Anda di halaman 1dari 4

Media Cetak

Poster

Majalah

Peta

Buku

Risalah

Surat Khabar

Media 3-Dimensi

realia

diorama

model

boneka

mobile topeng

terrarium

akuarium

Media Elektronik
Mel Elektronik(E-Mel)
E-mel direka terlebih dahulu sebelum kewujudan Internet, dan sebenarnya merupakan alat yang penting dalam penciptaan Internet. Satu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Salah sebuah aplikasi yang paling banyak digunakan dalam internet kerana ia murah dan sebuah cara yang mudah untuk berhubungan dengan rakan-rakan serta keluarga di mana sahaja di dunia.

Telesidang Video
Satu set teknologi teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan Orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak. Berfungsi dalam tiga peringkat iaitu cekup(capture), kompres dan siar. Cekup-Kamera video digital mencekup imej dan mikrofon merakam bunyi audio. -Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yang kemudiannya dikompres. Kompres- Perisian telesidang video akan mengompres ke dalam bentuk digital. - Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem. Siar- Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa. - Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.

Telesidang Audio

Satu jenis komunikasi yang melibatkan komunikasi jenis audio sahaja. Ini bermakna terdapat mikrofon dan pembesar suara sahaja di setiap pusat wilayah bagi membolehkan pelajar menyampaikan maklumat dan mendengar percakapan pensyarah.

Hipermedia
Sistem yang mengandungi teks, imej atau grafik, audio dan video yang boleh dihubungkan antara satu sama lain bagi membolehkan pengguna melaksanakan navigasi, carian dan capaian maklumat dalam bentuk bukan teks dengan bebas bagi memenuhi keperluan dan cita rasa mereka.

Hiperteks
Sistem yang menghubungkan perkataan atau ungkapan antara satu sama lain untuk membolehkan navigasi maklumat dalam bentuk teks dapat dilakukan secara bebas atau tanpa mengikut urutan tertentu. Sistem ini diaplikasikan dengan pelbagai cara bagi membezakannya dengan teks biasa yang ada dalam maklumat yang dipaparkan pada skrin paparan, contohnya penggunaan warna, jenis teks atau cara teks dipaparkan (teks bergaris, condong atau sebagainya) berbeza daripada teks biasa.

Anda mungkin juga menyukai