Anda di halaman 1dari 4

Koordinasi Mata-Kaki Koordinasi Mata-Kaki bermaksud keupayaan untuk melakukan tugas yang melibatkan pergerakan kaki dan mata.

Bersesuaian dengan definisinya, Koordinasi Mata-Kaki merupakan salah satu unsur terpenting yang perlu dikuasai oleh atlit di dalam bidang sukan terutamanya sukan bola sepak. Ada 5 perkara berkaitan dengan Koordinasi Mata-Kaki yang perlu diketahui. Jom kita tengok... 1. Bola Sepak Memerlukan Kemahiran Koordinasi Mata-Kaki

Seperti yang saya tulis di atas, pemain bola sepak perlu mempunyai Koordinasi Mata-Kaki yang sempurna. kajian yang telah dilakukan di Institut Neurologi di London mengesahkan bahawa penglihatan pemain mengawal pergerakan kaki mereka. Kemahiran ini membolehkan mereka untuk membuat hantaran pinpoint, sepakan percuma dengan tepat, menipu bahagian pertahanan lawan dan menggelecek bola. Koordinasi ini juga membolehkan pemain memberhentikan bola dengan kakinya dan melakukan penyesuaian kaki untuk menahan bola dalam apa jua keadaan. Koordinasi Mata-Kaki yang baik juga membolehkan pemain melihat ke depan walaupun sedang mengawal bola dengan kakinya.

2. Melibatkan Anak-Anak Dalam Sukan Bola Sepak

Bola sepak merupakan sukan yang terbaik untuk meningkatkan Koordinasi Mata-Kaki kanak-kanak. Tambahan mereka masih muda dan berada di dalam proses perkembangan, latihan ini yang diberikan pada peringkat awal akan menajamkan Koordinasi Mata-Kaki mereka. Jika berkemampuan, ibu bapa boleh mendaftarkan mereka di akademi bola sepak. Di sana kanak-kanak akan dilatih dan bermain secara tidak kompetetif dan fokus ke arah menajamkan kemahiran berbanding memenangi perlawanan tersebut. Dalam program ini, jurulatih akan menggunakan latihan yang bersesuaian dengan umur pemain untuk meningkatkan koordinasi MataKaki dan dalam masa yang sama mengajar peraturan permainan bola sepak. Semakin awal kemahiran mereka dilatih, semakin cekap Koordinasi Mata-Kaki mereka.

3. Meningkatkan Koordinasi Mata-Kaki Dengan Kawalan

Semakin bagus pemain tersebut mengawal bola, semakin yakin beliau terhadap Koordinasi Mata-Kaki. Pemain Bola sepak yang bagus adalah pemain yang mengetahui pergerakan kakinya adalah dicetuskan dari proses penglihatan mereka (tindakan refleks). Jurulatih perlu mengaplikasikan latihan di mana pemain akan berasa yakin semasa mengawal bola di samping meningkatkan Koordinasi Mata-Kaki. Apabila pengawalan dipertingkatkan, koordinasi akan menjadi lebih baik.

4. Berlatih Dengan Dinding Latihan ini merupakan latihan yang sangat mudah dan boleh dilakukan berseorangan. Jadikan dinding sebagai teman dan sepak bola ke arah dinding. Ini sebenarnya latihan mudah untuk meningkatkan Koordinasi Mata-Kaki. Tendang bola ke arah dinding dan hentikan bola tersebut tanpa melihat ke arahnya. Buat berulangkali dan sekiranya anda sudah mahir lakukan tendangan secara pinpoint pula tanpa memberhentikan dan melihat ke arah bola tersebut.

5. Lakukan Aktiviti Tambahan Yang Boleh Meningkatkan Koordinasi Mata-Kaki

Terdapat banyak lagi aktiviti yang berupaya meningkatkan Koordinasi Mata-Kaki selain daripada yang saya sebut di atas. Sebarang permainan atau aktiviti yang memerlukan anda untuk melihat pada satu objek sementara kaki bergerak akan meningkatkan koordinasi ini. Contohnya permainan Dance, Dance, Revolution. Dalam beberapa kes, pemain bola sepak perlu melakukan aktiviti sukan yang lain seperti badminton untuk menambahkan teknik kemahiran mereka.

Anda mungkin juga menyukai