Anda di halaman 1dari 6

Menuntut penggunaan bahasa secara berkesan Menekankan proses mengarang dan bukan hasil penulisan yang akhir Pelajar

dilatih menulis semula draf,menyemak,mencipta dann mengkritik berulang kali. Pelajar diminta menyusun atur atau menulis semula perenggan-perenggan tertentu,menambah yang baru dan menggugurkan apa yang telah ditulis

Tumpuan kepada kesalahan leksikal dan tatabahasa yang nyata dan tidak pada ideaidea tertentu. Penulis bukan sahaja memikirkan tujuan dan audiennya, tetapi juga mereka perlu mengambil kira cara-cara hendak memulakan penulisannya sendiri

Tujuh perkara penting yang melibatkan pendekatan proses : 1. Persediaan untuk menulis - persediaan ini datang dari pengalaman,benda,gambar,perbincangan atau dari sesuatu yang menimbulkan minat
2. Mengingat balik apa pengalaman yang dirasai - pelajar perlu diberi masa untuk mengetahui apa yang mereka boleh tulis berkenaan dengan pengalaman dan pemerhatian yang mereka lalui

3. Masalah kreatif Pelajar mencari bahan penulisan dan idea, atau membuat hipotesis.Mereka juga akan cuba menyelesaikan masalahmasalah yang dihadapi dalam menyediakan karangan.

4. Perbincangan secara lisan Pelajar akan cuba berbincang secara lisan dengan rakan-rakan sebaya tentang tajuk dan isi yang telah mereka kumpulkan.
5. Perbincangan selepas menulis draf pertama - Pelajar akan berbincang lagi setelah menulis draf karangannya.Dia sendiri akan memikirkan apa yang patut dibuang atau yang perlu diperbaiki.

6. Membentangkan karangan secara lisan - Pelajar dirangsang membaca isi karangan kepada rakan-rakan. Aktiviti ini membayangkan bahawa sesebuah karangan ialah hasil pertuturan dan penulisan.Pendengar akan mengesyorkan berberapa hal yang perlu diambil perhatian seperti penggunaan ejaan atau idea baru. 7. Mempamerkan karya - Setelah proses satu hingga enam dilaksanakan, karangan itu akan dipamerkan. Para peringkat inilah akan timbul rasa gembira di hari pelajar kerana hasil tulisannya diberi tempat dan pengiktirafan untuk mendapatkan perhatian dan penilaian sewajarnya.

Penulisan boleh dibaiki melalui proses penulisan yang betul.Proses pembaikan boleh dilakukan sesama sendiri. Pelajar dibenarkan mencipta untuk menemui sumber-sumber bahasa semasa mencetuskan idea, menemui idea-idea,membenarkan maklumat baru bersatu dan dihubungkaitkan dengan idea-idea yang diperoleh agar dapat menyediakan permulaan yang matang. Pelajar dibenarkan melihat keliling dan menyaksikan kerja-kerja mereka secara kritikal.

Anda mungkin juga menyukai