Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA DASAR

PROGRAM MOTIVASI PENGAWAS

KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN PENGAWAS 2010

ANJURAN: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING & JAWATANKUASA LEMBAGA PENGAWAS DAN DISPLIN SK (P) SULTAN IBRAHIM

PENCERAMAH: TN HJ ABD WAHID BIN BACHOK

TARIKH: 9 JANUARI 2010

TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER JUPITER & VENUS

Tanggungjawab Dipikul, Karisma Ditonjol

KERTAS KERJA DASAR KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN PENGAWAS

1.0 PENGENALAN

Lembaga Pengawas dan Disiplin merupakan satu badan yang membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid. Badan ini terdiri daripada guru-guru sebagai penasihat dan murid-murid yang dipilh sebagai ahli pengawas. Sebagai pemimpin murid, adalah wajar pengawas-pengawas menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain.

Justeru, KURSUS PEMANTAPAN KETRAMPILAN PENGAWAS ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pengawas yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Kursus ini diadakan

secara peringkat dalaman dengan memberikan penekanan khusus terhadap tugas semasa majlis perhimpuan rasmi sekolah pada setiap hari Isnin di samping menjalankan tugas-tugas harian. Modus operandinya adalah melalui LDK yang dikendalikan oleh setiap guru disiplin sebagai fasilitator

Ketrampilan pengawas mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid SK (P) Sultan Ibrahim yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kursus ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawas 2.2 Memurnikan tugas harian pengawas khususnya semasa perhimpunan rasmi 2.3 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin murid

3.0 NAMA PROGRAM

KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN PENGAWAS

4.0 MOTTO

Tanggungjawab Dipikul, Karisma Ditonjol

5.0 ANJURAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING & JAWATANKUASA BADAN PENGAWAS DAN DISPLIN SK (P) SULTAN IBRAHIM

6.0 PENCERAMAH

Tn Hj Abd. Wahid Bin Bachok SK (P) Sultan Ibrahim

7.0 TEMPAT

Makmal Komputer Jupiter dan Venus SK (P) Sultan Ibrahim

8.0 TARIKH

9 Januari 2010

9.0 SASARAN

80 orang pengawas SK (P) Sultan Ibrahim

(Rujuk Lampiran A)

10.0 STRUKTUR JAWATANKUASA

PENASIHAT

Pn Hjh Halimah binti Ismail

PENGERUSI

Pn Hjh Ratheyah binti Abdullah

N. PENGERUSI Pn Hjh Noorsiah binti Sihes Pn Noriah binti Nordin Pn Noorzila binti Ahmad

PENYELARAS Cik Haryanti binti Abd. Kadir

SETIAUSAHA Pn Ranjanni A/P Rachenamoty

N. SETIUSAHA

Cik Norasyikin binti Muda

BENDAHARI Pn Zubaidah Jaafar

AJK

PERSIAPAN & TEKNIKAL En Anuar bin Mansor Pn Roziharmila binti Abdullah

KEROHANIAN En. Ahmad Nazir bin Hamzah

DISIPLIN & PROTOKOL Pn Zaharimah Subaini Pn Hjh Saleha Salleh

BUKU PROGRAM Cik Haryanti Abd. Kadir

CENDERAMATA & SIJIL Pn Rozana Mohd Taib Pn Ranjanni A/P Rachenamoty

PENGACARA MAJLIS Pn Zaharimah Subaini

JAMUAN GURU & MURID Pn Sa'diah Binti Ibrahim

KEBERSIHAN & KESELAMATAN En Ismail Haris Pekerja

PENDAFTARAN Pn Zubaidah Jaafar Cik Helis Suriyati Abu Bakar

PENGGAMBARAN Cik Norasyikin Muda

FASILITATOR Semua Guru Disiplin

11.0 MANUAL JAWATANKUASA

SETIAUSAHA:

Mencatat dan mengedar minit mesyuarat Menguruskan surat menyurat Bertugas menjemput eksekutif bermesyuarat

