Anda di halaman 1dari 18

GELUNG Pernyataan For Pernyataan While Pernyataan Do While Pernyataan Break & Continue Gelung Tersarang

Nurmaizura binti Abdul Wahab LB110123 Noorhanisah binti Mislan LB110076 Nor Filzah binti Ibrahim LB110101 Zainatol Nataim binti Azahari LB110198

Gelung
Di dalam pengaturcaraan, gelung digunakan untuk mengulang blok kod arahan. Contohnya : Anda ingin membina program yang memaparkan mesej sebanyak 20 kali, jika kaedah biasa anda harus menaip cout sebanyak 20 kali, dengan gelung anda hanya menggunakan arahan cout sekali sahaja bersama blok kod arahan yang ringkas.

Mula

BENAR Proses TIDAK BENAR

Proses

Tamat

Carta Aliran Gelung

Gelung akan menggunakan konsep BENAR atau TIDAK BENAR seperti di dalam pernyataan bersyarat. Proses akan sentiasa diulang sehingga keputusan di dapati TIDAK BENAR. Gelung mempunyai tiga jenis :1. Pernyataan for 2. Pernyataan while 3. Pernyataan do while

Pernyataan For
Pernyataan gelung harus mempunyai tiga perkara iaitu nilai awalan pembolehubah, syarat dan nilai baru pembolehubah. Di dalam pernyataan for, kesemua perkara tersebut diletakkan di dalam satu baris.
for(nilai awalan pembolehubah; syarat; nilai baru pembolehubah) {

Kod yang akan dilaksanakan


}

Nilai awalan pembolehubah membolehkan anda mengisytiharkan pembolehubah dan memberinya nilai. Syarat pula bertujuan untuk memastikan pengkompil mengulang blok kod arahan untuk dilaksanakan berdasarkan syarat tersebut.

Nilai baru pembolehubah pula adalah nilai berubah pada setiap pengulangan. Contohnya x++,x=x+10 atau x=random(5). for (i = 0; i <= n; i++) { tambah=tambah + i; }

Aturcara Pernyataan For #include<iostream> using namespace std; int x, x2; int main() { for(x=12;x<=21;x++)

{ x2=x*x; cout<<"\n"<<x<<" , "<<x2; } system("PAUSE"); return 0; }

Pernyataan While
Fungsi pernyataan while hampir sama dengan pernyataan for. Perbezaannya adalah dari segi struktur kod arahan. Pernyataan for digunakan jika anda mengetahui bilangan ulangan arahan yang akan dilaksanakan. Jika sebaliknya, atau menunggu sesuatu arahan akan berlaku adalah lebih baik menggunakan pernyataan while. Break atau do while akan memberhentikan ulangan.

nilai awalan pembolehubah; while (syarat yang harus dipenuhi)

{
Kod yang akan dilaksanakan; Nilai baru pembolehubah; }

Aturcara Pernyataan While


#include<iostream> using namespace std;
int x=12, x2;

int main() { while(x<=21)

{ x2=x*x; cout<<"\n"<<x<<" , "<<x2; x++; } system("PAUSE"); return 0; }

Pernyataan Do While

Pernyataan do while membolehkan kod arahan dilaksanakan sekali dahulu walaupun syarat adalah TIDAK BENAR.
Ini bermakna syarat akan diperiksa kemudian. do{ Kod arahan

}
while(syarat);

Aturcara Pernyataan Do While

#include<iostream> using namespace std;


int x=12, x2, x3; int main() { cout<<"Sebuah jadual kuasa dua dan kuasa tiga"; do { x2=x*x; x3=x*x*x; cout<<"\n"<<x<<" , "<<x2<<" , "<<x3; x+=2; } while(x<=21); system("PAUSE"); return 0; }

Arahan Break dan Continue

1)Arahan Break Di dalam pernyataan for,while,do while, gelung akan terus dilaksanakan sehingga syarat yang telah ditetapkan didapati TIDAK BENAR. Tetapi bagaimana jika gelung harus diberhentikan kerana sesuatu keadaan telah berlaku. Break akan memberhentikan gelung dengan serta-merta apabila keadaan@syarat telah dipenuhi. Arahan break boleh digunakan dalm semua pernyataan for,while dan do while.

Aturcara Arahan Break

#include<iostream> using namespace std;


int x, x2;

int main() { for(x=12;x<=21;x++)

{ x2=x*x; if(x==17) break; cout<<"\n"<<x<<" , "<<x2;

} system("PAUSE"); return 0; }

2)Arahan Continue
Arahan continue sama seperti break iaitu memberhentikan pengulangan blok kod arahan pada gelung jika ia dilaksanakan. Perbezaannya yang terdapat pada arahan continue adalah gelung akan dimulakan semula dari awal sesudah pengulangan diberhentikan.

Aturcara Arahan Continue


#include<iostream> using namespace std;
int x, x2;

int main() { for(x=12;x<=21;x++)

{ x2=x*x; if(x==17) continue; cout<<"\n"<<x<<" , "<<x2; } system("PAUSE"); return 0; }

Gelung Tersarang

Dalam banyak keadaan , manggunakan kenyataan gelungan yang mengandungi gelungan adalah sangat berguna . Cara ini dapat selesaikan banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa.

Aturcara Gelung Tersarang


CONTOH PERTAMA #include <iostream> using namespace std; int i , j ; int main() {

for (int i=1; i<=3; i++ ) { cout << "\n i sekarang ialah lajur ke " << i << endl ;

for (j=1; j<=3; j ++ ) cout << " j = " << j ; } system("PAUSE"); return 0 ; }

CONTOH KEDUA #include<iostream> using namespace std; int x, x2; int main() { cout<<"Enter number of rows:"; int n; cin>>n; for(int i=1;i<=n;i++) { for (int j=1;j<=i;j++) cout<<"[]"; cout<<"\n"; } system("PAUSE"); return 0; }

Anda mungkin juga menyukai