatan tambahan mungkin boleh menggamit anak-cucu untuk balik dimusim buah. Buah-buahan tempatan biasanya mengambil tempat dihati penduduk setempat untuk ditanam di setiap sudut yang bersesuaian untuk menambahkan pendapatan sampingan, selain daripada itu tanaman kontan seperti serai, cili, kunyit dan lengkuas juga biasanya ditanam untuk kegunaan harian. Semua tanaman-tanaman ini amat menarik dan boleh menarik minat orang ramai untuk melihatnya disamping memberi pendapatan kepada pengusahanya.

Dalam esei ini, penulis akan membuat penumpuan tentang Agro-tourism yang juga dikenali sebagai Agro- pelancongan di beberapa buah daerah di Johor. Pertanian menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah perihal bertani seperti tanam menanam dan perusahaan becucuk tanam (Kamus Dewan, 2005, 1604). Manakala pelancongan pula bermaksud perihal melancong atau perihal orang melancong dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya (Kamus Dewan, 2005, 881). Gabungan pertanian dan pelancongan mewujudkan perkataan Agro-tourism iaitu pelancongan yang berasaskan pertanian.

Sejak Perang Dunia Kedua, sektor pertanian telah memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi Malaysia. Walaupun secara relatifnya pengaruh sektor ini didapati semakin berkurangan dengan terdapatnya

pertumbuhan yang jauh lebih pesat dalam sektor-sektor lain seperti perkilangan, perkhidmatan, pembinaan, dan pengeluaran minyak, namun pertanian akan terus menjadi punca kehidupan yang penting(baik secara lansung atau tidak lansung) kepada rakyat Malaysia pada jangka panjang.

Peranan sektor ini bukan sekadar dapat dilihat dari segi perubahan strukturnya, yakni dari hanya menumpukan kepada pengeluaran untuk terus dieksport atau untuk makanan kepada penglibatan proses kompleks yang mengandungi berbagai-bagai aktiviti, tetapi juga dari segi pengaruhnya yang meluas terhadap polisi ekonomi, sosial dan politik negara pada keseluruhannya. Pembangunan pertanian, termasuk perikanan dan penternakan ( Osman dan Fiok, 1983, 228).

Kini, sektor pertanian menjadi semakin penting dalam menjana ekonomi negara. Contohnya kita dapat melihat dengan jelas bagaimana sektor ini menjadi asas kepada pembentukan Agro-pelancongan ataupun lebih dikenali sebagai kegiatan pelancongan berasakan pertanian. Kini Agro-pelancongan semakin meningkat dan dikenali. Ia juga menyumbang kepada peningkatan aktiviti pelancongan dalam negara ini.

AKTIVITI-AKTIVITI LAINYANG TERMASUK DALAM SEKTOR PERTANIAN PERIKANAN

Perikanan merupakan satu daripada aktiviti tradisional luar bandar di Malaysia. Semenanjung Malaysia menghasilkan lebih kurang 80 peratus daripada penangkapan,

manakala bakinya dihasilkan oleh Sabah dan Sarawak (Osman dan Fiok, 1983, 231). Penangkapan ikan laut dalam akan dipertingkatkan. Pengishtiharan Zon Ekonomi Eksklusif menjadikan kawasan penangkapan ikan lebih luas. Namun begitu, aktiviti Agro-pelancongan tidak melibatkan aktiviti penangkapan ikan di laut tetapai hanya berfokus kepada perikanan payau atau air tawar.

Aktiviti ini telah dijalankan oleh kaum cina sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi, tetapi kaum bagi kaum Melayu ia merupakan satu fenomena yang baru. Perikanan air tawar diusahakan melalui pembiakan di kolam-kolam, sawah-sawah padi, lombonglombong bijih timah, sungai-sungai dan tasik-tasik. Perusahaannya menghasilkan puncapunca pendapatan tambahan yang menggalakkan bagi petani-petani.

Pihak kerajaan iaitu Jabatan Perikanan sekarang ini telah mula memberi perhatian kepada perikanan air tawar, dan kemajuannya boleh menampung kekurangn sumbersumber perikanan lautan yang akan dialami dalam tahun 1980-an dan 1990-an(Osman dan Fiok, 1983, 231).

