Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN
Kelab Persatuan Lestari ditubuhkan bertujuan untuk memberikan murid-murid pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti rekreasi yang dapat membentuk murid yang cemerlang dari aspek fizikal dan juga mental . Kelab ini mempunyai seramai 25 orang ahli sahaja. 5 orang guru pembimbing yang mempunyai sijil khas dalam bimbingan kelestarian. Aktiviti 4 hari 3 malam yang dicadangkan merupakan salah satu aktiviti khas yang saban tahun dilakukan dan dilaksanakan oleh kelab ini. Aktiviti ini dapat membentuk dan membantu pelajar dari segi mental dan fizikal. Aktiviti rekreasi 4 hari 3 malam ini dilaksanakan di tapak perkhemahan. Sehubungan dengan itu, semasa program ini dijalankan, pelajar dapat mempelajari pelbagai nilai yang ada selain dapat merehatkan minda di samping melaksanakan aktiviti rekreasi. Pada tahun ini, kelab ini telah memilih FRIM sebagai tapak perkhemahan dan semua aktiviti akan dijalan di situ. Pakej melawat hutan yang ditawarkan memberi peluang untuk aktiviti luar seperti rekreasi dan pendidikan kelestarian. FRIM turut merupakan lokasi yang begitu popular kepada mereka yang gemar berkelah, berlari, berbasikal, di samping pelancong serta mereka yang mengkaji alam semula jadi. Tidak ketinggalan, FRIM juga terkenal sebagai tempat untuk mengadakan hari keluarga, pertandingan mencari harta karun, berkhemah, meninjau burung, menjelajah hutan dan sesi fotografi. Tempat yang pada mulanya merupakan sebuah kawasan terbiar lama bekas daripada aktiviti perlombongan, yang kemudiannya bertukar menjadi kebun sayur, kini merupakan satu destinasi hutan yang bebas daripada pencemaran, dengan udara yang lebih sejuk dan nyaman.

2.0 MATLAMAT
Dengan ini diharapkan agar: 1. Selepas menyertai perkhemahan ini pelajar dapat menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan-kelemahan yang ada dalam diri setiap individu untuk membentuk insan yang cemerlang pada masa yang akan datang .

2. Pelajar dapat mengenal dengan lebih dekat mengenai flora dan fauna yang terdapat dalam alam sekitar di sekeliling kita .

3. Pelajar juga dapat belajar untuk berdikari dan mengenali apa itu erti kerjasama yang harus dijalin di dalam sesebuah kumpulan untuk lebih maju dalam pasukan.

4. Pelajar sedar akan penggunaan masa dengan cermat. Dalam kata lain, melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan bersistematik.

5. Pelajar dapat memupuk sikap bersabar dan bertolak ansur di dalam perkhemahan ini .

6. Dapat membentuk generasi yang diharap kebal terhadap segala rintangan dan dapat berfikir secara rasional tanpa membelakangi hala tuju.

3.0 OBJEKTIF
Diharapkan para peserta perkhemahan kali ini dapat: 1. Mengetahui, memahami serta mempraktikkan cara-cara atau teknik-teknik berkhemah yang betul merangkumi pemilihan kawasan, pemasangan dan penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan serta aspek keselamatan diri.

2. Mempelajari, memahami serta melakukan sendiri sesuatu aktiviti yang dilakukan untuk memecahkan perasaan rendah diri, tidak yakin dan tidak mengharapkan orang lain melalui aktiviti yang dirancang.

3. Menghayati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaan Tuhan melalui konsep perlindungan bersepadu dengan menerusi penerapan aktiviti jungle trekking, bird & wildlife observation, mandi sungai dan lain-lain lagi.

4. Mengetahui, menyedari serta dapat bertindak pantas dalam sebarang masa kecemasan dengan penggunaan sebarang benda yang ada di persekitaran.

5. Menanam sikap bertoleransi, bekerjasama, tolong-menolong dan sentiasa bermuafakat dalam segala perkara dan melemparkan segala perasaan dengki, tamak, mementing diri sendiri dan angkuh.

6. Membantu meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian di Malaysia dan mempraktikkan program kelestarian ketika di sekolah.

