Anda di halaman 1dari 1

KISAH SEBUAH LAMPU

Beberapa tahun dahulu, ada sebuah lampu. Ia digunakan untuk memberi kecerahan dan cahaya yang berjelaga. Tuannya boleh mengisikannya dengan minyak dan menghidupkannya pada setiap petang. Setelah beberapa tahun, lampu itu menjadi semakin bangga dan bongkak. Tiada siapa secerah aku, ia akan sentiasa membangga dirinya. Pada suatu petang, tuannya menyalakan lampu itu seperti kebiasaannya. Lampu itu mula menyala dengan terangnya. Tibatiba, ia melihat matahari dan menyahut keluar,Hei di sana, lihat aku! Aku lebih terang berbanding denganmu. Setelah itu, tiba-tiba angina bertiup lembut dan terus memadamkan cahaya dari lampu itu. Matahari yang melihatnya kemudian menegur, Hanya itu sahajakah, wahai lampu yang bongkak? Hanya dengan tiupan angina yang lembut kau telah padam! Apa yang kau banggakan sangat apabila kau perlu dinyalakan berulang-ulang kali? Sesungguhnya bintang pun jauh lebih terang berbanding dengan kau kerana mereka tidak perlu dinyalakan setiap kali. Berhentilah membandingkan dirimu dengan aku! Dan lebih baik memberi cahaya tanpa perlu berbangga. Lampu itupun tersedar daripada kesilapannya dan tidak pernah berbangga diri lagi. MORAL:
orang yang membangga diri harus juga merendah diri

Anda mungkin juga menyukai