Dalam konteks Agro-pelancongan pula, kemajuan aktiviti perikanan ini terutamanya di kawasan tersebut akan merancakkan lagi aktiviti perlancongan di kawasan tersebut kerana pembukaan kolam-kolam ikan yang mengandungi pelbagai jenis ikan payau atau air tawar akan dapat menarik orang ramai untuk melihatnya. Contohnya adalah seperti penternakan ikan air tawar di kawasa Agro-pelancongan daerah Batu Pahat, Johor.

Maklumat yang lebih lanjut boleh dilihat dalam tajuk aktiviti Agro-pelancongan di daerah Batu Pahat, Johor.

PENTERNAKAN Di Malaysia tidak terdapat ladang-ladang ternakan secara besar-besaran. Sebaliknya, aktiviti ternakan didapati merata-rata dijalankan secara kecil-kecilan di sektor pekebun kecil. Aktiviti penternakan kebanyakannya adalah dijalankan sebagai punca pendapatan tambahan dan untuk mendapatkan tenaga kuasa dan baja bagi aktiviti-aktiviti pertanian yang lain (Osman dan Fiok, 1983:233).

Perkembangan dan pembangunan penternakan banyak berlaku dalam tahun 1970-an. Lembaga kemajuan Ternakan Negara (MAJUTERNAK) telah ditubuhkan dalam tahun 1972 untuk mengendalikan pembiakan ternakan secara besar-besaran, penyembelihan dan prosesan serta pemasaran keluaran-keluaran ternakan. Penubuhan MAJUTERNAK membuka peluang bagi penyertaan kerajaan yang berkesan di dalam perusahaan penternakan. Menjelang tahun 1980-an, perusahaan penternakan telah menuju ke arah kendalian secara intensif dan besar-besaran oleh MAJUTERNAK dan sektor swasta. Aktiviti penternakan secara ekstensif dan kecil yang dijalankan oleh sektor pekebun kecil masih lagi dikekalkan (Osman dan Fiok, 1983: 234).

Namun begitu, aktiviti ternakan digalakkan secara komersial untuk menambahkan pendapatan. Sehingga kini negara dapat memenuhi keperluan 57 peratus daging lembu negara. Pengeluaran ayam, itik dan telur dapat mencapai tahap kemampuan sendiri dalam

negara. Pengeluaran ayam yang berlebihan dieksport ke Singapura dan pasaran Asia. Pengeluaran daging kambing tempatan dapat dipertingkatkan dengan memelihara kambing-kambing di ladang yang diusahakan oleh agensi pembangunan tanah dan sektor swasta. Malaysia masih belum mencukupi dalam pengeluaran susu, Malaysia terpaksa mengimport lebih kurang 95 peratus daripada pengeluarannya ( Zainon, 1996:95).

Secara umumnya, penternakan merupakan aktiviti pertanian yang penting bagi membekalkan sumber makanan dan eksport barangan kepada negara. Dalam konteks Agro-pelancongan pula, di samping menyumbang kepada pendapatan negara, ia juga menjadi salah satu daya penarik dalam menggalakkn aktiviti pelancongan ini. Kawasan Agro-pelancongan akan bertambah lengkap sekiranya aktiviti penternakan turut dijalankan di sana.

DAERAH BATU PAHAT

DAERAH BATU PAHAT

rajah: peta daerah Batu Pahat Sumber: http://www.johordt.gov.my/pdpontian/sejarah.php

Batu Pahat adalah sebuah daerah

yang terletak di pesisiran pantai Selat Melaka

bersempadan dengan Daerah Muar, Pontian dan disebelah timurnya Daerah Kluang. Keluasan daerah ini ialah 725 batu persegi. Terdapat 13 mukim, 402 kampung dan 13 majlis tempatan. Daerah Batu Pahat adalah terlibat dengan projek Pembangunan Pertanian Johor Barat. Kini penduduk daerah Batu Pahat meningkat melebihi 300,000 orang. Pembangunan yang berjalan di daerah ini adalah pesat sekali di bawah RMK

berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Daerah Batu Pahat terkenal dengan hasil pertanian seperti getah, kelapa, nenas, kelapa sawit, dan lain-lain lagi. Kini, sektor pertanian seperti Agro-pelancongan semakin berkembang di daerah ini.