4.0 JAWATANKUASA PERKHEMAHAN


Penaung Penasihat : Puan Hanis Syazwani binti Rozlan (Guru Besar) : Puan Noor Syakirah Binti Rasid (GPK Kurikulum) Puan Anis Tania Qistina Binti Rusli (GPK Hem) Pengerusi Penyelaras Pen. Penyelaras Setiausaha Bendahari : Encik Hariz b. Hassan (GPK Koko) : Nurul Hashimah Binti Hashim (Kem Komandan) : Nursaleha binti Abdul Majid (Pen.Kem Komandan) : Nur Amanina Farhan Binti Abdul Jamil : Suhaila binti Zamiran

4.1 AHLI JAWATANKUASA KECIL JAWATAN


1. KETUA PROJEK - Muhamad Adib Bin Zakaria

BIDANG TUGAS
a. Membentuk jawatankuasa b. Mempengerusikan mesyuarat c. Merujuk kepada penasihat

2. PENOLONG KETUA PROJEK


- Lim Yi Yan

a. Membantu ketua menjalankan tugastugas ketua a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan b. Urusan surat menyurat dan borang.

3. SETIAUSAHA
- Che Ahmad Shafuan bin Johari

4. BENDAHARI
- Chuah Yu Nuan

a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program. b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang sepatutnya.

5. KETUA & PENOLONG PERKHEMAHAN


- Lau Yee Ting - Ngo Ling Hsia

a. Merancang segala pengisian aktiviti. b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.

6. PERALATAN
- Mohd Fahmi bin Ashari - Tan Xin Yu

a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program. b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah dengan keadaan baik seperti asal.

7. KESELAMATAN
- Wong Yi Miing - Ng Tzer Yong

a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap. b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti. c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

8. MAKANAN DAN MINUMAN


- Hilda Hiew Yi Xin - Sofia Maisara binti Sobri

a. Merancang dan menentukan menu makanan b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.

9. DOKUMENTASI
- Ong Joe Ann - Loo Jia Wen

a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan. b. mengambil foto untuk setiap aktiviti. c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan. d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan.

10.IBADAH
- Syed Shamim bin Syed Abdul Kadir - Anwar bin Jarman -Wei Kit Siang

a. Memimpin para peserta solat berjemaah. b. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib. c. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan/kerohanian.

11.PENGANGKUTAN
- Maz Hazirah binti Kamarulzaman

a. Menguruskan pengangkutan pergi dan balik para peserta. a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program

12.HADIAH DAN CENDERAMATA


- Nur Syafiqa binti Haris - Aliff bin Rusli

13.DISIPLIN PESERTA
- Tang Kee Cheong - Desmond Chong Kit Khay

a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.

14.PENGESAHAN PENDAFTARAN
- Syarifah Nur Husna binti Yahya - Awal bin Ashari

a. Memastikan para peserta sudah berada di dewan Blok B sebelum bertolak. b. Semak kehadiran murid berdasarkan nama yang akan diberikan oleh setiausaha.

5.0 ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN


PERKARA PENERIMAAN 1.Bayaran peserta 2. Sumbangan unit Kokurikulum RM 7500 PEMBAYARAN 1. Pengangkutan 2. Bayaran Aktiviti 3. Makan & Minuman 4. Sewa tapak perkhemahan 5. Pengurusan perkhemahan RM 7500 RM 1000 RM 900 RM 60 X 35 peserta RM 500 RM 2100 RM 3000 RM 100X 35 peserta RM 3500 RM 4000 KUANTITI JUMLAH CATATAN

6.0 MENU MAKANAN DAN MINUMAN


*Untuk sepanjang perkhemahan 4 hari 3 malam

KHAMIS
Makan tghari Minum petang Makan malam

MENU
Nasi puteh, ayam goreng, sayur, air oren Biskut, air teh/kopi Nasi putih, ayam masak kari, sayur, air oren

Supper

Roti bun, air teh

JUMAAT
Sarapan pagi Makan pagi Makan tghari Mi goreng, air teh Air Milo, kuih

MENU

Nasi putih, ayam masak kari, sayur goreng, air sirap

Minum petang Makan malam Supper

Air teh, roti bun Nasi putih, daging goreng, sayur, air sirap Kuih, air the

SABTU
Sarapan pagi Makan pagi Makan tghari Air teh, kuih

MENU
Air nescafe, nasi goreng, telur dadar

Nasi putih, ayam masak merah, telur dadar, sayur

Minum petang Makan malam BBQ

Roti jala, air oren Nasi putih, tom yam, telur dadar, sayur BBQ, air sirap/oren/ teh tarik

