Anda di halaman 1dari 2

Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat

bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi


serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh Barat

ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya
hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang akan menjadi bakal pemimpin negara,lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah,pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas.

Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan, kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-pornografi yang

menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacammacam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga

datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat dilihat,


kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan

adat resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya insan yang
ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.

Anda mungkin juga menyukai