Daerah Kluang

Daerah Kluang mempunyai keluasan 1,101 batu persegi dan terletak di tengah-tengah negeri Johor. Kluang berada di sebuah kawasan yang beralunan bukit. Titik tertinggi di Kluang ialah puncak Gunung Lambak, sebuah gunung yang tingginya 510m dan juga salah satu gunung yang paling selatan di banjaran utama Malaysia

Daerah ini masih luas dengan kawasan-kawasan hutan di sebelah utara dan timur dimana usaha-usaha pembalakan sedang dijalankan. Pada asalnya, Kluang berkembang sebagai suatu daerah penanaman getah. Tetapi kini, tanaman-tanaman lain seperti kelapa sawit, nanas dan teh telah menggantikan kedudukan getah sebagai tanaman utama.Ladangladang besar di sekeliling bandar Kluang yang mengeluarkan getah dan kelapa sawit dapat dilihat di daerah ini. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi 250,000 orang dan kawasan bandar itu sendiri mempunyai 140,000 penduduk. Koordinat geografinya ialah: 2201U, 1031910T

DAERAH SEGAMAT

Rajah: Peta daerah Segamat Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Segamat

Segamat merupakan daerah yang bersempadan negeri Pahang dan Negeri Sembilan. Luas daerah ini ialah 1,082 batu persegi dengan jumlah penduduknya mengikut bancian 1970 seramai 127,579 orang yang kini dijangka telah melebihi 150,000 orang. Daerah Segamat mengandungi 11 mukim yang didalamnya terkandung 154 buah kampung ( Johor diambang makmur). Dari segi pembangunan fizikal di daerah ini, terdapat ladang-ladang besar seperti Socfin, Dunlop, H&C Latex dan Gormali. Daerah ini juga terdapat rancangan-rancangan tanah kerajaan seperti Rancangan Felda Medoi, Felda Kemelah, Felda Chemplak, Felda Tenang, Felcra Sekijang, Felcra Benang air dan lain-lain lagi. Rancangan tanah belia dan Beliawanis terdapat di Sungai Lenek dan Bukit Mambai.

Berdasarkan kepada Rancangan Pembangunan Daerah, Daerah Segamat, pada tahun 1991, sektor pertanian masih merupakan penyumbang pekerjaan utama bagi kebanyakan tenaga buruh di Daerah Segamat. Pada tahun tersebut sektor pertanian menyumbang 61.8 peratus daripada jumlah pekerjaan di Daerah Segamat. Walau bagaimanapun, tren semasa menunjukkan bahawa peratusan ini menurun dari tahun ke tahun. Sektor pembuatan merupakan sektor kedua terpenting dari segi sumbangan guna tenaga. Pada tahun 1995, ia menyerap sebanyak 11267 tenaga buruh iaitu 13.1 peratus dari jumlah keseluruhan guna tenaga di Daerah Segamat. Sektor ini mengalami pertumbuhan tahunan pada tahap kira-kira 7.0 peratus setahun. Sektor perkhidmatan kerajaan

merupakan sektor ketiga besar dari segi jumlah guna tenaga. Pada tahun 1995, ia mewakili 12.2 peratus daripada jumlah guna tenaga di DaerahSegamat. Sektor perdagangan yang meliputi perniagaan borong dan runcit, hotel dan restoran pula merupakan sektor ke empat besar dari segi penyerapan tenaga buruh dengan mewakili 8.2 peratus dari keseluruhan penyerapan tenaga buruh di Daerah Segamat (http:// www. Johordt.gov.my). Walaupun peratusan sumbangan daripada sektor pertanian semakin menurun, namun begitu, sektor pertanian tetap mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Salah satu pembaharuan dalam sektor pertanian yang telah dilakukan adalah melalui Agropelancongan. Agro-pelancongan di Segamat Dusun buah-buahan tempatan