AHAD
Sarapn pagi Makan pagi

MENU
Roti canai, teh tarik Bihun goreng, air sirap

7.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN


TARIKH TEMPAT : 1 HINGGA 4 SEPTEMBER 2012 (KHAMIS HINGGA AHAD) : INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM), 52109 KEPONG, SELANGOR DARUL EHSAN. PENYERTAAN : 40 ORANG - 5 GURU PEMBIMBING - 25 MURID KELAB LESTARI - 10 MURID BEBAS (bukan ahli kelab lestari) JURULATIH : JURULATIH DARIPADA GURU-GURU SK SERI TASIK, KL

8.0 BAYARAN PENYERTAAN


Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 100 sahaja. Bayaran ini adalah untuk menampung perbelanjaan seperti; i. ii. iii. iv. v. Aktiviti Pengangkutan Makan dan minuman Sewa tapak perkhemahan Pengurusan perkhemahan

9.0 AKTIVITI REKREASI


AKTIVITI
Berbasikal ke Sg. Kroh

PENERANGAN AKTIVITI
Sg. Kroh merupakan kawasan air terjun yang berhampiran dengan tapak perkhemahan. Jarak ialah sejauh 5 km dari tempat perkhemahan. Oleh itu kami menggunakan alternatif menggunakan basikal selain daripada berjalan kaki.

Keyakinan air

Kami akan menjalankan aktiviti di Sg. Kroh. Keyakinan air merupakan aktiviti yang memberi keyakinan untuk kita menjalankan aktiviti di air. Selain itu, ia memberi kita kesedaran tentang keselamatan di air.

Joging

Jogging adalah jalan cepat atau lari kecil untuk menyerap oksigen dan memfungsikan jantung agar bekerja lebih cepat dari biasanya. Aktitviti ini dilakukan di Hutan Simpan Bukit Lagong. Trek tersebut sepanjang 5 km. Dilakukan di Hutan Simpan Bukit Lagong. Terdapat canopy walk di hutan simpan tersebut.

Jungle Trekking

Wildlife observation Night Walking Bird Watching Flying Fox

Menikmati pemandangan haiwan liar. Merunut hutan pada waktu malam. Menikmati pemandangan burung. Ia seperti kereta kabel. Dimana helmet akan disambungkan kepada tali di atas kepala.

Malam kebudayaan

Malam kebudayaan merupakan malam yang dinantikan pelajar. Pada malam ini , pelajar dapat menonjolkan bakat mereka disamping mereka dapat bekerjasama dalam satu kumpulan untuk menjayakan malam kebudayaan tersebut.

10.0 TENTATIF PROGRAM


Hari Pertama, 1 September 2012, Khamis

MASA
08.00 10.00 11.30 12.30 01.30 02.30 03.30 04.00 05.30 06.00 07.00 07.30 08.30 09.00 11.00 11.30 PAGI PAGI PAGI TGHARI PETANG PETANG PETANG PETANG PETANG PETANG PETANG PETANG MALAM MALAM MALAM MALAM

PROGRAM
BERTOLAK KE FRIM TIBA KE DESTINASI + PERSIAPAN KENDIRI BRIEFING +PILIH AHLI JAWATANKUASA MAKAN TENGAHARI SOLAT ZOHOR+PERSIAPAN KENDIRI LDK 1 BERBASIKAL KE SG. KROH TIBA DI DESTINASI+ WATER CONFIDENCE BALIK KE TAPAK PERKHEMAHAN + MINUM PETANG BERSIHKAN DIRI + SOLAT ASAR MAKAN MALAM SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH + KULIAH MAGHRIB SOLAT ISYAK BERJEMAAH LDK 2 SUPPER REHAT DIRI

HARI KEDUA, 2 September 2012, Jumaat 05.30 PAGI 06.30 PAGI 07.00 PAGI 08.00 PAGI 08.30 PAGI 11.00 PAGI 11.15 PAGI 12.30 TGHARI 01.30 PETANG 02.00 PETANG 04.00 PETANG 04.30 PETANG 05.00 PETANG 06.00 PETANG 07.00 MALAM 07.30 MALAM 08.30 MALAM BANGUN + PERSIAPAN DIRI SOLAT SUBUH BERJEMAAH JOGGING SARAPAN PAGI JUNGLE TREKKING + CANOPY WALK MAKAN PAGI LDK 3 MAKAN TGHARI + PERSIAPAN KENDIRI SOLAT ZOHOR (Solat Jumaat di masjid bagi pelajar lelaki) MELAWAT KG. TRADISIONAL MINUM PETANG SOLAT ASAR WILDLIFE OBSERVATION PERSIAPAN KENDIRI MAKAN MALAM SOLAT MAGHRIB + KULIAH MAGHRIB SOLAT ISYAK BERJEMAAH