Membuat laporan setelah program tamat

N. SETIAUSAHA

Membantu tugas-tugas setiausaha

BENDAHARI:

Menguruskan segala masalah yang berkaitan dengan kewangan Mengawal aliran wang masuk dan keluar

Menguruskan resit-resit pembelian dan pembayaran Membuat laporan kewangan setelah program tamat

AJK DISIPLIN & PROTOKOL:

Menjaga disiplin peserta-peserta supaya berada dalam keadaan terkawal Melaksanakan dan memastikan aktiviti berjalan dengan lancar mengikut protokol yang betul

AJK PERSIAPAN & TEKNIKAL:


Menyediakan segala peralatan yang diperlukan oleh eksekutif-eksekutif lain untuk kegunaan sepanjang program Memastikan dan menyediakan peralatan dewan yang mencukupi dan sentiasa dalam keadaan yang baik sebelum digunakan

AJK TUGAS-TUGAS KHAS & CENDERAMATA:

Memberi bantuan kepada mana-mana eksekutif yang memerlukan bantuan

Menyediakan cenderamata dan hadiah kepada pihak sekolah, penceramah dan pertandingan yang diadakan

Menyediakan cenderamata untuk penceramah.

Menguruskan makanan dan penempatan pelajar dan fasi

AJK KEROHANIAN :

Membaca doa majlis Bertanggungjawab memastikan pelajar menunaikan solat pada waktunya secara berjemaah.

Melantik Imam bagi setiap solat jemaah.

Mengetuai bacaan surah al-Mulk.

Memastikan surau dalam keadaan teratur dan selesa.

PENGACARA MAJLIS

Menjadi juru acara semasa majlis perasmian/ penutup berlangsung.

JAMUAN VVIP & MURID

Menguruskan persiapan tempat jamuan Memastikan VVIP, guru dan murid mendapat makanan

Menjaga kebersihan di tempat jamuan

KEBERSIHAN & KESELAMATAN


Memastikan kebersihan kawasan sekitar program Memantau keselamatan murid sepanjang program

PENDAFTARAN

Menyediakan borang kehadiran Mencatat/ mengambil kehadiran murid

Melaporkan kehadiran murid kepada setiusaha

PENGGAMBARAN
Merakam aktivti sepanjang program Menyerahkan gambar kepada setiusaha untuk laporan

12.0 TENTATIF/ ATUR CARA PROGRAM

7.30 pg Pendaftaran Peserta 8.00 pg Aktiviti Pergerakan/ Senamrobik 8.30 pg Ceramah Kepimpinan Tugas dan Peranan Sebagai Pemimpin Murid Oleh Tn Hj Abd Wahid bin Bachok Penyampaian cenderamata penceramah 9.30 pg Kudapan 10.00 pg LDK 12.00 tgh Majlis Penutupan Bacaan Doa Ucapan Aluan Guru Besar Perasmian Penutupan : YDP PIBG Penyampaian Sijil Peserta Bersurai

13.0 PANDUAN MODUL

(Rujuk Lampiran E)

14.0 BELANJAWAN

PENDAPATAN

Yuran Peserta RM 2 X 80 orang RM 160.00

JUMLAH RM 160.00

PERBELANJAAN

Cenderamata penceramah RM 120.00 X 1 RM 120.00 Bahan dan Peralatan RM 40.00

JUMLAH RM 160.00

PENDAPATAN PERBELANJAAN RM 160.00 RM 160.00 = 0

15.0 PENUTUP

Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Allah swt itu lebih baik dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan kami agar segala program yang dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati juga diaplikasi di dalam kehidupan peserta. Akhir kata, kami merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

TANGGUNGJAWAB DIPIKUL, KARISMA DITONJOL

Disediakan oleh:

(HARYANTI ABDUL KADIR) Penyelaras, Kursus Pemantapan Sahsiah Dan Ketrampilan Pengawas, SK (P) Sultan Ibrahim

Disemak oleh: (HJH HALIMAH BINTI ISMAIL)

Guru Besar, SK (P) Sultan Ibrahim

Anda mungkin juga menyukai