Dusun buah-buahan ini terletak di bahagian utara Johor. Segamat sememangnya terkenal dengan buah durian yang dikenali sebagai durian Segamat. Pelbagai jenis durian boleh didapati di sini. Durian Segamat sering di katakan sebagai salah satu durian yang terbaik antara durian-durian yang ada di Semenanjung Malaysia ini. Durian Segamat yang pada asalnya di panggil Durian Kampung ini digemari oleh semua lapisan masyarakat, dari kepelbagaian jenis buah durian klon dan durian kampung itu sendiri. Isi Durian Segamat yang cengis dan lemak manis menjanjikan kelazatan rasa buah ini daripada durian-durian yang lain. Durian Segamat dikenali sebagai Durian Saka, ini adalah kerana pokok yang menghasilkan durian yang bermutu ini berusia lebih dari 100 tahun. Kawasan-kawasan tanaman Durian Saka ini di taman oleh penduduk kampung di Segamat . Kawasankawasan kampung yang menanam Durian Saka ini adalah seperti di Kampung Bumbun, Kampung Sepinang, Kampung Jabi, Kampung Gelang Chincin, Kampung Pogoh dan juga di sekitar kawasan Buloh Kasap. Segamat juga mempunyai lokasi popular bagi penjualan Durian Segamat ini. Diantara lokasi-lokasi penjualan Durian Segamat seperti di, Persimpangan Lebuhraya Segamat-Kuantan, Kampung Kadut dan juga di sekitar kawasan Pekan Jabi. Segamat juga menpunyai kawasan tanaman Durian Segamat dan Durian Klon secara komersial di ladang Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (Ladang UPEN) yang terletak di Sekijang. Ladang ini melakukan aktiviti penanaman durian secara komersial untuk tujuan jualan dan juga pelancongan agrotourism di Segamat ini ( http:// www. about- Malaysia.com).

Rajah: Durian Segamat Pelawat-pelawat yang berkunjung di sini bukan sahaja dapat menikmati buah-buahan tempatan sahaja, mereka juga akan dapat melalui suasana perkampungan orang melayu seperti menyertai aktiviti harian penduduk kampung seperti menorah getah dan bercucuk tanam.mereka juga boleh menyertai aktiviti memancing ikan dan merasai sendiri cara memancing ikan secara tradisional. Pengunjung juga boleh merasai resepi masakan melayu di kampong-kampung yang dikunjungi. Selain itu, Pelawat juga boleh melihat

ladang tanaman komersial, ladang rusa dan ladang ayam yang diternak untuk pasaran tempatan dan luar ( http:// www.johortourism.com.my).

Sumbangan Agro-pelancongan kepada ekonomi penduduk Peluang pekerjaan

Pusat-pusat Agro-pelancongan yang dibuka pada hari ini telah menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam pelbagai aspek sekaligus mengurangkan pengangguran di kalangan penduduk. Antara peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah seperti menjadi pembantu-pembantu sama ada di ladang-ladang tanaman atau ternakan, pemandu pelancong dan juga peluang perniagaan.

Kerja-kerja yang dilakukan oleh pembantu di ladang-ladang adalah seperti menguruskan kerja-kerja penanaman seperti membaja, membersihkan ladang, menyiram pokok, meracun, menyemai biji benih dan sebagainya. Manakala aktiviti penternakan pula adalah seperti mencuci tempat pemeliharaan haiwan, memberi makanan, penyembelih dan lain-lain.

Penduduk juga berpeluang menjalankan aktiviti perniagaan di sekitar kawasan Agropelancongan tersebut. Perniagaan-perniagaan yang boleh dilakukan adalah seperti menjual makanan, buah-buahan, pakaian dan kraftangan yang melambangkan identiti kawasan tersebut. Contoh yang boleh dilihat adalah seperti pembukaan restoran-restoran yang menjual pelbagai jenis makanan kepada para pengunjung di pusat Agropelancongan Kluang. Di Segamat pula, aktiviti penjualan buah-buahan seperti buah durian memberi peluang kepada semua penduduk setempat untuk menjual buah-buahan milik mereka. Pembangunan infrastruktur Pembangunan infrastruktur boleh dilihat menerusi kemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut seperti premis perniagaan, jalan raya atau lebuh raya, dan kemudahan awam yang lain. Kemudahan seperti jalan raya diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada pengunjung untuk pergi ke kawasan tersebut. Selain itu, jalan raya juga dibina untuk memudahkan aktiviti membawa hasil jualan atau barang yang diperlukan untuk pertanian, penternakan dan perikanan di kawasan Agro-pelancongan dibawa keluar

masuk menggunakan pengangkutan seperti lori atau van.

Premis perniagaan yang wujud juga adalah disebabkan wujudnya permintaan daripada pengunjung yang datang ke kawasan itu. Premis perniagaan seperti restoran dan pusat membeli belah wujud secara tidak lansung akibat daripada wujudnya kawasan Agropelancongan ini.

Anda mungkin juga menyukai