09.00 MALAM 11.30 MALAM 12.30 MALAM

NIGHT WALKING + BURUNG HANTU PERJUMPAAN + SUPPER REHAT DIRI

HARI KETIGA, 3 September 2012, Sabtu 05.30 06.30 07.00 08.00 08.30 10.00 10.30 12.30 1.30 02.00 04.00 04.30 06.00 07.00 07.30 08.30 09.00 10.00 12.30 PAGI PAGI PAGI PAGI PAGI PAGI PAGI PAGI TGHARI PETANG PETANG PETANG PETANG PETANG PETANG MALAM MALAM MALAM MALAM BANGUN + PERSIAPAN KENDIRI SOLAT SUBUH BERJEMAAH SENAMROBIK MAKAN PAGI BIRD WATCHING MINUM PAGI LDK 4 MAKAN TGHARI + PERSIAPAN DIRI SOLAT ZOHOR FLYING FOX MINUM PETANG BERBASIKAL KE SG KROH PERSIAPAN KENDIRI MAKAN MALAM SOLAT MAGHRIB + KULIAH SOLAT ISYAK MALAM KEBUDAYAAN BBQ REHATKAN DIRI

KEEMPAT, 4 September 2012, Ahad 05.30 PAGI 06.30 PAGI 07.00 PAGI 08.00 PAGI 08.30 PAGI 10.00 PAGI 10.30 PAGI 12.00 TGHARI BANGUN + PERSIAPAN KENDIRI SOLAT SUBUH BERJEMAAH SENAMROBIK SARAPAN PAGI SUKANEKA MINUM PAGI PERSIAPAN UNTUK BALIK PULANG

11.0 PENUTUP
Adalah sangat diharapkan melalui program perkhemahan ini bakal melahirkan pelajar yang sangat berjati diri, berdisiplin serta kenatl jiwanya. Mempunyai sifat ingin berdikari serta tahu menguruskan diri. Pihak jawatankuasa dengan sedaya upayanya akan berusaha merancang dan merealisasikan apa yang dirancang. Apa yang paling penting adalah penglibatan serta kesungguhan para pelajar dalam setiap aktiviti yang telah dirancang oleh pihak jawatankuasa. Melalui program ini juga, adalah diharapkan agar program yang telah dirancang ini berjalan dengan lancar tanpa adanya sebarang kemalangan mahupun kecelakaan yang berlaku. Dengan berakhirnya program ini adalah diharapkan juga nanti, segala bahan yang diberikan serta pengalaman yang pelajar dapati dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk individu mahupun kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpanya dengan baik.

DISEDIAKAN OLEH ; ---------------------------NUR AMANINA FARHAN BINTI ABDUL JAMIL, Setiausaha, Kelab Persatuan Lestari .

DISEMAK OLEH ; -------------------------------Muhamad Adib Bin Zakaria, Ketua projek, Perkhemahan Kelab Persatuan Lestari.

DISAHKAN OLEH ; --------------------------------ENCIK HARIZ BIN HASSAN, GPK Kokurikulum, Merangkap Naib Pengerusi Pekhemahan Kelab Persatuan Lestari.

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN KELAB SUKAN & REKREASI SEKOLAH ANTARABANGSA SRI GARDEN

TEMPAT:
INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM), 52109 KEPONG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

TARIKH :
17 20 NOVEMBER 2012

ANJURAN :
KELAB SUKAN DAN REKREASI, SEKOLAH ANTARABANGSA SRI GARDEN, BANDAR SRI PERMAISURI, 56000 CHERAS, KUALA LUMPUR

KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT

1. Pengenalan .......................................................................... 1 2. Matlamat .............................................................................. 2 3. Objektif ................................................................................ 3 4. Jawatankuasa perkhemahan............................................. 4 5. Anggaran Perbelanjaan...................................................... 7 6. Menu .................................................................................... 8 7. Butiran Perkhemahan......................................................... 9 8. Bayaran Penyertaan ........................................................... 9 9.Aktiviti Rekreasi ................................................................... 10 10.Tentatif Program................................................................. 11 11.Penutup............................................................................... 13

Anda mungkin juga menyukai