Anda di halaman 1dari 2

Kata-kata hikmat Manusia adalah kejadian yang sempurna tetapi apa yang manusia lakukan selalunya yang kurang

sempurna. Kelemahan utama manusia bukanlah kerana ia tidak mendapat atau tidak memperoleh apa yang belum dapat dipunyainya tetapi adalah kerana kegagalannya menggunakan apa yang dipunyainya. Tidak penting apa yang orang lain fikirkan tentang diri kita tetapi apa yang lebih penting ialah apa yang kita fikirkan tentang diri kita dan orang lain. Setelah kita mengenali diri kita sendiri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak mutlak kita. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama. Oleh itu, kenalilah diri anda sebelum anda mengenali orang lain. Lebih baik kita tahu apa yang kita tak tahu daripada kita tak tahu apa yang kita tahu. Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak mempunyai cita-cita untuk mencuba. Kenal pasti kelemahan diri anda dan bertindak mulai sekarang.

Langkah pertama untuk menuju kecemerlangan adalah dengan mempunyai sikap yang betul terhadap diri sendiri. Setiap label yang kita berikan pada diri kita akan mempengaruhi perlakuan dan prestasi kita. Sebagai seorang insan, kita tidak boleh gagal dalam hidup ini kerana kita dicipta bukan untuk gagal. Setelah kita mengenali diri kita sendiri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak mutlak kita. Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak mempunyai cita-cita untuk mencuba. Sebagai seorang insan, kita tidak boleh gagal dalam hidup ini kerana kita dicipta bukan untuk gagal. Kunci kepada kejayaan adalah dengan mengenali diri sendiri. Jika mahu menjadi manusia yang berjaya, jangan sekali-kali memikirkan tentang kegagalan. Kegagalan itu hanyalah kekalahan sementara tetapi kekecewaan adalah kegagalan yang berkekalan. Jangan takut kepada matlamat yang gagal dicapai kerana yang paling ditakuti ialah tiada matlamat untuk dicapai.

Kata-kata hikmat tokoh tersohor

1. Orang yang berbahagia itu ialah orang yang mengambil pengajaran daripada orang lain Abdullah Bin Masud

2. Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir Abdullah Ibnu Abbas

3. Seperti halnya karat memakan besi, demikianlah pula iri hati memakan manusia Anisthenes

4. Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak dimiliki oleh orang lain Arcele Ari Tandy

5. Air yang terus menerus menitik itu akan dapat menembusi batu walaupun bagaimana kerasnya batu tersebut

6. Anda akan berasa betapa menyesal tidak mempunyai wang tetapi anda akan lebih menyesal jika tidak mempunyai pengatahuan

http://registry.usm.my/upu/PANDUAN%20ME MBACA%20DOA%20DALAM%20MAJLIS.pdf

Anda mungkin juga menyukai